Anda di halaman 1dari 55

Perang saudara Libya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana ini sedang melakarkan hal semasa.
Maklumat mungkin berubah mengikut perkembangan terkini.
Perang Saudara Libya 2011
Sebahagian daripada Bantahan Timur Tengah dan Afrika Utara
20102011

(situasi pada 11 April 2011)
Tarikh 15 Februari 2011 kini
Lokasi Libya
Status Berterusan
Yang berperang
Majlis Peralihan
Negara
[1]

Tentera Libya
Bebas
Tentera Udara
Libya Bebas
Persidangan Negara
Pembangkang Libya
Tunisia
Puak Anti-Gaddafi
[2]


Anggota-anggota
Persatuan Bangsa-
Bangsa Bersatu yang
menguatkuasakan
Resolusi UNSC 1973:
NATO
Jordan
[3]

Qatar
[4]

Sweden
UAE
[5]

Templat:Collapsible
bulletlist
Jamahiriya Arab Libya
Angkatan Tentera Libya
o Tentera Darat
Libya
o Tentera Udara
Libya
o Tentera Laut Libya
Askar upahan asing
[6][7][8][9][10][11][12][13][14]

Komander dan pemimpin
Mustafa Abdul
Jalil
[15]

Omar El-Hariri
[16]

Abdul Fatah
Younis
[17]

Suleiman
Mahmoud
[18]

Khalifa Belqasim
Haftar

Charles Bouchard
[19]

Muammar Gaddafi
Saif al-Islam al-Gaddafi
Khamis al-Gaddafi
Abu-Bakr Yunis Jabr
Kekuatan
Kira-kira 17,000
sukarelawan pada 24
Mac
[20]
(1,000 orang
terlatih pada 23 Mac)
[21]


Angkatan Antarabangsa:
Banyak tentera udara dan
maritim
10,000
[22]
20,000+
[23]
askar,
bilangan militia tidak pasti
Kerugian
2,034-2,770 pejuang,
aktivis dan penyokong
pembangkang terbunuh

Angkatan Antarabangsa:
1 USAF F-15E Strike
Eagle terhempas (kedua-
849-922 askar terbunuh
dua juruterbang
terselamat)
[24]

Anggaran jumlah korban kedua-dua pihak termasuk orang
awam:
2,000
[25]
10,000
[26]

Perang saudara Libya 2011 ialah konflik bersenjata yang berlangsung di negara Libya antara
pihak yang cuba menggulingkan Muammar Gaddafi lalu mengadakan pilihan raya
demokratik,
[27][28]
dan angkatan pro-Gaddafi. Situasi ini bermula dengan tunjuk perasaan damai
yang cuba ditindas oleh angkatan keselamatan Gaddafi sejak 15 Februari 2011. Seminggu
kemudian, pemberontakan ini telah merebak ke merata negara dan Gaddafi bergelut untuk
mempertahankan penguasaannya.
[29]
Gaddafi membalas dengan kekuatan tentera dan langkah-
langkah lain seperti penapisan akhbar dan penyekatan komunikasi.
Kemudian, keadaan ini bertukar menjadi konflik bersenjata, apabila pihak pemberontak
membentuk sebuah gabungan bergelar Majlis Peralihan Negara yang bertapak di Benghazi.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa memberi Gaddafi amaran bahawa beliau dan ahli-ahli
kerajaannya mungkin telah melakukan jenayah kemanusiaan.
[30]
Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan satu resolusi untuk membeku aset-aset Gaddafi dan 10 orang
sekutunya serta menyekat kebebasan perantauan mereka. Resolusi itu juga merujukkan tindakan-
tindakan pemerintahan Gaddafi kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk disiasat.
[31]
Pada
awal Mac, angkatan Gaddafi berarak ke arah timur dan menawan semula beberapa kota pinggir
pantai sebelum menyerang Benghazi. Satu lagi resolusi PBB membenarkan negara-negara
anggotanya untuk menetapkan dan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.
[32]
Kerajaan
Gaddafi kemudiannya mengumumkan gencatan senjata, tetapi gagal mematuhinya sendiri.
[33]

Latar belakang[sunting]
Muammar al-Gaddafi memerintah negara Libya selaku "Ketua dan Pemandu Revolusi" semenjak
menggulingkan sistem beraja pada tahun 1969. Ekoran pesaraan Fidel Castro pada tahun 2008
dan kematian Omar Bongo pada tahun 2009, Gaddafi ialah ketua negara bukan diraja yang
paling lama memerintah di dunia.
Pada 1316 Januari, atas rasa marah terhadap kerenah tangguh-menangguh dan gejala rasuah,
gerombolan-gerombolan penunjuk perasaan di Darnah, Benghazi, Bani Walid dan kota-kota lain
di Libya memecah masuk lalu menawan kawasan perumahan yang sedang dibina oleh
kerajaan.
[34][35]
Pada 27 Januari, kerajaan membalas ketegangan perumahan itu dengan dana
pelaburan $24 bilion untuk perumahan dan pembangunan.
Pada akhir bulan Januari, seorang penulis, pengulas politik dan juruakaun bernama Jamal al-
Hajji, "menyeru supaya tunjuk perasaan diadakan untuk menuntut lebih kebebasan di Libya"
seperti yang diilhamkan dari pemberontakan di Tunisia dan Mesir. Pada 1 Februari, beliau
ditahan oleh pegawai polis berpakaian awam, lalu didakwa atas kesalahan mencederakan orang
dengan keretanya dua hari kemudian. Amnesty International mendakwa bahawa memandangkan
al-Hajji pernah dipenjarakan kerana meluahkan pendapat politiknya yang tidak ganas, penahanan
beliau kali ini nampaknya didorong oleh seruannya demi tunjuk perasaan.
[36]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_saudara_Libya






















Perang Iraq
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Iraq
Sebahagian daripada Perang Terhadap Keganasan

Ikut arah jam, bermula di kiri atas: rondaan bersama di
Samarra; penumbangan patung Saddam Hussein di
Dataran Firdos; seorang askar Iraq bersiap dengan raifal
untuk menyerang; letupan bom di Baghdad Selatan.
Tarikh
20 Mac 2003 15 Disember 2011 (8
tahun, 270 hari)
[1]

Lokasi Iraq
Hasil
Pencerobohan dan
pendudukan Iraq
Penggulingan kerajaan Parti
Ba'ath dan penghukuman
mati Saddam Hussein
Pemberontakan, operasi
pengganas asing, dan
keganasan taifah
[2]

Penubuhan semula
pilihanraya demokrasi dan
pembentukan kerajaan baru
Pengunduran tentera AS dari
Iraq
Pemberontakan kecil-kecilan

Yang berperang
Amerika Syarikat
Iraq
Peshmerga
Majlis-Majlis
Kebangkitan
Tentera yang
berundur:
United Kingdom
(200311)
Australia (200309)
Poland (200308)
Korea Selatan (2003
08)
Itali (200306)
Georgia (200308)
Ukraine (200308)
Belanda (200305)
Sepanyol (200304)
MNFI(200410)
dan 30 negara lain
dalam Angkatan
Berbilang Negara
Kumpulan pemberontak:
Setiawan Parti Ba'ath
Iraq
Fail:Flag of The Islamic
State of Iraq.jpg Negara
Islam Iraq
al-Qaeda
Tentera Mahdi
Kumpulan Khas
Tentera Islam Iraq
Ansar al-Sunnah

Iraq di bawah
Saddam Hussein

Bagi pertempuran sesama puak
pemberontak, lihat Perang saudara di
Iraq.
Komander dan pemimpin
George W. Bush
Barack Obama
Lloyd Austin
Raymond Odierno
Saddam Hussein

#

Qusay
Hussein (K.I.A.)
David Petraeus
George W. Casey,
Jr.
Ricardo Sanchez
Tommy Franks
John Cooper
Andy Salmon
Richard Shirreff
Jalal Talabani
Ibrahim al-Jaafari
Nouri al-Maliki
Massoud Barzani
Masrour Barzani
Abdul Sattar Abu
Risha (K.I.A.)
Ahmad Abu Risha
Uday
Hussein (K.I.A.)
Tariq
AzizTemplat:Surrendered

Izzat Ibrahim ad-
Douri
Fail:Flag of The Islamic
State of Iraq.jpg Abu
Omar al-
Baghdadi (K.I.A.)
Abu Musab al-
Zarqawi (K.I.A.)
Abu Ayyub al-
Masri (K.I.A.)
Abu
Suleiman (K.I.A.)
Abu Dua
Muqtada al-Sadr
Abu Deraa
Ishmael Jubouri
Abu Abdullah al-Shafi'i
#

Kekuatan
Angkatan Penyerang
(20032004)
~300,000

Amerika Syarikat
11,000 (kini)
[3]

Angkatan
Keselamatan Iraq
805,269 (tentera dan separa
Tentera Iraq: 375,000
(dibubarkan pada 2003)

Pemberontak Sunnah
~70,000 (2007)
[8]

Tentera Mahdi
~60,000(2007)
[9]

al-Qaeda
~1,300 (2006)
[10]

tentera: 578,269,
[4]
polis: 227,000)
Militia kebangkitan
~103,000 (2008)
[5]

Kurdistan Iraq
~400,000 (Pengawal Sempadan
Kurdi: 30,000,
[6]
Peshmerga
375,000)
Angkatan Campuran
(20042011)
176,000 pada kemuncak
Kontraktor
keselamatan 6,000-
7,000 (anggaran)
[7]

Negara Islam Iraq
~1,000 (2008)
Kerugian
Angkatan
Keselamatan
Iraq(pasca-Saddam)
Terkorban: 16,623
[11]

Cedera: 40,000+
[12]


Angkatan Campuran
Terkorban: 4,805
[13][14]

(4,487 AS,
[15]
179 UK,
[16]
139 lain-
lain)
Hilang/ditangkap
(AS): 10 (9
diselamatkan)
[17]

Cedera: 32,753+ (32,226
AS,
[18]
315 UK, 212+
other
[19]
)
[20][21][22][23]

Kakitangan perubatan
cedera/menghidap
penyakit/lain-lain:*
Kematian pejuang Iraq
(sewaktu serangan):
7,60010,800
[30][31]

Pemberontak (pasca
Saddam)
Dibunuh: 21,22126,405
(2003-2011)
[32]

Tahanan: 200 (ditahan
oleh AS)
[33]

12,000 (ditahan oleh
Iraq)
[34]

Jumlah maut: 28,736-
37,120
51,139 (47,541 AS,
[24]
3,598
UK)
[20][22][23]


Kontraktor
Terkorban: 1,554
[25][26]

Wounded & injured:
43,880
[25][26]

Hilang/Ditangkap: 16
(AS 5)

Majlis-Majlis
Kebangkitan
Killed: 1,002+
[27]

Cedera: 500+
(2007),
[28]
828 (2008)
[29]

Jumlah kematian:
24,219
Jumlah kecederaan:
117,961
Kematian orang awam akibat keganasan yang
dilaporkan, Iraq Body Count 2003 hingga 14
Disember 2011: 103,160113,728 dicatatkan
[35]
and
15,114 new deaths added from the Iraq War Logs
[36]

Anggaran kematian lebihan, (Lancet) Mac 2003
- Julai 2006:654,965** (95% CI: 392,979-
942,636)
[37][38]

Anggaran kematian ganas, Tinjauan Kesihatan
Keluarga Iraq - Mac 2003 - Julai 2006: 151,000
(95% CI: 104,000-223,000)
[39]

Untuk maklumat lanjut, rujuk: Mangsa Perang Iraq
* "injured, diseased, or other medical" required medical
air transport. UK number includes "aeromed
evacuations"
** Total deaths include all additional deaths due to
increased lawlessness, degraded infrastructure, poorer
healthcare, etc.

[sorok]
p
b
s
Perang Iraq

Serangan Selepas serangan (Pemberontakan Perang Saudara) Pertempuran dan operasi
Serangan dan pengeboman pengganas


Perang Iraq (atau Perang di Iraq) bermula pada 20 Mac 2003
[40][41]
dengan serangan ke atas
negara itu oleh Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George W. Bush serta United Kingdom
pimpinan Perdana Menteri Tony Blair.
[42]
Perang ini juga dipanggil Pendudukan Iraq, Perang
Teluk Kedua, atau Operasi Kebebasan Iraq oleh tentera AS. Perang ini ditamatkan secara
rasmi oleh AS pada 15 Disember 2011, namun keganasan sekali-sekala berterusan di seluruh
negara.
[43]

Sebelum serangan, pemerintah-pemerintah AS dan UK menegaskan bahawa kemungkinan Iraq
menggunakn senjata pemusnah besar-besaran mengancam keselamatan mereka dan juga sekutu-
sekutu serantau dan seperikatan mereka.
[44][45][46]
Pada tahun 2002, Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan Resolusi 1441 yang menyeru supaya Iraq benar-
benar berkerjasama dengan para pemeriksa senjata PBB untuk mengesahkan bahawa ia tidak
memiliki sebarang senjata pemusnah besar-besaran dan peluru berpandu krus. Suruhanjaya
Pengawasan, Pengesahan dan Pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMOVIC)
dibenarkan masuk oleh Iraq mengikut peruntukan-peruntukan resolusi PBB itu tetapi tidak
menemui sebarang bukti wujudnya senjata pemusnah besar-besaran. Ini tidak disusuli oleh
pemeriksaan lanjutan untuk mengesahkan kepatuhan Iraq kepada kehendak-kehendak pelucutan
senjata PBB dengan kukuh.
[47][48][49][50]
Ketua inspektor senjara, Hans Blix memesan Majlis
Keselamatan PBB bahawa kerjasama Iraq itu "aktif" tetapi tidak "tanpa syarat" dan tidak "serta-
merta". Pengisytiharan Iraq berkenaan senjata pemusnah besar-besaran tidak dapat ditentusahkan
ketika itu, tetapi tugas-tugas yang belum selesai berkenaan pelucutan senjata Iraq mampu
diselesaikan dalam masa berbulan-bulan sahaja.
[47][51]

Ekoran serangan itu, Kumpulan Peninjauan Iraq yang diketuai oleh AS membuat kesimpulan
bahawa Iraq telah menamatkan program-program nuklear, kimia dan biologinya pada tahun 1991,
dan tidak menganjurkan sebarang program yang aktif ketika serangan tetapi Iraq berniat untuk
menyambung semula pengeluaran sebaik sahaja sekatan antarabangsa terhadap negara itu ditarik
balik.
[52]
Walaupun masih terjumpanya saki-baki senjata kimia yang tersalah letak atau terbiar
sebelum tahun 1991, namun ia bukanlah senjata-senjata yang dijadikan hujah utama untuk
mempertahankan langkah untuk menyerang Iraq.
[53]
Sesetengah pegawai AS juga menuduh
Presiden Iraq, Saddam Hussein melindungi dan menyokong al-Qaeda,
[54]
namun tidak
terjumpanya bukti hubung kait antara dua pihak itu yang bermakna.
[55][56]
Sebab-sebab lain untuk
menyerang yang dinyatakan oleh pemerintah-pemerintah negara yang menyerang itu
termasuklah: pembiayaan Iraq kepada sanak-saudara pengebom berani mati Palestin,
[57]

pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan Saddam,
[58]
dan usaha untuk menyemai demokrasi
di negara tersebut.
[59][60]

