Anda di halaman 1dari 10

LATAR BELAKANG

Telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian


pada 3 Februari 1986.
Menggariskan sektor-sektor yang khusus dan diberi keutamaan
untuk dimajukan dan diperluaskan hingga tahun 1995.
Memperkenal sistem galakan baru bagi mempercepat proses
perindustrian.
RASIONAL

Mengatasi kelemahan yang wujud dalam tahun 70-an:


Asas sektor industri sempit.
Campur tangan kerajaan memberi galakan perindustrian
mewujudkan keadaan tidak seimbang dalam industri
pembuatan.
Terlalu bergantung kepada pelaburan luar – menjejaskan
kemajuan asas industri tempatan.
Memberi perhatian serius kepada eksport barangan buatan
secara meluas.
Justeru, perlu satu dasar perindustrian negara yang khusus.
OBJEKTIF
Merangka secara terperinci kegiatan sektor industri kecil
untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum;

Menyediakan profil industri yang sesuai seperti keluasan


pasaran dan keupayaan yang sedia ada, kedudukan
permintaan dan penawaran pelbagai jenis barangan;
Menyatukan industri yang sedia ada dengan kegiatan
mengeluarkan bahan mentah (upstream activity) dan
kegiatan memperoses bahan (downstream activity); dan
Merangka keperluan sektor teknologi dengan melengkapkan
program yang menyeluruh.
STRATEGI
Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang ada;

Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian-


import;

Memajukan semula industri gantian-import peringkat


pertama, misalnya barangan pengguna tahan lama dan
industri gantian-import peringkat kedua , misalnya alat
perhubungan;
Menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia menggunakan
lebih banyak barangan buatan Malaysia;
STRATEGI

Mempelbagai pasaran eksport, termasuk mencari pasaran


baru di negara-negara sosialis dan negara-negara yang
sedang membangun;
Memperluas kegiatan industri ke kawasan kurang maju;
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak
awam dan swasta;
Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak
perkembangan industri baru; dan
Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.
KANDUNGAN
Laporan tentang latihan dan tenaga manusia, teknologi,
penyelidikan dan pembangunan dan laporan tentang setiap
sektor industri. Bertujuan untuk :
menganggarkan taraf semasa industri berkenaan;
mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada
pertumbuhan industri berkenaan;
mengenal pasti corak dan kesan faktor-faktor itu; dan
menilai keadaan pasaran serta anggaran permintaan
pasaran pada masa depan.
KANDUNGAN

Mengenal pasti industri yang patut diberi galakan dan


mempunyai potensi yang luas. Misalnya :
barangan getah;
barangan kelapa sawit;
pemprosesan makanan;
keluaran berasaskan kayu balak;
kimia dan petrokimia;
barangan keluaran logam bukan besi;
keluaran galian bukan logam;
elektronik dan elektrikal;
peralatan pengangkutan;
keluaran kejuruteraan dan mesin;
keluaran berasaskan logam besi dan keluli; dan
tekstil dan pakaian.
KANDUNGAN

Pendekatan terhadap industri berat dihadkan dan terpilih.


Bagi mencapai taraf negara perindustrian, aktiviti perkilangan
dijalankan oleh usahawan tempatan BUKAN Ibu Pejabat
Perbadanan Antarabangsa di luar negara.
PIP mengesyorkan tiga bentuk polisi :
penyelidikan tenaga manusia;
peraturan-peraturan institusi; dan
galakan-galakan.

Anda mungkin juga menyukai