Anda di halaman 1dari 18

Persepsi Pelajar Tingkatan Dua SMKA Untuk

Mengenali Budaya Arab Dalam Kelas Bahasa Arab


Muazah Abu Samah
Kaseh Abu Bakar Ph.D(UKM)
Abstrak
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti
persepsi pelajar tingkatan dua di empat buah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
seluruh Semenanjung Malaysia terhadap pelbagai
aspek budaya Arab, antaranya daripada aspek tahap
minat dan aspek budaya yang paling diminati.
Kaedah pengumpulan data menggunakan instrumen
soal selidik yang melibatkan 361 orang responden
yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan
berkelompok. 56 item telah dibina dan dipecahkan
kepada 6 sub-konstruk dan dianalisis menggunakan
skala rating 6 skala. Tahap nilai kebolehpercayaan
alpha cronbach yang diperoleh bagi semua item soal
selidik adalah tinggi (>0.9). Data kemudian dianalisis
secara deskriptif dan ditunjukkan dalam bentuk
peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian
menunjukkan responden memiliki tahap minat yang
tinggi untuk mengenali kesemua sub-konstruk
budaya dalam kajian (min 4.88, SP=0.76) dan aspek
budaya yang paling diminati ialahagama dan
pendidikan (min 5.27, SP=0.64). Dapatan kajian ini
akan membantu pereka kurikulum, penulis buku teks
dan para guru untuk mengenal pasti aspek budaya
Arab yang paling sesuai untuk diintegrasikan ke
dalam pengalaman pembelajaran pelajar, sama ada
menerusi kurikulum ataupun ko-kurikulum.

Kata kunci: Persepsi, mengenali budaya Arab,


sub konstruk budaya
Abstract
This study investigated the level of student interest
in the four form two National Religious Secondary
Schools (SMKA) throughout Peninsular Malaysia on

various aspects of Arab culture that they want to


learn. The objective of the study was to identify the
level of interest of students to recognize the Arab
culture and also identifies the most popular aspects
of culture. This study uses the form of survey
instruments questionnaires involving 361
respondents selected by cluster sampling method. 56
item had been built and broken down into six subcontructs. Cronbach alpha reliability level of the
value obtained for all items of the questionnaire was
high (> 0.9). Descriptive data and then analyzed and
presented in the form percent, min and standard
devision. The study showed that the respondents
have a high level of interest to know the culture of all
the sub-contruct in the study (mean 4.88) and the
most popular aspects of culture is the "religion and
education" (mean 5.27). The findings of this study
will help curriculum designers, textbook writers and
teachers to identify aspects of Arab culture is most
suitable for integration into the student learning
experience, whether through the curriculum or extracurricular.

Keywords: Arab culture, perception, popular culture

Latar Belakang Kajian


Proses pembelajaran bahasa asing adalah berbeza dengan proses
pemerolehan bahasa pertama. Kejayaan menguasai bahasa kedua atau
bahasa asing tidak mungkin tercapai melainkan wujudnya pendorong
yang mampu menggalakkan para pelajar berusaha dengan lebih gigih
secara berterusan untuk menguasainya. Oleh itu, kaedah pengajaran dan
pembelajaran bahasa asing mestilah diselaraskan supaya bersesuaian
dengan keperluan pengajarannya. Motivasi para pengajar dan para pelajar
bahasa asing pula perlulah sentiasa berada pada tahap tinggi, untuk
mengatasi segala kesukaran dalam proses penguasaannya.
Kajian-kajian berkaitan kaedah pembelajaran bahasa asing telah
mendapati, pengenalan aspek budaya masyarakat penutur asal adalah
sangat penting dalam pembelajaran sesuatu bahasa asing dan
berperanan besar dalam meningkatkan minat serta motivasi pelajar
mempelajari bahasa tersebut (Gardner dan Lambert 1972), (Hadley 1993),
(Rammuny 1996) dan (Kitao 2000). Memandangkan bahasa adalah
sebahagian daripada budaya, pembelajaran sesuatu bahasa tidak akan
mencapai matlamatnya sekiranya para pelajar tidak mengenali dan
mengetahui budaya penutur asal bahasa tersebut (Thanasoulas 2001),
(Genc dan Bada 2005), (Zhang dan Yan 2006 ), (Tang 2006), (Leveridge
2008), (Maryam Farnia dan Raja Rozina 2009) dan (Lau Su Kia et. all
2012). Ini bermakna, seseorang tidak akan mampu berkomunikasi dengan
kompeten dalam sesuatu bahasa sekiranya dia mempelajari bahasa
sasaran tanpa memahami budaya masyarakat penutur asal bahasa
tesebut. Keadaan ini akhirnya boleh menjejaskan motivasi pelajar kerana
sesuatu masalah yang dihadapi dalam pembelajaran bahasa kedua akan
menjadi punca demotivasi pelajar.
Permasalahan Kajian
Kajian-kajian yang telah dilakukan di Malaysia terhadap pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Bahasa Arab (BA) menunjukkan, penguasaan BA pelajar masih berada pada
tahap lemah dan belum mencapai sasaran (Nasimah 2006 & Kamarul Shukri et al. 2008).
Kajian Ismail et. all (2013) ke atas 159 peserta kajian daripada 8 buah sekolah untuk
mendapatkan gambaran sebenar terhadap sikap dan penguasaan BA pelajar yang terlibat
dalam program j-QAF mendapati pencapaian mereka adalah rendah iaitu sekitar 30.8%
sahaja. Manakala ujian bahasa yang dilakukan pula menunjukkan bahawa pencapaian
kemahiran menulis dan membaca pelajar berada pada tahap sederhana manakala, komponen
bertutur pula pada tahap rendah.
Keadaan ini amat membimbangkan dan sekiranya dibiarkan ianya boleh menjejaskan
misi dan objektif pengajaran BA di Malaysia. Banyak faktor yang menghalang keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut. Antara faktor-faktor tersebut ialah sikap
pelajar seperti kurang keyakinan untuk menggunakan BA, takut berlaku kesilapan ketika
menggunakan bahasa tersebut serta teknik pembelajaran bahasa yang lemah (Abdul Halim,
2009). Sikap negatif pelajar dalam mempelajari BA itu dikaitkan dengan pelbagai faktor
antaranya motivasi pelajar. Motivasi dikenal pasti menjadi faktor paling penting dan kunci