Serangan ke atas Iraq ini membawa kepada pendudukan negara itu dan akhirnya penangkapan
Presiden Saddam yang kemudiannya dibicarakan di sebuah mahkamah Iraq lalu dihukum mati
oleh kerajaan Iraq yang baru. Keganasan terhadap angkatan-angkatan campuran dan sesama
pelbagai kelompok taifah pun mencetuskan pemberontakan Iraq, persengketaan antara pelbagai
puah Sunnah dan Syiah, serta kebangkitan paksi baru al-Qaeda di Iraq.
[61][62]
Pada tahun 2008,
UNHCR melaporkan anggaran 4.7 juta pelarian (~16% jumlah penduduk) termasuk 2 juta di luar
negara (bilangan yang menghampiri unjuran CIA
[63]
) dan 2.7 juta yang kehilangan tempat tinggal
dan masih terkandas dalam negara.
[64]
Pada tahun 2007, lembaga anti-rasuah Iraq melaporkan
bahawa sejumlah lima juta (35%) kanak-kanak Iraq menjadi anak yatim.
[65]
Pada Mac 2008,
Pertubuhan Palang Merah menyatakan bahawa keadaan kemanusiaan Iraq masih antara yang
paling teruk di dunia, kerana jutaan warga Iraq terpaksa bergantung pada sumber air yang tidak
mencukupi dan tercemar.
[66]

Pada Jun 2008, para pegawai Jabatan Pertahanan AS mendakwa bahawa petunjuk-petunjuk
keselamatan dan ekonomi mulai menunjukkan tanda-tanda peningkatan dalam apa yang mereka
katakan sebagai kejayaan yang sangat besar tetapi tidak kukuh.
[67]
Pada tahun 2007, Iraq
menduduki tangga kedua dalam Indeks Negara Gagal; namun kedudukannya telah banyak
meningkat ke tangga kelima pada tahun 2008, keenam pada tahun 2009, dan ketujuh pada tahun
2010.
[68]
Apabila pendapat umum yang menyokong pengunduran tentera meningkat sementara
tentera Iraq mulai mengambil alih tanggungjawab atas keselamatan negara, negara-negara
anggota Campuran itu akhirnya mengundurkan tentera masing-masing.
[69][70]
Pada akhir tahun
2008, kerajaan AS dan Iraq meluluskan satu Perjanjian Taraf Angkatan yang berkuatkuasa mulai
1 Januari 2012.
[71]
Parlimen Iraq juga meratifikasi satu Perjanjian Kerangka Strategi dengan
AS
[72]
yang bertujuan memastikan kerjasama dalam membela hak-hak perlembagaan, mencegah
ancaman, pendidikan,
[73]
membangunkan tenaga, dan sebagainya.
[74]

Pada akhir Februari 2009, Presiden AS yang baru dilantik, Barack Obama mengumumkan
tempoh pengunduran angkatan petempur selama 18 bulan, dengan kira-kira 50,000 orang askar
yang kekal di Iraq "untuk menasihati dan melatih angkatan keselamatan Iraq serta menjalankan
perisikan dan pengawasan".
[75][76]
Jeneral Ray Odierno, komander tertera AS yang tertinggi di
Iraq, berkata dia percaya bahawa semua tentera AS akan meninggalkan negara itu menjelang
akhir tahun 2011,
[77]
sementara tentera UK menamatkan operasi pertempuran pada 30 April
2009.
[78]
Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki berkata beliau menyokong pengunduran tentera
AS secara yang dipercepat.
[79]
Di satu ucapan di Oval Office pada 31 Ogos 2010, Obama
mengisytiharkan bahawa "misi pertempuran AS di Iraq telah berakhir. Operasi Kebebasan Iraq
sudah tamat, maka rakyat Iraq kini memegang tanggungjawab utama buat keselamatan tanah air
mereka."
[80][81][82]
Mulai 1 September 2010, nama operasi AS bagi penglibatannya di Iraq
bertukar daripada "Operasi Kebebasan Iraq" kepada "Operasi Fajar Baru." 50,000 orang AS yang
tinggal itu diberi tugas untuk "menasihati dan menolong briged-briged" yang ditugaskan kepada
operasi bukan pertempuran sementara mengekalkan kebolehan beralih kepada operasi
pertempuran seandainya perlu. Dua briged penerbangan tempur turut kekal di Iraq.
[83]
Pada
September 2010, agensi berita Associated Press mengeluarkan memo dalaman yang
mengingatkan para wartawannya bahawa "pertempuran di Iraq belum berakhir," malahan
"tentera AS masih terlibat dalam operasi pertempuran di samping tentera Iraq, walaupun para
pegawai AS berkata bahawa misi pertempuran AS tamat dengan rasmi."
[84][85]

Pada 21 Oktober 2011, Presiden Obama mengumumkan bahawa semua askar dan pelatih tentera
AS akan meninggalkan Iraq menjelang akhir tahun itu, sekaligus melabuhkan tirai pada misi AS
di Iraq.
[86]
Pada 15 Disember 2011, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta secara rasminya
mengisytiharkan Perang Iraq tamat di sebuah upacara penurunan bendera di Baghdad.
[87]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Iraq
[MUKTAMAD] Amerika Bersalah Dalam Perang Iraq 2003
by Staff Berita Semasa on January 13, 2010
12

Kalau ikutkan realitinya sememangnya USA sudah terang-terang bersalah di pandangan
masyarakat dunia selepas mereka beberapa kali menggunakan kuasa veto yang ada
padanya semasa terlibat dalam perang Iraq 2003. Kononnya atas dasar menjaga
keadilan negara dan keamanan negara tersebut. Tetapi kali ini mahkamah antarabangsa
The Haque, Belanda sendiri yang mengesahkan laporan penyisatan dan pengadilan
mereka selama ini.
Tetapi persoalannya, apakah tindakan susulan selepas ini. Apa mereka boleh buat
dengan Amerika itu? Nak heret si mamat Bush itu pergi ke Mahkamah Perang? Jauh
panggang daripada api rasanya. Nak saman kerajaan Amerika Syarikat dengan nilai
berbiliiiiiion dolar?
THE HAGUE, Belanda Perang Iraq 2003 yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 2003
jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, kata satu suruhanjaya bebas
semalam yang menyiasat sokongan politik Belanda berhubung tindakan kontroversi itu.
Tiada asas yang kukuh bagi pencerobohan itu, kata pengerusi suruhanjaya
berkenaan, Willibrord Davids kepada pemberita di sini. Dalam laporannya, suruhanjaya
itu menyatakan, Resolusi 1441 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bukan
bermakna mana-mana negara anggota PBB diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan
tentera bagi memaksa Iraq mematuhi resolusi Majlis Keselamatan.
Resolusi Majlis Keselamatan itu yang diluluskan pada 2002, memberi peluang terakhir
supaya Baghdad mematuhi tuntutan PBB dengan memusnahkan senjata pemusnah
miliknya. Suruhanjaya sama turut mendapati agensi perisikan Belanda tidak
mempunyai bukti kukuh bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah iaitu alasan utama
AS untuk menyerang negara berkenaan. Davids pernah menjadi Presiden Mahkamah
Agung Belanda.
Sehingga kini tiada senjata pemusnah pernah ditemui di Iraq seperti didakwa Barat.
Suruhanjaya itu, yang memulakan tugas pada Mac tahun lalu, ditubuhkan oleh kerajaan
susulan tekanan pembangkang dan awam berhubungdakwaan sebelum ini bahawa
terdapat pihak yang sengaja menyembunyikan maklumat penting bagi mengabui
Parlimen Belanda supaya menyokong AS. Walaupun gagal mendapat maklumat
perisikan terperinci, Parlimen Belanda memutuskan untuk menyokong serangan
tersebut dengan menghantar1,100 askar ke Iraq pada Julai 2003.
Pada bulan lalu, seorang bekas penyiasat senjata PBB memberitahu, bekas presiden AS,
George W. Bush dan bekas perdana menteri Britain, Tony Blair memejamkan mata
berhubung kekurangan bukti kukuh dia tas tindakan mereka terlibat dalam Perang Iraq
2003. Mereka sebaliknya berusaha mengabui mata rakyat dengan berulang kali
menuduh bekas presiden Iraq, Saddam Hussein sebagai ancaman kepada dunia. AP
http://www.beritaterkini.my/muktamad-amerika-syarikat-bersalah-sebab-serang-iraq
USATTACKONIRAQ :: RENCANA
04/04/2003
Perang di Iraq tumpuan kajian pertahanan
04/04/2003 4:00 p.m.
Oleh Aziz Ishak
(Wartawan Utusan)
PERANG di Iraq berikutan pencerobohan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya sejak dua minggu lalu
meninggalkan banyak perkara untuk dianalisis dan dijadikan iktibar oleh semua pihak.
Antaranya ialah soal kelebihan teknologi dan kecanggihan kelengkapan yang ada pada tentera bersekutu
pimpinan AS bukanlah faktor penentu kejayaan untuk memenangi sesuatu peperangan.
Jangkaan awal tentera bersekutu untuk mencapai kemenangan mudah dalam tempoh kurang seminggu
menerusi konsep smart war nampaknya meleset dan Iraq berjaya mengheret tentera bersekutu kepada tempoh
peperangan lebih panjang dan sukar.
Dengan kata lain, penguasaan dalam teknologi ketenteraan atau dipanggil Revolusi Hal Ehwal Ketenteraan
(RMA) bukan jaminan mutlak kepada kejayaan misi ketenteraan.
Pepatah Inggeris menyebut war may be fought with weapons, but they are won by men. Ia antara lain
bermaksud persenjataan digunakan dalam peperangan tetapi kemenangan adalah disebabkan oleh sumber
manusia - faktor utama kepada kejayaan misi ketenteraan.
Dalam hubungan ini, semua pihak di negara ini terutamanya rakyat tidak harus resah jika ada negara jiran
menyaksikan penguasaan teknologi ketenteraan yang lebih baik.
Apatah lagi dalam konteks untuk menawan wilayah negara ini. Ia tidak semudah yang dijangka meskipun ada
congak strategik pihak luar yang meramalkan wilayah tertentu di Malaysia boleh ditawan dalam tempoh 24 jam.
Harus diingat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat mempunyai tradisi daya juang dan
pengorbanan yang tinggi berbanding kebanyakan negara serantau.
Tanpa ketahanan dan penguasaan tentera darat, kejayaan mutlak tidak akan tercapai dan di sinilah kelebihan
ATM.
Pengalaman sama ada dalam perang gerila ketika zaman darurat, menentang konfrontasi Indonesia serta
penglibatan dalam banyak misi antarabangsa menjadikan ATM sebagai angkatan yang cukup digeruni dan
disegani di rantau ini.
Kekuatan teras yang ada ini semakin dimantapkan dengan program pemodenan ATM - menjadikan kekuatan
persenjataan dan kelengkapan pertahanan negara tidaklah begitu ketinggalan - biarpun dibandingkan dengan
negara yang membuat persiapan besar dalam pertahanan.
Apa pun, perang di Iraq wajar dijadikan rujukan terbaru untuk kajian bidang pertahanan sesebuah negara.
Menerusi kajian itu, ia sarat dengan pelbagai perkara untuk dinilai dari segi disiplin, daya juang sehinggalah
kepada perisikan, teknologi, strategi serta ketahanan rakyat.
Kekalutan semasa peperangan seperti berlakunya tembakan sesama sendiri dan tertembak pesawat negara
bersekutu serta kegagalan perisikan tentera bersekutu terutama di peringkat awal serta strategi yang silap
cukup menarik untuk dianalisis. Begitu juga dengan strategi Iraq yang mampu memberikan tentangan sengit
kepada tentera bersekutu serta kejutan-kejutan yang mungkin berlaku selepas ini turut menuntut renungan kita
semua.
``Strategi berubah dengan cepat dalam perang ke atas Iraq kerana keadaan yang tidak menentu. Ini
disebabkan tentera bersekutu selama ini memandang rendah keupayaan tentera AS,'' kata Leftenan Kolonel (B)
Abdul Rahman Adam, seorang bekas pegawai perisikan yang kini menjadi pensyarah pengajian strategik dan
keselamatan di beberapa universiti dan maktab pertahanan.
Beliau menjangkakan sesuatu lebih buruk akan berlaku selepas ini apabila tentera bersekutu menghampiri
Baghdad. ``Kita tidak menolak kemungkinan Iraq akhirnya akan menggunakan senjata biologi dan kimia
memandangkan kesengsaraan yang diakibatkan oleh AS dan sekutunya terlalu besar buat rakyat dan kedaulatan
Iraq,'' katanya.
Abdul Rahman juga melihat strategi AS dan sekutunya untuk mengepung dan menawan Baghdad akan
mendedahkan tentera darat mereka kepada risiko lebih besar. Tentera bersekutu memerlukan kira-kira 300,000
anggota jika berhasrat untuk mengepung Baghdad yang dilindungi lima divisyen tentera elit Pengawal
Republikan.
``AS mungkin ditimpa nasib yang sama seperti mana di Vietnam,'' katanya merujuk kepada tentera darat AS
yang sebenarnya masih dihantui kegagalan perang di Vietnam.
Mesejnya kata Abdul Rahman, sesebuah angkatan yang besar dan canggih dengan penguasaan dalam RMA
seperti AS dan Britain belum mampu menundukkan tentera Iraq yang sebenarnya sudah lemah sejak terbabit
dalam perang dengan Iran, Perang Teluk pertama dan beberapa siri serangan udara AS sebelum misi terbaru ini.
Bagi seorang lagi pensyarah strategik dan keselamatan iaitu Leftenan Kolonel (B) Idris Ismail, strategi yang
digunakan oleh Saddam seperti cuba mengheret lebih ramai tentera bersekutu memasuki bumi Iraq adalah
bertujuan memberi impak dalam tindak balas kemudian hari.
``Saddam tahu bahawa untuk menyaingi tentera bersekutu dari segi kekuatan tentera udara dan artileri
memang tidak mampu sama sekali tetapi dalam hukum hakam strategi, seseorang pemimpin tidak harus
berputus asa dan hilang arah,'' katanya.
Itulah yang dibuktikan oleh tentera Saddam setakat ini yang mampu memberi saingan sengit kepada tentera
bersekutu di sebalik serangan udara besar-besaran sehingga mengorbankan ramai orang awam.
``Tanpa kuasa udara yang menjadi elemen penting dalam perang ini, tentera bersekutu khususnya AS tidak
akan berani memasuki dan bertempur di dalam wilayah Iraq,'' katanya.
Satu lagi persoalan menarik menurut Idris ialah bagaimana Saddam menyembunyikan sisa-sisa kekuatan
tentera udaranya termasuk pesawat pejuang.
Tetapi bagi kedua-dua penganalisis itu, strategi tentera bersekutu khususnya AS melakukan serangan ke
sasaran awam adalah tindakan yang cuba menghancurkan pusat graviti Iraq iaitu rakyatnya selain Saddam.
Itulah satu-satu kejayaan AS setakat ini.
Serangan ke atas orang awam bertujuan menjatuhkan morale rakyat kerana kemusnahan manusia yang lebih
besar diperlukan dalam memberi impak kekalahan segera kepada Iraq sebagaimana Perang Teluk pertama dan
serangan ke atas Serbia di bekas Yugoslavia dalam isu Kosovo pada 1998.
Pihak AS mengakui bahawa pengeboman ke sasaran awam kadangkala tidak dapat dielakkan dalam peperangan
tetapi itu sememangnya sebahagian strategi AS.
Seorang penganalisis Garret Moritz yang pernah membuat kajian tentang penggunaan kuasa udara dalam
Perang Vietnam membuat kesimpulan menarik terhadap aliran peperangan sejak dekad 1960-an sehinggalah
kepada misi serangan udara di Yugoslavia: ``Kuasa udara adalah jawapan terbaik kepada persoalan dalam misi
ketenteraan besar.''
Trend yang ada ini terutama sejak Perang Teluk pertama mewajarkan lagi tesis beberapa sarjana seperti Liddle
Hart, Guilio Douhet dan Huge Trenchcard berhubung pengaruh dan kepentingan kuasa udara dalam mencapai
kejayaan peperangan pada masa depan.
Tonggak terpenting dalam serangan udara ialah pengeboman. Perang di Iraq adalah bukti terbaru dengan segala
macam bom memusnahkan bumi dan rakyat Iraq. Ini termasuk sejenis bom EGBU-27 atau digelar bunker-buster
yang boleh dilancarkan dari pesawat pengebom F-117 untuk mencari sasaran sehingga kubu bawah tanah.
Lebih mengecewakan terdapat laporan AS menggunakan bom berangkai dalam satu insiden di Nasiriyah yang
menyebabkan 500 orang awam tercedera. Yang terbaru, hospital bersalin menjadi sasaran supaya kematian
yang ramai mudah dikaitkan dengan kekalahan.
Tetapi setakat ini dari segi percaturan strategi menurut Abdul Rahman dan Idris, ia lebih menyaksikan
kehebatan Iraq - analisis yang sama dengan beberapa pemerhati pertahanan Barat.
Walaupun Baghdad dihujani bom setiap hari, namun Iraq yang masih menjadi mangsa sekatan antarabangsa
serta kekurangan serba-serbi termasuk peralatan tentera masih mampu bertahan, hasil perencanaan strategi
yang berkesan.
Seperti yang kerap dinyatakan oleh ahli-ahli strategi ulung seperti Clausewitz dan Sun Tzu, strategi yang baik
mampu menghasilkan impak yang besar sama ada untuk tujuan menyerang atau bertahan biarpun berdepan
dengan musuh yang kuat. Mesejnya juga untuk rantau ini, yang kelihatan kuat, belum tentu kuat dan juga
belum tentu akan menang.
http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/USattackonIraq/index.asp?y=2003
&dt=0404&pub=USattackonIraq&sec=Rencana&pg=rq_01.htm
RINGKASAN BERITA/MAKLUMAT PERANG

