Anda di halaman 1dari 22

1

PENGENALAN
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik
mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan
perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi
pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang
dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih
bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat
yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan
agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlamat bidang psikologi pertumbuhan dan
perkembangan adalah :
A. Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul
fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri
perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut.
B. Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku.
Untuk meramal tingkah laku.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan tentang kajian saya yang melibatkan dua
murid yang berusia 7-12 tahun yang mempunyai akademik yang berbeza.

RESPONDEN X
1

Umur: 11 tahun
Tempat tinggal :No 14, Taman Desa Rishah, Buntong, Perak Darul Ridzuan
Umur ayah: 40 tahun
Pekerjaan: Guru
Pendapatan :RM 3500
Umur ibu: 37 tahun
Pekerjaan: Jururawat
Bilangan adik beradik: 3 orang
Makanan kegemaran: Sayur-sayuran
Subjek kegemaran: Matematik, Sains, Bahasa Tamil
Masa belajar: 3 Jam Mengulang Kaji
Target: 7a dalam UPSR dan peperiksaan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang

RESPONDEN Y

Umur: 11 Tahun
Tempat Tinggal : Rumah Anak-Anak Emas, Buntong, Perak
Umur Ayah: 50 Tahun
Pekerjaan: Tiada Pekerjaan
Umur Ibu: 50 Tahun
Pekerjaan: Pembantu Rumah
Pendapatan: RM 900
Bilangan Adik Beradik: 8 Orang
Makanan Kegemaran: Nasi Lemak
Subjek Kegemaran: Matematik, Sains, Bahasa Tamil
Masa Belajar: Tiada Mengulang Kaji
Target: 2A, 5B
Kelayakan Akademik ibubapa: Tahun 3
*Ibu menjenguk 6 bulan sekali dan ayahnya berkahwin lain.
*Responden Y tinggal di rumah anak yatim.
*Diberi bantuan RMT
*Ibu tidak bagi duit kepada anaknya.(Ibu tunggal)

Pekerjaan Ibubapa
3

4
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza daripada individu yang lain. Di dalam
sesebuah kelas, terdapat perbezaan individu antara setiap murid tersebut. Terdapat murid yang
lemah, sederhana dan pandai. Menurut Henson dan Eller (1999) di dalam bukunya Educational
Psycholigy for Effective, kepelbagaian individu merujuk kepada ciri atau sifat manusia yang
mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik,
sentiasa berani mencuba )
Satu kajian telah dilakukan ke atas dua orang murid sekolah rendah yang berbeza
pencapaian akademik. Kajian tersebut dilakukan melalui kaedah temu bual berdasarkan
beberapa soalan. Seorang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dan seorang lagi
mempunyai pencapaian akademik yang lemah. Kedua orang murid tersebut adalah murid
perempuan, berumur sebelas tahun, jantina yang sama dan berada di dalam kelas yang sama.
Hasil dapatan daripada sesi temu bual, terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi
pencapaian akademik kedua orang murid tersebut. Antaranya adalah pekerjaan ibubapa.
Terdapat dua orang murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza.
Responden X dan responden Y mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Misalnya
responden X ayahnya bekerja sebagai guru dan ibunya pula bekerja sebagai jururawat di salah
satu hospital. Manakala responden Y ibubapanya bercerai dan ayahnya pula tidak bekerja dan
ibunya bekerja di Singapura sebagai pembantu rumah. Ibu kepada responden Y menjenguk
anaknya di rumah anak yatim hanya enam bulan sekali.
Maka secara tidak langsung responden Y merindukan kasih sayang ibubapanya.
Pekerjaan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak.
Terutamanya dalam pencapaian akademik pelajar kanak-kanak. Responden X tidak
menghadapi sebarang masalah kerana ayahnya seorang guru dan membantu anaknya dalam
mengulangkaji subjek yang lemah. Seterusnya ayanhya sanggup menghantar anaknya ke
tuisyen bagi matapelajaran yang lemah. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan yang
positif kepada responden X dan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
Namun responden Y ibunya tidak dapat membantu anaknya kerana tidak datang
menjenguk anaknya apatah lagi membantu dalam subjek yang lemah. Tambahan pula ibunya
tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan buta huruf dan ayahnya langsung tidak bekerja.
Peranan ibubapa atau keluarga dalam mencorakkan pendidikan anak-anak mereka adalah
penting. Pencapaian pelajaran dan pendidikan secara umum berkait rapat dengan keluarga
dan pengaruhnya terhadap anak-anak mereka. Banyak kajian yang telah dibuat menunjukkan
4

