Anda di halaman 1dari 12

MASALAH TULISAN MURID TAHUN 1 DALAM MATA PELAJARAN

BAHASA CINA

Oleh:
Leong See Ying, Rita Goh Chia Po, Wong Ping Wen, Mary Tang Siew Feng
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chin Hua,
96300 Dalat, Sarawak.

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan murid memegang pensel dengan betul dan
dapat memperbaiki kekemasan tulisan Bahasa Cina supaya mudah dibaca dan disemak. Tinjauan
awal dilaksanakan melalui semakan kerja murid dan pemerhatian. Berdasarkan tinjauan yang
telah dibuat, didapati sebahagian murid Tahun 1 yang tidak dapat menulis perkataan Bahasa Cina
dengan kemas dan betul. Untuk mengatasi masalah tulisan murid, beberapa aktiviti pengajaran
menulis telah dirancang dan dilaksanakan mengikut peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan
peringkat pelahiran. Antaranya ialah latihan otot tangan, cara memegang pensel, postur menulis
dan pelbagai latihan menulis. Sebagai hasil pelaksanaan aktiviti, tulisan Bahasa Cina murid
kelihatan menjadi lebih kemas dan lebih mudah dibaca oleh guru.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Terdapat guru mata pelajaran yang mengatakan tulisan murid yang tidak kemas amat menyusahkan
proses penyemakan hasil kerja mereka. Tulisan yang tidak kemas dan tidak teratur termasuk tulisan
Bahasa Cina menjadi salah satu isu dalam kalangan murid Tahun 1. Masalah tulisan murid yang tidak
kemas termasuk tulisan yang tidak berada dalam petak tertentu, satu perkataan yang dipisah jauh kiri
kananya, tulisan bengkang bengkok dan dua perkataan yang ditulis terlalu dekat menjadi satu perkataan.
Masalah ini boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana guru
perlu meluangkan masa yang berlebihan untuk membimbing murid menulis perkataan Bahasa Cina
dengan betul dan kemas. Selain itu, sebahagian murid memerlukan masa yang agak panjang untuk
menulis satu perkataan sekiranya tiada bimbingan yang diberi kerana mereka tidak pandai menulis.
Sebagai hasil, tulisan itu adalah tidak kemas. Antara aspek yang menyumbang kepada masalah tulisan
murid ialah cara memegang pensel yang tidak betul, postur menulis yang tidak tepat dan kedudukan
buku yang tidak betul.
Masalah tulisan Bahasa Cina murid yang tidak kemas juga berkemungkinan disebabkan oleh pandemik
Covid-19. Ia memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran murid semasa di prasekolah kerana
guru prasekolah sukar memberi bimbingan yang lebih efektif dan sistematik terutama semasa pengajaran
dan pembelajaran di rumah. Ibu bapa murid yang tidak mahir dalam Bahasa Cina atau tiada kelapangan
masa susah memberi pemantauan kepada anak untuk menulis perkataan Bahasa Cina. Hal ini
menyebabkan mereka tercicir dalam bidang kebolehan menulis. Masalah tulisan murid perlu diambil
berat. Dengan ini satu kajian dilaksanakan untuk membantu memperbaiki masalah tulisan murid Tahun 1.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada tulisan murid dalam Bahasa Cina. Terdapat
sebahagian murid Tahun 1 mempunyai masalah tulisan Bahasa Cina. Perkataan yang ditulis oleh murid
ini tidak kemas dan tidak menulis mengikut petak yang terdapat pada buku latihan. Tulisan yang tidak
kemas menyukarkan guru mata pelajaran untuk menyemak hasil kerja mereka. Tulisan buruk boleh
menyebabkan perasaan marah timbul semasa guru memerika dan menyemak hasil kerja murid yang
susah dibaca. Murid juga susah dalam mengenali perkataan semasa melakukan pembacaan. Tulisan
murid yang tidak kemas hendaklah diperbaiki awal-awal mulai kecil kerana kebolehan menulis murid
adalah sangat penting dan merupakan salah satu kemahiran literasi yang penting kepada kanak-kanak.
Dengan itu, beberapa tindakan dirancang untuk membantu murid memperbaiki tulisan Bahasa Cina
mereka.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Tujuan kajian ini adalah untuk:

i. Memastikan murid memegang pensel dengan betul semasa menulis.


ii. Memastikan murid duduk dengan betul semasa menulis.
iii. Memperbaiki tulisan Bahasa Cina murid supaya kelihatan lebih kemas dan mudah dibaca.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan lima orang murid Tahun 1 SJK (C) Chin Hua Dalat yang bernama Azfiriana, Danish,
Emeline, Hariz dan Marcel. Kajian yang dijalani ini diharapkan dapat mendatangkan manfaat kepada
mereka dan membantu memperbaiki tulisan Bahasa Cina mereka.