Chalabi mahu AS tadbir Iraq
20 April 2003 - Pemimpin pembangkang Iraq yang disebut-sebut bakal memimpin negara
Teluk itu selepas era Saddam Hussein, Ahmad Chalabi, mahu Amerika mentadbir kerajaan Iraq
selepas perang. Beliau berkata kelmarin bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
kekurangan kewibawaan dan tidak mampu memimpin pentadbiran baru Iraq. Dalam sidang
akhbar pertama sejak tiba Baghdad, Rabu lalu, Chalabi juga mendakwa tidak mahukan jawatan
dalam kerajaan sementara Iraq dan akan menumpukan kepada pembangunan masyarakat
sivil.
Askar marin kawal emas RM3.8 bilion
20 April 2003 - Askar marin Amerika dengan kelengkapan mesingan dan kereta kebal
mengawal ketat peti simpanan bank yang menempatkan emas bernilai AS$1 bilion (RM3.8
bilion) kerana bimbang perompak cuba memecahkannya dengan pelancar bom tangan. Askar
marin, Sarjan Jack Coughlin, berkata: empat simpanan emas di Fort Knox (Kentucky,
Amerika) pun tidak menerima kawalan ketat sedemikian.? Beliau berkata demikian pada masa
sama bunyi tembakan dilepaskan kedengaran di luar - ketika penembak curi Amerika
mematahkan cubaan pencuri bersenjatakan raifal AK-47 yang berkeliaran di kawasan bank itu.
Sekolah di Basra dibuka semula
20 April 2003 - Guru dan pelajar mula membersihkan kawasan sekolah apabila sekolah di
sekitar Basra yang ditutup sejak perang bermula dibuka semula, semalam. Di Sekolah
Menengah al-Marekarzia, hanya kira-kira 100 pelajar daripada 840 orang menghadiri hari
pertama persekolahan. Walaupun demikian, guru dan pelajarnya gembira kerana dapat kembali
ke situ. Pengetuanya, Ahmed Sabir, melihat dengan bangga sekumpulan pelajar lelaki
menyapu gelas yang pecah dari sebuah kelas yang menjadi sasaran pencuri selepas bandar
berkenaan jatuh ke tangan penakluk Britain, awal bulan lalu.
Pakar arkeologi gelar AS enjenayah abad ini?
20 April 2003 - Pakar arkeologi terkemuka Iraq menuduh pencerobohan Amerika Syarikat
(AS) dan sekutunya di Iraq sebagai jenayah abad ini kerana gagal melindungi artifak tidak
ternilai Iraq daripada dicuri selain memusnahkan kawasan arkeologi ketika melancarkan
serangan. Mereka juga berkata, sebahagian kecil artifak bernilai tinggi yang hilang sudah
dikembalikan selepas pemimpin Islam merayu tetapi menafikan laporan persidangan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa pegawai Iraq terbabit dalam mengatur
kecurian itu, lapor Agence France-Presse (AFP). engan apa yang saya jangka akan berlaku
pada kawasan arkeologi dan di muzium, saya boleh katakan serangan ini ialah jenayah abad ini
kerana ia memberi kesan kepada warisan kemanusiaan.
Kastam Jordan rampas 42 lukisan curi dari Muzium Kebangsaan
20 April 2003 - Pegawai Kastam merampas 42 lukisan yang dicuri dari Muzium Kebangsaan
Iraq di pos sempadan al-Karama di Jordan, lapor akhbar bahasa Arab, l-Dustour?semalam.
Ketua Jabatan Kastam Jordan, Mahmoud Qoteishat dipetik sebagai berkata, lukisan itu
dirampas selepas pegawai di sempadan diarah supaya mengambil langkah sepatutnya apabila
menjumpai sebarang artifak yang dicuri dari Iraq. Beliau berkata, ia termasuk artifak dari
muzium berkenaan, perpustakaan negara atau apa saja barangan dari negara terbabit.
20 artifak awal Iraq dikembali
20 April 2003 - Penduduk Baghdad memulangkan 20 khazanah dari koleksi artifak
kebangsaan yang menjadi simbol tamadun awal dipercayai selepas mendengar nasihat imam
masjid sehingga menyebabkan mereka rasa bersalah. Ketua Antikuiti Iraq, Jabar Hilil, kelmarin
mengutuk kecurian pada Muzium Kebangsaan Iraq sebagai enayah abad ini?- sambil
mempersoalkan tanggung jawab askar Amerika yang tidak mengawal keadaan ketika
kekecohan itu berlaku selepas kerajaan Saddam Hussein dijatuhkan. Bagaimanapun, Jabar
tidak menolak kemungkinan kehilangan itu tidaklah sepenuhnya seperti yang dijangka.
900 tahanan perang Iraq dibebas
20 April 2003 - Askar bersekutu membebaskan kira-kira 900 tahanan perang Iraq selepas
mendapati mereka hanya orang awam yang tidak kena mengena dengan peperangan itu,
selepas melakukan pemeriksaan teliti di pusat tahanannya. Manakala, tahanan lain terutama
pegawai kerajaan atau tentera berpangkat tinggi kerajaan Saddam Hussein disoal siasat bagi
mendapat maklumat kedudukan pemimpin itu dan mengenai senjata pemusnah. Jurucakap
Pentagon, Mejar Ted Wadsworth, kelmarin berkata, Amerika Syarikat menahan 6,580 tahanan
di pusat tahanan yang besar di Umm Qasr.
Askar AS ambil alih kawalan pasukan Marin di Baghdad
20 April 2003 - Tentera Amerika Syarikat mengambil alih pentadbiran sivil era pasca perang
Iraq dari pasukan Marin semalam, mewarisi tugas penuh dengan kekeliruan dan permusuhan
awam terhadap mereka. Mulai subuh, anggota Marin bersenjata lengkap sudah tidak kelihatan
dari jalan raya Baghdad dan digantikan sekumpulan askar Divisyen Infantri ke-3 yang berkawal
di tepi jalan. Sebahagian anggota Divisyen Infantri ke-4 juga masuk ke Baghdad manakala unit
payung terjun ke-101 kekal di lapangan terbang antarabangsa Saddam.
Pengikut Syiah berarak ke Karbala
20 April 2003 - Berduyun-duyun pengikut Syiah mula berarak melalui bandar Baghdad
menuju ke bandar suci, Karbala dan Najaf yang sememangnya menjadi acara terbesar dalam
kalendar Islam untuk berkumpul di sana, bermula Khamis lalu. Pengikut Syiah dalam jumlah
ribuan itu dijangka berhijrah ke kedua-dua bandar berkenaan berjalan kaki beramai-ramai,
yang sebelum ini tidak digalakkan pentadbiran Saddam Hussein. Kira-kira 60 peratus rakyat
Iraq adalah pengikut Syiah. Kelmarin, rakyat Iraq di Baghdad berarak melalui kawasan al-
Azameyah selepas sembahyang Jumaat sambil bersorak slogan anti-Amerika dan anti-Saddam.
Jabatan Negara Amerika dakwa tujuh pegawai Iraq ada di Syria
20 April 2003 - Sekurang-kurangnya tujuh pegawai kanan Iraq berada di Syria termasuk
pemimpin nombor lapan dalam senarai paling dikehendaki Washington iaitu Setiausaha
Pengawal Republikan, dakwa pegawai pertahanan Amerika semalam. Setiausaha yang
dimaksudkan ialah Kamal Mustapha Abdullah al-Tikriti, kata pegawai itu yang memetik laporan
perisikan, lapor akhbar New York Times (NYT). Sejak beberapa hari lalu, Jabatan Negara
Amerika memaklumkan kepada Syria nama pegawai Iraq yang dipercayai ada di negara itu
dengan tuntutan supaya mereka diusir.
Perompak bank bermaharajalela
20 April 2003 - Perompak bank bermaharajalela melakukan rompakan di bank seluruh
Baghdad sambil diperhatikan oleh tentera penceroboh tanpa mengambil sebarang tindakan
menghalang perbuatan itu. Dalam lawatan wartawan The Independent ke 20 bank di bandar
raya itu mendapati 15 daripadanya dipecah, dimusnahkan dan dirompak. Malah pintu beberapa
bank juga hilang. Simpanan wang dalam bentuk dolar Amerika, dinar Iraq selain mangkuk
tandas dan lampu juga hilang menyebabkan sebahagian penduduk Iraq yang puratanya
memperoleh pendapat kurang daripada ?,500 (RM15,000) setahun hilang simpanan seumur
hidup mereka.
Sekatan ekonomi ke atas Syria
20 April 2003 - Amerika Syarikat (AS) ternyata terus mahu `mencari pasal' dengan Syria
apabila anggota-anggota Kongresnya mengesyorkan sekatan ekonomi dan diplomatik
dikenakan ke atas negara itu yang sejak kebelakangan ini dituduh sebagai negara pelindung
pengganas. Lapan buah negara Islam termasuk enam negara yang berjiran dengan Iraq dalam
reaksi segera menolak keras ancaman AS itu pada mesyuarat menteri luar yang berakhir di
Riyadh awal pagi ini. Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al-Faisal dalam ucapan
perasmiannya di mesyuarat itu dengan tegas menolak ancaman terbaru terhadap Syria yang
hanya akan meningkatkan lagi lingkaran peperangan dan kemarahan.
Minyak Iraq bukan hak penceroboh
20 April 2003 - Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al-Faisal hari ini berkata, tentera
penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) tidak berhak mengeksploitasi sumber
minyak Iraq sementara sekatan ekonomi ke atas negara itu hanya perlu ditamatkan apabila
Iraq mempunyai kerajaan yang sah. Putera Saud yang mewakili lapan buah negara Arab
termasuk enam jiran Iraq berkata, sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iraq tidak boleh ditarik balik selagi kerajaan baru Iraq belum
ditubuhkan. ``Iraq kini masih di bawah tentera penceroboh dan kerana itu, sebarang
permohonan agar sekatan ekonomi itu ditarik balik tidak harus dilayan oleh PBB.
Kos bina semula Iraq RM2.2 bilion
20 April 2003 - Perbelanjaan untuk pembinaan semula Iraq dijangka melibatkan satu jumlah
yang besar, daripada AS$20 juta (RM76 juta) bagi beberapa tahun pertama sehingga AS$600
juta (RM2.2 bilion) sepanjang satu dekad akan datang. Rakyat Iraq lebih banyak perlu
diperbetulkan berbanding sisa runtuhan perang itu sendiri. Rejim Saddam Hussein yang
berhutang berbilion dolar perlu dilangsaikan sebelum negara yang ekonominya kucar-kacir itu
boleh pulih sepenuhnya.
Parti Buruh bimbang pemeriksa gagal temui senjata pemusnah
20 April 2003 - Perdana Menteri Britain, Tony Blair kini menghadapi pemberontakan baru
dari anggota-anggota Parlimen Parti Buruh yang semakin bimbang bahawa kegagalan untuk
menemui senjata pemusnah Iraq akan mengesahkan perang ke atas negara itu adalah tidak
sah. Para anggota Parlimen daripada Parti Buruh mendesak supaya satu siasatan diwujudkan
bagi mengenal pasti sama ada agensi perisikan British (MI6) telah memberikan maklumat yang
salah kepada para menteri mengenai program senjata pemusnah besar-besaran Iraq. Desakan
itu dibuat ketika 1,000 anggota pasukan pemeriksa senjata tentera penceroboh bersedia untuk
membuat pemeriksaan ke atas beratus-ratus kawasan yang disyaki menyimpan senjata
pemusnah.
Bush mahu PBB tarik sekatan ekonomi secara berperingkat
20 April 2003 - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush akan meminta Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menarik balik sekatan ekonomi terhadap Iraq secara
berperingkat-peringkat dan membiarkan PBB mengendalikan program penjualan minyak Iraq
buat sementara waktu. Washington akan meminta Majlis Keselamatan PBB meluluskan tiga
atau empat resolusi dalam tempoh beberapa bulan, dan bukan satu resolusi untuk menarik
balik sekatan, menurut laporan New York Times hari ini dengan memetik kenyataan pegawai
pentadbiran Bush. Pendekatan baru itu diambil berikutan sambutan dingin daripada Perancis,
Rusia dan anggota lain Majlis Keselamatan PBB terhadap seruan AS pada Rabu lalu supaya
sekatan ke atas Iraq ditarik balik dan program penjualan `minyak untuk makanan' yang
dikendalikan oleh PBB ditamatkan.
Rakyat Iraq mula lapor diri untuk bekerja
20 April 2003 - Penduduk-penduduk Iraq hari ini mula melaporkan diri untuk kembali bekerja
di kedai dan pejabat mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan mengembalikan kesibukan
kepada Baghdad. Kebanyakan kedai di tengah Baghdad masih ditutup tetapi beratus
kakitangan awam berkumpul berdekatan bangunan perkhidmatan awam, mencari berita bila
mereka boleh bekerja dan di mana akan dibayar. ``Orang Amerika menyuruh kami datang
semula Selasa lalu,'' kata seorang wanita di luar bangunan Bandaraya Baghdad yang dikawal
oleh tentera AS.
Saddam terus jadi misteri
20 April 2003 - Nasib Saddam Hussein sama ada sudah terbunuh atau masih hidup terus
menjadi misteri lebih-lebih lagi dengan kemunculan dua pita rakaman yang ditayangkan oleh
TV Abu Dhabi semalam. Teori bahawa Saddam terbunuh dalam letupan bom tentera
penceroboh pada 7 April lalu menjadi satu tamparan hebat apabila pita video itu menunjukkan
beliau masih hidup dua hari selepas tarikh itu. Audio dan suaranya sama seperti bekas
pemimpin Iraq itu.
Polis Iraq tahan Menteri Kewangan
20 April 2003 - Tentera Amerika Syarikat (AS) menahan Menteri Kewangan rejim Saddam
Hussein, Hikmat Ibrahim al-Azzawi di Baghdad selepas beliau ditangkap oleh polis Iraq. Hikmat
yang juga Timbalan Perdana Menteri berada di tangga 45 dalam senarai 55 anggota rejim
Saddam yang paling dikehendaki oleh AS. Beliau kini ditahan oleh askar marin AS, kata Mejar
Randi Steffy di Pusat Pemerintah AS di Qatar hari ini.
AS tawar kontrak RM190j latih polis pascaperang
20 April 2003 - Amerika Syarikat (AS) menawarkan kontrak bernilai AS$50 juta (RM190 juta)
kepada sebuah syarikat swasta beribu pejabat di Virginia bagi mengambil penasihat-penasihat
yang boleh melatih pasukan polis di era pascaperang Iraq. ``Kami menyerahkan satu kontrak
kepada DynCorp International bagi memilih dan menghantar kira-kira 1,000 polis, pegawai
undang-undang dan penasihat penjara ke Iraq,'' kata seorang jurucakap Jabatan Negara,
Brenda Greenberg. Nilai kontrak boleh mencapai kira-kira AS$50 juta dalam tahun pertama,
katanya.
Tunjuk perasaan anti-AS di Baghdad
15 April 2003 - Kemarahan rakyat Iraq memuncak semalam berikutan kekacauan di bandar
raya itu selepas rejim Saddam Hussein tumbang dan buat pertama kali, penduduk Baghdad