5
terdapat hubungan dan pertalian yang rapat di antara pencapaian akademik dan bukan
akademik murid-murid dengan latar belakang dan bimbingan di rumah. Tahap ekonomi keluarga
seperti tahap kekayaan atau kemiskinan memberi kesan terhadap pencapaian anak-anak di
sekolah. Dengan ini tahap pekerjaan yang berlainan latar belakang sosial boleh menyumbang
kepada perbezaan pencapaian dikalangan murid-murid sekolah. Selain daripada faktor
kebolehan individu murid sendiri, faktor latar belakang sosial keluarga turut mempengaruhi
pencapaian pelajaran murid-murid sekolah.
Pekerjaan ibubapa mempengaruhi pencapaian pelajar. Jika pekerjaan ibubapa adalah
tetap dan baik seperti ibubapa responden X maka pelajar dapat mencapai keputusan yang
cemerlang. Selain itu, Natriello dalam Lockheed (1990) juga mendapati bahawa sekiranya kerja
pelajar dinilai dengan lebih kerap dan dinilai dengan lebih teliti, tahap pencapaian pelajar
berkenaan akan bertambah baik. Pendek kata, pelajar yang selalu diberi galakan dan perhatian
lazimnya menunjukkan kepuasan belajar dan seterusnya memperolehi pencapaian yang lebih
baik.
Seterusnya, responden X dan responden Y mempunyai pencapaian akademik yang
berbeza. Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza-beza dalam kalangan murid-muridnya, guru
harus memilih untuk mencapai beberapa objektif yang sesuai dengan murid dalam merangka
hasil pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh memilih kasih misalnya memberi layanan
yang sama kepada semua murid tanpa asal usul dan latar belakang keluarga seperti pekerjaan
ibubapa. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang
berbeza keupayaan supaya murid-murid yang lambat tidak ketinggalan manakala murid yang
pandai pula tidak berasa bosan.

SOSIOEKONOMI IBUBAPA

6
Status sosioekonomi pada anak-anak secara keseluruhannya ditentukan melalui
gabungan tahap pendidikan ibubapa, status pekerjaan dan tahap pendapatan (Jeynes, 2002).
Pelajar-pelajar yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah memperoleh skor kajian
yang lebih rendah berbanding pelajar-pelajar yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi,
dan lebih cenderung mengalami keciciran dalam persekolahan.
Dalam kajian yang saya lakukan, terdapat responden X dan responden Y yang
mempunyai pencapaian akademik yang berbeza. Responden X lebih pandai dan mendapat
keputusan yang cemerlang berbanding dengan responden Y yang hanya mendapat kedudukan
yang akhir dalam kelas. Selain itu, status ekonomi yang dimiliki mengelakkan akses terhadap
sumver-sumber pelajaran yang penting dan menyebabkan tekanan tambahan di rumah.
(Eamon, 2005).
Responden X dan responden Y ibubapanya dari latar belakang yang berbeza iaitu dari
segi pendapatan. Status sosioekonomi terdiri daripada beberapa aspek, antaranya ialah tahap
pendidikan ibubapa, sikap ibubapa, pendapatan keluarga, pekerjaan ibubapa serta kestabilan
keluarga. Aspek tahap pendidikan ibu bapa tidak dinafikan menjadi penyumbang utama dalam
memastikan pencapaian cemerlang anak-anak. Menurut Saifuddin Hj. Masduki (1977), terdapat
hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar dengan tahap pendidikan ibu
bapa.
Semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi
tahap pencapaian anak-anak mereka. Noraini (dalam Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin,
1999) mendapati anak-anak daripada keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang
tinggi adalah lebih maju dalam persekolahan dan memperolehi gred pencapaian yang lebih
tinggi berbanding anak-anak dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah.
Jika kita mengkaji, responden X ibubapanya mendapat pendapatan yang tinggi dan
tidak menghadapi masalah dalam subjek yang lemah serta dapat memperbaiki kelemahan diri
seterusnya dapat keputusan yang cemerlang melalui pergi ke tuisyen. Manakala responden Y
pula hanya ibunya sahaja bekerja itupun bekerja sebagai pembantu rumah. Pendapatan yang
kurang menyebabkan responden Y tidak dapat pergi ke tuisyen kerana kurang kemampuan.
Status sosioekonomi adalah satu faktor penting yang dapat mempengaruh pelbagai
aspek kehidupan kita. Maka sudah tentu status sosioekonomi dapat memberi impak ke atas
pencapaian akademik secara langsung dan tidak langsung. Status sosioekonomi dapat
6

