Anda di halaman 1dari 3

Konflik Negara Islam Dan Peranan Barat

Oleh:

Mohd Syarizwan

Mungkin ramai yang mengikuti apa yang berlaku pada dunia Islam hari ini. Keadaan di negara-
negara bergolak semakin serius dan menghadapi tekanan yang agak kuat dari pihak-pihak
tertentu. Keamanan mereka dirobek dan kehidupan mereka tidak lagi aman seperti mana biasa.
Itulah yang berlaku di Syria, Iraq dan juga Palestin. Konflik yang tidak berkesudahan itu seolah-
olah semakin meruncing dengan timbulnya banyak persoalan baru.

Konflik di Syria dan Iraq

Dunia telah digemparkan dengan pengumuman pembentukan negara Islam Khalifah yang dibuat
oleh satu pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas segala hal umat Islam didunia ini.
Pengumuman yang dibuat oleh Abu Bakr al-Baghdadi yang menggelar dirinya sebagai Khalifah
Ibrahim itu telah mengundang pelbagai reaksi dari banyak pihak termasuk ulama-ulama sunni
yang ada menyokong dan ada juga yang membangkang serta mempertikaikan tindakan
penubuhan itu.

Sejak pengumuman itulah, dunia hari ini semakin tahu mengenai penubuhan kumpulan Negara
Islam Iraq dan Syams (ISIS) atau (ISIL) dan sedar akan kewujudannya. Namun banyak
pertikaian dan persoalan timbul mengenai penubuhan kumpulan tersebut. Penubuhan kumpulan
tersebut adalah bertujuan mengembalikan sistem khalifah dalam majoriti sunni di negara Iraq
dan juga sekitarnya, termasuk Syria. Jika dilihat pada tujuan asal kumpulan tersebut, kita akan
percaya dan mungkin bersetuju dengan penubuhan dan tujuan tersebut.

Konflik di Iraq dan Syria ini sebenarnya mempunyai persamaan apabila dilihat kepada sejarah
kejatuhan Empayar Soviet Union oleh mujahidin Afghanistan pada 1991. Mujahidin Afghanistan
seolah-olah diperalatkan dan diperkuda barat hanya untuk kepentingan mereka. Setelah
kepentingan tersebut diperoleh, perjuangan mereka seolah-olah sia-sia ibarat habis madu sepah
dibuang. Itulah yang berlaku sehingga mujahidin ini diiktiraf sebagai kumpulan militan dan
‘terrorist’ hingga hari ini walaupun pada awalnya, AS merupakan pendukung besar dibelakang
kumpulan tersebut.

Berbalik kepada apa yang berlaku pada kumpulam ISIS, banyak pihak mempersoalkan siapakah
yang menjadi pendukung dibelakang kumpulan ISIS atau ISIL ini. Trak-trak tentera baru yang
direka khas dan bantuan persenjataan buatan AS ini menimbulkan persoalan kepada kita dari
mana datangnya dana yang besar tersebut sehingga mereka berjaya menawan daerah kedua
terbesar di Iraq iaitu Mosul.
Jika dilihat dari satu sisi yang berbeza, mungkin itu satu kejayaan. Namun cara mereka berjihad
juga dipertikaikan. Reaksi sama juga turut dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Dunia, Syeikh Dr
Yusof al-Qaradawi yang tidak mengiktiraf Kumpulan ISIS ini mewakili ahl Sunnah wa al-
Jamaah. Begitu juga pendapat yang dinyatakan oleh ulama salafi dan Mufti Jihad lain seperti
Adnan al-Aroor dan Abu Basir al-Tartusi yang mengatakan mereka tidak mewakili Sunni tetapi
mereka lebih kearah Khawarij. Ini kerana konflik yang berlaku bukan sahaja antara ISIS dan
regim al-Assad, tetapi juga antara ISIS dan kumpulan jihad Islami yang lain seperti Jabhah al-
Nusra.

Tambahan lagi, menurut penyaksian daripada al-Hammam al-Suri (bekas tentera al-Qaeda dan
ketua sayap Jabhah al-Nusra) kumpulan ISIS juga menyerang mereka kerana mereka tidak mahu
berbaiah kepada ISIS sehingga kumpulan jihad yang lain juga digelar murtad oleh ISIS dan perlu
diperangi menurut ISIS. Begitu juga tindakan mereka yang membunuh kejam tawanan perang
yang tersebar. Islam tidak pernah mengajar tindakan sedemikian walaupun terhadap tawanan
perang.

Justeru, konflik yang berlaku sebenarnya memberi kesan kepada dunia Islam lain. Ini melihatkan
tiada penyatuan dalam Islam sehingga mereka saling berbunuhan menjadikan mereka serampang
dua mata dengan mempunyai dua musuh pada masa yang sama. Begitu juga kita melihat bahawa
ramai anak muda yang ingin menjihadkan diri termasuk di Malaysia, namun diperdaya oleh
kumpulan yang tidak benar jihadnya kerana terlalu banyak kumpulan yang ditubuhkan dan
masing-masing mempunyai matlamat yang sama tetapi cara-caranya lain-lain.