menyertai tunjuk perasaan anti-Amerika. Bantahan itu yang disertai lebih 100 penduduk Iraq
diadakan ketika tentera Amerika memulakan usaha mengawal ketenteraman dengan
melancarkan operasi mengambil pekerja awam dan keselamatan Iraq bekerja dengan
pentadbiran tentera Amerika. Meskipun jumlah itu kecil, tetapi bantahan itu memperlihatkan
sudah ada pihak yang berani berdepan dengan tentera Amerika berikutan kemarahan mereka
memuncak disebabkan kekacauan, samun dan ketiadaan bekalan asas seperti api dan air.
Askar galak rakyat ganas: Akhbar
15 April 2003 - Tentera Amerika menghasut penduduk Iraq supaya melakukan keganasan
dan menyamun premis kerajaan, awam dan kedutaan semata-mata untuk menunjukkan imej
rakyat bergembira berikutan kerajaan Saddam Hussein jatuh. Akhbar paling popular Sweden,
Dagens Nyheter, semalam melaporkan tindakan itu bertujuan memenuhi jangkaan rakyat
Amerika dan masyarakat dunia, kononnya rakyat Iraq menunggu diselamatkan oleh Amerika
selain kedatangan tentera mereka ke negara Asia Barat itu akan disambut dengan muzik dan
bunga. Khaled Bayomi dari Malmoe yang menyertai pergerakan keamanan dan menjadi perisai
manusia di Iraq berkata, tentera Amerika mengumumkan kepada rakyat Iraq bahawa mereka
boleh membawa pulang apa saja barang dalam bangunan itu.
PBB wajib bangunkan semula Iraq
15 April 2003 - Presiden Russia, Vladimir Putin, Canselor Jerman, Gerhard Schr der dan
Presiden Perancis, Jacques Chirac, sekali lagi menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
perlu memainkan fungsi penting membangunkan semula Iraq. Ketika berunding di Saint
Petersburg, ketiga-tiga pemimpin itu yang sejak dari awal membantah serangan ke atas Iraq
menegaskan Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya perlu terlebih dulu menangani kekacauan
di Iraq selepas rejim Saddam Hussein tumbang. Menurut undang-undang antarabangsa,
tentera Amerika dan sekutunya bertanggungjawab mengembalikan keselamatan dan
ketenteraman awam bagi membolehkan pasukan bantuan kemanusiaan tiba, kata Chirac.
Pengawal Republikan berpakat dengan AS
15 April 2003 - Jeneral Iraq, Amer Hammoudi al-Saadi, bukanlah pegawai kanan tentera
pertama Presiden Saddam Hussein yang menyerah diri sekali gus memudahkan misi tentera
Amerika Syarikat menguasai negara Teluk itu. Sebaliknya, jeneral tentera kanan pertama Iraq
berbuat demikian ialah Maher Safian al-Tikriti, seorang lagi sepupu Saddam yang mengetuai
unit Pengawal Republikan yang ditugaskan mengawal jambatan di Sungai Diyala. Tentera
Amerika tidak menghadapi banyak masalah melintasi jambatan berkenaan selepas Maher
memeterai perjanjian sulit dengan tentera khas Amerika termasuk pegawai Agensi Perisikan
Pusat (CIA) di Baghdad, lapor satu agensi berita yang rapat dengan sumber risikan Israel,
kelmarin.
4 maut kereta sarat bom meletup
15 April 2003 - Sebuah kereta sarat dengan bahan letupan meletup di timur Afghanistan,
membunuh empat orang yang disyaki merancang serangan pengganas, kata pegawai tentera
Afghanistan kelmarin. Juga kelmarin satu letupan kuat menggegarkan ibu negara Afghanistan,
Kabul tidak jauh dari Kedutaan Amerika dan kawasan pasukan pengaman antarabangsa yang
menjadi sasaran serangan roket minggu lalu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam dua serangan
terbabit. Polis di tempat kejadian berkata letupan kelmarin mungkin disebabkan oleh satu roket
di pinggir barat bandar raya itu. Sasaran sebenar belum dipastikan, tetapi ia mengejutkan
penduduk kawasan mewah Wazir Akbar Khan, di mana ramai warga asing tinggal.
Balu askar hidup merempat
15 April 2003 - Ketika tentera Britain dan Amerika Syarikat (AS) mempertaruhkan nyawa
menyerang Iraq atas sebab yang mereka sendiri tidak pasti, isteri dan anak-anak tentera
terbabit turut berjuang untuk hidup berikutan ketiadaan sumber kewangan tetap untuk
menyara mereka. Akhbar The Mirror menyebut, isteri dan anak-anak 30 tentera Britain yang
disahkan mati dalam serangan terhadap Iraq, meminta kerajaan memberikan mereka
pampasan sewajarnya bagi mengelakkan mereka menghadapi kemungkinan kebuluran dan
tidak mempunyai kediaman. Salah seorang balu, Annie Lennox, berkata sistem kini yang
memberikan balu hanya dua bulan gaji suami sekali gus dan pencen yang sedikit sudah tidak
sesuai kerana ia digunakan sejak Perang Dunia Kedua lagi.
Washington ada sampel DNA Saddam, dua anak lelaki
15 April 2003 - Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa mempunyai sampel DNA
Saddam Hussein dan dua anak lelakinya, di mana pakar forensik berharap dapat mengenal
pasti sama ada presiden Iraq itu terbunuh ketika pengeboman berlaku di kawasan bangunan
kerajaan, baru-baru ini. Nasib Saddam masih menjadi misteri kepada askar sekutu semalam,
walaupun kerajaannya sudah ditumbangkan minggu lalu. Komander askar sekutu Amerika,
Jeneral Tommy Franks, kelmarin mendedahkan penyiasat negaranya mempunyai sampel DNA
Saddam.
Wellington haramkan tujuh pertubuhan Islam
15 April 2003 - New Zealand mengharamkan tujuh pertubuhan Islam termasuk individu dan
melabelkannya sebagai pengganas serta melarang sebarang bentuk sokongan untuk mereka.
Perdana Menteri Helen Clark berkata tiada kumpulan terbabit diketahui mempunyai hubungan
di New Zealand. "Bagaimanapun, melabelkan individu dan kumpulan berkenaan boleh
mencegah rakyat New Zealand daripada bersekongkol dengan mereka," kata Clark dalam
kenyataan. Mereka yang disenaraikan termasuk Gulbuddin Hekmatyar, Stichting Benevolence
International Nederland, Lashkar-i-Jhangvi, Ansar al-Islam, Rejimen Khas Islam, Briged Islam
Antarabangsa dan Peninjau Riyadus-Salikhin dan Batalion Sabotaj Syuhada Chechnya.
Kenyataan itu menyebutkan Hekmatyar, bekas perdana menteri Afghanistan, kini menjadi
panglima perang yang bekerjasama dengan saki baki Taliban di negara itu
Syria sasaran baru AS Selepas tawan kubu terakhir Saddam di Tikrit
15 April 2003 - Amerika Syarikat (AS) dilaporkan semakin hampir melancarkan perang ke
atas Syria atas dakwaan negara itu juga mempunyai senjata pemusnah massa serta memberi
perlindungan kepada pemimpin Iraq yang melarikan diri. Ini berikutan laporan yang mendakwa
beribu-ribu pegawai tinggi Saddam Hussein menyeberangi sempadan ke Syria ketika askar AS
menumpukan perhatian kepada usaha menawan Tikrit, kampung halaman Saddam, selain
Baghdad dan bandar lain di Iraq. Pegawai kanan itu dilaporkan lari dari wilayah Tikrit, Samarra
dan al-Ramadi.
Tujuh askar AS ceritakan kembali pengalaman di Iraq
15 April 2003 - Ketujuh-tujuh askar AS yang dibebaskan setelah menjadi tahanan perang
tentera Iraq menceritakan kembali saat-saat mereka menghampiri maut ketika cuba
menceroboh negara itu. Pengalaman sebahagian daripada tujuh askar AS itu telah diceritakan
semula kepada seorang wartawan Knight Ridder yang turut berada dalam sebuah pesawat
pengangkut C-130 yang membawa kumpulan tersebut ke Kuwait dari Iraq, semalam. Salah
seorang askar AS itu, Shoshana Johnson mendedahkan kepada wartawan tersebut, mereka
telah dipindahkan sebanyak enam kali ketika berada dalam tahanan tentera Iraq.
Enam askar AS cedera dalam serangan bom tangan
15 April 2003 - Enam askar AS cedera, dua daripada mereka parah apabila pasukan separa
tentera Iraq melontarkan bom tangan ke arah mereka di selatan Baghdad, semalam. Insiden
itu menimpa askar-askar Divisyen Udara 101 ketika mereka sedang memindahkan mortar
daripada senjata di hadapan perkarangan pejabat Parti Baath di Mahmudiya, kira-kira 25
kilometer ke selatan Baghdad. Kejadian berlaku apabila sebuah kereta secara tiba-tiba berhenti
di hadapan bangunan dengan seorang lelaki keluar lalu melemparkan bom tangan ke arah
mereka.
Washington digesa redakan ketegangan di Asia Barat
15 April 2003 - Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana hari ini menggesa
Washington mengambil langkah meredakan ketegangan di Asia Barat dengan melonggarkan
kenyataan kerasnya mengenai Syria. Katanya, beliau amat prihatin dengan perkembangan dan
ketegangan yang wujud di rantau itu sejak akhir-akhir ini. ``Rantau tersebut telah melalui satu
proses yang sukar dan saya fikir ini bukan masanya untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak
sepatutnya
Saintis nuklear paling hebat di Iraq serah diri
15 April 2003 - Seorang saintis nuklear paling hebat di Iraq menyerah diri di negara itu, kata
seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) semalam apabila tentera AS memulakan langkah
mencari rakyat Iraq yang boleh membantu mengesan senjata pemusnah. Saintis berkenaan,
Jaffar Al-Jaffar menyerah diri beberapa hari lalu, kata pegawai yang enggan dikenali nama.
Penyerahan diri Jaffar diikuti oleh Ketua Penasihat Sains Saddam, Leftenan Jeneral, Amir Saadi
yang turut menyerah diri pada Sabtu lalu dengan bantuan rangkaian televisyen Jerman, ZDF.
Howard cadang Iraq ikut sistem pemerintahan Australia
15 April 2003 - Perdana Menteri Australia, John Howard mencadangkan supaya kerajaan Iraq
yang bakal dibentuk dapat menerima pakai sistem pemerintahan Kerajaan Persekutuan ala
negara itu bagi membolehkan masalah etnik dan perbezaan wilayah diatasi. Ketika memberi
ucaptama semasa merasmikan Persidangan Undang-Undang Komanwel di Melbourne, Howard
berkata, terdapat beberapa persamaan antara situasi yang berlaku di Iraq dengan di Australia.
``Apabila negara anda mempunyai beberapa etnik utama dan wilayah yang berbeza-beza,
sistem pemerintahan kerajaan persekutuan adalah satu-satunya cara yang dapat menyatukan
kesemua itu,'' katanya.
Rakyat Iraq sendiri akan pilih kerajaan - Powell
15 April 2003 - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Colin Powell berkata, rakyat Iraq
akan memilih sendiri kerajaan mereka secara demokrasi menerusi pilihan raya dan menolak
kebimbangan sesetengah pihak bahawa Washington akan melantik kerajaan boneka di negara
itu. ``AS tidak pernah melantik sesiapapun untuk menjadi pemimpin Iraq atau menjadi
pemimpin bagi kerajaan sementara,'' kata Powell kepada BBC. ``Kami percaya rakyat Iraq
akan melakukan perkara sedemikian. Kami tidak terlibat dalam urusan menentukan siapa
presiden Iraq,'' katanya lagi.
2,000 anggota polis Baghdad lapor diri
15 April 2003 - Kira-kira 2,000 anggota polis Baghdad melaporkan diri untuk bertugas hari
ini dalam usaha untuk memulihkan semula undang-undang dan keamanan di ibu negara Iraq
yang dipenuhi dengan kejadian mencuri selepas tumbangnya kerajaan Presiden Saddam
Hussein. Tentera Amerika Syarikat menguasai bandar itu minggu lepas selepas melakukan
pengeboman selama dua minggu ke atas Baghdad, tetapi tidak mampu untuk mengatasi
keadaan kucar-kacir yang mencetuskan tunjuk perasaan di kalangan penduduk. Beratus-ratus
penduduk Iraq mengadakan tunjuk perasaan di luar Hotel Palestine hari ini, pangkalan
wartawan asing di Baghdad, untuk merungut kurangnya tahap keselamatan di bandar itu.
Bank Dunia hantar kumpulan teknikal
15 April 2003 - Bank Dunia semalam berkata, ia akan menghantar kumpulan teknikal ke Iraq
untuk membuat penilaian mengenai tugas membangunkan semula ekonomi. Bagaimanapun,
berita tersebut menimbulkan kritikan bahawa mesyuarat selama seminggu institusi itu terlalu
memberi perhatian ke atas Iraq dan telah menyisihkan negara-negara miskin. Selepas
seminggu perbahasan, Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn berkata, para pemegang
saham institusi itu memutuskan pada mesyuarat jawatankuasa bahawa Bank Dunia perlu
menghantar kumpulan bantuan teknikal ke Iraq untuk menilai tugas membina semula ekonomi.
Jawatankuasa laksana tugas pemulihan ditubuh
15 April 2003 - Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) semalam mengadakan perjumpaan
dengan anggota-anggota kabilah Kirkuk, pemimpin agama dan politik bagi membincangkan
cara untuk mengembalikan keamanan serta ketenteraman di sebahagian besar kawasan di Iraq
sejak rejim pimpinan Saddam Hussein ditumbangkan. Pertemuan itu juga bertujuan untuk
mencari jalan memulihkan semula bekalan elektrik air dan gas yang terganggu sejak kekalahan
pasukan tentera Iraq. Dalam pertemuan itu, mereka bersetuju untuk membentuk
jawatankuasa yang disertai 18 anggota untuk melaksanakan perkhidmatan keselamatan dan
tugas-tugas pemulihan, kata Mohamed Amin Abdulhailim Chamchali, Ketua Persatuan Ulama
yang berfahaman Sunnah.
5 wartawan JMTM mahu pulang secara sukarela
15 April 2003 - Lima wartawan dan seorang pegawai Pasukan Bersama Media Malaysia
(JMTM) yang membuat liputan peperangan di Iraq hari ini membuat keputusan untuk pulang
secara sukarela ke tanah air. Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin berkata,
mereka terdiri daripada tiga wartawan dan seorang pegawai yang kini berada di Baghdad
manakala dua lagi wartawan masih berada di Amman, Jordan. ``Mereka telah menyatakan
hasrat tersebut melalui Ketua JMTM, Datuk Ahmad A. Talib hari ini.