7
memberi impak ke atas pencapaian akademik seseorang dalam konteks penyediaan segala
keperluan sokongan pembelajaran seperti bahan rujukan, alat tulis, computer, keadaan
pembelajaran yang kondusif serta menghadiri kelas tambahan. Pada masa yang sama, status
sosioekonomi juga berkait rapat dengan gaya keibubapaan dan bimbingan, galakkan serta
motivasi yang diberi oleh ibu bapa ke atas seseorang anak.
Dalam kajian ini, ibu bapa yang merupakan agen persekitaran yang paling aktif
berfungsi sejak anak itu dilahirkan, memang dapat mempengaruhi perkembangan seseorang
anak itu (Brofenbrenner, 1979, 1989, 1995 ). Daripada kajian lepas didapati gaya keibubapaan
yang diamalkan ibubapa dalam proses asuhan dapat memberi kesan atas pelbagai aspek
perkembangan seseorang anak termasuk aspek kognitif , psikologi dan sosial kompetan
(Darling, 2003). Gaya keibubapaan yang ibubapa amalkan atas seseorang anak itu akan dapat
memberi implikasi atas perkembangan kognitif dan seterusnya pencapaian akademik itu.
Kajian mendapati bahawa ibu bapa yang mempraktikkan diri mereka sebagai pendengar
dan penyokong yang positif untuk anak-anak akan mempengaruhi pencapaian akademik anakanak. Sebagai contoh, responden X ibu dan ayahnya akan menjadi pendengar dan menyokong
serta membimbing anak itu ke arah yang positif. Tetapi responden Y tidak boleh mengharapkan
ibubapanya kerana anak itu tinggal di rumah anak yatim. Ia akan merumitkan lagi keadaan dan
anak itu tidak dapat mencapai pencapaian yang bagus dalam peperiksaan.
Situasi hari ini menunjukkan seorang pelajar memerlukan wang yang mencukupi untuk
memenuhi keperluan pendidikan mereka. Kadang kala, ibu bapa responden Y yang berasal
daripada golongan berpendapatan rendah ini tidak mampu untuk membayar yuran
persekolahan anak-anak mereka tambahan pula anak itu tinggal di rumah anak yatim. Hal ini
berbeza dengan pelajar yang berasal daripada golongan berpendapatan tinggi. Ibu bapa
responden X ini dengan mudah dapat memenuhi permintaan anak-anak. Selain daripada itu,
ibu bapa yang berpendapatan tinggi dapat membeli bahan rujukan tambahan seperti buku
rujukan, permainan berasaskan pendidikan kepada anak-anak dengan tujuan untuk
memperkukuh ilmu pengetahuan anak-anak mereka.

UMUR IBU BAPA

8
Umur ibubapa juga merupakan faktor yang penting dalam pencapaian akademik yang
berbeza. Umur ibu semasa melahirkan anak adalah sangat signifikan bagi setiap manusia.
Menurut Krause (1984) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) persekitaran yang sihat untuk
janin akan terhasil apabila ibu mengambil makanan seimbang untuk dirinya, bebas daripada
penyakit dan mematuhi arahan doktor. Sehubungan dengan itu terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi persekitaran pra-lahir. Antaranya adalah seperti umur ibu bapa, pemakanan ibu,
merokok,keadaan emosi ibu, agen-agen Teratogenik, dadah dan arak.
Melalui kajian yang saya lakukan, responden X dilahirkan semasa ibunya berumur 26
tahun manakala responden Y pula dilahirkan pada umur ibunya 39 tahun. Oleh sebab itu,
kecerdasan otak responden X lebih baik daripada responden Y. Ini menunjukkan responden X
mempunyai penglibatan yang baik di sekolah misalnya mengambil bahagian dalam
pertandingan syarahan, pertandingan mengarang esei dan penglibatan kokurikulum. Tetapi
responden Y tidak mengambil bahagian dalam apa jua pertandingan.

Menurut Kessner (1973) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) umur seseorang ibu
semasa mengandung ada hubungan dengan risiko kematian janin. Oleh itu semakin muda
umur seseorang ibu tersebut, semakin lebih berisiko atau cenderung ia mengalami keguguran,
anak yang tidak cukup bulan atau kematian anak. Justeru itu ibu yang berumur antara 20
hingga 35 tahun merupakan masa yang paling baik untuk melahirkan anak. Keadaan ini
mungkin disebabkan oleh tahap kesihatan ibu yang baik pada tahap umur sedemikian. Jika ibu
terlalu muda, sistem peranakan mungkin tidak begitu matang, anak kadang-kadang rendah
berat badan, mengalami kecacatan fizikal dan saraf serta mungkin terencat akal berbanding
dengan ibu yang berumur lebih 20 tahun. Manakala ibu yang berumur lebih 40 tahun pula
berkemungkinan wujudnya keabnormalan kromosom yang boleh membawa kepada bayi
mengalami masalah Down-Syndrome dan mempunyai risiko keguguran yang tinggi.
Seterusnya tekanan yang kronik yang dialami oleh ibu hamil akan mempengaruhi
perkembangan pralahir. Menurut Thompson dan Grusec (1970) dalam Jas Laile Suzana Jaafar
(2002) mendapati bahawa ibu yang mengalami tekanan semasa hamil akan menghasilkan
anak-anak yang beremosi. Contohnya ibu kepada responden Y melahirkannya pada umur 39
dan ibunya mempunyai banyak tanggungjawab yang hendak dilaksanakan. Oleh sebab itu,
responden Y lemah dalam pencapaian akademik. Selain dari itu aktiviti janin juga akan
meningkat secara mendadak bagi ibu yang mengalami tekanan emosi. Bayi yang dilahirkan
juga akan mengalami masalah pemakanan dan penghadaman. Terdapat juga sesetengah
8