kejayaan dalam pembelajaran bahasa asing (Gardner 1985). Namun begitu, kajian yang
dilakukan oleh Kamarul Shukri et. al. (2010) terhadap 457 orang pelajar di 13 buah sekolah
menengah agama di Terengganu mendapati tahap motivasi belajar BA pelajar-pelajar tersebut
secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana sahaja. Dapatan kajian Azman dan Goh
(2010) terhadap situasi pembelajaran bahasa asing di institut pengajian tinggi (IPT) pula
mendapati minat dan motivasi pelajar terhadap BA perlu ditingkatkan lagi, memandangkan
kebanyakan pelajar yang mengambil mata pelajaran bahasa tersebut bukan kerana faktor
minat, tetapi kerana tidak ada pilihan lain.
Hakikatnya, kejayaan menguasai bahasa asing tidak mungkin tercapai melainkan
wujudnya faktor pendorong yang kuat dan berterusan sehingga mampu memotivasikan
pelajar berusaha dengan lebih gigih untuk menguasainya (Kaseh & Zainuddin 2009). Ini
kerana proses pembelajaran bahasa asing adalah berbeza dengan proses pemerolehan bahasa
pertama. Para pengajar dan pelajar bahasa asing perlu mengerahkan segala kemampuan,
tenaga dan waktu yang lebih banyak untuk menguasai bahasa asing berbanding proses
pemerolehan bahasa pertama. Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa asing
mestilah diselaraskan supaya bersesuaian dengan keperluan pengajarannya. Motivasi para
pengajar dan para pelajar bahasa asing pula perlulah sentiasa berada pada tahap tinggi, untuk
mengatasi segala kesukaran dalam proses penguasaannya (Purwoko 2010).
Kajian-kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti kaedah P&P bahasa asing yang
berkesan telah mendapati bahawa penerapan aspek budaya masyarakat penutur asal adalah
sangat penting dalam pembelajaran sesuatu bahasa untuk membantu meningkatkan minat
dan motivasi pelajar (Lado 1964; Brooks 1968; Byram 1989; Hadley 1993; Thanasoulas 2001
& Moran 2001). Malah beberapa kajian berkaitan hubungan antara budaya dan bahasa serta
kepentingannya dalam kelas bahasa asing telah menyimpulkan bahawa tanpa mengenali dan
mengetahui tentang budaya masyarakat penutur asal, maka pembelajaran bahasa asing tidak
akan mencapai matlamatnya (Thanasoulas 2001; Genc & Bada 2005; Zhang & Yan 2006;
Leveridge 2008 & Maryam Farnia & Raja Rozina 2009). Hasil kajian sarjana seperti Gardner
dan Lambert (1972) menunjukkan bahawa, kelas-kelas budaya berperanan besar untuk
meningkatkan motivasi, kerana para pelajar gemarkan aktiviti berkaitan budaya. Buktinya,
apabila seorang professor memperkenalkan aspek budaya B2 yang mereka pelajari, minat
pelajar terhadap kelas itu semakin meningkat berbanding kelas tradisional.
Bukti bahawa pembelajaran budaya mampu menarik minat pelajar dapat dilihat dari
kursus pengenalan terhadap budaya dan BA yang dijalankan di (ICAC) Universiti Michigan
1991. Pengajaran budaya dalam kursus tersebut didapati telah menjadi salah satu faktor
peningkatan bilangan pelajar untuk mengikuti kursus pengajian BA lanjutan yang ditawarkan
oleh pihak universiti (Rammuni, 1996). Dapatan kajian Adnan Derahman (2011) mengenai
motivasi pembelajaran BA pelajar diploma pelancongan Politeknik Merlimau Melaka
mendapati, para pelajar telah mencadangkan agar dilantik tenaga pengajar dari kalangan
orang Arab bagi membantu meningkatkan minat mereka mempelajari BA. Cadangan pelajar
tersebut adalah bersesuaian dengan pendapat Cakir (2006) yang mengatakan bahawa interaksi
secara langsung dengan penutur asal sesuatu bahasa sasaran, akan membantu melibatkan
pelajar-pelajar dengan pengalaman budaya yang sebenar. Ini adalah kerana, penutur asal
sesuatu bahasa asing merupakan sumber tulen budaya bahasa sasaran.
Dapatan-dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa kajian
terhadap aspek budaya dalam kelas bahasa asing, khususnya dalam
mata pelajaran BA sangat perlu dijalankan. Persoalannya, apakah pelajar

BA di Malaysia benar-benar berminat untuk mengenali budaya Arab dan


apakah aspek budaya yang paling sesuai diperkenalkan kepada para
pelajar? Hingga kini, kajian secara khusus terhadap aspek budaya dalam
pembelajaran BA di Malaysia masih kurang dijalankan. Oleh itu, kajian ini
akan menyelidik sejauh mana pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) berminat untuk mengenali budaya Arab.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:


1. Mengenal pasti tahap minat pelajar tingkatan dua SMKA dalam
mengenali pelbagai aspek budaya Arab
2. Mengenal pasti aspek budaya Arab yang paling diminati oleh pelajar
tingkatan dua SMKA.
Persoalan Kajian

1. Apakah tahap minat pelajar tingkatan dua SMKA untuk mempelajari


pelbagai aspek
budaya Arab?
2. Apakah aspek budaya Arab yang paling diminati oleh pelajar tingkatan
dua SMKA?
Tinjauan Literatur
Teori Motivasi Dalam Pembelajaran Bahasa Asing
Motivasi belajar bahasa asing boleh dimaksudkan dengan keinginan yang
kuat dalam diri seseorang sehingga mendorongnya untuk melakukan
usaha-usaha yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa tersebut
(Kaseh dan Zainuddin 2009). Kajian-kajian menyeluruh terhadap peranan
motivasi dalam P&P bahasa asing telah menunjukkan bahawa motivasi
memainkan peranan penting untuk kejayaan pembelajaran subjek
tersebut, malah (Gardner 1985) menganggap motivasi sebagai faktor
paling penting dan kunci kejayaan dalam pembelajaran bahasa asing.
Semenjak beberapa abad yang lalu pelbagai teori berkaitan motivasi B2
telah diperkenalkan oleh para sarjana dan teori-teori tersebut sentiasa
diperbaharui dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Teori Sistem
Motivasi Kendiri Bahasa Kedua (L2 motivational self system) yang
diperkenalkan oleh Dornyei (2005) merupakan antara teori yang dianggap
paling efisyen dan mendapat perhatian ramai pihak.
Teori motivasi Dornyei (2005) tersebut dibina berasaskan kepada
teori psikologi mengenai potensi diri. Fokus teori ini ialah mengenai
konsep the ideal self, yang merujuk kepada pernyataan mengenai

sebarang harapan, inspirasi atau impian berkaitan bahasa sasaran yang


ingin dicapai oleh seseorang di masa hadapan. Dornyei berpendapat,
potensi diri pelajar B2 ataupun ideal L2 self ini, memainkan peranan
yang penting dalam motivasi pembelajaran bahasa. Hipotesis asasnya
ialah, sekiranya impian untuk menjadi fasih seperti penutur asal menjadi
sebahagian daripada potensi diri yang ingin dicapai, impian tersebut
diramalkan akan dapat mendorong pelajar berusaha lebih gigih
mempelajari bahasa sasaran sehingga berjaya. Ini kerana menurut ilmu
psikologi, manusia berkeinginan untuk menurunkan kadar percanggahan
antara masa depan dan hakikat diri kita sekarang (Ushioda dan Dornyei
2009).
Motivasi kendiri berkaitan potensi diri dalam pembelajaran B2
ataupun ideal L2 self didapati mempunyai pengaruh yang jauh lebih
penting berbanding faktor motivasi lain. Menurut (Kaseh dan Zainuddin
2009) dimensi ideal L2 self ini mampu menjadi pendorong motivasi yang
berkesan sekiranya para pelajar memenuhi syarat-syarat yang
diperlukan. Antaranya ialah pelajar mempunyai gambaran masa depan
yang jelas tentang apa yang mereka ingin capai dalam pembelajaran BA
mereka. Gambaran ini pula perlu mendalam dan terperinci serta sentiasa
digerakkan secara berterusan. Pendapat ini selari dengan hasil kajian oleh
(Zainur Rijal dan Rosni Samah 2006) yang mendapati, antara halangan
utama yang dihadapi oleh pelajar jurusan BA di Institut Pengajian Tinggi
(IPT) Malaysia untuk menguasai BA, berpunca daripada faktor tiada
kefahaman dan matlamat yang jelas terhadap pembelajaran BA. Oleh itu,
menjadi tugas para guru untuk membantu pelajar mewujudkan impian,
gambaran dan matlamat yang bersesuaian dengan potensi diri dalam
minda pelajar.
Bagaimanakah cara untuk mewujudkan gambaran tersebut?
Memandangkan bahasa merupakan sebahagian daripada identiti budaya
sesuatu masyarakat, maka gambaran yang jelas terhadap sesuatu bahasa
mestilah merangkumi latar belakang budaya di mana bahasa tersebut
dituturkan. Pendedahan tentang budaya masyarakat penutur asal bahasa
sasaran tersebut memainkan peranan untuk membantu membina impian
dalam diri pelajar. Jika para pelajar tidak pernah didedahkan dengan
aspek berkaitan budaya orang Arab, bagaimanakah impian-impian
seperti, ingin berbicara sefasih orang Arab, ingin berinteraksi dengan
bahan-bahan dalam BA ataupun ingin menjadi seperti orang Arab, akan
wujud? Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, model motivasi kendiri
bahasa kedua L2 motivational self system-sistem, yang diperkenalkan
oleh Dornyei (2005) tersebut secara tidak langsung telah menyokong
peranan mengenali budaya sasaran dalam meningkatkan motivasi belajar
bahasa asing.

Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan dipilih kerana
kajian ini melibatkan lokasi yang luas dan sampel yang ramai. Ia juga
adalah satu kaedah yang diandaikan dapat meneroka tahap minat
pelajar untuk mengenali budaya masyarakat Arab dan mengenal pasti
pola kecenderungan mereka
Lokasi dan Persampelan
Lokasi kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan
iaitu kelompok lokasi yang hendak dikaji dikenal pasti dan semua
kelompok tersebut boleh mewakili ciri-ciri spesifik populasi di seluruh
negara. Hal ini penting demi mengelakkan unsur prejudis dalam kajian
(Mok Soon Sang 2010). Kelompok lokasi bagi kajian ini dibahagikan
kepada empat zon, iaitu zon utara, barat, selatan dan timur Semenanjung
Malaysia dan semua zon tersebut dipilih sebagai lokasi
Populasi untuk kajian ini ialah semua pelajar tingkatan dua SMKA
seluruh Semenanjung Malaysia, berjumlah lebih kurang 6161 orang
(Kementerian Pelajaran Malaysia 2012). SMKA dipilih sebagai tempat
kajian memandangkan semua pelajarnya wajib mengambil mata pelajaran
BA dan mereka juga mempunyai pencapaian akademik yang tinggi serta
datang dari pelbagai latar belakang keluarga. Jumlah sampel yang
digunakan dalam kajian ini adalah seramai 361 orang pelajar tingkatan
dua. Jumlah ini dianggap sudah memadai kerana menurut Krejcie dan
Morgan (1970) seramai 361 sampel kajian sudah mencukupi untuk
populasi seramai 6000 orang (Ahmad Sunawari Long 2009). Pemilihan
pelajar tingkatan dua sebagai responden dibuat berdasarkan pandangan
(Ulwan 1998) yang mengelaskan umur 14 tahun sebagai berada pada
tahap awal kematangan atau akil baligh. Memandangkan tahap umur
responden yang berada pada peringkat transisi antara dua zaman ini,
maka dapatan kajian dijangka akan dapat mewakili persepsi pelajar
sekolah rendah dan menengah atas sekali gus.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Soal
selidik merupakan kaedah pengumpulan data yang paling praktikal dan
berkesan bagi kajian tinjauan, jika melibatkan populasi yang besar dan
kedudukan sampel pula adalah jauh antara satu sama lain (Noraini Idris
2010). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini telah dibina sendiri
oleh pengkaji berdasarkan saranan kajian lepas dan dapatan kajian pra
rintis terhadap 35 orang pelajar BA tingkatan dua SMK Jalan 3, Bandar
Baru Bangi, Selangor.
Tahap minat pelajar terhadap BA dan persepsi mereka terhadap
kepentingan mengenali budaya Arab diukur menggunakan rating scale
enam skala. Responden dikehendaki menyatakan tahap kecenderungan

mereka untuk mengenali budaya Arab yang telah dibahagikan kepada


enam sub konstruk budaya dan mengandungi 56 item soalan. Jadual 1 di
bawah menunjukkan agihan sub-konstruk dan bilangan item soalan.
Jadual 1
Agihan soalan dalam bahagian B dan pecahan item
Bil
1
2
3
4
5
6

Sub konstruk budaya


Sejarah dan negara
Budaya dan cara hidup
Bahasa dan komunikasi
Makanan dan pakaian
Agama dan pendidikan
Hiburan dan sukan
Jumlah

Item
12
13
8
6
8
9
56

Rating scale (berskala ordinal 1-6) telah dipilih kerana ia


mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan responden juga
mempunyai ruang pilihan yang banyak untuk membuat pilihan yang
tepat. Responden perlu menandakan pada salah satu skala yang
disediakan sebagai mewakili tahap minat mereka, bermula daripada skala
satu mewakili tahap sangat tidak minat, sehingga ke skala enam bagi
tahap sangat minat.
Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian
ini, pengkaji telah melakukan kajian rintis terhadap soal selidik kepada
responden yang berkongsi ciri yang sama dengan responden dalam kajian
sebenar. Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 40 pelajar tingkatan
dua SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Untuk mendapatkan nilai
ketekalan item instrumen, nilai alpha berasaskan koefisien cronbach
digunakan. Hasil analisis menunjukkan, nilai pekali kebolehpercayaan
alpha cronbach bagi keseluruhan ujian ini ialah 0.90.
Analisis Data
Data kajian yang melibatkan data primer dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 18.0. Data
kemudian dianalisis secara deskriptif dan ditunjukkan dalam bentuk
peratus, min dan sisihan piawai. Semua data dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan rajah. Bagi lebih memudahkan pengukuran tahap minat
pelajar untuk mengenali aspek-aspek budaya Arab dibuat, tahap minat
tersebut telah dibahagikan dengan merujuk kepada tiga peringkat, iaitu
rendah, sederhana dan tinggi berdasarkan julat nilai min seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 2.
Jadual 2
Klasifikasi tahap minat

Bil

Julat nilai min

Interpretasi tahap

1.00 2.66

Minat rendah

2.67- 4.33

Minat sederhana

4.34- 6.00

Minat tinggi

Dapatan dan Perbincangan


1.

Tahap Minat Mengenali Pelbagai Aspek Budaya Arab

Jadual 3 menunjukkan hasil analisis data berkaitan tahap minat pelajar


untuk menjawab soalan 1 iaitu tahap minat mengenali budaya Arab.
Aspek budaya Arab dalam kajian ini telah dipecahkan kepada enam sub
konstruk iaitu set sejarah dan negara, budaya dan cara hidup, bahasa dan
komunikasi, makanan dan pakaian, agama dan pendidikan serta hiburan
dan sukan. Hasil analisis yang dijalankan mendapati, tahap minat pelajar
untuk mengenali setiap sub konstruk budaya adalah pada tahap tinggi,
dan jumlah skor min bagi keseluruhan sub konstruk budaya adalah (M=
4.88, SP=0.76). Ini bermakna, majoriti responden sangat berminat untuk
mengenali semua sub konstruk budaya Arab.
Jadual 3
Tahap minat mengenali budaya Arab (n=361)
Bil
1
2
3

Sub konstruk
Sejarah dan negara
Budaya dan cara hidup
Bahasa dan
komunikasi
4
Makanan dan pakaian
5
Agama dan pendidikan
6
Hiburan dan sukan
Min keseluruhan

Min
4.85
5.07
4.60

SP
0.67
0.68
0.91

Tahap minat
Tinggi
Tinggi
Tinggi

5.11
5.27
4.37
4.88

0.79
0.64
0.96
0.76

Tinggi
Tinggi
Tinggi
Tinggi

2.