Kubu terakhir dikepung Pertempuran di kampung Saddam akhiri perang
14 April 2003 - Tentera Marin Amerika Syarikat (AS) semalam dilaporkan sudah
menghampiri bandar Tikrit, kubu kuat terakhir Saddam Hussein selepas berjaya bergerak
pantas ke utara dari Baghdad. Jurucakap Markas Pemerintah Tentera AS di Qatar menyatakan
pasukan khas Peninjau Pertama Marin bergerak ke utara di sepanjang lebuh raya 1 dari
Samara, kira-kira 60 kilometer dari Tikrit. Lt Mark Kitchens berkata, anggota Marin itu sudah
berada di pinggir bandar Tikrit, tetapi beliau enggan menyatakan sama ada tentera itu sudah
memasuki pusat bandar berkenaan.
Duta Iraq ke PBB tiba di Syria
14 April 2003 - Duta Iraq ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed Aldouri
tiba di Syria semalam dari New York, kata saksi. Aldouri, pegawai Iraq yang pertama yang
mengaku kerajaan Presiden Saddam Hussein ditewaskan berkata, beliau meninggalkan
Amerika Syarikat (AS) kerana enggan mewakili negaranya yang berada di bawah jajahan AS-
Britain. Beliau tidak bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Damsyik tetapi berkata
kepada Reuters di New York kelmarin bahawa beliau ke Syria bagi mendapatkan maklumat
mengenai keluarganya.
Isu peranan PBB tingkat keraguan niat sebenar AS
14 April 2003 - Isu peranan PBB selepas perang berakhir di Iraq boleh mencetuskan
perpecahan baru di peringkat antarabangsa selain meningkatkan keraguan berhubung niat
sebenar Amerika Syarikat (AS). Negara-negara yang membantah perang yang diketuai AS di
Iraq iaitu Perancis, Rusia dan Jerman kini menuntut agar PBB diberi tugas mengendalikan
pascaperang di Iraq. Bagaimanapun, segelintir pakar menyatakan bahawa PBB tidak
mempunyai maksud untuk menerajui negara seperti Iraq tetapi boleh membantu memberikan
kesahihan yang diperlukan kepada sebuah kerajaan baru.
Bantahan penjajahan AS di Teluk semakin menular
14 April 2003 - Sejak Baghdad jatuh ke tangan penceroboh pada awal minggu ini, tunjuk
perasaan di seluruh dunia yang sebelum ini bermatlamat membantah perang di Iraq telah mula
bertukar kepada membantah penjajahan di negara Teluk itu. Walaupun perang di negara itu
dikatakan hampir tamat, demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia khususnya di Amerika
Syarikat, London, Paris dan beberapa buah negara Asia terus diadakan. Di AS, sekurang-
kurangnya 10,000 orang mengadakan protes di tengah Washington bagi membantah
penaklukan oleh negara kuasa besar itu ke atas Iraq.
Dewan Perwakilan AS luluskan RM304b
14 April 2003 - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan rang undang-
undang yang memperuntukkan hampir AS$80 bilion (RM304 bilion) untuk membiayai kempen
perang AS di Iraq dan pembangunan semula negara itu. Presiden George W. Bush dijangka
menandatangani rang undang-undang tersebut yang diluluskan oleh Senat lewat kelmarin
selepas kompromi dicapai antara Dewan Perwakilan dengan Senat berhubung dua versi
berasingan. Digugurkan daripada teks rang undang-undang itu ialah pindaan yang menyekat
syarikat-syarikat dari Perancis, Jerman, Rusia dan Syria daripada terlibat dalam sebarang
kontrak pembangunan semula yang ditawarkan oleh AS.
Filipina tarik balik imuniti kakitangan Kedutaan Iraq
14 April 2003 - Filipina menarik balik keistimewaan dan imuniti diplomatik ke atas
kakitangan Kedutaan Iraq di sini dan mengarahkan kesemua pegawai perhubungan luar Filipina
membekukan segala hubungan dengan mereka, lapor satu sumber hari ini. Sumber Jabatan
Perhubungan Luar Filipina itu berkata, kakitangan kedutaan Iraq `tidak akan dijemput
menghadiri majlis rasmi atau diplomatik' dan kad pengenalan diplomatik serta nombor
pendaftaran kereta mereka tidak akan diperbaharui. Bagaimanapun, Setiausaha Luar, Blas Ople
berkata, kakitangan Kedutaan Iraq tidak akan dihantar pulang memandangkan situasi di
negara mereka masih belum stabil.
Australia akan biaya pelarian kembali ke Iraq
14 April 2003 - Australia akan membayar tambang penerbangan dan memberi bantuan tunai
untuk menggalakkan pelarian Iraq yang kini berada di negara itu pulang ke negara asal
mereka, kata Menteri Imigresen, Philip Ruddock. Menurutnya, beliau telah berbincang dengan
Perdana Menteri, John Howard mengenai pakej tersebut untuk menggalakkan rakyat Iraq yang
melarikan diri ke Australia dan telah mempunyai visa pelarian, pulang ke Iraq sewaktu proses
pembinaan semula negara itu. Kata beliau, pihaknya menganggar kira-kira 4,200 rakyat Iraq
yang berada di negara itu layak menerima pakej berkenaan.
G7 sokong resolusi bangunkan semula Iraq
14 April 2003 - Menteri-menteri Kewangan Kumpulan Tujuh (G7) termasuk Menteri
Kewangan Kanada, John Manley telah bersetuju untuk menyokong resolusi Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membangunkan semula Iraq. Sekiranya
resolusi itu diluluskan, ia akan memberi laluan kepada Bank Dunia dan Dana Kewangan
Antarabangsa (IMF) untuk memberikan bantuan kewangan. Amerika Syarikat (AS)
menegaskan, resolusi baru tidak perlu untuk kedua-dua agensi pinjaman antarabangsa itu
untuk memainkan peranan dalam pembangunan semula Iraq.
Kempen pulihkan pasukan polis Iraq
14 April 2003 - Tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini memulakan tugas berat untuk
memulihkan keadaan di Iraq dengan melancarkan kempen membina semula pasukan polis dan
jabatan tenaga elektrik. Beratus-ratus kereta membanjiri pusat bandar Baghdad sehingga
menyebabkan kesesakan lalu lintas paling buruk sejak perang meletus lebih tiga minggu lalu.
Penduduk tempatan beratur untuk mendapatkan pekerjaan berikutan kejatuhan rejim Saddam
Hussein.
SARS diisytihar merebak ke AS, UK
14 April 2003 - Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) merupakan negara yang
baru disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kelompok negara yang
mempunyai jangkitan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS). Menteri Kesihatan, Datuk
Chua Jui Meng berkata, penambahan dua negara terbabit menjadikan kelompok negara yang
mempunyai jangkitan SARS kepada lapan buah negara berbanding enam sebelum ini. Beliau
berkata, jangkitan SARS di dua negara terbabit adalah bersifat tempatan iaitu ia disebarkan
oleh penduduk negara itu sendiri yang sebelum ini dikatakan pernah melawat enam negara
yang mempunyai jangkitan SARS.
Perang mulut Syria - AS tingkatkan ketegangan
14 April 2003 - Ketegangan antara Syria dan Amerika Syarikat (AS) kini meningkat apabila
kedua-dua negara saling terlibat dalam perang mulut berhubung dakwaan susulan Washington
kononnya Damsyik memberi perlindungan kepada Presiden Saddam Hussein dan para
pengikutnya. Ketika Menteri Luar Syria, Farouq Al-Shara menegaskan tuduhan AS itu sebagai
tidak berasas, Setiausaha Negara AS, Colin Powell dalam kenyataannya di London terus
mendesak Damsyik supaya berhenti daripada memberi perlindungan kepada rejim Saddam.
Oleh kerana tuduhan AS bahawa negaranya membantu Saddam adalah tidak berasas, beliau
menambah, pihaknya mencabar Washington supaya membuktikan tuduhan itu.
Konvoi Malaysia diserang
14 April 2003 - Konvoi sukarelawan Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) dan wartawan
Malaysia diserang semalam dalam satu peristiwa yang berpunca daripada `salah sangka',
menyebabkan dua pembantu rakyat asing terbunuh. Presiden Mercy, Datuk Dr. Jemilah
Mahmood dan Dr. Baba Deani cedera di punggung terkena tembakan dalam serangan itu dan
dirawat di Hospital Al-Sassam di sini. Kesemua mereka, termasuk para wartawan Malaysia
yang menyertai konvoi tersebut bagaimanapun sekarang dilaporkan selamat. Dua yang
terbunuh itu ialah seorang ahli kimia Iraq, Husin, dan pemandu sebuah daripada dua
kenderaan konvoi tersebut, Vohan, rakyat Syria.
Washington, London hantar pasukan pemeriksa senjata ke Iraq secara rahsia
13 April 2003 - Washington dan London telah menghantar pasukan pemeriksa senjata ke
Iraq secara rahsia bagi mencari senjata pemusnah besar-besaran yang kononnya dibangunkan
oleh kerajaan rejim Presiden Saddam Hussein, lapor The Guardian hari ini. Akhbar berkenaan
menyifatkan tindakan Washington dan London itu sebagai membelakangkan kredibiliti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pasukan pemeriksa tersebut dikatakan telah pun
berada di Kuwait seminggu sebelum Iraq diserang pada 20 Mac lalu.
Kolonel ceritakan detik-detik kejatuhan Pengawal Republik Iraq
13 April 2003 - Seorang kolonel dalam Pengawal Republik Iraq menceritakan bahawa
pasukan elit itu tidak mendapat panduan daripada pusat pemerintah mereka semasa perang
dan kekuatan mereka hancur akibat pengeboman AS. Dalam wawancara dengan Perbadanan
Penyiaran British (BBC) hari ini, kolonel yang tidak disiarkan namanya itu memberi gambaran
jelas mengenai serangan hebat ke atas unit 600 anggota pimpinannya, bilangan mereka yang
terbunuh serta bagaimana dan mengapa askar elit itu meninggalkan kedudukan masing-
masing. Katanya, askar tidak dipaksa bertempur, malah ramai antara mereka pulang ke rumah
masing-masing secara diam-diam apabila mereka menyedari mereka tidak mungkin dapat
menandingi kekuatan tentera penceroboh
Bush desak Syria tutup pintu masuk kepada pengikut Saddam
13 April 2003 - Presiden AS, George W. Bush semalam mendesak Syria menutup sempadan
negara itu kepada pengikut Saddam Hussein yang melarikan diri dan menyerahkan mereka
yang telah berlindung di negara itu. ``Kita menjangkakan mereka melakukan setiap perkara
yang boleh bagi menghalang orang yang sepatutnya ditangkap melarikan diri,'' katanya selepas
bermesyuarat buat pertama kali di dua kawasan hospital ketenteraan dengan tentera-tentera
AS yang cedera di Iraq.
Saintis senjata biologi Iraq dipercayai larikan diri ke Syria
13 April 2003 - Beberapa saintis terkemuka Iraq dalam bidang senjata biologi dipercayai
melarikan diri ke Syria, lapor Washington Post hari ini dengan memetik kenyataan beberapa
pegawai kerajaan AS. Antara mereka yang dikatakan telah menyeberangi sempadan Iraq ke
Syria ialah Dr. Huda Salih Mahdi Ammash, seorang saintis wanita yang dikenali sebagai `Puan
Antraks' di kalangan pegawai perisikan AS dan Rihab Taha yang diberi gelaran `Dr. Kuman.'
Laporan perisikan menunjukkan salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali telah
mencari perlindungan di ibu negara Syria, Damsyik, menurut laporan Post.
AS percaya Saddam sudah terbunuh
13 April 2003 - Nasib Saddam Hussein masih belum jelas, tetapi para pegawai Amerika
Syarikat (AS) kini lebih cenderung kepada pandangan bahawa bekas Presiden Iraq itu sudah
meninggal dunia. Agensi perisikan AS telah memintas komunikasi atau `perbualan' oleh rakyat
Iraq yang menganggotai kerajaan Saddam mengatakan bahawa mereka percaya Saddam
sudah terbunuh. Bagaimanapun, pegawai mengingatkan bahawa perbualan itu sendiri bukan
bukti muktamad.
AS beri kontrak RM30.4j untuk pembinaan semula Iraq
13 April 2003 - Amerika Syarikat semalam memberikan kontrak bernilai hampir AS$8 juta
(RM30.4 juta) bagi menggalakkan pembabitan rakyat Iraq khususnya wanita dalam pembinaan
semula pascaperang dan kerajaan tempatan. Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID)
berkata, pihaknya memberikan wang kepada Institut Kajian Segi Tiga Carolina Utara (RTI)
sebagai sebahagian usaha jangka panjang untuk menggalakkan pemulihan lebih cepat dan
cekap dalam perkhidmatan awam kepada Iraq. Menurut USAID, firma itu akan membentuk
program-program tertentu bagi meningkatkan kemahiran pengurusan, pengetahuan dan
keupayaan pentadbir tempatan untuk menerajui perkhidmatan seperti air, kesihatan dan
kebersihan awam selain dalam bidang ekonomi.
Dua sukarelawan yang hilang didapati dalam keadaan selamat
13 April 2003 - Dua orang sukarelawan agensi bantuan kemanusiaan yang hilang dalam
rusuhan di Baghdad sejak 2 April lalu, didapati berada dalam keadaan selamat. Kedua-dua
mereka, Francois Calas, 44, seorang rakyat Perancis yang juga ketua misi dan Ibrahim Younis,
31, dari Sudan, merupakan sebahagian daripada enam orang ahli sebuah kumpulan
sukarelawan yang dikenali sebagai `Doktor Tanpa Sempadan'. Mereka berkhidmat di sebuah
hospital di al-Kindi, yang terletak di timur laut Baghdad.
Walaupun rejim Saddam tumbang, perang masih berterusan - Bush
13 April 2003 - Presiden AS, George W. Bush semalam berkata, Saddam Hussein tidak lagi
berkuasa di Iraq, tetapi pada masa sama perang masih berterusan. ``Keutamaan kempen ini
ialah membebaskan rakyat Iraq daripada sebarang penindasan dan kekejaman Saddam dan
rejimnya. ``Ia bukan sahaja bertujuan membebaskan rakyat Iraq, tetapi memastikan negara
itu bebas daripada pembangunan program senjata pemusnah besar-besaran,'' katanya kepada
pemberita di sini.
Aldouri enggan wakili Iraq di bawah AS, Britain
13 April 2003 - Duta Iraq ke PBB, Mohammed Aldouri menegaskan, beliau meninggalkan