9
kajian mengatakan keadaan emosi ibu yang tertekan sebelum dan semasa mengandung akan
menyebabkan kesukaran semasa mengandung dan bersalin seperti melahirkan kandungan
yang tidak cukup bulan, bayi rendah berat badan dan sukar bernafas.
Walaubagaimanapun ibu melahirkan anak pada usia yang lambat mereka harus
mengambil makanan yang seimbang. Sebagaimana nasihat-nasihat yang diberikan oleh para
doktor dan jururawat, faktor pemakanan perlu dititikberatkan dalam persekitaran kehidupan
kanak-kanak sejak dari peringkat awal lagi bagi menjamin perkembangan yang sempurna. Susu
ibu amat berkhasiat untuk bayi. Contohnya semasa saya temu bual ibu kepada responden X,
ibunya memberitahu bahawa beliau menyusukan anaknya sampai bayi itu berumur 1 setengah
tahun. Seterusnya, bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan
yang berzat dan seimbang amat diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan
dan perkembangan seseorang individu, malah ia juga dapat melindungi mereka daripada
berbagai-bagai penyakit (Ashford,J.B.,1997).
Umur ibubapa sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang individu.
Selain daripada mempunyai pertalian darah, mereka mempunyai pertalian emosi dan sosial
kerana mereka sentiasa mempunyai hubungan rapat. Kanak-kanak yang dilindungi dan dijaga
dengan baik akan merasa selamat dan yakin dan mempunyai self-esteem yang tinggi. Cara
gaya asuhan dan didikan ibu bapa juga akan mempengaruhi pembentukan personaliti
seseorang anak. Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2002:149), ada empat aspek
dalam umur ibu bapa yang memberi kesan kepada perkembangan identiti seseorang.
Antaranya ialah minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri
tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa. Ini akan menjadi faktor yang penting dan juga
dapat kita membendung masalah pencapaian akademik yang berbeza sekiranya ibubapa
melahirkan anak pada usia antara 25 tahun hingga 35 tahun merupakan usia yang paling baik.

KELAYAKAN AKADEMIK IBUBAPA

10
Pencapaian akademik merupakan satu aspek yang sangat dipandang serius dalam
sistem pendidikan Malaysia yang berorientasikan penguasaan pengetahuan (Kurikulum
Standard Sekolah Rendah, 2010). Faktor kelayakan akademik ibubapa yang mempunyai
pengaruh yang sangat penting dalam menentukan pencapaian pelajar dalam akademik.
Banyak kajian yang cuba melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar. Kajian Siti Nor Yaakob (1990) melihat perkaitan faktor latar belakang keluarga
dengan pencapaian akademik pelajar. Pelajar yang mempunyai ibubapa yang berpendidikan
dan berpendapatan tinggi didapati adalah lebih cemerlang prestasi akademiknya berbanding
dengan pelajar yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan dan berpendapatan rendah.
Keluarga yang berpendapatan rendah akan lebih membelanjakan sejumlah besar pendapatan
mereka untuk keperluan asas dan mempunyai kurang peruntukan untuk keperluan pendidikan
dan keperluan lain. Keadaan seumpama ini boleh memberi tekanan serta menjejaskan tahap
pencapaian akademik pelajar-pelajar.
Ibubapa bagi responden X adalah berpendidikan tinggi dan mempunyai kelayakan
akademik yang tinggi. Manakala responden Y ibunya tidak mempunyai kelayakan akademik
yang tinggi. Taraf pendidikan ibu bapa mempengaruhi perkembangan kognisi anak- anak
Pendapatan keluarga mempengaruhi tingkah laku bahasa pelajar (Mackey, 1977). Ibu bapa
yang mempunyai sumber kewangan yang stabil mampu memberi sokongan terhadap proses
pemerolehan bahasa anak mereka. Faktor ini mempengaruhi tahap penggunaan SPB semasa
pelajar mempelajari sesuatu bahasa. Kajian Mohd Nazali (1999) menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara taraf pendidikan ibu bapa dengan penggunaan strategi secara
keseluruhan dan mengikut kategori.Pendapatan keluarga. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi
mampu memberi kelengkapan kepada anak-anak dengan secukupnya.
Sokongan akademik ibubapa pula mempengaruhi pencapaian pelajar. Ibu dan bapa
yang berpelajaran dapat melahirkan suasana rumah tangga yang boleh menolongnya mencapai
dengan lebih baik dari segi akademik. Pengaruh ibu terhadap perkembangan mental kanakkanak memanglah penting, bahkan semasa kanak-kanakberada dalam rahim ibu lagi. Ibu yang
berpelajaran tahu bagaimana hendak menjaga anak-anak supaya sihat dari segi fizikal dan
mentalsebelum mereka (anak-anak) dilahirkan lagi.
Responden X ibu dan ayahnya dapat membantu anaknya kerana berpelajaran tinggi
seterusnya boleh menolong dalam subjek yang lemah serta dapat memantau perkembangan
kanak-kanak dari semasa ke semasa. Manakala responden Y hanya tinggal di rumah anak
10

11
yatim, tidak ada yang membantu mahupun menolongnya sekiranya sudi memberi bimbingan
dan kaunseling yang khas bagi mereka. Responden y tidak dapat mengharapkan ibubapa untuk
menolong dalam mengulangkaji subjek yang lemah.
Tahap pelajaran ibubapa berkaitan rapat dengan tahap sosioekonomi keluarga. Banyak
juga pengkaji hanya menggunakan tahap pendidikan ibu sebagai petunjuk bagi tahap
sosioekonomi keluarga. Ini dilakukan oleh mereka kerana mereka menganggap tahap
pendidikan ibu mempunyai korelasi yang tinggi dengan tahap pendidikan bapa dan pekerjaan
bapa. Pendidikan ibu juga didapati banyak mempengaruhi strategi-strategi yang digunakan
untuk meningkatkan pencapaian murid. Baker dan Stevenson (1986), mendapati bahawa ibuibu yang lebih tinggi tahap pendidikan mempunyai lebih banyak strategi untuk meningkatkan
prestasi akademik anak-anak mereka.
Ibubapa yang lebih berpelajaran, lebih pandai mengurus karier sekolah anak-anak
mereka, lebih sering mengikuti kemajuan akademik anak-anak mereka dan mempunyai aspirasi
yang lebih tinggi terhadap pencapaian kanak-kanak. Menurut guru besar SJK(T) Kerajaan,
ibubapa yang berpelajaran mengatur strategi, iaitu mengajar dan melatih anak-anak mereka
dapat memasuki kelas yang baik. Maka kelayakan akademik ibubapa sangat penting dalam
mengatasi maslah pencapaian akademik yang berbeza dalam kalangan pelajar.

PENGARUH RAKAN SEBAYA

11

12
Faktor yang menyebabkan berlakunya perbezaan pencapaian akademik adalah
pengaruh rakan sebaya. Pengaruh adalah daya yang ada atau timbul daris sesuatu (orang atau
benda) yang ikut membentuk watak, kepercayaan dan perbuatan seseorang. Rakan sebaya
merujuk pada pelajar yang sama umur ataupun sama paras kematangan. Justeru, pengaruh
rakan sebaya boleh ditafsirkan sebagai daya yang ada pada seseorang yang sama umur atau
paras kematangan yang ikut membentuk watak, kepercayaan dan perbuatan seseorang.
Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang
memberikan

sokongan

moral

dalam

mencari

identity

diri

dan

pembentukan

imej

(Pomberi,1990;Mahmood.1991). Biasanya pada zaman remaja, rakan sebaya mempunyai


pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau
diikuti oleh rakan sebaya. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut
berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian tentang kumpulan
sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan
dengan latar belakang atau komposis sekolah.
Melalui kajian saya, responden X mempunyai kawan-kawan yang pandai dan sangat
peramah, riang dan ceria. Manakala responden Y pula mempunyai kawan yang lemah dan tidak
bergaul dengan orang lain. Kawan-kawannya pula lemah dalam subjek dan dari rumah yatim
sama dengan responden Y. Maka secara tidak langsung, ia akan memberi kesan yang paling
ketara kepada responden Y dan mengakibatkannya prestasi pencapaian akademik lemah.
Terdapat empat punca mengapa rakan sebaya boleh mempengaruhi seseorang pelajar
dalam pencapaian akademik mereka. Pertama adalah mereka menghabiskan masa yang
banyak bersama. Seseorang pelajar akan bertemu rakan sebaya mereka semasa di sekolah, di
pusat tuisyen dan kelas tambahan. Oleh itu, rakan sebaya mempunyai banyak peluang untuk
mempengaruhi sikap pelajar dan pencapaian mereka.
Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri,
sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di
mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti
sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang
dipilih cenderung berbuat baik, maka pelajar ini terpengaruh untuk menjalankan aktiviti yang
sihat. Pelbagai perkara positif yang dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin
belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran sekolah dan pelajar berkenaan turut rajin belajar
bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri. Sebaliknya, sekiranya rakan sebaya ini
12

13
cenderung melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, meniru dalam peperiksaan
dan lain-lain, ini akan menjejaskan pelajaran mereka.
Pelajar juga mudah dipengaruhi rakan sebaya kerana ingin diri mereka diterima.
Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remaja daripada
rakannya. (Artwater, 1998). Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan
dan sokongan. Kumpulan rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mempraktikkan
tingkah laku yang baru serta mengembangkan kemahiran sosial yang perlu bagi interaksi pada
masa hadapan. Tekanan rakan sebaya mungkin bersifat positif seperti dalam pencapaian
akademik dan sukan ataupun negative seperti penagihan dadah dan alcohol. Menurut Freud
(dalam Fiest dan Fiest, 1936), peringkat latensi merupakan peringkat senyap dalam kehidupan
seksual pelajar. Pada peringkat latensi ini, pelajar dapat membentuk cara hidup, kefahaman
dan cara berhubung dengan rakan sebaya atau masyarakat.
Faktor pengaruh rakan sebaya menjadi faktor dalam menangani masalah pencapaian
akademik yang berbeza. Menurut kajian, pelajar perempuan lebih selesa berkawan dengan
rakan sekelas. Berbeza dengan pelajar lelaki kerana mereka lebih suka berkawan dengan
mereka yang lebih matang. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan
tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Hal yang demikian mereka akan meniru
gerak geri kawan mereka tanpa berfikir panjang. Contoh memonteng, merokok dan banyak lagi.
Seterusnya mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran. Oleh sebab itu, responden X dan
responden Y hendaklah bijak memilih kawan dan mestilah mencapai markah yang tinggi dalam
semua mata pelajaran.