Aspek Budaya Arab Yang Paling Diminati

a)

Sejarah dan Negara

Jadual 4 menunjukkan hasil analisis data berkaitan tahap minat pelajar


untuk mengenali aspek sejarah dan negara. Hasil analisis menunjukkan
hanya 0.3% (seorang) sahaja responden yang mempunyai tahap minat
yang rendah, manakala 21.6% (78 orang) mempunyai tahap minat
sederhana dan majoriti 78.1% (282 orang) berminat pada tahap tinggi.
Kesimpulannya, responden terdiri dari pelbagai tahap minat untuk
mengenali aspek sejarah dan negara dan majoritinya berminat pada
tahap tinggi (M= 4.85, SP=0.67)
Jadual 4

Skor tahap minat mengenali aspek sejarah dan negara Arab(n=361)


Sub
konstruk

Sejarah
dan
negara

b)

Kekerapan Dan Peratus


1.00 2.66
(Rendah)
1
(0.3%)

2.67- 4.33
(Sederhan
a)
78
(21.6%)

4.346.00
(Tinggi)
282
(78.1%)

SP

Taha
p

0.6
7

Tingg
i

Min

4.8
5

Budaya dan Cara Hidup

Jadual 5 menunjukkan hasil analisis data berkaitan tahap minat pelajar


untuk mengenali aspek budaya dan cara hidup masyarakat Arab. Hasil
analisis menunjukkan tiada pelajar yang tidak berminat untuk mengenali
aspek budaya dan cara hidup masyarakat Arab, sebaliknya 310 orang
responden (85.9%) menunjukkan tahap minat yang tinggi, sementara 51
orang (14.1%) pada tahap minat sederhana. Kesimpulannya, semua
responden berminat untuk mengenali aspek budaya serta cara hidup dan
majoriti mereka berminat pada tahap tinggi (M=5.07, SP=0.68).

Jadual 5
Tahap minat mengenali aspek budaya dan cara hidup (n=361)
Subkonstruk

Budaya
dan cara
hidup

c)

Kekerapan Dan Peratus


1.00 2.51- 4.50
4.512.50
(sederhana 6.00
(Rendah )
(Tinggi
)
)
0
51
310
(0.0%)
(14.1%)
(85.9%)

Skor
min

SP

Tahap

5.07

0.6
8

Tinggi

Bahasa dan Komunikasi

Jadual 6 menunjukkan hasil analisis data berkaitan tahap minat pelajar


untuk mengenali aspek bahasa dan komunikasi. Hasil analisis
menunjukkan sebilangan besar responden 239 orang (66.2%) mempunyai
tahap minat yang tinggi untuk mengenali aspek ini, 110 orang (30.8%)
pada tahap minat sederhana dan cuma 12 orang (3.3%) tahap minat
rendah. Kesimpulannya, responden terdiri dari pelbagai tahap minat untuk
mengenali aspek bahasa dan komunikasi dan majoriti mereka berminat
pada tahap tinggi (M=4.60, SP=0.91).
Jadual 6
Tahap minat mengenali aspek bahasa dan komunikasi (n=361)
Subkonstruk

Kekerapan Dan Peratus


1.00 2.674.34-

Min

SP

Tahap

Bahasa dan
komunikasi

d)

2.66
(Renda
h)
12
(3.3%)

4.33
(Sederha
na)
110
(30.8%)

6.00
(Tingg
i)
239
(66.2%
)

4.6
0

0.9
1

Tinggi

Makanan dan Pakaian

Jadual 7 menunjukkan hasil analisis data berkaitan tahap minat pelajar


untuk mengenali aspek makanan dan pakaian. Hasil analisis menunjukkan
seramai 0.6% (2 orang) responden berada pada tahap minat rendah untuk
mengenali aspek makanan dan pakaian, 18% (65 orang) pada tahap
sederhana dan majoriti 81.4% (294 orang) pada tahap tinggi.
Kesimpulannya, responden mempunyai pelbagai tahap minat untuk
mengenali aspek makanan dan pakaian dan majoriti mereka berminat
pada tahap minat tinggi (M= 5.11, SP=0.79).
Jadual 7
Tahap minat mengenali aspek makanan dan pakaian (n=361)
SubKekerapan Dan Peratus
konstruk
1.0 - 2.66
2.67 4.34 (Rendah
4.33
6.00
)
(Sederha
(Tinggi)
na)
Makanan
2
65
294
dan
(0.6%)
(18%)
(81.4%)
pakaian

e)

Min

SP

Taha
p

5.1
1

0.7
9

Tingg
i

Agama dan Pendidikan

Jadual 8 menunjukkan hasil analisis data berkaitan tahap minat pelajar


untuk mengenali aspek agama dan pendidikan. Hasil analisis mendapati
responden berada pada tahap minat tinggi dan sederhana untuk
mengenali aspek agama dan pendidikan iaitu, cuma seramai 34 orang
(9.4 %) pada tahap minat sederhana dan bakinya 327 orang (90.6%)
pada tahap minat tinggi. Kesimpulannya, majoriti responden berada pada
tahap minat yang tinggi untuk mengenali sub konstruk ini (M=5.27,
SP=0.64).
Jadual 8
Tahap minat mengenali aspek agama dan pendidikan (n=361)
Sub
konstruk

