Anda di halaman 1dari 24

AKTIVITI MENGUNTING MENINGKAT KEMAHIRAN MOTOR

HALUS DAN KEMAHIRAN MENULIS DAN MEMBENTUK HURUF

Dr.RIDZUAN BIN AHMAD


IPGK SULTAN ABDUL HALIM

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

ABSTRAK

Menulis merupakan medium penting kepada kanak-kanak dan orang dewasa


untuk melahirkan pemikiran mereka. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk
meningkat kebolehan menulis dan membentuk huruf

sepuluh orang murid

prasekolah melalui aktiviti menggunting. Tahap kebolehan menulis dan membentuk


huruf telah diuji dan didapati empat orang berada pada peringkat tiga, tiga orang
pada peringkat dua dan tiga orang berada pada peringkat satu.

Aktiviti

menggunting telah dipilih bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus


murid.

Kesemua sepuluh orang murid telah mengikuti program intervensi

menggunting. Aktiviti menggunting dibahagikan kepada empat peringkat yang


ditetapkan. Dapatan menunjukkan hanya empat orang murid mencapai tahap tiga
dan empat mencapai peringkat empat untuk kemahiran menggunting. Keempatempat orang murid berusia enam tahun dan didapati boleh membentuk huruf dengan
lebih baik setelah mereka menguasai kemahiran menggunting.

Mereka dapat

memegang alat tulis dengan grip yang betul dan kemas manakala murid yang
berusia lima tahun menghadapi masalah dan hanya mencapai tahap sederhana mahir
dalam aktiviti menggunting. Dapatan menunjukkan murid yang mahir dalam aktiviti
menggunting berupaya mencapai perkembangan motor halus yang ketara melalui
tiga peringkat ujian. Pencapaian perkembangan motor halus telah membantu
meningkatkan kemahiran menulis dan membentuk huruf.

PENGENALAN

Perkembangan motor halus melibatkan perkembangan kemahiran


kanak-kanak di bahagian otot halus dan jari serta koordinasi mata dan tangan.
Aktiviti yang melibatkan otot kecil ialah mengambil objek menggunakan
jari, memegang, mewarna dan menulis. Motor halus melibatkan kekuatan,
kawalan dan dexterity.

Kelemahan dalam kemahiran motor halus akan

mempengaruhi kebolehan untuk membuka buku, makan, memakai pakaian,


melukis, mewarna, menulis dan lain-lain lagi.

1.1

PERMASALAHAN

Menulis merupakan medium penting bukan sahaja kepada kanakkanak malah kepada orang dewasa untuk melahirkan pemikiran dan
kreativiti mereka. Kanak-kanak perlu menulis ketika merekod,
berkomunikasi, menjelaskan fikiran dan ketika mempamerkan kreativiti.
Murid juga terpaksa menulis jawapan ketika menghadapi peperiksaan umum.
Menulis melibatkan kemahiran motor yang komplek yang bergantung

kepada kematangan dan beberapa kemahiran kognitif, persepsi dan motor.


Di kalangan kanak-kanak prasekolah didapati sepuluh orang kanak-kanak
tidak dapat membentuk huruf dengan betul dan lancar kerana beberapa sebab
contohnya kurang kekuatan memegang pensil, tidak selesa ketika memegang
alat tulis sehingga menganggu kelajuan menulis, menghasilkan huruf yang
bertindan dan menghasilkan tulisan yang buruk. Kanak-kanak yang sama
juga sering menjatuhkan objek dan makanan yang dipegang. Ketika bermain
dengan objek kecil kanak-kanak didapati terketar-ketar ketika cuba
memegang objek kecil tersebut. Semasa sesi pengajaran di dalam kelas,
pengkaji mendapati murid kurang menguasai kemahiran menulis mungkin
kerana mereka menghadapi masalah perkembangan motor halus.

1.2

SOROTAN LITERATUR

Smith (2003) mentafsirkan motor halus sebagai pergerakan kecil oleh


tangan, pergelangan tangan, jari tangan dan kaki, bibir dan lidah. Motor kasar
dan halus adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot dalam badan.
Perkembangan

biasanya

dikaitkan

kepada

kebolehan

kanak-kanak

menggunakan motor halus dan kasar secara berkesan. Perkembangan motor


kasar dan halus berlaku serentak tetapi perkembangan motor halus lebih
lewat dikuasai jika latihan kepada kanak-kanak kurang diberi sedangkan
perkembangan motor halus akan digunakan sepanjang hidup untuk aktivitiaktiviti harian kanak-kanak. Pada usia enam tahun kanak-kanak sepatutnya
sudah menguasai kemahiran motor halus pada peringkat yang agak tinggi
seperti membutangkan baju, mengikat tali kasut, melukis manusia dengan
bentuk muka beserta ciri yang lengkap. Calder (2007) mencadangkan aktiviti
menggunting dalam meningkatkan

kemahiran motor halus kanak-kanak.

Menggunting melibatkan koordinasi banyak kemahiran khususnya koordinasi


bilateral dan koordinasi mata dan tangan. Menurut Kamus Dewan (2000),

menggunting didefinisikan sebagai memotong sesuatu menggunakan gunting.


Schmidt (1988) berpendapat bahawa pembelajaran motor merupakan proses
gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau
pergerakan yang kekal.

1.3

FOKUS KAJIAN

Pengkaji cuba meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak


dengan mengajar murid kemahiran menggunting. Pengkaji membahagikan
pengajaran kemahiran mengunting kepada empat peringkat. Peringkat
pertama ialah cara memegang gunting, peringkat kedua, cara mengawal
gunting dan peringkat ketiga, mengunting bebas dan peringkat keempat,
mengunting mengikut bentuk. Prosedur menggunakan gunting diadaptasikan
daripada cadangan Welton (2010)
Para peringkat awal pengkaji telah menguji murid untuk menggunting
bentuk gambar, ternyata hasilnya murid menggunting tidak mengikut bentuk
dan ada murid yang tergunting gambar. Sebagai langkah penambahbaikan,
pengkaji membentuk garisan tebal di luar berbentuk segiempat pada gambar
dan meminta murid menggunting garisan tersebut. Hasil guntingan tidak
selari mengikut garisan. Ujian kecil ini membuktikan murid tidak mahir
dalam menggunakan gunting. Pengkaji cuba untuk melihat perkaitan antara

peningkatan kemahiran motor halus dan kemahiran membentuk huruf dalam


penulisan.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk :

i.

mengukur tahap kemahiran murid menulis dan membentuk huruf.

ii.

meningkatkan perkembangan motor halus murid melalui kemahiran


menggunting

iii.

menilai kemahiran menulis dan membentuk huruf selepas penguasaan


kemahiran menggunting

1.5

1.

SOALAN KAJIAN

Apakah tahap kemahiran menulis dan membentuk huruf?

2.

Adakah murid dapat meningkatkan perkembangan motor halus melalui


kemahiran menggunting ?

3.

Adakah kemahiran menulis dan membentuk huruf murid meningkat dengan


penguasaan kemahiran menggunting?

METODOLOGI KAJIAN

1.6

PROSEDUR TINDAKAN

Pengkaji membuat pemerhatian terhadap murid-murid di sebuah


tadika swasta. Tujuan pengkaji untuk mengenalpasti murid yang menghadapi
masalah menulis dan cuba mencari punca kepada masalah tersebut. Pengkaji
mengenal pasti sepuluh orang murid tidak mahir ketika menulis huruf.
Sepuluh oraang murid ini didapati menulis nama mereka dengan tulisan yang
sangat buruk dan ada yang sukar dibaca Sorotan literatur menunjukkan
perkembangan motor halus mempengaruhi kebolehan murid menulis.
Pengkaji ingin meningkatkan perkembangan motor halus murid melalui
aktiviti mengunting selaras dengan cadangan Calder, (2007). Prosedur
meningkatkan kemahiran mengunting dijalankan mengikut empat peringkat.

1.6.1

Peringkat 1

Pengkaji memperkenalkan kepada murid objek gunting. Pengkaji


menunjuk cara memegang gunting dengan betul. Murid dilatih selama 10

10

minit setiap hari cara memegang gunting dengan betul supaya gunting tidak
terlepas dari pegangan.