Mengapa kita tidak mengambil pengajaran dari kisah perang Afghanistan dan Soviet tersebut?
Kesannya bukan hanya melibatkan mereka, tetapi Islam keseluruhannya. Itulah yang berlaku
selepas peristiwa 9/11 yang menyebabkan umat Islam keseluruhannya menjadi mangsa kepada
“War of Terror” dan menjadi alasan untuk AS menceroboh Iraq demi memonopoli kepentingan
mereka.

Tidak mustahil sekali lagi kita akan diperkuda barat jika kita terus mengulangi sejarah yang
sama. Kita tidak mahu matlamat kita tercapai tetapi pada akhirnya kita diambil kesempatan
sehingga impak besar menimpa kita. Konflik ini mugkin juga tidak akan berakhir jika terus
bermusuh sesama sendiri. Andai kata kuasa pemerintahan Syiah dijatuhkan di Iraq dan Syria, apa
yang berlaku pada kumpulan-kumpulan ini? Mungkin sahaja perang sesama sendiri pula berlaku
untuk merebut kuasa. Akhirnya, barat juga yang berjaya mengambil kesempatan.

Begitu juga di negara kita sendiri, jika antara kita terus bermusuh dan berbalah hanya kerana
perbezaan politik, tidak mustahil kita juga turut menerima nasib yang sama. Noah Feldman
dalam bukunya ada menegaskan bahawa negara Islam moden boleh memberikan keadilan politik
dan undang-undang untuk muslim melalui syariah,tetapi institusi itu harus mempunyai satu
kuasa seimbang dalam perlembagaan tanpa korupsi (lihat Noah Feldman, The Rise and The Fall
of Islamic state, 2012, New Jersey)
Pada hakikatnya, memang kita memerlukan sistem khalifah untuk mentadbir negara-negara
Islam ini seperti mana zaman kegemilangan Islam dahulu. Kita juga sering melihat kepada
pembentukan negara Islam pertama yang diasaskan oleh Nabi Muhammad sebagai satu contoh
terbaik. Namun, sayangnya, kita hanya melihat pada fasa madinah tersebut tidak pada fasa
Makkah sebelum pembentukan negara Islam tersebut.

Berbalik kepada sirah dahulu, fasa Makkah yang saya maksudkan adalah pentarbiahan jiwa dan
rohani umat Islam yang mengambil masa 23 tahun lamanya. Jika diikutkan secara logiknya,
Rasulullah boleh menerima tawaran dari Abu Jahal yang menawarkan kepada baginda kuasa,
wanita dan harta sebagai syarat untuk berhenti berdakwah. Mungkin sahaja baginda menjadi
pemimpin dan lebih mudah untuk mempengaruhi kaum arab pada masa itu untuk menyembah
Allah.

Namun, apa yang berlaku, baginda menolak tawaran tersebut kerana membina negara Islam
bukanlah suatu yang mudah tanpa pentarbiahan dan pemahaman kepada mereka. Baginda dan
sahabat memperkukuhkan tarbiah dan tauhid kepada Allah dengan sepenuhya dalam masa yang
agak lama sebelum fasa pembukaan Madinah.

Begitulah juga dalam konteks untuk mewujudkan satu perundangan Islam yang sistematik, ianya
bukanlah semudah membina istana pasir. Ia memerlukan suatu pemahaman yang jelas dan
praktikal yang cukup. Sebagai contoh, perlaksanaan hudud itu perlu diberikan satu pemahaman
yang jelas kepada rakyat sebelum pelaksanaan. Agak sukar dilakasanakan dalam konteks rakyat
Islam sendiri belum memahami perkara tersebut. Itualah salah satu fungsi kepimpinan negara.

Begitu juga untuk membina sistem khalifah. Saya suka untuk mengambil contoh dari sejarah
pembukaan kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Baginda mempersiapkan
tenteranya dan diriya dengan pentarbiahan yang agak kemas dari segi fizikal dan spritualnya.
Walhal, generasi sebelum baginda termasuk ayahanda baginda Sultan Abdul Murad telah pun
mencuba untuk menawan kota tersebut tetapi gagal. Hanya dengan berbekal hadis nabi yang
menyatakan bahawa hanya sebaik-baik tentera dan sebaik-baik pemimpin akan membuka kota
tersebut.

Pengajaran dari kisah sejarah tersebut jelas menunjukkan perancangan rapi dan pentarbiahan
jiwa dan rohani itu penting dalam membentuk kejayaan. Jihad bukanlah suatu perkara yang
ringan. Kerana itu berjihad itu juga memerlukan jiwa bukan sahaja fizikal seperti mana
difirmankan oleh Allah : “ Wahai orang-orang yang beriman, hendakkah kamu aku tunjukkan
satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman
terhadap Allah dan RasulNya serta berjihadlah di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah
yang terbaik bagimu jika engkau mengetahui.” (surah as-Saff : 10-11)

Justeru, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita dengan secukupnya. Fahami sebetul-
betulnya apa yang disampaikan oleh Rasulullah. Pembinaan daulah dan khalifah Islamiah itu
bermula dari Fardhu muslim yakni diri kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai