Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

UH6145001 SARJANA MUDA PENDIDIKAN DALAM TESL


PT00903 KEMAHIRAN BERBAHASA MELAYU

PENSYARAH:
DR MUSIRIN BIN MOSIN
Tugasan 1 (Individu)

NAME MATRIC NUMBER

Mohammad Hannani bin Sophian BP20110289


Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang pernah menjadi Lingua Franca pada
suatu ketika dahulu dan penyebaran Bahasa Melayu merupakan antara yang terluas di dunia
(Dania, n.d). Sudah menjadi lumrah sebagai tanah yang pernah dijajah, penjajah asing
semestinya tidak akan memberikan kemerdekaan begitu sahaja tanpa meninggalkan
warisan-warisan yang boleh mempengaruhi sesetengah aspek. Hal ini dapat dikaitkan
dengan pepatah “ Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
Proses peminjaman atau pengambilan bahasa-bahasa lain. Pengambilan bahasa ini berlaku
apabila terdapat bahasa-bahasa lain yang lebih maju dan tamadun yang lebih tinggi.
Terdapat beberapa pengaruh bahasa asing yang mempengaruhi Bahasa Melayu sehingga
kini.

Terdapat beberapa sebab kota kata asing dipinjam oleh Bahasa Melayu. Antaranya
ialah keperluan untuk meletakkan nama pada sesuatu benda. Hal ini demikian kerana tiada
perkataan dalam Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk menamakan sesuatu benda.
Selain itu, pertembungan budaya seperti penjajahan, perniagaan, pendidikan, penyebaran
juga merupakan sebab peminjaman dari bahasa asing. Di samping itu, sikap
mengagungkan bahasa asing sehingga bahasa tanah air iaitu Bahasa Melayu dianggap lapuk
dan ketinggalan zaman. Bunyi, tulisan istilah, peribahasa, imbuhan dan struktur ayat
merupakan unsur-unsur daripada bahasa asing yang diambil oleh Bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana sesetengah pengguna bahasa Melayu lebih suka menggunakan sesuatu
yang dirasakan lebih bergaya dan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.

Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku pada abad ke 7 hingga ke 13 iaitu semasa zaman
bahasa Melayu kuno. Pedagang India yang berdagang di Kepulauan Melayu telah membawa
masuk bahasa Sanskrit. Walaupun bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India, ia
disebarkan oleh sami dan pendeta agama hindu dan buddha. Bahasa Sanskrit mempunyai
pengaruh yang kuat kerana kedudukan bahasa Sanskrit yang tinggi pada zaman tersebut
(Foo, 2016). Bahasa Sanskrit dipinjam kerana penggunaan bahasa Sanskrit dianggap lebih
sesuai dan lebih tepat berbanding bahasa Melayu. Antara pengaruh kosa kata bahasa
Sanskrit ke dalam kosa kata bahasa Melayu ialah bicara, bahu, kepala, senja, dan emas.
Dari aspek imbuhan, bahasa Melayu telah meminjam imbuhan eka, tata, pra, maha dan wan
dari bahasa Sanskrit. /dw/, /sw/ dan /sy/ ialah bunyi yang dipinjam dari bahasa Sanskrit
yang diterapkan dan diguna pakai dalam bahasa Melayu.

Selain itu, bahasa Arab juga merupakan salah satu bahasa asing yang
mempengaruhi bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu oleh pedagang dan para
ulama Arab menyebabkan pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa Melayu. Oleh
kerana pihak istana memeluk Islam, makai a mempengaruhi rakyat untuk mengikuti pihak
istana untuk memeluk Islam dan terjadilah proses pengislaman. Berbanding bahasa
Sanskrit, pengaruh bahasa Arab terhadap bahasa Melayu jauh lebih besar dan ia lebih
dominan. Hal ini demikian kerana ia banyak mempengaruhi bab-bab hukum. Tulisan Jawi
merupakan pengaruh bahasa Arab yang paling penting. 6 huruf dari bahasa Melayu dan
aksara Arab telah digunakan untuk tulisan jawi. Kewudujan tulisan jawi telah menyumbang
kepada kitab agama dan karya sastera islam yang dihasilkan dalam bentuk tulisan. Di
samping tulisan jawi, kota kasa bahasa Melayu juga dipengaruhi oleh bahasa Arab. Dalam
hal-hal agama, bahasa Melayu mengambil kota kasa bahasa Arab seperti doa, haji, hadis,
maaf, sedekah, tahniah, alam dan akhirat.

Seterusnya, bermulanya penjajahan Inggeris pada abad ke-18 menjadi salah satu
sebab pengaruh bahasa Inggeris mula bertapak ke dalam bahasa Melayu. Terdapat
beberapa peminjaman kosa kata daripada bahasa Inggeris yang diterapkan di dalam
Bahasa Melayu. Peminjaman terus dengan menyesuaikan sebutan dan ejaan seperti
“psikologi” yang diambil dari Bahasa Inggeris iaitu “psychology”. Kedua dua perkataan
tersebut mempunyai sebutan dan ejaan yang hampir sama. “Honeymoon” merupakan salah
satu kosa kata yang dipinjam dengan menterjemah serta mengambil makna dan konsep
perkataan. Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, “honeymoon” adalah “bulan madu”.
Antara pengaruh bahasa Inggeris dalam imbuhan Bahasa Melayu ialah melalui penggunaan
imbuhan seperti anti, auto, mikro, makro dan sub.

Di samping itu, bahasa Parsi juga mempengaruhi bahasa Melayu yang diguna pakai
pada zaman ini. Bahasa Parsi ini boleh dikaitkan dengan pengaruh Agama Islam ynag
bertapak di alam Melayu. Pengaruh bahasa Parsi kabanyakannya lebih tertumpu dalam
bidang kesusasteraan dan gelaran bagi raja-raja serta adat pertabalan. Menurut Engku
Ismail, terdapat 184 patah perkataan bahasa Parsi yang diambil oleh bahasa Melayu
(Rashid, 2013). Antaranya ialah kismis, kurma, laksa, agar, andai, baju, bandar, daftar,
dewan, seruling dan taman. Imbuhan bahasa Parsi yang telah dipinjam oleh bahasa Melayu
ialah imbuhan awalan bi- . Walaupun penggunaan imbuhan awalan ini telah diusahakan
untuk diperbanyakkan penggunaannya dalam istilah sains dan teknologi, penggunaan
imbuhan ini masih terbatas. Antara penggunaan awalan bi- ialah biadap (tidak beradab).
Imbuhan awalan ini bermaksud “tidak” dan digunakan untuk membentuk kata adjektif
dalam bahasa Melayu. Kebanyakan bahasa Parsi yang dipinjam oleh bahasa Melayu tidak
mengalami perubahan dari segi sebutan dan maksud. Sebagai contoh, dari segi sikap
manusia, moral dan hubungan kekeluargaan, perkataan yang dipinjam ialah takhta, cara,
kahwin dan nenek. Selain itu, dari segi bahagian anggota badan serta pakaian pula,
perkataan baju, jam dan lengan telah dipinjam. Akhir sekali, dari segi makanan pula anggur,
agar-agar dan gandum telah dipinjam oleh bahasa Melayu daripada bahasa Parsi (Foo,
2016).

Bahasa Jawa juga mempengaruhi kosa kata yang terkandung dalam bahasa Melayu.
Pengaruh ini berlaku ketika pemerintahaan Majapahit di alam Melayu (Rashid, n.d).
Penyebaran bahasa Jawa ke alam Melayu berlaku melalui kesusasteraan jawa seperti cerita
panji. Tambahan pula, berlakunya penghijrahan orang Jawa ketika pemerintahan Majapahit.
Selain daripada penyebaran melalui kesusasteraan Jawa, pengaruh bahasa Jawa terhadap
bahasa Melayu juga berlaku melalui Kerjasama kebahasaan, kehadiran kesusasteraan
moden Indonesia dan komunikasi massa (Suhaimi, n.d). Antara bahasa Jawa yang dipinjam
oleh bahasa Melayu ialah keringat, ketara, awet, ayu, calon, sering dan waras. Bahasa
Sunda juga boleh dikaitkan dengan bahasa Jawa namun ia ditutur oleh penduduk Jawa
Barat. Bahasa Sunda terkandung dalam Bahasa Nusantara dan ia dikategorikan sebagai
bahasa Jawa juga. Namun begitu, yang membuatkan bahasa Sunda berbeza dari bahasa
Jawa ialah ia berhubungan dekat dengan bahasa Melayu dan bahasa Madura. Antara kata
pinjaman bahasa Sunda ialah ajengan (terkemuka), butuh (perlu), pincut (pikat hati) dan
timburu (cemburu).

Bahasa cina sudah tidak asing lagi di Malaysia kerana mempunyai ramai rakyat yang
berbangsa Cina. Kedatangan orang cina dari daerah Hokkien dan Canton iaitu selatan China
yang dating ke Tanah Melayu menyebabkan terdapatnya kosa kata yang dipinjam dari dialek
bahasa daerah tersebut (Fariza, n.d). Selain itu, bahasa Cina telah meresap ke dalam
bahasa Melayu melalui hubungan orang Melayu dan orang Cina. Kata pinjaman yang diambil
dari bahasa Cina yang digunakan di dalam bahasa Melayu dikekalkan bunyi dan maksud asal
walaupun sesetengahnya telah berubah makna. Antara bahasa Cina yang telah dipinjam
oleh bahasa Melayu ialah kungfu, teko, abah, kuaci, tocang dan gincu.

Kesimpulannya, sungguhpun bahasa Melayu dipengarunguhi oleh bahasa-bahasa


asing, ia tetap juga perlu dimartabatkan. Tambahan pula, bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan yang digunakan dan dikuasai oleh majoriti rakyat Malaysia. Bahasa
Melayu perlu dikekalkan dan digunakan sebanyak yang mungkin. Hal ini demikian kerana di
dalam sektor pendidikan masa kini, subjek sains dan matematik telah diubah dari bahasa
Melayu kepada bahasa Inggeris dan ini telah menyebabkan bahasa Melayu dipinggirkan.
Melalui kajian, secara purata 53-58 peratus daripada keseluruhan masa telah diperuntukkan
untuk penggunaan bahasa Inggeris di dalam subjek sains dan matematik. Perkara ini tidak
boleh terlalu dibiarkan kerana ia mungkin akan menyebabkan bahasa Melayu tenggelam
oleh bahasa lain.

RUJUKAN

Pengaruh Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu


http://jagunghitamdd.blogspot.com/2014/03/pengaruh-bahasa-asing-dalam-bahasa.html

Choo, S. T. (2012). Bahasa Melayu Penggal 1 Longman Teks Pra-U STPM. Pearson Malaysia

Sdn Bhd.

Rashid. H (2013) Pengaruh Bahasa Asing


http://karyagungsem4.blogspot.com/2013/05/pengaruh-bahasa-asing.html

Dania. F (n.d) Unsur Asing Dalam Bahasa Melayu


https://www.slideshare.net/iloveyoseoboppa/unsur-asing-dalam-bahasa-melayu-49923780

Suhaimi. M (n.d) Unsur Bahasa Asing Dalam Bahasa Melayu


http://dermagabmk1.blogspot.com/2009/10/unsur-bahasa-asing-dalam-bahasa-melayu.html

Peperiksaan STPM Bahasa Melayu Semester 1, Bahasa asing terhadap bahasa Melayu, m/s
1-50 https://anyflip.com/jeasb/ognp/basic
Fariza. S (2012) Penyerapan Unsur Asing dalam Bahasa Melayu
http://bmstpm.blogspot.com/2012/07/penyerapan-unsur-asing-dalam-bahasa.html

Mohammad Nortaufiq, N. (2021, Jun 7). Menjejaki Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/06/07/723/

Anda mungkin juga menyukai