1.6.2

Peringkat 2

Murid diajar untuk menggerakkan jari dalam mengawal gerakan


gunting. Murid akan membuka dan menutup gunting berulang-ulang kali
sehingga mahir

1.6.3

Peringkat 3

Murid mula mengunting kertas. Murid perlu meletakkan gunting 90


darjah pada kertas supaya guntingan menjadi kemas. Murid ternyata
menghadapi masalah untuk menstabilkan kedudukan gunting pada kertas.
Guntingan garisan lurus sukar dilaksanakan. Latihan demi latihan diberikan.
Didapati hanya murid murid berusia 6 tahun (empat orang) dapat
mengunting garisan lurus dengan baik walaupun mengambil masa yang lama.
Murid berusia lima tahun kurang memberi perhatian terhadap aktiviti
mengunting garis lurus. Mereka lebih berminat membuat guntingan bebas.

1.6.4

Peringkat 4

Peringkat ini murid mula menggunting bentuk-bentuk lengkung,


bulatan dan asas segitiga, segiempat sama dan segiempat tepat. Aktiviti ini
dijalankan berulang kali bertujuan meningkatkan kemahiran motor halus
murid. Tempoh aktiviti selama 15 minit sahaja untuk mengelakkan murid
merasa jemu. Murid melakukan aktiviti setelah selesai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran setiap hari. Aktiviti ini tidak dijalankan untuk semua murid
tetapi hanya untuk murid yang menghadapi masalah menulis huruf.

11

DAPATAN KAJIAN

1.7

HASIL

DAPATAN

KAJIAN

INI

DIBINCANGKAN

BERDASARKAN SOALAN BERIKUT.

1.7.1

Soalan 1 : Apakah tahap kemahiran menulis dan


membentuk huruf murid ?

Ujian telah dijalankan untuk menentukan tahap kemahiran menulis


dan membentuk huruf murid Dapatan menunjukkan kesemua sepuluh orang
murid boleh menulis huruf tetapi huruf yang dibentuk tidak begitu sempurna
contohnya huruf h garis menegak terlalu pendek dan huruf kelihatan seperti
n , huruf o tidak tertutup. Penulisan tidak lancar dan lambat.
Jadual 1
Tahap Kemahiran Menulis dan Membentuk Huruf

Nama

Peringkat
1-lemah

Peringkat 2
- sederhana
-meniru

12

Peringkat 3baik

Peringk
cemerlang

-boleh

-boleh

Kriteria:

huruf

- meniru
huruf

menulis
-huruf jelas

menulis
tanpa contoh

tetapi tidak kemas

pembentukan
-huruf jelas

huruf

tetapi

tidak jelas

cara

membentuk
tidak tepat

Murid 1

Murid 2

Murid 3

Murid 4

Murid 5

Murid 6

Murid 7

Murid 8

13

huruf

mengikut cara
tepat

Murid 9

Murid

10

Merujuk kepada jadual 1, didapati tiga orang murid berada pada tahap
lemah. Mereka hanya boleh menulis dengan melihat contoh termasuk juga
ketika diminta menulis nama mereka sendiri. Huruf yang ditulis sukar dibaca.
Sementara tiga orang murid lagi berada pada tahap sederhana. Mereka juga
menulis dengan meniru tetapi huruf mereka lebih baik daripada murid tahap
lemah. Seramai empat orang murid berada pada tahap baik kerana mereka
sudah boleh mengingat huruf dan tidak perlu meniru apabila diminta menulis
nama mereka masing-masing tetapi pembentukan huruf kurang sempurna dan
tidak mengikut cara yang betul..
Soalan 2 : Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran motor
halus melalui aktiviti menggunting?

