Anda di halaman 1dari 26

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

 Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdaya saing di peringkat global merupakan komponen penting dalam inisiatif Malaysia bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.  IKS digalakkan memanfaatkan peluang pelaburan ke luar negara dan mengguna pakai amalan perniagaan terbaik serta menjadi lebih berdaya tahan dalam menghadapi persaingan yang lebih sengit.

Sumbangan IKS
a. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
IKS menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran berbanding firma-firma besar yang banyak menggunakan jentera dan teknologi. Dapat membaiki agihan pendapatan, mengurangkan kemiskinan serta pengangguran.

b. Menjadi penyokong industri besar


-IKS berfungsi sebagai pelengkap dan pendorong kepada ekonomi berskala besar. -Industri besar terpaksa mendapatkan bahan input utama atau barang perantaraan daripada firma lain untuk mengeluarkan barangan siap. -Industri ini akan mengalami ketidakcekapan sekiranya semua komponen yang diperlukan, dikeluarkan sendiri.

c. Kemampuan memenuhi permintaan


-IKS mampu menyesuaikan diri dengan kehendak pengguna tempatan kerana IKS wujud dalam bentuk yang lebih kecil. -IKS dapat mengenali pelanggan dan masyarakat sekeliling dengan lebih dekat berbanding dengan firma besar.

d. Eksploitasi sumber tempatan


-IKS kurang berkemampuan untuk memperolehi kredit daripada institusi kewangan sebagai sumber modal. -IKS kurang menggunakan bahan mentah yang diimport dalam operasi pengeluarannya. -Sebaliknya lebih banyak menggunakan bahan-bahan mentah tempatan.

e. Meningkatkan keupayaan modal dan tabungan negara


-Dalam kebanyakkan operasi industri kecil, sejumlah besar sumber kewangan dan modal datangnya daripada pemilik sendiri. -IKS dari segi ekonomi menggalakkan kadar simpanan dan tabung ekonomi, meningkatkan keseluruhan kadar simpanan penduduk dalam negara dan mengurangkan masalah kenaikkan kadar inflasi. -Sumber bahan mentah yang digunakan oleh IKS seperti mesin, peralatan, pejabat dan bangunan juga membantu ke arah meningkatkan tabung simpanan negara.

f. Menggalakkan perkembangan kemahiran pengurusan perniagaan


-IKS sebagai tempat latihan dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha. -IKS lebih menekankan intensif tenaga buruh dalam. -Ketiadaan pengkhususan bidang kerja yang tetap menyebabkan ramai pekerja dapat menimba latihan dan kemahiran dalam pelbagai fungsi dan bidang operasi.

Masalah IKS
a. Modal dan kewangan -Masalah kekurangan modal kerana keuntungan yang rendah dan sukar untuk mendapat pinjaman akibat tiada cagaran, serta kelemahan akaun. b. Tenaga buruh mahir -Kekurangan tenaga buruh mahir disebabkan persaingan dengan industri besar dan sektor lain yang menawarkan upah yang lebih lumayan. c. Bahan mentah -Kekurangan bahan mentah menyebabkan daya pengeluaran berkurangan dan operasi tergendala. d. Pasaran dan pemasaran -Kualiti produk yang rendah berbanding industri besar yang menghasilkan pemasaran dari segi pengangkutan dan pengiklanan. e. Teknologi -Modal yang kecil menyebabkan IKS tidak mampu untuk menggunakan mesin dan teknologi yang canggih untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produktiviti.

Dasar-Dasar Pembangunan IKS


-Bagi menbangunkan industri IKS, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk meningkatkan prestasi IKS. -Langkah-langkah yang dikenalpasti:
Untuk memperbaiki sisitem sokongan institusi. Untuk memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan. Untuk menaiktaraf kemahiran teknologi. Untuk meningkatkan akses pasaran. Untuk menggalakkan penggunaan ICT yang lebih banyak. Untuk menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta interlek.