Agama

Kekerapan Dan Peratus


1.00 2.67- 4.33
4.34 2.66
(Sederhan
6.00
a)
(Tinggi)
(Rendah
)
0
34
327

Mi
n

SP

Taha
p

5.2

0.6

Tinggi

dan
pendidikan

f)

(0.0%)

(9.4%)

(90.6%)

Hiburan dan Sukan

Jadual 9 menunjukkan hasil analisis data berkaitan tahap minat pelajar


untuk mengenali sub konstruk hiburan dan sukan. Hasil analisis
mendapati 16 orang responden (4.4%) berada pada tahap minat yang
rendah, 149 orang (41.3 %) tahap sederhana dan 196 orang (54.3%)
tahap tinggi. Kesimpulannya, responden mempunyai pelbagai tahap minat
untuk mengenali aspek hiburan dan sukan, manakala majoriti mereka
berminat pada tahap tinggi (M= 4.37, SP=4.37).
Jadual 9
Tahap minat mengenali aspek hiburan dan sukan (n=361)
Subkonstru
k
Hiburan
dan
sukan

g)

Kekerapan Dan Peratus


1.0- 2.66
2.67
4.34 - 6.00
4.33
(Tinggi)
(Rendah) (Sederha
na)
16
149
196
(4.4%)
(41.3%)
(54.3%)

Min

SP

Tahap

4.3
7

0.9
6

Tinggi

Perbandingan Minat Mengenali Setiap Aspek budaya Arab

Hasil analisis data berkaitan aspek budaya Arab paling diminati pelajar
untuk dipelajari dapat dilihat menggunakan jadual , manakala
perbandingan tahap minat setiap sub konstruk pula ditunjukkan dalam
graf 1. Berdasarkan graf 1, aspek budaya yang mendapat min tahap
minat tertinggi adalah agama dan pendidikan (M= 5.27, SP=0.64), diikuti
makanan dan pakaian (M= 5.11, SP=0.79), budaya dan cara hidup
(M=5.09, SP=0.68), sejarah dan negara (M=4.86, SP=0.67) serta bahasa
dan komunikasi (M=4.60, SP=0.91). Manakala aspek budaya yang
mendapat min tahap minat terendah adalah hiburan dan sukan (M=4.37,
SP=0.96). Ini menunjukkan bahawa pelajar paling berminat untuk
mengenali aspek agama dan pendidikan, namun berbanding enam aspek
budaya Arab yang dinilai, tahap minat responden untuk mengenali aspek
hiburan dan sukan adalah yang terendah.

Rajah 1. Perbandingan tahap minat pelajar mengenali budaya Arab


6
5
4
3
Min

2
1
0

Perbincangan
a) Pelajar sangat berminat untuk mengenali pelbagai aspek
budaya
Arab
Hasil kajian ini menunjukkan, pelajar mempunyai tahap minat yang tinggi
untuk mengenali pelbagai aspek budaya Arab. Dapatan ini menyokong
kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh (Rammuny 1996), Larissa dan
Fumatika (2005), (Pogadaev 2007), Ainol Madziah dan Isarji (2009) serta
(Kaseh, Nil Farakh dan Zeti Akhtar 2010) yang mendapati bahawa para
pelajar berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara dan
masyarakat penutur bahasa sasaran.
Andaian tentang wujudnya minat pelajar untuk mengenali aspek
budaya Arab ini pernah dikemukakan dalam kajian (Adnan Derahman
2011) mengenai motivasi pembelajaran BA pelajar diploma pelancongan
Politeknik Merlimau Melaka. Hasil kajian beliau mendapati, para pelajar
telah mencadangkan agar dilantik tenaga pengajar dari kalangan orang
Arab bagi membantu meningkatkan minat mereka mempelajari BA.
Cadangan pelajar tersebut adalah bersesuaian dengan pendapat Cakir
(2006) yang mengatakan bahawa interaksi secara langsung dengan
penutur asal sesuatu bahasa sasaran, akan membantu melibatkan pelajarpelajar dengan pengalaman budaya yang sebenar. Ini adalah kerana,
penutur asal sesuatu bahasa asing merupakan sumber tulen budaya
bahasa sasaran. Dapatan kajian ini juga menyokong kajian Azman (2010)
dan Lau et. all (2012) yang mencadangkan unsur-unsur sosio budaya
penutur natif diselitkan dalam kelas B2, supaya pelajar lebih memahami
budaya penutur asal seterusnya membantu memupuk minat dan
penguasaan pelajar dalam pengajaran bahasa itu. Namun begitu dapatan
ini agak bertentangan dengan dapatan kajian (Haji Saini dan Haji
Mohammad Seman 2010) mengenai persepsi pelajar bukan Islam
terhadap pelajaran BA di Universiti Malaysia Sabah. Hasil kajian mereka