Pengkaji telah menjalankan latihan menggunting kepada sepuluh


orang murid secara konsisten setiap hari. Murid dilatih untuk memegang
gunting dengan betul dan kemas. Penyelidik memberi panduan dan
bimbingan kepada murid Pengkaji terpaksa menyesuaikan gunting dangan
saiz tangan murid. Murid ternyata mahir memegang dan menggunakan
gunting secara bebas iaitu sekadar mengunting cebisan kertas. Apabila
guntingan pada garisan lurus diperkenalkan hanya murid berusia enam tahun
boleh melaksanakannya selepas beberapa kali diberi latihan dengan teknik
pegangan yang betul. Walau bagaimanpun apabila bentuk khusus seperti
segitiga, segi empat, separa bulatan, spera dan lain-lain diperkenalkan, murid
berusia enam tahun mengambil masa yang lama untuk memastikan bentukbentuk tersebut digunting. Pengkaji mengambil masa empat minggu untuk
melatih murid menggunting bentuk-bentuk khusus. Enam orang murid yang

14

berusia lima tahun boleh mengunting bentuk segi empat jika bentuk dilukis
pada skala yang besar ( 8cm x 8cm ). Jika bentuk segi tiga diberikan, bucu
segi tiga sering terputus.
Analisis Kecekapan Murid dalam aktiviti Menggunting

1- tidak mahir
2- sederhana mahir
3- mahir
4- sangat mahir
Jadual 2(Abd. Rahman Abd. Ghani, 2005)Abd. Rahman Abd. Ghani. (2005).
Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani: Kajian Mengenai Keutamaan dan
Keistimewaannya. Al-Bayan Journal of Al-Quran & Al-Hadith, 3, 15
30.
Retrieved
from
http://apium.um.edu.my/journals/journal_baian/No3_baian2005.php

Jadual 3
Tahap Kecekapan Menggunting Selepas Intervensi

Nama

Peringkat

Peringkat

15

Peringkat

Perin

Murid

Murid

Murid

Murid

Murid

Murid

Murid

16

Murid

Murid

Murid

10

Dapatan kajian menunjukkan bahawa empat orang murid berusia


enam tahun mahir mengunting selepas lima minggu program intervensi
mengunting. Peningkatan kemahiran motor halus murid semakin ketara
apabila murid dapat mengunting pelbagai bentuk walaupun pada saiz kecil.
Untuk menguji peningkatan kemahiran motor halus murid, pengkaji
menggunakan tiga kaedah Pertama, murid diuji kekuatan tangan memegang
alat tulis, kedua, menekap huruf dan ketiga, pergerakan ketika membentuk
huruf dan kelancaran ketika menulis huruf dalam perkataan. Pemerhatian ke
atas empat orang murid tersebut menunjukkan kemahiran membentuk huruf
meningkat secara ketara apabila empat orang murid telah menghasilkan huruf
yang cantik dan kemas. Murid hanya menghadapi masalah lain seperti jarak
antara satu huruf dengan huruf yang lain dalam satu patah perkataan dan saiz
huruf tidak konsisten. Hasil dapatan kajian ini telah memenuhi keperluan
kurikulum Prasekolah yang ditetapkan iaitu di bawah tunjang fizikal dan
estetika. Standard pembelajaran yang difokuskan ialah PFK 1.1.15
menggunting menghasilkan satu bentuk (Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan, 2010). Secara tidak langsung, murid telah pun mencapai
standard pembelajaran kurikulum tersebut.
Soalan 3 : Adakah kemahiran menulis dan membentuk huruf
meningkat dengan penguasaan kemahiran menggunting?

17

Dapatan menunjukkan kemahiran menulis dan membentuk huruf


empat orang murid meningkat selepas penguasaan aktiviti mengunting.
Mereka berusia enam tahun dan didapati lebih matang. Murid yang berusia
lima tahun seramai enam orang sederhana mahir untuk aktiviti mengunting
peringkat 4 dan mereka didapati hanya boleh menulis huruf yang berbentuk
bulatan dan separa bulatan seperti o, b p dan garis menegak sahaja
seperti l. Huruf seperti s tidak boleh dibentuk dengan sempurna.. Dapatan
seorang murid kurang mahir ketika diuji dalam aktiviti menggunting dan dia
juga menghadapi masalah mengenal huruf dan sering keliru, contoh huruf
m dan n. Murid 1 menghadapi masalah ketika membentuk huruf dan
kebolehannya tidak konsisten bermaksud kadang-kadang dia menulis dengan
baik dan kadang-kadang dia tidak dapat menulis dengan betul.