Strategi Perindustrian Bersepadu


a. Perancangan sektor perindustrian -Perancangan yang terperinci dari segi gabungan sektor yang sesuai dan perhubungan di antara berbagai-bagai peringkat pengeluaran dan corak kegiatan yang saling bergantung. Kerajaan menjadikan Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang merangka secara terperinci kegiatan sektor dari segi pasaran, permintaan, penawaran, penyatuan industri yang sedia ada, keperluan teknologi dan program tenaga manusia. b. Memperbaiki sistem galakan -Kaji semula sistem galakan yang ada iaitu dengan cara menyusun semula struktur galakan yang sedia ada. c. Pelbagaian dan pembangunan industri berasaskan sumber -Tumpuan perlu diberi kepada usaha-usaha mempelbagaikan eksport. Industri negara perlu menggunakan sumber-sumber tempatan seperti getah, kayu, minyak kelapa sawit, dan petroleum secara meluas.

d. Strategi gantian import peringkat kedua yang terpilih -Kajian untuk kenal pasti bidang-bidang gantian import peringkat kedua yang terpilih meliputi barang-barang baru yang menggunakan lebih banyak barang modal dan teknologi yang tinggi. e. Pelbagaian pasaran eksport f. Penyebaran industri g. Penyelidikan dan pembangunan industri pembuatan h. Peranan industri berat i. Pembangunan perusahaan kecil

Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP I)


-Menekankan sektor industri sebagai enjin pertumbuhan untuk menjadi teras kepada pertumbuhan ekonomi negara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. -Dirangka kerana negara tidak lagi dapat bergantung pada sektor pertanian. -PIP 1 memberi penekanan yang kuat kepada pengembangan barangan (product development) dan memperluas pasaran-pasaran baru bagi barangan utama seperti getah dan kelapa sawit. -Dalam tahun 1970, PIP 1 lebih banyak memberi tumpuan ke arah kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport kerana kegiatan berorientasikan gantian import membantutkan perkembangan perindustrian.

Objektif
Memastikan perkembangan ekonomi yang pesat. Mengadakan penggunaan sumber asli negara secara optimum dan efisyen. Menyediakan asas bagi pembangunan teknologi tempatan.

Strategi
Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada. Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru di negara-negara sedang membangun dan menggalakkan sektor gantian import. Menyarankan pengguna Malaysia menggunakan lebih banyak barangan buatan Malaysia. Memperluas kegiatan industri ke kawasan-kawasan kurang maju. Menggalakkan R&D pihak awam dan swasta. Menggalakkan industri berat. Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.

Keutamaan Industri
Industri keluaran getah
-perlu menembusi halangan-halangan kemasukan ke pasaran dunia.

Industri keluaran kelapa sawit


-mewujudkan dana eksport.

Industri memproses makanan


-Mempergiatkan R&D.

Industri asas kayu


-dijadikan industri asas sumber yang utama.

Industri kimia
-keutamaan dalam bidang petrokimia berasaskan gas asli.

Industri logam (bukan besi)


-merendahkan harga lantai bijih timah.

Industri hasil galian (bukan logam)


-meluaskan insentif bagi menggalakan rekaan perkembangan industri ini.

Industri elektronik & elektrik

-menguatkan asas bagi penggunaan industri elektrik dengan


lebih efektif.

Industri-industri lain
-contoh-industri kereta nasional proton dieksport.

Masalah
a. Perlaksanaan dasar perlindungan perdagangan -misalnya kempen anti minyak sawit di Amerika dan kempen anti kayu tropika di beberapa buah negara Eropah Barat dan Australia. b. Wujudnya blok-blok perdagangan di kalangan negara-negara maju -dikhuatiri akan menjejaskan peluang-peluang pemasaran bagi barangan-barangan Malaysia. c. Pencemaran alam sekitar -industrilisasi yang tidak diawasi ketat telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius. Kajian menunjukkan hujan asid telah bertambah dengan pesat di kawasan-kawasan perindustrian dan pencemaran sungai, laut, udara dan darat juga meningkat. d. Kekurangan usahawan tempatan -negara memerlukan golongan usahawan tempatan yang lebih ramai untuk mengusahakan projek-projek perkilangan secara sendirian ataupun bekerjasama dengan pelabur-pelabur asing.

Sumbangan PIP 1
 Iklim pelaburan menjadi lebih baik hasil daripada suasana pelaburan yang liberal, pelaburan swasta meningkat iaitu dalam tahun 1988 sebanyak RM3,517 juta meningkat kepada lebih daripada RM18,000 juta pada tahun 1990 iaitu pertambahan lima kali ganda dari sebelumnya.  Kemasukan modal asing serta pemulihan ekonomi negara telah menempatkan sektor perkilangan sebagai sektor ekonomi yang terpenting di Malaysia dalam tahun 1987 dengan sumbangan sebanyak 22.5% kepada KDNK berbanding sektor pertanian sebanyak 21.8% sahaja.  Gejala AIDS telah meningkatkan permintaan barangan yang diperbuat daripada getah. Ini menyebabkan berlaku peningkatan pelaburan dalam projek-projek industri yang berasaskan getah iaitu sebanyak 492 projek telah diluluskan dalam tahun 1985-1990.  Kadar pengangguran juga telah menurun kepada 6.3% dalam tahun 1990 berbanding 7.6% dalam tahun 1985. Sektor perkilangan juga merupakan sektor yang paling banyak menawarkan pekerjaan baru bagi tahun yang lepas dan akan datang.  Kejayaan kerajaan dalam beberapa projek industri berat secara langsung telah mengembangkan industri-industri yang lain terutamanya industri kecil.