LANGKAH-LANGKAH BERNAS YANG BOLEH DILAKSANAKAN OLEH GURU BAGI


MENANGANI MASALAH PERBEZAAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID

13

14
Para guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapi masalah murid lemah
supaya menjadi setanding dengan murid yang cerdik. Maka, guru- guru perlu melaksanakan
pelbagai langkah mengatasi yang bernas supaya jurang antara pencapaian akademik murid
yang lemah dengan murid yang cerdik menjadi kecil.
2.1 Memahami perbezaan murid
Setiap murid mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza dari segi fizikal, emosi,
intelek dan aspek-aspek lain yang akan menjadi factor perbezaan pencapaian akademik antara
murid. Oleh itu, selaku guru, beliau mesti mempunyai sifat sabar dan mempelbagaikan
pengetahuannya dalam psikologi pendidikan dan perkembangan kanak-kanak. Guru hendak
berusaha untuk memahami tingkah laku, kebolehan dan potensi setiap murid dengan
mewujudkan hubungan yang baik antara murid dengannya. Contohnya, guru-guru perlu
memahami perbezaan murid dari segi gaya kognitif dan gaya belajarnya dengan berbincang
dengannya atau melalui pemerhatian dan sejurusnya melaksanakan aktiviti yang dapat
melibatkan cara-cara pembelajaran yang boleh murid terapkan dalamnya. Selain itu, guru boleh
memilih wakil yang berkemampuan untuk menyertai pertandingan. Dengan ini, potensi murid
dapat dicungkil dan murid akan berasa yakin terhadap kebolehan sendiri.
2.2 MEMPELBAGAIKAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk
menangani masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Perkembangan setiap
orang murid adalah berbeza. Guru kelas boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat menarik perhatian dan minat murid untuk mempelajari sesuatu.
Contohnya, guru kelas boleh sentiasa merancang aktiviti yang berkaitan dengan P&P seperti
mengadakan quiz, lakonan berdasarkan petikan, projek atau lawatan yang berkaitan dengan P
& P dan sebagainya.

Guru boleh menggunakan pelbagai soalan bagi mengetahui

tahappencapaian dan kebolehan murid. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Kadangkala, guru kelas juga boleh
menggunakan tayangan video untuk mengajar sesuatu supaya murid- murid mudah diingati.

2.3 Kaedah Kumpulan


14

15
Selain itu, sebagai seorang guru yang berdedikasi guru mestilah mengambil langkah
iaitu kaedah kumpulan. Menurut Sufean Hussin (1996), kaedah kumpulan bermaksud guru
menyampaikan pelajaran kepada kumpulan murid tertentu dalam sesuatu masa dengan
menggunakan teknik dan bahan yang sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid. Maka
guru boleh aplikasikan kaedah kumpulan ini bagi membendung kekangan perbezaan
pencapaian akademik yang berbeza. Contohnya, guru boleh membahagikan murid-murid dalam
beberapa kumpulan yang termasuk pelajar lemah dan pelajar pandai. Melalui kaedah kumpulan
ini sebegini murid lemah dapat berbincang dengan murid pandai dan dapat memperbaiki
kelemahan diri. Ini merupakan salah satu langkah yang boleh diambil oleh guru untuk
menangani masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza.
2.4 Pembelajaran koperatif
Menurut Slavin (1982) pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang
memerlukan murid yang mempunyai kebolehan yang berlainan bekerjasama untuk menjadikan
satu kumpulan kecik bagai mencapai satu matlamat yang sama. Di sekolah pula, biasanya
kumpulan ini merangkumi murid yang lebih cerdas dan lambat. Melalui pembelajaran koperatif
ini, murid lemah berpeluang untuk meminta tunjuk ajar daripada murid yang lebih pandai. Dan,
murid yang cerdik akan membantu murid yang lemah kerana markah kumpulan dikira oleh
setiap markah yang diperoleh oleh setiap ahli kumpulan. Secara tidak langsung, semangat
bekerjasama dapat dipupuk melalui daya saing yang kuat antara kumpulan-kumpulan. Sebagai
contohnnya, guru boleh menjalankan pembelajaran koperatif dengan menerapkan unsur-unsur
pembelajaran mata pelajaran. Dengan ini, murid yang lemah dapat lebih bersifat keterbukaan
untuk menerima ilmu pengetahuan baru serta. Hal ini kerana pembelajaran kandungan yang
sukar dapat difahami oleh murid yang lemah dengan bantuan rakan yang mempunyai pemikiran
lateral.
2.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian
maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi. Ini
adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada yang
tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik. Melalui langkah ini dapat
menghilangkan bosan murid dan mengatasi masalah perbezaan murid dalam pencapaian
akademik yang berbeza. Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara

15

16
pengajaran yang boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan
yang boleh didapati di dalam surat khabar tersebut.
Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk belajar.
Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah hingga
susah. Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan mengikut
tahap keupayaan masing-masing. Pembelajaran berbantukan komputer amat menarik
digunakan kerana mengandungi elemen-elemen visual grafik yang dapat menarik perhatian
murid contohnya animasi kartun.
2. 6 PENEGUHAN POSITIF DAN NEGATIF
Sifat seseorang murid- murid memang suka dipuji. Murid- murid akan berasa gembira
apabila dipuji oleh guru. Guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang
menunjukkan tingkah laku yang baik. Contohnya, guru boleh memberi hadiah kepada murid
yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan sebagai pujian. Dengan ini, murid
yang mempunyai keputusan yang lebih lemah akan berusaha supaya pada peperiksaan yang
akan datang dapat mendapat keputusan yang baik dan mendapat hadiah atau pujian daripada
guru. Tambahan pula, guru juga boleh memberi simbol bintang kepada murid yang menyiapkan
kerja rumah dengan tulisan yang cantik dan kemas. Peneguhan negatif untuk mengelakkan
tingkah laku yang negatif. Contohnya, seseorang guru hendak mengelakkan anak muridnya
lewat menghadiri sekolah. Oleh itu, guru tersebut boleh memberi hadiah kepada murid yang
tidak pernah lewat menghadiri ke sekolah pada setiap akhir bulan.
2.7 Penyediaan kelas tambahan
Kadangkala murid berprestasi lemah dalam pencapaian akademik berpunca daripada
ketidakdapatnya untuk menyerap ilmu pengetahuan yang disampaiak dengan cepat atau
dikenali sebagai slow learner. Ataupun mereka tidak menumpukan perhatian dalam kelas. Pada
masa ini, guru perlu mengawasi prestasi mereka dalam pembelajaran dan menyediakan kelas
tambahan bagi murid yang lemah supaya jurang pencapaian akademik antara murid pandai dan
murid lemah tidak menjadi semakin besar. Misalnya, guru menyediakan bengkel ulangkaji bagi
murid yang tercicir dari pembelajaran. Dengan ini, murid yang lemah ini dapat memperoleh ilmu
pengetahuan sebagaimana yang diterima oleh murid yang cerdik. Dan secara tidak langsung,
perbezaan pemcapaian akdemik yang berbeza dapat dikurangkan.
2.8 Hubungan Dan Interaksi Yang Positif Dengan Ibubapa
16

17
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guru perlulah mempunyai hubungan
yang positif dengan ibubapa kepada murid-murid tersebut. Ibubapa juga haruslah bekerjasama
dengan guru dalam mendidik murid-murid yang lemah supaya dapat mengatasi masalah
perbezaan pencapaian murid. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025, soal pendidikan anak khususnya yang berkaitan dengan aspek membaca, menulis,
mengira dan menaakul, memerlukan penggemblengan ibu bapa dan guru dalam usaha
menghasilkan pelajar yang berkualiti pada masa depan. Selain itu, guru mestilah mengenal
pasti adakah murid-murid tersebut mengulangkaji di rumah atau tidak. Uswahnya, guru mestilah
menelefon ibubapa dan mengetahui perkembangan murid-murid mereka dari semasa ke
semasa untuk mengatasi masalah pencapaian akademik yang berbeza. Maka untuk itu, guru
hendaklah mempunyai hubungan sosial yang positif dengan ibubapa murid-murid.

2. 9 MEMBERI BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEPADA PELAJAR YANG LEMAH


Bimbingan dan kauseling kepada pelajar yang lemah dapat memandu murid untuk
mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan
mengambil nota, pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran
mengingat, mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan. Guru
kaunseling sekolah boleh sentiasa memberi nasihat yang bernas kepada pelajar yang
mempunyai pencapaian akademik yang lebih lemah. Contohnya, guru kauseling sekolah atau
guru kelas boleh mencari peluang untuk lebih memahami murid yang pencapaian akademiknya
lehih lemah dan memahami masalah yang dihadapi olehnya supaya dapat menyelesaikannya
dan tidak akan menjejaskan akademik dan pembelajaran murid. Dengan langkah ini, masalah
perbezaan pencapaian akademik yang berbeza dapat ditangani.

2. 10 KASIH SAYANG
Maslow (1987) memperkenalkan hierarki keperluan. Dalam hiererki keperluan ini
termasuklah kasih sayang. Kasih sayang memang penting kepada seseorang kanak- kanak
terutamanya dalam pendidikan. Kanak- kanak haruslah diajar dengan penuh kasih sayang,
17

18
prihatin dan sabar supaya dapat menangani masalah perbezaan pencapaian akademik yang
berbeza. Contohnya, guru boleh mengajar murid- murid dengan kasih sayang dan tidak begitu
tegas terhadap murid- murid supaya murid- murid berani untuk bertanya apabila mengahadapi
masalah dalam pembelajaran mereka. Guru juga haruslah sentiasa prihatin terhadap masalah
yang dihadapi oleh murid- murid terutamanya murid yang mempunyai pencapaian akademik
yang lebih lemah. Sabar dalam mendidik anak murid supaya mereka betul- betul faham
maklumat yang ingin disampaikan oleh seorang guru.