Jadual 4
Analisis Kebolehan Membentuk Huruf dan Perkataan selepas Aktiviti
Menggunting

Nama

Keboleha
n Rendah

Keboleha
n sederhana

18

Keboleha
n Tinggi

Murid 1

Murid 2

Murid 3

Murid 4

Murid 5

Murid 6

Murid 7

Murid 8

Murid 9

Murid 10

19

1.8

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa kemahiran motor


halus sangat penting dalam proses menulis. Kelemahan dalam motor halus
menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensil. Kanakkanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan
dalam koordinasi motor.

Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan

ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini


tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensil
secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika
menulis menyebabkan cengkaman pensil yang tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.
Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat
dengan mata pensil menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut
Levine (1987, 1994) semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada
pembentukan huruf yang kurang cantik. Sebahagian daripada murid berusia
lima tahun didapati mempamerkan cara memegang yang kurang stabil
menyebabkan pensil terlepas ketika sedang menulis.. Mengikut Stout (1998)
perkembangan motor halus berkembang agak perlahan berbanding motor
kasar dan kanak-kanak lelaki mengalami perkembang motor halus yang lebih
perlahan daripada kanak-kanak perempuan. Walau bagaimanapun kajian ini
menunjukkan kemahiran menggunting dapat meningkatkan kemahiran motor
halus murid namun guru harus bersabar dan berhati-hati ketika murid
menggunakan gunting untuk menjalankan aktiviti menggunting. Kecekapan

20

dalam mengawal kemahiran motor halus mempunyai kesan jangka panjang


dan jangka pendek ke atas aspek sosial, akademik dan psikologi kanak-kanak.

21

TABLE OF CONTENTS
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
ABSTRAK
PENGENALAN
1.1

Permasalahan 3

1.2

Sorotan literatur

1.3

Fokus kajian 4

1.4

Objektif kajian5

1.5

Soalan kajian 5

METODOLOGI KAJIAN
1.6

Prosedur tindakan

1.6.1

Peringkat 1

1.6.2

Peringkat 2

1.6.3

Peringkat 3

1.6.4

Peringkat 4

DAPATAN KAJIAN

22

1.7

Hasil dapatan kajian ini dibincangkan berdasarkan soalan


berikut.

1.7.1

Soalan 1 : Apakah tahap kemahiran menulis dan


membentuk huruf murid ?

1.8

Perbincangan dan Cadangan 12

RUJUKAN
CALDER, T. (2007). DEVELOPING COORDINATION FOR SCISSOR
SKILLS. DICAPAI

RUJUKAN

Calder, T. (2007). Developing coordination for scissor skills. Dicapai

http://www.ttlc.org/Web%20Resource%20Library/Developing
%20Coord%20for%20Scissor%20Skills.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Carian PRPM : Definisi Menggunting.


dicapai
pada
8
Februari
2011
dari
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php
Kathryn L. Stout. (1998) How to Teach Handwriting. Dicapai pada 5
Februari dari
http://www.designastudy.com/teaching/tips-1198.html

23

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Huraian Sukatan Pendidikan Seni


Visual, KBSR. KL: DBP.
Levine, M.D. (1987). Developmental Variation and Learning Disorders.
Educators Publishing Service, Inc.: Cambridge, Massachusetts.
Levine, M.D. (1994). Educational Care: A System for Understanding and
Helping Children with Learning Problems at Home and in School.
Educators Publishing Service, Inc.: Cambridge, Massachusetts.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Schmidt, Richard A. (1988). Motor Control and Learning : A Behavioral


Emphasis. Illinois : Human Kinetics Publishers, Inc.
Sassoon, R (1990) Handwriting; The Way to Teach It, Stanley Thornes,
Cheltenham,

dicapai

pada

Februari

pada

http://www.designastudy.com/teaching/tips-1198.html
Smith, Jodene Lynn 2003 Activities for Fine Motor Skills development .
Westminster, Calif. : Teacher Created Materials

Welton, Rose (2010) How to teach children to use scissors. Dicapai pada 5
Februari dari
http://www,livestrong.com/article/192187-hoe-to-teachchildren-touse-scissors/

24

Anda mungkin juga menyukai