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN II (1996-2005)


-Diperkenalkan pada 28 november 1996. -Merencanakan dasar dan strategi bagi mentranformasikan sektor perkilangan yang berdaya tahan, menyeluruh dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. -Menumpukan perkilangan Tambah-tambah dan pendekatan pembangunan perindustrian. -Disebabkan persaingan yang semakin sengit akibat di era globalisasi, PIP II telah menggariskan 6 teras utama untuk meningkatkan daya saing perkilangan iaitu: Melibatkan aktiviti yang bernilai rendah sehingga aktiviti nilai ditambah kepada yang lebih tinggi seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Memperbaharui reka bentuk produk dengan mewujudkan industri yang berteknologi tinggi. Melibatkan seluruh rantaian nilai melalui pertumbuhan produktiviti dengan manfaatkan kemajuan teknologi seperti automasi dan perobotan. Menumpukan pengedaran, pemasangan dan pemasaran dengan pupuk kemahiran bagi pekerja-pekerja Malaysia. Saling bergantungan antara industri pembekal, industri sokongan dan infrastruktur. Kurangkan import barangan jentera tetapi eksploitasi pertalian pengeluaran dan pemprosesan.

Objektif
a. Memperkembangkan industri
-meningkatkan teknologi dan produktiviti. Industri kelompok disatukan untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Contoh industri kelompok adalah IKS.

b. Galakan kemajuan sektor pembuatan


-perlukan teknologi tinggi dan tenaga pakar yang ramai. Contohnya menghasilkan keluaran kereta baru jenama Perodua Myvi.

c. Mementingkan pembangunan perindustrian


-kukuh ,kembang dan tingkatkan rantaian pengeluaran dan pengedaran kepada jaringan yang menyeluruh. Contohnya penyediaan modal yang mencukupi oleh kerajaan kepada sektor perindustrian.

d. Tumpuan pada berasaskan kelompok -bantu kelompok industri yang berdaya saing dalam ekonomi sama ada
rantaian pengeluaran atau pengedaran. Contohnya Program Rantaian Perindustrian (ILP) untuk mengintegrasikan IKS tempatan dalam arus perdana sektor perindustrian.

Strategi
i. Orientasi global Meningkatkan pasaran ke arah global. Menggalakan aktiviti eksport. Misalnya wujudkan kilang berskala dunia dan bertaraf dunia. ii. Tingkat persaingan Tumpuan pada pembangunan kelompok industri melalui perluasan industri dan peningkatan produktiviti. iii. Perbaiki asas ekonomi terdiri dari pengurusan sumber manusia yang melibatkan pencarian pekerjaan bagi masyarakat awam, perolehan teknologi dan peningkatan keupayaan teknologi, prasarana fizikal, prosedur dan peraturan pentadbiran sokongan, intensif fiskal dan bukan fiskal serta perkhidmatan sokongan perniagaan. iv. Galakan penyertaan perkilangan Malaysia Menggalakan FDI dalam sektor perkilangan. Syarikat Malaysia diberi peranan penting dalam fasa perindustrian negara. Perkilangan secara meluas terutama dalam kelompok yang ada kepentingan strategi, mengekalkan pendapatan donesti disamping menambahkan sumbangan nilai tambahan domestik sektor perkilangan. v. Proses intensif maklumat dan berasaskan pengetahuan Perlu berteraskan ilmu dengan menggunakan maklumat ilmu itu dalam perkilangan serta aktiviti yang berkaitan R&D, reka bentuk produk, pemasaran, pengagihan dan perolehan serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat.