5.0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kebolehan menulis perkataan cina dengan kemas amat perlu dipraktikkan sejak dari kecil lagi kerana ia
diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah jenis kebangsaan cina.Tulisan Bahasa Cina yang
kemas dapat menunjukkan identity seseorang sama ada merupakan seseorang yang bersikap baik atau
tidak baik dalam kehidupan mereka.Kepentingan menguasai kemahiran menulis telah ditonjolkan oleh
Sassoon (1990) dalam beberapa kajian kerana beliau sangat bimbang guru kurang memberi perhatian
untuk mengajar kemahiran menulis.
Tulisan yang kemas dapat membantu murid-murid mempersembahkan fikiran mereka melalui perkataan
dengan baik dan tiada salah faham akan berlaku.Murid-murid tidak patut menulis tulisan yang buruk dan
kelihatan seperti cakar ayam.

Menyedari hakikat ini, aktiviti yang dijalankan dalam kajian kali ini untuk bantu murid menulis dengan
kemas akan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu peringkat pratulisan , peringkat mekanis dan peringkat
pelahiran.

5.1 Peringkat Pratulisan

Peringkat Pratulisan dilakukan selama 2 minggu oleh murid -murid iaitu satu kemahiran
menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan dan gengaman tangan untuk
membentuk perkataan .

Dalam kajian ini terdapat 4 aktiviti yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran pratulisan di
kalangan 5 orang murid .

Azfiriana Emeline Danish

Hariz Marcel

Tulisan Murid Sebelum Kajian


1. Aktiviti Menconteng Secara Bebas
Murid diberikan kebenaran menconteng pada papan tulis kecil secara bebas mengikut citarasa
murid.Cara ini memberikan kebebasan untuk minda murid menghasilkan bentuk yang berlainan
saiz.Aktiviti dapat melatih proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid untuk mengasah
kemahiran menulis.

Rajah 2: Aktiviti Menconteng

2.Aktiviti Menggunting
Aktiviti menggunting membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata murid-murid.Murid akan
gunting mengikut bentuk gambar yang disediakan.Latihan ini dilakukan berterusan secara
perlahan-lahan dan akan dapat membantu menulis perkataan dengan lebih cantik.

Rajah 3 : Aktiviti Menggunting


3.Aktiviti Menyusun Bongkah Pada Petak
Aktiviti menyusun bongkah kayu ini membantu murid untuk membina kemahiran motor halus
terutama koordinasi tangan serta melatih otot-otot kecil.Ini amat penting supaya mudah
memegang pensel dengan betul.

Rajah 4 : Aktiviti Menyusun Bongkah Kayu pada Petak

4.Aktiviti mengutip kacang

Dengan mengutip objek kecil seperti kacang hijau dan merah akan melatih menguncupkan jari
murid. Sifat kacang adalah keras dan murid perlu fokus jika bermain dengan kacang.Murid-murid
seronok bermain kerana warnanya yang menarik.

Rajah 5: Aktiviti mengutip kacang merah dan hijau

5.2 Peringkat Mekanis

Peringkat mekanis adalah peringkat dimana murid-murid akan menjalankan latihan pratulisan
dan tahu memegang pensel dengan betul serta duduk dengan cara yang betul.Pada peringkat
awal ,murid akan dibimbing menulis perkataan cina di kertas kosong yang tidak mempunyai
garisan.Setelah didapati memuaskan, bantulah murid dilatih menulis pada halaman yang berpetak
garisan.
Contoh Latihan:

1.Memegang pensel dan duduk dengan cara yang betul

Rajah 6: Cara memegang pensel

2.Latihan menulis perkataan dalam kertas kosong

Rajah 7:Tulis dalam kertas kosong

3.Latihan menulis perkataan dalam petak bergaris


Petak Bergaris Cina

Rajah 8: Tulisan dalam petak bergaris

5.3 Peringkat Pelahiran

Selepas menguasai tulisan mekanis,murid-murid dilatih melahirkan fikiran mereka secara