New York kerana enggan mewakili negaranya di bawah pendudukan AS dan Britain.
Mohammed merupakan pegawai tinggi Iraq pertama yang mengakui kejatuhan kerajaan
Presiden Saddam Hussein di tanah airnya berkata, beliau bercadang ke Paris seterusnya ke
Damsyik bagi mengetahui keadaan keluarganya. ``Saya pulang kerana tidak fikir untuk
mewakili kerajaan yang menceroboh Iraq, membunuh, memusnahkan dan menghapuskan apa
sesuka hati,'' katanya kepada stesen televisyen, Al-Arabiya
Serangan dekat Syria untuk lindungi Israel
13 April 2003 - Tindakan tentera penceroboh melancarkan serangan ke atas kedudukan
pertahanan tentera Iraq berhampiran dengan sempadan Syria dipercayai dilakukan bagi
melindungi Israel daripada sebarang ancaman serangan. Anggota-anggota tentera pasukan
khas dan pesawat-pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS) yang mendapat sokongan tentera
Britain dan Australia dilaporkan telah melancarkan serangan ke atas bandar Al-Qaim sejak
beberapa hari lalu. Para pegawai AS mendedahkan, serangan itu dilancarkan dengan tujuan
menghalang sebarang cubaan Presiden Saddam Hussein dan para pegawai kanannya melarikan
diri ke Syria setelah rejimnya ditumbangkan Rabu lepas.
AS, Britain `mereka-reka' bukti halal serangan - Blix
13 April 2003 - Ketua pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hans
Blix mendakwa, perang ke atas Iraq telah dirancang lebih awal sebelum bom pertama tentera
penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) digugurkan di Baghdad pada 20 Mac lalu.
Dalam satu kenyataan yang mengecam AS dan Britain, Blix juga menuduh pemimpin kedua-
dua negara itu `mereka-reka' bukti mengenai program senjata pemusnah besar-besaran Iraq
untuk menghalalkan tindakan ketenteraan ke atas negara itu. ``Terdapat bukti menunjukkan
bahawa perang ke atas Iraq ini dirancang lebih awal. Kadangkala ia menimbulkan keraguan
berhubung tindakan terhadap pemeriksaan senjata,'' katanya kepada sebuah akhbar harian
Sepanyol, El Pais.
Seluruh Iraq semakin gawat
13 April 2003 - Keadaan semakin gawat di seluruh Iraq sejak kejatuhan rejim Saddam
Hussein apabila tentera penceroboh pimpinan Amerika Syarikat (AS) tidak berupaya mencegah
pelbagai insiden jenayah yang semakin menjadi-jadi di Baghdad, Mosul, Najaf dan bandar-
bandar besar yang lain. Persatuan Palang Merah, agensi-agensi bantuan dan rakyat Iraq
merayu kepada AS supaya menunaikan kewajipannya menurut Konvensyen Geneva dan
melindungi keselamatan penduduk awam. Bagaimanapun seorang komander kanan AS
berkata: ``Kami tidak pernah pada bila-bila masa pun menganggap kami akan memainkan
peranan sebagai pasukan polis.''
CNN, BBC, NBC sembunyi kenyataan
12 April 2003 - HOSPITAL di Baghdad kelam kabut dan bingit dengan jeritan dan tangisan
mangsa perang yang diusung ke wad kecemasan. Ada yang sudah mati, tangan dan kaki
terputus, manakala lantai hospital dibasahi darah. Doktor sedaya upaya menyelamatkan
mangsa tetapi kecederaan di kepala dan dada menyebabkan banyak mangsa tidak dapat
diselamatkan. Ini menunjukkan betapa hebat dan kejam peluru dan bom tentera penceroboh
yang diketuai Amerika Syarikat. Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy),
Datuk Dr Jemilah Mahmood yang mengetuai rombongan membawa bekalan ubat-ubatan, tidak
dapat menahan sebak ketika melihat jeritan mangsa perang terutama kanak-kanak.
Istana lambang keagungan Saddam musnah
12 April 2003 - BEBERAPA istana yang menjadi lambang keagungan Presiden Saddam
Hussein turut menjadi sasaran utama tentera penceroboh kerana dipercayai kompleks istana
itu menjadi pusat penyimpanan senjata, dokumen rahsia dan kubu pertahanannya. Sejak
tamat Perang Teluk kira-kira 12 tahun lalu, Saddam dilaporkan mengarah dan meneruskan
projek pembinaan istana untuk diisi koleksi asing dan antik terbaik - daripada paip emas
sehinggalah kepada marmar terbaik Eropah dan juga lampu gantung kristal yang dipercayai
diperoleh melalui kaedah penyeludupan. Antara ciri penting istana itu ialah kemudahan
kawalan keselamatan yang ketat bagi mempertahankan rejim berkenaan daripada orang-
orangnya, taman yang luas dan memerlukan jumlah air yang banyak, juga air terjun canggih
dan beberapa binaan air yang menggunakan pam serta infrastruktur lain.
12 wartawan terbunuh
12 April 2003 - Namun, tindakan tentera penceroboh yang diketuai Amerika Syarikat
bermula 20 Mac lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 12 wartawan terbunuh dan beberapa
lagi cedera, sehingga Khamis lalu akibat serangan dan tersilap tembak, berbanding hanya
empat yang terbunuh sepanjang Perang Teluk, 12 tahun lalu. Kematian pertama, menyaksikan
jurukamera Australia Broadcasting Corporation (ABC), Paul Moran, menjadi mangsa bom kereta
di Bandar Khurmal dekat Utara Iraq, 22 Mac lalu. Pegawai Kurdish yang menjaga kawasan
terbabit, menyalahkan kumpulan Ansar Al-Islam bertanggungjawab terhadap kejadian itu. Pada
hari yang sama, wartawan Independent Television News (ITN), Terry Lloyd, terbunuh selepas
terperangkap ketika pertempuran menuju ke Basra, selatan Iraq pada 22 Mac lalu. Dua
krewnya iaitu jurukamera Fred Nerac dari Perancis dan Hussein Osman dari Lubnan, masih
hilang selepas kejadian.
Sifat kemanusiaan askar Iraq selamatkan nyawa Jessica
12 April 2003 - Namun, Prebet Jessica Lynch, 19, tidak bernasib baik kerana ditawan tentera
Iraq selepas konvoinya tersesat dalam satu pergerakan di selatan Iraq. Dia terkurung sembilan
hari sebagai tawanan perang. Setiap hari dia membayangkan dirinya dikasari dan nyawanya
terancam tetapi dia bernasib baik kerana tentera Iraq tidak sezalim itu. Lynch hanyalah
seorang gadis muda yang tidak wajar berperang. Akhirnya, tentera Amerika dapat
menyelamatkannya di sebuah hospital di Nasiriyah, dipercayai dengan bantuan orang Iraq
sendiri.
Mayat busuk bergelimpangan
12 April 2003 - Mayat mangsa peperangan yang sudah berbau dan berulat dalam kereta
adalah antara pemandangan awal yang disaksikan sembilan anggota Pasukan Media Bersama
Malaysia (JMTM) setiba mereka di ibu kota Iraq, pagi kelmarin. Sekurang-kurangnya dua mayat
masih dalam kereta awam ditinggalkan begitu saja tanpa dikebumikan. Lebih memilukan, salah
satu mayat adalah wanita bertudung di tempat duduk pemandu sebuah kereta BMW. Selain itu,
deretan kereta kebal, trak dan kenderaan yang musnah terbakar serta bangunan yang dibom
dan masih berasap sejak peperangan bermula 23 hari lalu turut menyambut mereka yang tiba
bersama konvoi lebih 70 kenderaan mengandungi lebih 200 wakil media dari seluruh dunia.
Khazanah Iraq berusia beribu-ribu tahun dicuri
12 April 2003 - Beratus-ratus penduduk membentuk pasukan kawalan bersenjata bagi
menyekat kegiatan mencuri yang semakin berleluasa di ibu negara Iraq ini sejak tiga hari lalu,
selepas tentera Amerika Syarikat menguasai kota yang didiami lima juta orang itu. Pengawal
sukarela terbabit yang bersenjatakan raifal AK-47 dilaporkan membelasah mereka yang
ditangkap mencuri, selain mengadakan sekatan jalan bagi membendung keadaan huru-hara
berikutan tiada tindakan diambil tentera penceroboh untuk menghentikannya. Pencuri bukan
saja memecah masuk pejabat kerajaan dan rumah mewah pegawai kerajaan Iraq yang sudah
ditinggalkan, malah Muzium Arkeologi Baghdad turut menjadi sasaran apabila banyak
khazanahnya berusia beribu-ribu tahun dicuri.
Menteri Luar Sweden sokong kejatuhan Saddam
11 April 2003 - Menteri Luar Sweden, Anna Lindh semalam menyambut baik kejatuhan rejim
Saddam Hussein tetapi menegaskan pemeriksaan senjata oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) juga mampu melakukan yang sama. Lindh yang mengulangi pendirian Sweden
bahawa peperangan tanpa mandat PBB menyalahi undang-undang antarabangsa akan
menyebabkan keadaan tidak stabil di Timur Tengah. ekarang ini memang mudah untuk
merasa gembira kerana perang sudah berakhir dan Saddam sudah tiada, tetapi kemungkinan
memakan masa beberapa tahun lagi sebelum kita dapat menilai apa yang telah berlaku di
situ,?katanya.
Penduduk selatan Iraq enggan patuhi Amerika
11 April 2003 - Hasrat Amerika Syarikat (AS) untuk melantik calon pilihan mereka menjadi
pemimpin di Iraq bagi menggantikan kerajaan Presiden Saddam Hussein tidak semudah
jangkaan kerana penduduk di beberapa bandaraya di selatan Iraq secara terang berkata,
mereka tidak akan mematuhi dan mengalah kepada peraturan komander tentera Amerika
Syarikat (AS) yang mengambil alih pentadbiran. Agensi berita Iran melaporkan, penduduk Iraq
mahu negara itu diperintah rakyat tempatan dan tidak akan mematuhi arahan pemerintah luar
yang dilantik terutama jika calon itu pegawai tentera AS seperti Jeneral (B) Jay Garner.
Mayat reput terbiar di tepi jalan raya
11 April 2003 - Mayat dan kereta terbakar bersepah di jalanan bandar al-Dora yang
bersebelahan Baghdad, lapor seorang jurukamera AFP. Mayat makin reput itu termasuk mayat
kanak-kanak dibiarkan di jalan antara al-Dora dengan lapangan terbang, yang dikawal askar
Amerika. Menurut jurukamera itu, mayat itu ditanam di sepanjang jalan oleh sukarelawan.
Tentera Amerika di tempat kejadian mendakwa pejuang Fedayeen Saddam menyerang konvoi
askar sekutu yang membalas serangan sehingga menyebabkan kematian orang awam.
700 mayat askar AS dalam kontena dingin
11 April 2003 - Seorang jururawat hospital besar Kuwait mendakwa menyaksikan 700 mayat
askar Amerika Syarikat dan Britain yang dibungkus dalam plastik dan diletakkan dalam
kontena dingin beku bergerak. Wanita itu yang menulis surat kepada perkhidmatan berita Jihad
Unspun berkata, keadaan hospital itu menjadi tidak menentu sejak lima hari lalu yang
menyaksikan satu kawasan khas ditutup dan diletakkan dengan kontena berkenaan. Jihad
Unspun mendakwa laporan kehadiran mayat tentera Amerika dan Britain itu turut dilaporkan di
London dan Pakistan, menyebabkan ia mempercayai kenyataan jururawat dalam surat diterima
semalam.
INC bantah CIA hina Chalabi
11 April 2003 - Agensi Perisikan Pusat (CIA) dilaporkan berbalah dengan Pentagon
berhubung perlantikan pemimpin yang bakal mengetuai pentadbiran baru Iraq apabila CIA
mengeluarkan laporan mendakwa pemimpin pilihan Pentagon, Ahmad Chalabi, tidak akan
dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan kerana dia tidak disukai kebanyakan penduduk
negara itu. United Press International (UPI) melaporkan, dalam laporan sulit yang diedarkan
secara meluas di kalangan pegawai Amerika Syarikat (AS), CIA berpendapat Chalabi dan
pemimpin Majlis Revolusi Islam berpangkalan di Tehran, Mohammed Baqr al-Hakim, hanya
mempunyai segelintir kecil penyokong di kalangan penduduk Iraq. Bagaimanapun, pengkritik
mempersoalkan motif laporan CIA itu.
Menteri Luar Iran dakwa AS lakukan kesilapan strategik
11 April 2003 - Amerika Syarikat melakukan kesilapan strategik dengan meletakkan
pentadbiran yang diketuainya sendiri di Iraq, kata Menteri Luar Iran, Kamal Kharazi.
ekalipun pentadbiran itu hanya singkat, keputusan ini akan dilihat sebagai memalukan
Iraq,?kata akhbar Perancis, Le Monde, yang memetik Kharrazi sebagai berkata dalam satu
wawancara yang disiarkan semalam. emindahan kuasa dan pembentukan kerajaan baru
sementara mestilah dilakukan dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
seperti yang dilihat di Afghanistan,?katanya lagi.
Masih banyak kawasan belum dikuasai
11 April 2003 - Amerika Syarikat menerima padah tersendiri selepas melancarkan serangan
ke atas Iraq apabila gerakan menambah anggota baru tentera darat dan Marin di seluruh
negara itu mendapat sambutan dingin di kalangan rakyatnya. Stesen televisyen ABCNews
melaporkan, sejurus selepas serangan ke atas Iraq dilancarkan pada 20 Mac lalu, tentera darat
dan Marin menayangkan iklan terbaru yang memaparkan nilai patriotik, kerja berpasukan dan
tanggung jawab untuk menarik perhatian golongan muda Amerika. Bagaimanapun, anggota
tentera yang terbabit dalam kempen itu mengakui serangan itu tidak menaikkan semangat
atau minat di kalangan generasi muda menyertai pasukan itu.
Kempen media Bush, Blair
11 April 2003 - Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, melancarkan kempen media
besar-besaran dengan memberitahu penduduk Iraq bahawa negara mereka akan bebas tidak
lama lagi. Perdana Menteri Britain, Tony Blair berkata askar Amerika dan Britain adalah rakan
dan embebas?bukan penakluk. Mereka membuat kenyataan itu secara serentak ketika
berunding Ireland Utara dan ia akan disiarkan kemudian di Iraq oleh tentera Amerika.
Menteri Luar Iran dakwa AS lakukan kesilapan strategik
11 April 2003 - Amerika Syarikat melakukan kesilapan strategik dengan meletakkan
pentadbiran yang diketuainya sendiri di Iraq, kata Menteri Luar Iran, Kamal Kharazi.
ekalipun pentadbiran itu hanya singkat, keputusan ini akan dilihat sebagai memalukan
Iraq,?kata akhbar Perancis, Le Monde, yang memetik Kharrazi sebagai berkata dalam satu