Kelompok Industri
PIP II mempunyai 3 kelompok utama iaitu: 1.Peringkat antarabangsa : syarikat berteras MNC bagi pemasaran global Elektronik dan elektrik Kimia petrokimia, farmaseutikal Pakaian dan tekstil AL-ZAHRA 2.Berasaskan sumber : sumber alam Asas sumber - getah, kayu , minyak sawit (sektor makanan), kelapa sawit (sektor bukan makanan) Produk asas pertanian dan makanan- koko, sayur-sayuran, buah-buahan 3.Berteraskan dasar : bergantung pada usaha kerajaan Pengangkutan kereta, aeroangkasa lepas, pembinaan kapal Seramik dan logam pembuatan IKS Mesin

Masalah Perkembangan Perindustrian


a. Strategi perindustrian -kemudahan taraf perintis yang memberikan pelepasan cukai mengikut jumlah modal tetap menimbulkan ketidaksesuaian dengan iklim pelaburan di Malaysia yang kaya dengan sumber tenaga buruh. b. Masalah perlindungan tarif & kuota import -contoh, berlaku ketidakcekapan syarikat tempatan akan wujud. Usaha meminimumkan kos pengeluaran berkurangan kerana mereka mengetahui bahawa pasaran akan terjamin. c. Migrasi tenaga buruh -sikap hidup bersesak di bandar terutamanya kalangan lepasan sekolah yang kurang berpelajaran menyebabkan kadar pengangguran meningkat di bandar. Contohnya pada tahun 1979, peratus pengangguran di bandar ialah 6% berbanding 5.6% di luar bandar.

d. Struktur upah gaji -upah buruh perkilangan di Malaysia lebih rendah daripada upah petanipetani kerana terpaksa berbelanja tinggi kerana hidup di bandar. e. Masalah setinggan -masalah setinggan menyulitkan kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas seperti air, elektrik, dan kesihatan. -kawasan setinggan terletak di kiri dan kanan jalan keretapi, di tepitepi tasik, kawasan lombong dan sebagainya. f. Masalah sosial -kehidupan yang mewah, pergaulan bebas di bandar kerap dijadikan tempat untuk melepaskan segala perasaan dan tekanan.

Sektor Perindustrian
a. Dasar pembangunan perindustrian b. Prospek sektor perindustrian
a. Dasar pembangunan perindustrian i. Tujuan utama: -Untuk mencapai matlamat integrasi nasional. -Menyebar industri dari pusat bandar ke kawasan luar bandar. -Memperluas dan mempelbagaikan asas sektor perindustrian. -Menggalakan penubuhan industri berteknologi tinggi. -Mempercepatkan pertumbuhan industri kecil. -Menubuhkan industri berat. ii. Antara dasar dan strategi yang dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan perindustrian: -Perlindungan tarif -Galakkan pelaburan -Panduan dan kemudahan lain

Perkembangan Perindustrian dan Dasar-Dasar Utama, tahun 1958-1999


Fasa Perindustrialisasi
Fasa I : tahun 1958-1968 Penggantian import (berorientasikan pasaran dalam negeri )

Langkah-langkah utama
Ordinan Industri Perintis tahun 1958 Pengenalan Taraf Perintis Lembaga Penasihat Cukai,tahun 1958. Promosi industri permulaan melalui perlindungan cukai Akta Insentif Pelaburan, tahun 1968 Insentif berkaitan eksport Penubuhan kawasan perdagangan bebas Dasar Ekonomi Baru, Tahun 1970 Akta Penyelarasan Industri,tahun 1975 Penubuhan HICOM (Tahun 1981) Akta Penggalakkan Pelaburan,Tahun 1986 Promosi pelaburan langsung asing yang aktif Pelan Induk Perindustrian, Tahun 1986-1995. Langkah-langkah liberalisasi dan deregulasi Penswastaan. Pengukuhan konsesi cukai Pelan Tindakan untuk Perkembangan Teknologi Industri, Tahun 1990 Pelan Induk Perindustrian II,Tahun 1996-2005.

Fasa 2: Tahun 1970-1980 Perindustrian didorong oleh eksport secara terpilih.

Fasa 3: 1981-1999 Perindustrian didorong oleh eksport yang menyeluruh. Permulaan penggalakan industri berat, tahun 1981. Perindustrian yang didorong oleh eksport yang liberal, Tahun 1987 dan selanjutnya.

b. Prospek Sektor Perindustrian

i. Peranan kerajaan -membangunkan kemudahan infrastuktur untuk meningkatkan pelaburan. ii. Cabaran globalisasi -mengikuti perkembangan terbaru dalam pasaran. iii. Perubahan arah aliran pengeluaran -mengikuti trend semasa yang berlaku ke atas sektor perindustrian.

Anda mungkin juga menyukai