mendapati hanya tiga orang sahaja (6%) daripada 50 orang pelajar bukan
muslim tersebut yang mengatakan tujuan mereka mempelajari BA adalah
untuk mengenal budaya dan bangsa Arab.
b) Aspek agama dan pendidikan adalah aspek budaya yang paling
diminati
Hasil analisis kajian terhadap aspek budaya Arab yang paling diminati
mendapati, para pelajar sangat berminat untuk mengenali budaya Arab
berkaitan aspek agama dan pendidikan. Hasil analisis ini didapati selari
dengan dapatan-dapatan analisis berikutnya dalam kajian ini; iaitu analisis
terhadap item budaya Arab yang paling digemari serta dapatan cadangan
pelajar terhadap aspek budaya Arab yang ingin mereka kenali. Hasil
analisis kajian mengenai item budaya Arab yang paling digemari
mendapati, item-item budaya yang berkaitan dengan aspek agama dan
pendidikan adalah yang mendapat min tahap minat tertinggi berbanding
item-item lain. Dapatan ini selari dengan pandangan (Kaseh dan
Zainuddin 2009), (Ainol Madziah dan Isarji 2009), (Kaseh, Nil Farakh dan
Zeti Akhtar 2010) dan (Kamarul Shukri et al. 2010) yang mendapati
bahawa faktor agama dan ibadah merupakan faktor yang dominan
terhadap pembelajaran BA dalam kalangan pelajar sekolah menengah
agama. Dapatan ini agak berbeza dengan jangkaan awal pengkaji yang
telah meramalkan bahawa, aspek budaya berkaitan sejarah dan negara
akan menjadi aspek yang paling diminati pelajar, berbanding aspek-aspek
budaya Arab lain.
Dapatan ini diperoleh berkemungkinan kerana faktor responden
terdiri daripada pelajar SMKA yang berorientasikan agama dan sentiasa
terdedah dengan maklumat berkaitan pendidikan agama, menyebabkan
rasa ingin tahu pelajar juga cenderung pada aspek yang sama iaitu
berkaitan agama dan pendidikan. Teori Pembelajaran Semula Jadi oleh
Jean Jacques Rousseau (1712-1778) telah mengatakan bahawa corak
pemikiran dan hasil pembelajaran seseorang dipengaruhi persekitaran
dan alam sekeliling kehidupan mereka (Mok Soon Sang 2009). Seterusnya
(Mok Soon Sang 2009) juga berpendapat, isi pelajaran bagi pelajar
sekolah menengah perlu disusun mengikut pemeringkatan daripada
pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau
pengalaman baru dan daripada persekitaran dekat yang pernah dialami
kepada persekitaran jauh yang belum dialami. Dalam konteks ini,
pengalaman sedia ada serta persekitaran responden adalah berkaitan
dengan aspek agama dalam kehidupan seharian. Oleh itu, sub konstruk
inilah yang paling mudah digambarkan oleh pelajar serta menjadi item
paling diminati berbanding sub konstruk lain.
Kesimpulan
Melalui kajian ini, pengkaji telah dapat menunjukkan bahawa persepsi
para pelajar untuk mengenali budaya bahasa sasaran iaitu budaya Arab
adalah sangat tinggi. Konstruk dan item budaya yang paling diminati pula

adalah berkaitan dengan aspek agama dan pendidikan. Ini bermakna,


para pelajar bukan sekadar mahu mempelajari BA, malah mereka juga
tertanya-tanya dan mahu mengetahui lebih lanjut mengenai situasi
negara dan masyarakat Arab. Berdasarkan dapatan ini, pengkaji
berpendapat bahawa pengajaran aspek budaya Arab perlu dijadikan salah
satu daripada teras disiplin dalam PdP BA, sebagai usaha untuk
membantu meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran ini.
RUJUKAN
Ab. Halim Mohamad. (2009). Tahap Komunikasi Dalam Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar
Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1 (1),
1-14

Adnan Derahman. (2011). Motivasi Pembelajaran Bahasa Arab di Kalangan


Pelajar Diploma Pelancongan Jabatan Hospitaliti Politeknik Merlimau
Negeri Melaka, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan
Pengajian Islam. Edisi 5 ed. Bangi: Jabatan Usuluddin Dan
Falsafah,Fakulti Pengajian Islam UKM.
Ainol Madziah Zubairi, Isarji Hj Sarudin. (2009). Motivation To Learn A
Foreign Language In Malaysia. GEMA Online Journal of Language
Studies 9 (2).
Azman Che Mat, Ying Soon Goh. (2010). Situasi Pembelajaran Bahasa
Asing Di Institut Pengajian Tinggi : Perbandingan Antara Bahasa
Arab, Bahasa Mandarin Dan Bahasa Perancis. ASEAN Journal of
Teaching and Learning in Higher Education 2 (2):9-21.
Busse, Vera Marion Williams. (2010). Why German? Motivation of Students
Studying German at English Universities. The Language Learning
Journal 38 (1):67-85.
Byram, M. (2010). Linguistic and Cultural Education for Bildung and
Citizenship. The Modern Language Journal 94 (Revisiting the role of
culture in the Foreign Language Curiculum):317-329.
Furstenberg, G. (2010). Making Culture the Core of the Language Class:
Can It Be Done? The Modern Language Journal 94 (Revisiting the
Role of culture in the Foreign Language Curiculum):329-332.
Gardner, R. C, W. E. Lambert (1972). Attitudes and motivation in second
language learning. Rowley, Mass: Newbury House.