bertulis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

a) Mengisi silang kata


b) Mengisi tempat kosong

c) Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar

6.0 DAPATAN KAJIAN

Setelah semua aktiviti mengikut langkah yang ditetapkan telah dijalankan. Pencapaian dapat dilihat,
peserta turut memahami dan pempraktikan konsep sebenar kepentingan menulis dengan kemas dan
betul. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan peserta dalam menulis perkataan dengan lebih kemas
dan betul. Guru dinasihatkan supaya sebelum memberikan sesuatu aktiviti penulisan, harus memberikan
peringatan tentang kepentingan menulis tulisan dengan kemas.
6.1 Analisis tinjauan masalah
AJK telah menjalankan satu aktiviti tulisan untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
Keputusannya adalah seperti berikut:
Nama peserta Hasil tulisan sebelum kajian Hasil tulisan selepas kajian

Azfiriana

Danish
Emeline

Hariz

Marcel
100

90

80

70

60

50 Sebelum
Selepas
40

30

20

10

0
Azfiriana Danish Emeline Hariz Marcel

Graf menunjukkan peningkatan kemahiran penulisan peserta.

6.2 Huraian keberkesanan aktiviti / tindakan

Semasa kajian dijalankan,didapati pada mulanya kesalahan biasa dalam penulisan murid adalah bentuk
perkataan yang buruk, tidak sama besar atau kecil.Selain itu, jarak antara perkataan yang tidak
seimbang,begitu juga dengan kedudukan yang condong.

Kemahiran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan
serentak atau dalam masa selari. Peranan menulis sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat
bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang.

Namun begitu, masalah ini mampu diatasi dengan cara memberi latihan secukupnya kepada murid-murid
serta berikan contoh -contoh yang jelas dan betul diberi agar sesuai dengan tahap mereka supaya dapat
diikuti oleh murid-murid dengan mudah.

7.0 Cadangan

Pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh memberi kesan terhadap
kemahiran penulisan karangan. Seandainya pelajar mengalami masalah pembelajaran boleh
menjejaskan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan. Guru seharusnya peka terhadap masalah
pembelajaran pelajar dan berusaha untuk mengatasinya dengan menggunakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Oleh itu Pendekatan Berfokus yang diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru dalam penulisan karangan diharap mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam
penulisan karangan dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM.Ada murid yang masih tidak mencapai objektif yang ditetapkan.
Murid lain pun dapat menguasai kemahiran
penulisan huruf dengan baik.
13.0 RUMUSAN PEMERHATIAN
Selepas menjalani kajian tindakan ini, saya telah dapat membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran
saya.
Saya berjaya membimbing pelajar saya menguasai kemahiran menulis dengan betul, teratur, dan kemas.
Dari segi
pelajar-pelajar itu pula, mereka berasa gembira. Semasa saya berbual-bual dengan mereka, mereka
melahirkan
perasaan cukup gembira kerana mereka tidak lagi dimarahi oleh guru-guru lain kerana tulisan mereka
cakar ayam.
Malah, ada yang dipuji kerana berjaya menulis dengan baik.
Dari segi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran , mereka lebih berminat untuk belajar berbanding
dengan dahulu. Namun, pencapaian akademik mereka masih belum ada
menunjukkan kemajuan yang ketara. Ini kerana mereka agak lemah dalam akademik sejak sekolah
rendah. Saya
sarankan kajian tindakan ini perlu lagi didedahkan kepada mereka untuk membantu mereka menguasai
kemahiran
membaca, mengira, dan sebagainya.
Dari segi pelajar pula, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana berjaya menulis dengan
kemas, teratur
dan mudah dibaca berbanding dengan tulisan mereka dahulu. Dari segi, minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran, mereka lebih berminat untuk menulis berbanding dengan sikap mereka dahulu
Pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius dan berterusan kerana boleh memberi kesan
terhadap kemahiran penulisan. Seandainya pelajar mengalami masalah pembelajaran boleh menjejaskan
pencapaian pelajar dalam penulisan. Guru seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran pelajar dan
berusaha untuk mengatasinya dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

7.1 Idea kejayaan atau penambahbaikan seterusnya.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan dan meningkatkan pencapaian pelajar
berkenaan dalam penulisan. Walau bagaimanapun terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian
khususnya dalam pengajaran membaca dan membina ayat. Oleh itu, dicadangkan untuk meningkatkan
penguasaan pelajar berkenaan dalam penguasan kemahiran membaca dan menulis ayat. Selain itu,
pelajar juga perlu menguasai kemahiran membina ayat secara gramatis bagi menghasilkan penulisan
karangan yang baik pada masa kelak.

Anda mungkin juga menyukai