KESIMPULAN
Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan
perkembangan. Guru umpama ibubapa kedua bagi kanak-kanak kerana kanak-kanak berada di
18

19
bawah tanggungjawabnya. Sebagai seorang guru yang baik dan telah menerima latihan di
Institut Pendidikan Guru (IPG) atau university, berpengetahuan luas tentang latar belakang
setiap kanak-kanak serta proses dan prinsip perkembangan dan perlakuan mereka yang
biasanya berkait secara langsung dengan umur akan dapat membantu guru dalam merancang,
mengurus dan melakasanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Setiap manusia yang normal akan mengalami perubahan dan perkembangan dari aspek
fizikal, sosial, kognitif dan emosi sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa
dan tua. Sebagai guru, kita perlu peka dan prihatin terhadap perubahan perkembangan ini
termasuk keperluan untuk memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan murid-murid di
bawah pengawasannya.
Perkembangan merupakan peningkatan penampilan dan potensi kanak-kanak secara
berperingkat-peringkat dan berterusan. Jadi, perkembangan ialah satu proses untuk
menghasilkan peningkatan-peningkatan kemampuan untuk berfungsi pada tahap-tahap
tertentu. Justeru], proses pertumbuhan dan perkembangan manusia melibatkan perubahan dari
segi kognitif, afektif dan psikomotor. Seorang kanak-kanak yang normal akan mengalami
perubahan dari segi rupa bentuk tubuh badan, tahap kebolehan mental dan sahsiah mereka
secara berperingkat-peringkat.
Sementelahan pula, langkah-langkah yang bernas juga boleh diambil oleh setiap guru
dalam membendung masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Pencapaian
akademik yang berbeza bagi responden X dan responden Y mempengaruhi banyak faktor
seperti pekerjaan ibubapa, sosioekonomi ibubapa, umur ibubapa, kelayakan akademik ibubapa
dan pengaruh rakan sebaya.

REFLEKSI
Nama: HAMAH LATHA A/P SUMNADE
No. Matrik :29452
19

20

Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan kerana


pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam
satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih
sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan kerja
kursus ini.

Memang benarlah kata pepatah Melayu, Kalau tak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha
membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala
kadar asalkan siap sahaja.

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Pensyarah pembimbing iaitu Encik Baskaran Kannan atas segala bimbingan
dan tunjuk ajar mereka dalam proses perlaksanaan tugasan ini. Tanpa bimbingan dari
mereka tidak mungkin saya berjaya melaksanakan tugasan ini pada tarikh yang
ditetapkan.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak saya
telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal
guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan di
Pusat Sumber, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang kepentingan nilainilai murni yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci. Perkara
utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini adalah
terhadap sub-sub tugasan yang telah saya lakukan secara individu. Saya dikehendaki
melakukan tugasan ini secara individu.

Setelah memahami isi-isi penting yang perlu dimasukkan ke dalam kerja kursus
ini, saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah
dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang
jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang
tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan kami.
Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh
sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal yang
demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di
dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan mendengar
20

21

samata-mata. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di
institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal
yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu
sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru. Selepas ini saya tidak
akan lagi mengambil mudah terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa
memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap apa yang disampaikan
di dalam kelas.
Melalui kerja kursus ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat
untuk mempelajari lebih banyak isu yang berkaitan dengan perkembangan kanakkanak yang mendisiplinkan kita sebagai bakal guru daripada pensyarah-pensyarah
yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya
untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap
pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang
telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru
kelak.
Secara keseluruhannya, matapelajaran Perkembangan Kanak-kanak ini telah
memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih berdikari iaitu
kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Ini kerana saya dapat membuat rujukan di Pusat sumber tanpa bergantung dengan
pensyarah saya tetapi saya amat berterima kasih kepada Encik Baskaran Kannan atas
bimbingan beliau sepanjang kerja kursus ini. Melalui kajian ini menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal
insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Apa
yang saya dapat simpulkan disini sepanjang saya membuat kerja kursus ini banyak
yang telah saya pelajari dan banyak memberi manfaat kepada diri saya. Perkembangan
kank-kanak banyak membantu saya dalam menambahkan mutu dalam meningkat
kemahiran membuat tugasan terutamanya dalam membuat rujukan menggunakan
system APA dan mempelajari cara menghasilkan penulisan ilmiah yang bermutu yang
sebelum ini saya belum pernah didedahkan secara terperinci oleh mana-mana
pensyarah.

21

22

Akhir kata saya berharap apa yang saya pelajari dalam kerja kursus dapat saya
praktikkan dengan sebaik mungkin. Segala yang baik datangnya dari Tuhan dan segala
kekurangan datang dari diri saya sendiri. Saya

memohon maaf atas segala

kekurangan. Sekian Terima Kasih.

22

Anda mungkin juga menyukai