wawancara yang disiarkan semalam. emindahan kuasa dan pembentukan kerajaan baru
sementara mestilah dilakukan dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
seperti yang dilihat di Afghanistan,?katanya lagi.
Bush, Blair terkeluar dari ajaran Kristian
11 April 2003 - Pemimpin gereja di tempat suci penganut Kristian menganggap Presiden
George W Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair sudah terkeluar dari ajaran Kristian
kerana melakukan jenayah perang di Iraq. Oleh itu, mereka berpendapat, perbuatan Bush dan
Blair itu bermakna mereka tidak boleh memasuki gereja paling suci di sini iaitu Gereja Nativity.
Agensi berita Qatar melaporkan, paderi Panatirus berkata, tiada sesiapa antara Bush, Blair,
Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld dan Setiausaha Pertahanan Britain, Jack Straw
dibenarkan menjejakkan kaki ke gereja berkenaan kerana tindakan ganas mereka terhadap
Iraq.
Ketiadaan Pengawal Republikan risaukan tentera penceroboh
11 April 2003 - Pemimpin tentera Amerika Syarikat kini tertanya-tanya apakah Pengawal
Republikan Iraq benar-benar lenyap atau sedang berkumpul semula untuk bertempur lagi
ketika tentera mereka memasuki Baghdad dengan mudah. Kebimbangan awal mengenai
operasi menawan Baghdad bakal menyaksikan pertempuran dari rumah ke rumah serta
peperangan kimia meleset apabila tentera AS dengan mudah menawan ibu negara Iraq itu. i
manakah akar Iraq??soal Korporal Marin, Nate Decavelle, sambil menguap kebosanan ketika
memasuki bandar raya itu.
Dunia beri pandangan berbeza
11 April 2003 - Dunia memberikan reaksi berbeza berhubung dakwaan rejim Presiden
Saddam Hussein di Iraq sudah berakhir berikutan askar sekutu menawan ibu negara Baghdad
tanpa tentangan sengit, semalam. Ada negara yang merasa lega kerana Baghdad jatuh tanpa
pertumpahan darah serius dengan perasaan itu bercampur aduk dengan rasa sangsi terhadap
Amerika Syarikat di kalangan negara Eropah dan Asia. Selain itu, negara Arab di Timur Tengah
menyatakan rasa terkejut dan marah dengan kejadian itu serta bimbang sama ada Presiden
George W Bush bakal meneruskan tindakan ketenteraan terhadap negara lain dengan dakwaan
ia memiliki senjata pemusnah yang banyak.
Penduduk lari harta orang kanan Saddam
11 April 2003 - Rakyat Iraq yang ditemani askar Marin Amerika Syarikat dilaporkan
menceroboh dan melarikan barangan daripada rumah pegawai kanan kerajaan Saddam
Hussein, termasuk anak lelakinya, Uday yang terletak di Baghdad. Kumpulan penduduk itu
turut memecah masuk dan melakukan perbuatan sama di kedutaan Jerman dan Pusat
Kebudayaan Perancis, lapor jurugambar agensi berita AFP yang menyaksikan kejadian itu. Di
kawasan Jadria dan Hay Babel di tebing Sungai Tigris yang menempatkan barisan villa mewah
Timbalan Perdana Menteri Tareq Aziz; anak perempuan Saddam Hala, adik tiri presiden Iraq itu
Watban dan jeneral tentera, turut menjadi sasaran penduduk itu.
Haram bantu gabenor Amerika: Mufti
11 April 2003 - Umat Islam diharamkan menerima atau berurusan dalam apa juga bentuk
dengan sebarang gabenor asing yang ditubuhkan oleh tentera Anglo-Amerika yang menakluk
Iraq selepas perang tamat, kata Mufti Mesir, Ahmad Al-Tayyib, semalam. erangan Amerika,
Britain dan sekutunya terhadap Iraq adalah batal dan tidak sah. Oleh itu ia adalah satu
penaklukan terhadap sebuah negara merdeka dan berdaulat. a jelas bercanggah dengan
undang-undang antarabangsa kerana mengakibatkan beratus-ratus orang terbunuh dan beribu
kanak-kanak serta wanita cedera,?katanya kepada agensi berita Qatar.
Syria didakwa bantu pegawai Iraq lari
11 April 2003 - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat melemparkan tuduhan terbaru ke
atas Syria yang didakwanya bersubahat membantu pegawai kanan Iraq lari ke Damsyik, selain
terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Baghdad. Donald Rumsfeld sebelum ini
menuduh Syria, negara jiran Iraq, membantu Saddam Hussein dengan bantuan kelengkapan
tentera, termasuk teropong penglihatan waktu malam. da pegawai kanan kerajaan Saddam
keluar dari Iraq ke Syria. Malah, Syria masih terus menghulurkan bantuan ketenteraannya ke
Iraq. Bagi kami, ini perbuatan yang tidak membantu langsung.
Askar Amerika geledah masjid
11 April 2003 - Askar Amerika Syarikat (AS) menggeledah sebuah masjid di Baghdad yang
dipercayai tempat Presiden Saddam Hussein mengadakan mesyuarat dengan pemimpin
kanannya, selepas pertempuran meletus dengan penyokong pemimpin itu, semalam.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan Saddam bersembunyi di masjid itu.
Pertempuran berlangsung lebih empat jam menyaksikan seorang askar AS maut dan lebih 20
lagi cedera. pabila anggota Marin tiba dekat masjid itu, mereka menunggu selama sejam
sebelum cuba masuk dan menghadapi tembakan bertalu-talu dan sekurang-kurangnya sebuah
kenderaan diserang pelancar roket,?lapor agensi berita Agence France Presse (AFP).
Wartawan Al-Jazeera diusir buat liputan
11 April 2003 - Rakyat Iraq yang bermastautin di AS bertindak membantah kehadiran para
wartawan stesen penyiaran berita Al-Jazeera ketika mereka membuat perarakan bagi meraikan
kejatuhan Baghdad ke tangan tentera penceroboh semalam. Mereka mendakwa stesen
penyiaran berita Arab itu memperlihatkan sokongannya terhadap kerajaan rejim Presiden
Saddam di dalam setiap liputan yang disiarkan sejak Baghdad diserang oleh tentera
penceroboh pada 20 Mac lepas
Penduduk ragui kemampuan pemimpin pilihan Britain
11 April 2003 - Hasrat Britain untuk meletakkan ketua puak sebagai pemimpin sementara
mentadbir Basra menerima pelbagai reaksi di sini dengan kebanyakan penduduk meragui
kemampuan tokoh terbabit untuk menyatukan bandar kedua terbesar di Iraq itu. Sungguhpun
ketibaan tentera Britain yang menguasai bandar dengan 1.5 juta penduduk itu dialu-alukan,
tetapi sesetengah anggota masyarakatnya percaya langkah tentera penceroboh meletakkan
pemimpin puak di bandar itu mengundang masalah pada masa depan. ``Pemimpin-pemimpin
puak itu pernah membantu Presiden Saddam Hussein dan diberikan wang beribu dolar sebelum
peperangan dan kini mereka berkhidmat dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain.
AS gagal tingkatkan tahap kawalan keselamatan
11 April 2003 - Seorang pemimpin pembangkang Iraq menuduh Amerika Syarikat (AS) gagal
untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan dan mengurangkan krisis kemanusiaan di
negara yang musnah akibat perang itu. Ahmad Chalabi, pemimpin Kongres Kebangsaan Iraq
(INC) menuntut penjelasan mengapa Jay Garner, seorang jeneral bersara AS yang telah diberi
tanggungjawab untuk mengetuai pentadbiran sementara di Iraq tidak melaksanakan
tanggungjawab untuk memulihkan keselamatan, bekalan air dan elektrik di negara itu. ``Di
mana Jeneral Garner sekarang,'' kata Ahmad dalam temuramah dengan CNN dari
pangkalannya di Nasiriyah, selatan Iraq.
Turki gesa PBB diberi peranan utama bangunkan semula Iraq
11 April 2003 - Kerajaan Turki hari ini menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) diberikan peranan utama membangunkan semula Iraq selepas perang bagi memastikan
hasil sumber-sumber aslinya dapat dimanfaatkan oleh penduduk negara itu. ``PBB perlu
memainkan peranan proaktif bagi memastikan proses demokrasi dan pembangunan semula
Iraq dapat dilaksanakan serta menjamin kedaulatan wilayah negara itu dan menjaga sumber-
sumber aslinya untuk rakyatnya,'' kata Perdana Menterinya, Recep Tayyip Erdogan. Beliau
menyatakan demikian kepada para pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Ankara dari Belgrade setelah menghadiri satu sidang kemuncak yang disertai
oleh para pemimpin negara Balkan
Kedutaan Iraq di Jepun masih teruskan aktiviti
11 April 2003 - Kedutaan Iraq di Jepun meneruskan aktiviti seperti biasa malah kerajaan
Jepun terus mengiktiraf kuasa usaha Iraq walaupun rejim Presiden Saddam Hussein telah
tumbang, menurut pegawai kedutaan dan kerajaan hari ini. Kuasa usaha sementara Kedutaan
Iraq, Qasim Abdulbaqi Shakir Al Rammah mengadakan pertemuan dengan pegawai
Kementerian Luar selama satu jam, tetapi pihak kedutaan atau kerajaan enggan mendedahkan
apa yang dibincangkan. Qasim memberitahu agensi berita Jiji ketika dalam perjalanan untuk
mesyuarat itu, beliau tidak dapat menghubungi kerajaan Iraq sejak Baghdad jatuh kepada
tentera penceroboh.
Duta akui kerajaan Saddam digulingkan
11 April 2003 - Duta Iraq ke PBB, Mohammed Al-Douri mengisytiharkan bahawa kerajaan
Presiden Saddam Hussein telah digulingkan oleh tentera penceroboh yang diketuai oleh
Amerika Syarikat (AS) dengan menganggap `semuanya sudah berakhir.' Justeru, pengakuan
itu menjadikan beliau adalah pegawai rasmi Saddam yang pertama mengakui kekalahan Iraq
kepada tentera penceroboh tersebut. Ditanya apakah yang dimaksudkan dengan `permainan
telah tamat' itu semalam, beliau berkata: ``Perang.''
Firma Britain desak kerajaan bantu dapat kontrak di Iraq
11 April 2003 - Syarikat-syarikat Britain mendesak kerajaan supaya membantu mereka
mendapatkan kontrak utama pembinaan semula Iraq. Berikutan kejatuhan rejim Iraq di tengah
Baghdad, Biro Pakar Perunding dan Pembinaan Britain (BCCB) yang mewakili 300 firma utama
bertemu para pegawai Whitehall mengenai kebimbangan mereka itu. Perdana Menteri Tony
Blair telah menafikan dakwaan bahawa syarikat Amerika Syarikat (AS) akan mengaut
keuntungan daripada perang itu dengan mendapat kerja-kerja pembinaan yang bernilai tinggi
itu.
Nasib Saddam masih misteri
11 April 2003 - Kehilangan para pemimpin dan pegawai atasan Iraq secara tiba-tiba
semalam, menimbulkan misteri dan membingungkan pasukan pengintip tentera Amerika
Syarikat (AS) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang ditugaskan untuk memantau pergerakan
mereka. Hampir kesemua pemimpin ini dapat menghilangkan diri setelah kerajaan rejim
Saddam Hussein tumbang dan Baghdad dikuasai oleh tentera penceroboh yang diketuai oleh
AS semalam. Pasukan CIA dan pasukan operasi khas tentera yang memburu pucuk pimpinan
Iraq mendapati bahawa para pemimpin Parti Baath, para pemimpin Pengawal Republik, tentera
dan pegawai tinggi kerajaan tidak berada di pejabat masing-masing semalam, menurut laporan
Washington Post hari ini
Dunia Arab terkejut, malu lihat rejim Saddam tumbang
11 April 2003 - Dunia Arab terkejut apabila melihat Baghdad tumbang begitu mudah dan
penduduk Iraq meraikan kejatuhan rejim itu dengan meruntuhkan patung Presiden Saddam
Hussein. Gelagat penduduk Iraq mengalu-alukan kedatangan tentera penceroboh yang
disiarkan secara langsung di kebanyakan negara semalam, menimbulkan rasa malu dan
bingung di dunia Arab malahan ada yang rasa cemburu. Penduduk Palestin yang menonton
siaran stesen satelit Al-Jazeera dan Abu Dhabi terperanjat menyaksikan patung Saddam
diruntuhkan di pusat bandar Baghdad selepas tumbangnya rejim Saddam.
Mullah Omar minta umat Islam tentang kuasa asing
8 April 2003 - Pemimpin kanan Taliban, Mullah Mohammad Omar yang masih gagal dikesan
Amerika Syarikat, mengeluarkan kenyataan terbaru meminta semua umat Islam Afghanistan
terus bangkit menentang kuasa asing dan berikrar serangan gerila ke atas tentera asing itu
akan bertambah selepas ini. Sebuah perkhidmatan media Pakistan, melaporkan, Omar dalam
pita rakaman yang diedarkan dekat Kandahar itu turut mengesahkan pemimpin al-Qaeda,
Osama bin Laden masih hidup dan berkeadaan sihat. eliau kini memimpin pertubuhan itu
dari satu tempat rahsia yang tidak boleh dikesan askar Amerika dan kerajaan boneka
Afghanistan.
Tiga istana Saddam ditawan
8 April 2003 - Tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) melancarkan
serangan kilat ke tengah-tengah Baghdad hari ini dan menawan tiga istana termasuk istana
utama Presiden Saddam Hussein di tebing Sungai Tigris. Sebagai simbol kejayaan mereka,
tentera AS memacakkan bendera negara kuasa besar itu di ketiga-tiga istana tersebut dan
menurunkan semua gambar serta patung Saddam yang menghiasi istana berkenaan. Pegawai
AS berkata, serangan hari ini bukan serangan habis-habisan untuk menawan Baghdad tetapi
untuk menunjukkan kepada rejim Saddam bahawa tentera AS boleh memasuki ibu kota
dengan sesuka hati pada bila-bila masa.
5 juta penduduk Baghdad hadapi krisis kesihatan
8 April 2003 - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran kira-kira
lima juta penduduk Baghdad bakal menghadapi krisis kesihatan kerana semua hospital di sini
dipenuhi mangsa yang cedera akibat perang. Jurucakap WHO, Fadela Chaib berkata, agensi itu
menjangkakan krisis kesihatan di ibu kota Iraq itu semakin buruk dalam waktu terdekat.
Menurutnya, serangan bom yang bertalu-talu oleh tentera penceroboh menyebabkan
kemusnahan infrastruktur dan kemalangan jiwa di kalangan penduduk awam.
Demonstrasi terus meletus seluruh dunia
8 April 2003 - Ketika tentera penceroboh yang diketuai Amerika Syarikat (AS) mendakwa