Gardner, Robert C. (1985). Social Psychology And Scond Language


Learning: The Role Of Attitudes And Motivation. London: Edward
Arnold.
Genc, Bilal, Erdogan Bada. (2005). Culture In Language Learning And
Teaching. (1),
www.readingmatrix.com/articles/genc_bada/article.pdf
Hadley, Alice Omaggio. (1993). Teaching Language In Context. Boston:
Heinle & Heinle Publishers.
Haji Saini Ag. Damit, Haji Mohammad Seman. (2010). Persepsi Pelajar
Bukan Islam Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Kajian Di
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
www.mymla.org/files/.../ICMM2010_p76.pdf
Ismail, Wan Maizatul Akmar dan Azman. 2013. Gema online Jurnal of Language Studies
Volume 13(2).
Kamarul Shukri Mat Teh, Embi Mohamed Amin, Nik Yusoff Nik Mohd
Rahimi, Mahamod. Zamri. (2010). Hubungan Tahap Motivasi Dengan
Strategi Pembelajaran BA Jurnal Teknologi Universiti Teknologi
Malaysia (52): 57-67.
Kamarul Shukri, Mat Teh, Nik Yusoff Nik Mohd Rahimi, Embi Mohamed
Amin, Mahamod Zamri. (2008). Penggunaan Strategi Pembelajaran
Bahasa Berdasarkan Tahap Pencapaian BA Komunikasi. Paper read
at Proceedings of 3rd International Language Learning Conference.
Kaseh Abu Bakar, Zainuddin. (2009). an Nizam az Zati Lidafiiyyati Taalum
Lughah as Saniah wa Mutaalim Lughah al Arabiah fi Malizia. Paper
read at Proceedings of the Malaysia Conference on Arabic Studies
and Islamic Civilization (MACASIC), at Bilik Senat & Bilik Majlis UKM.
Kaseh, Abu Bakar, Sulaiman Nil Farakh, Muhammad Rafaai Zeti Akhtar.
(2010). Self-Determination Theory And Motivational Orientations Of
Arabic
Learners: A Principal Component Analysis. GEMA Online Journal of
Language Studies 10 (1).
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Enrolmen Tingkatan Dua di
SMKA. In 30 Jun 2011, BPdPD Pendidikan: KPM.
Kitao, Kenji (2000). Teaching Culture in Foreign Language Instruction in the
Unites States. Online documents at URL
http://ilc2.doshisha.ac.jp/users/kkitao/library/article/culture.htm.
Larisa, Nikitina, Furuoka Fumitaka. (2005). Integrative Motivation in a
Foreign Language Classroom: A Study on the Nature of Motivation of

the Russian Language Learners in Universiti Malaysia Sabah. Jurnal


Kinabalu, Jurnal Perniagaan & Sains Sosial (11):23-24.
Leveridge, Aubrey Neil. (2008). The Relationship Between Language &
Culture and the Implications for Language Teaching.
http://edition.tefl.net/articles/teacher-technique/language-culture/.
Lau Su Kia, Ang Lay Hoon, Soon Chiow Thai, Low Seng Boon, Wong Ngan
Ling. (2012)
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina dalam Mengalakkan
Interaksi Pelajar Berbilang Kaum. GEMA Online Journal of
Language Studies 12 (3).
Majdah Mohammad. (2011). Kajian keberkesanan pelaksanaan bahasa
Arab dalam program j-QAF di sekolah rendah, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Maryam Farnia, dan Raja Suleiman Raja Rozina. (2009). Contrastive
Pragmatic Study and Teaching Culture in English Language
Classroom A Case Study.
http://pkukmweb.ukm.my/~solls09/Proceeding/PDF/maryam,
%20raja%20rozina%20et%20al.pdf
Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan
Dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Siri Pengajian Profesional.
Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Nasimah Hj Abdullah. (2006). Permasalahan dalam pembelajaran bagi
pelajar diploma Pengajian Islam (bahasa Arab) di KUIS dan cara
mengatasinya. Paper read at Prosiding Wacana Pendidikan Islam.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: McGrawHill(Malaysia Sdn. Bhd).
Pogadaev, Victor A. (2007). Motivational Factors In Learning Foreign
Languages: The Case Of Russian. Masalah Pendidikan 30 (2).
Purwoko, Herudjati. (2010). Muatan Sosio-budaya dalam Buku Teks
Pelajaran Bahasa Asing. Parole-Jurnal Linguistik Dan Edukasi (1):6477.
Rammuny, Raji. (1996). An Introductory Course On Arab Culture and
Language And Its Practical Implications. Al Arabiyya (Journal Of The
American Association Of Teachers Of Arabic) (29):177-189.

Tang, Yanfang. (2006). Beyond Behavior: Goals of Cultural Learning in the


Second Language Classroom. The Modern Language Journal 90
( 1):86-99.
Thanasoulas, Dimitrios. (2001). The Importance Of Teaching Culture In The
Foreign Language Classroom Radical Pedagogy,
http://radicalpedagogy.icaap.org/content/issue3_3/7thanasoulas.html
Ulwan, Abdullah Nasih. (1998). Pendidikan anak-anak menurut pandangan
Islam. Edisi terjemahan
Ushioda, Ema, dan Zoltan Dornyei. (2009). Motivation, Language Identities
and the L2 Self: A Theoretical Overview. In Motivation, Language
Identity and the L2 Self, edited by E. Ushioda and Z. Dornyei. Bristol,
Buffalo, Toronto: Multilingual Matters.
Zah Mohamad. (2000). Persepsi Pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Bestari di
Negeri Terengganu Terhadap P&P Tatabahasa, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zainur Rijal Abdul Razak, dan Rosni Samah. (2006). Cabaran dan halangan
penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar. Paper read at
Prosiding Wacana Pendidikan Islam, Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab Pemangkin Peradaban Ummah, 5-6 Ogos 2006, Hotel Vistana
Pulau Pinang.
Zhang, Xue-Wei, dan Ying-Jun Yan. (2006). Culture Influences On English
Language Teaching. US-China Education Review 3 (8).

Anda mungkin juga menyukai