berjaya menawan kota Baghdad hari ini, demonstrasi membantah peperangan terus meletus di
kebanyakan negara di seluruh dunia. Di London, enam wanita sanggup berbogel dalam satu
protes sebagai menyatakan kemarahan mereka dengan perang di Iraq. Enam wanita itu
berbogel dalam satu tunjuk perasaan di Northwood, kira-kira 170 kilometer ke utara London
yang turut disertai oleh lebih 200 orang yang lain.
Operasi tentera AS merupakan `pertunjukan kekuatan'
8 April 2003 - Operasi tentera Amerika Syarikat (AS) yang berjalan sekarang di Baghdad
merupakan `pertunjukan kekuatan' untuk menyampaikan mesej jelas kepada rejim Iraq tetapi
tidak semestinya menjadi `pertempuran untuk menguasai Baghdad' seperti yang dijangkakan,
menurut Pentagon hari ini. ``Operasi ini untuk menunjukkan kekuatan dan dirancang untuk
memperlihatkan keazaman AS dan kehadiran askar AS dengan lebih jelas,'' kata seorang
jurucakap Pentagon kepada pemberita.
Ramai rakyat Britain tidak sokong AS tadbir Iraq
8 April 2003 - Rancangan Washington untuk menjalankan pentadbiran selepas perang tamat
di Iraq hampir tidak mendapat sokongan daripada orang awam Britain, menurut satu kaji
selidik yang disiarkan hari ini. Majoriti responden menyokong pendirian Perdana Menteri
Britain, Tony Blair bahawa pentadbiran mesti dibentuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) dalam tempoh peralihan sebelum rakyat Iraq mentadbir sendiri negara mereka.
Pendirian Blair itu tidak menyokong sama sekali Iraq ditadbir oleh Amerika Syarikat (AS).
Peristiwa di Baghdad hampir sama Beirut ditakluk Israel
8 April 2003 - Peristiwa yang berlaku di Baghdad sekarang mengimbau insiden penaklukan
Beirut, Lebanon oleh Israel 21 tahun lalu, menurut stesen televisyen satelit Al-Jazeera.
``Keadaannya hampir sama,'' kata Elias Atallah ketika ditemu bual oleh stesen berbahasa Arab
itu. Pada tahun 1982, Elias bertanggungjawab dengan sebuah kumpulan yang
mempertahankan Beirut daripada penaklukan Israel. Pada tahun itu, Israel menakluki Lebanon
untuk menghapuskan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan melakukan serangan
udara bertubi-tubi, disusuli pula tembakan kereta kebal dan bedilan dari arah laut.
400 separa tentera didakwa dibunuh
8 April 2003 - Tentera Amerika Syarikat mendakwa membunuh kira-kira 400 askar separa
tentera dalam pertempuran selama dua hari di bandar Karbala, kata jurucakap pasukan
Divisyen Operasi Udara Ke-101, Mejar Hugh Cate kepada AFP semalam. Cate berkata, Briged
Divisyen Kedua menawan bandar suci Syiah semalam selepas menewaskan kira-kira 500 askar
yang setia kepada Presiden Saddam Hussein. ``Pasukan itu menyerang bagi mengalahkan
pasukan separa tentera dan menawan bandar itu. ``Dan mereka berjaya melakukannya
AS perlu berada di Iraq dua tahun
8 April 2003 - Pemimpin pembangkang di Iraq membayangkan tentera penceroboh, Amerika
Syarikat (AS) perlu terus berada di negara Teluk itu sekurang-kurangnya selama dua tahun
selepas menggulingkan Presiden Saddam Hussein. Pemimpin utama Kongres Kebangsaan Iraq
(INC), Ahmad Chalabi ketika diwawancara oleh stesen televisyen, CBS melalui program 60
Minutes berkata, tentera penceroboh perlu kekal di negaranya sehingga pilihan raya diadakan
dan kerajaan demokrasi mula memerintah. ``Saya belum bersedia untuk memberi satu
tempoh tetapi kami jangka perlembagaan dapat dirangka dalam tempoh dua tahun,'' ujarnya
dalam rakaman Khamis lalu di sebuah kawasan yang dikawal oleh puak Kurdis di timur laut
Iraq.
Iraq masih kuasai penuh dua kementerian
8 April 2003 - Kementerian Penerangan dan Kementerian Luar di Baghdad masih dikuasai
sepenuhnya oleh rejim Iraq yang menempatkan askar-askar Pengawal Republik bersenjata
lengkap dalam kedudukan bersiap sedia untuk bertempur di serata kawasan berkenaan.
Kementerian Luar hanya terletak beberapa ratus meter dari salah satu pintu pagar utama
Istana Presiden yang menurut tentera Amerika Syarikat (AS) telah diduduki oleh mereka.
Wartawan Reuters, Khaled Yacoub Oweis berkata, unit-unit Pengawal Republik yang masing-
masing membawa enam bom tangan pelancar roket bertaburan di seluruh kawasan
pentadbiran yang meliputi kedua-dua kementerian.
Pos-pos pemeriksaan diwujud di pintu masuk ke Baghdad
8 April 2003 - Amerika Syarikat (AS) hari ini berkata, pos-pos pemeriksaan telah diwujudkan
di semua pintu masuk ke Baghdad bagi menghalang pergerakan tentera Iraq, tetapi orang
awam masih dibenarkan untuk keluar dan memasuki ibu kota itu dengan bebas. ``Saya ingin
memberitahu apa yang kami laksanakan di Baghdad ketika mengepung ibu kota itu ialah kami
mempunyai pos-pos pemeriksaan di semua pintu masuk utama dan keluar bandar raya
tersebut,'' kata jurucakap Pusat Pemerintah AS, Mejar Rumi Nielson-Green kepada berita
televisyen, Fox News.
Tiga amaran bom beberapa jam sebelum ketibaan Bush, Blair
8 April 2003 - Tiga amaran bom dilaporkan di sini beberapa jam sebelum ketibaan ketua
negara penceroboh, Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan Perdana Menteri
Britain, Tony Blair bagi membincangkan isu Iraq. Amaran pertama membabitkan lapangan
terbang antarabangsa Belfast, iaitu lokasi pesawat Bush tiba pada pukul 6 petang (1 pagi
waktu Malaysia) dan pesawatnya berlepas selepas pemeriksaan dijalankan. Dua amaran lagi
adalah di Lapangan Terbang Bandar bagi penerbangan domestik dan di laluan utama antara
lapangan terbang antarabangsa dengan bandar yang kini dikawal oleh polis.
Pengeboman konvoi diplomat Rusia ancam hubungan
8 April 2003 - Insiden pengeboman konvoi diplomat Rusia di Baghdad semalam yang masih
belum jelas tetapi dilaporkan membimbangkan dan boleh mengancam hubungan antara Rusia
dengan Amerika Syarikat (AS). Setiausaha Negara AS Colin Powell yang cuba menenangkan
Rusia, menyatakan rakan sejawatnya, Igor Ivanov bahawa siasatan sedang dijalankan.
Penasihat Keselamatan Negara AS, Condoleezza Rice pula kini berada di Moscow untuk
memperbaiki hubungan tegang dengan Rusia.
30 askar AS terbunuh dalam serangan Pengawal Republikan
8 April 2003 - Seramai 30 askar Amerika Syarikat maut dan 50 cedera dalam pertempuran
dengan tiga batalion Pengawal Republikan di lapangan terbang antarabangsa Saddam,
semalam. Sekurang-kurangnya empat kereta kebal, empat kereta perisai dan sebuah
helikopter tentera penceroboh itu musnah, lapor agensi perisikan tentera Russia, GRU lewat
malam tadi. Tentera Iraq pula kehilangan 20 kereta kebal, 10 kereta perisai dan kira-kira 200
anggotanya terbunuh dan 300 lagi cedera. Tentera Amerika juga terus mendapat tentangan
hebat Pengawal Republikan Iraq di sekitar Baghdad hingga askar penceroboh gagal merempuh
pertahanan askar elit Iraq itu di Sungai Diyala.
Pesawat AS bom rakan, cebisan daging bertaburan
7 April 2003 - Wartawan Perbadanan Penyiaran British (BBC), John Simpson menyaksikan
mayat bergelimpangan serta cebisan daging manusia bertaburan, setelah sebuah pesawat
perang Amerika Syarikat (AS) mengebom konvoi yang membawa pasukan khas AS dan militia
Kurdis. ``Bom yang digugurkan oleh sebuah pesawat perang AS itu jatuh kira-kira empat
meter sahaja dari tempat saya berdiri,'' kata Simpson, Pengarang Hal Ehwal Dunia BBC yang
menyertai konvoi askar-askar AS berkenaan. Sumber-sumber hospital Kurdis menyatakan
sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh iaitu 18 militia Kurdis dan empat askar AS.
Tentera penceroboh diberi tentangan hebat
7 April 2003 - Tentera Penceroboh yang diketuai Amerika Syarikat (AS) hari ini berhadapan
dengan tentangan hebat daripada anggota-anggota separa tentera Iraq di Karbala. Divisyen
Payung Terjun ke-101 AS melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas bandar suci penduduk
Syiah itu ketika pejuang-pejuang Iraq mengambil kedudukan di atas bumbung di jalan raya
yang sempit untuk menyerang balas tentera penceroboh dengan pelancar roket dan rifel.
Helikopter Blackhawk, Chinook dan Apache berulang-alik menghantar tentera-tentera
penceroboh di luar bandar Karbala.
Saddam seru rakyat Iraq pertahan kota Baghdad
7 April 2003 - Presiden Saddam Hussein muncul di kaca televisyen sekali lagi lewat semalam
selepas menyeru rakyat Iraq supaya mempertahankan Baghdad dengan menyerang tentera
penceroboh di seluruh negara. Saddam tampil di televisyen ketika tentera Amerika Syarikat
(AS) memasuki ibu kota untuk kali pertama dan berundur semula selepas pertempuran sengit
dengan askar Iraq. Televisyen kerajaan menunjukkan Saddam mempengerusikan mesyuarat
dengan para penasihat tertinggi politik dan tentera termasuk dua anak lelaki beliau, Uday dan
Qusay.
Bantahan dunia terhadap perang terus memuncak
7 April 2003 - Kebangkitan masyarakat di seluruh dunia menentang perang di Iraq yang
diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) masih memuncak walaupun ramai yang berpendapat
konflik di negara Teluk itu kini semakin menuju penamatnya setelah melewati minggu ketiga.
Suara penunjuk perasaan masih jelas dan lantang kedengaran di AS, Britain dan Indonesia
manakala demonstrasi besar-besaran juga tetap berlaku di Sepanyol, Denmark dan Croatia. Di
Oakland, California misalnya, tunjuk perasaan besar-besaran berterusan untuk minggu ketiga
dengan beribu-ribu aktivis antiperang berarak sambil melaung-laungkan slogan anti-Presiden
AS, George W. Bush.
Imam dilucut taraf warganegara kerana sokongan kepada Saddam
7 April 2003 - Britain melucutkan taraf kewarganegaraan imam Abu Hamza Al-Masri kerana
menyokong serangan 11 September 2001 dan diharamkan berceramah di sebuah masjid di
sini, kata Setiausaha Dalam Negeri, David Blunkett, semalam. Blunkett berkata, beliau telah
memaklumkan perkara itu kepada Abu Hamza yang mendapat status kewarganegaraan setelah
berkahwin dengan wanita Britain. Abu Hamza merupakan orang pertama menjadi sasaran di
bawah langkah-langkah baru yang tujuannya menghantar pulang pendatang yang ungkapan
atau tindakan mereka menimbulkan masalah besar kepada kepentingan Britain.
Aktivis keamanan AS cedera parah ditembak askar Israel
7 April 2003 - Seorang aktivis keamanan rakyat Amerika Syarikat (AS) yang bertindak
sebagai perisai manusia di Tebing Barat, cedera parah semalam apabila tentera Israel
melepaskan tembakan ke arahnya. Brian Avery, 24, dari Albuquerque, New Mexico, mendengar
bunyi tembakan dan bergegas keluar dari pangsapuri yang didiaminya di Jenin untuk
menyiasat dan ketika itu, sebuah kereta perisai berada berhampiran beliau, kata Tobias
Karlsson, rakan sekumpulan dari Sweden. Kedua-dua mereka merupakan ahli kumpulan
menyokong rakyat Palestin-Pergerakan Bersatu Antarabangsa.
Monopoli minyak akan ditamatkan
7 April 2003 - Pihak pembangkang Iraq merancang untuk menamatkan monopoli negara itu
ke atas minyak dengan membuka peluang kepada syarikat antarabangsa untuk memainkan
peranan utama dalam industri tersebut selepas kejatuhan Saddam Hussein, kata pemimpin
pembangkang yang kini berada dalam buangan. ``Kami akan memecahkan monopoli minyak,''
kata Dara Attar, konsultan minyak Iraq yang berketurunan Kurdis kepada AFP, dua hari selepas
mesyuarat tersebut yang diadakan di London. ``Kerajaan itu nanti akan menjadi sebuah
negara persekutuan, oleh itu sistem ekonomi akan berbeza.
Larangan perjalanan dikuatkuasakan di Baghdad
7 April 2003 - Stesen televisyen Iraq berkata, pihak berkuasa negara itu menguatkuasakan
larangan perjalanan di Baghdad dari pukul 6 petang hingga 6 pagi mulai malam ini berikutan
tentera penceroboh semakin menghampiri ibu negara Iraq itu. ``Telah ditetapkan bahawa
akan diadakan larangan pergerakan kenderaan dan orang awam dari dan ke Baghdad antara 6
petang hingga 6 pagi sehingga diberitahu kelak,'' kata seorang juruhebah stesen televisyen
berkenaan. Sebaik sebelum pengumuman dibuat, koresponden Reuters di tengah Baghdad
mendengar bunyi artileri sengit dari kawasan luar bahagian barat bandar itu.
Tentera AS kuasai kedudukan di barat, utara dan selatan
7 April 2003 - Askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang dibantu pesawat-pesawat perang
menguasai hampir semua kedudukan dalam usaha mereka mengepung ibu kota Baghdad
kecuali sebelah timur, yang dijangka dikuasai pasukan marin tidak lama lagi. Sehingga lewat
malam ini, askar-askar AS dilaporkan menguasai kedudukan di sebelah barat, utara dan
selatan Baghdad. Jurucakap tentera darat AS, Mejar Ross Coffman berkata, askar-askar dari
Divisyen Infantri Ketiga kini mengambil kedudukan di bahagian barat Baghdad dan menunggu
pasukan marin AS menguasai kedudukan di sebelah timur.
PBB perlu ketuai pembinaan semula Iraq selepas pentadbiran sementara
7 April 2003 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengetuai pembinaan semula
Iraq apabila pentadbiran sementara tentera selesai menjalankan tugas selepas perang di
negara itu, kata Menteri Kabinet Britain, Peter Hain hari ini. ``Paling penting PBB perlu
mengetuai pembangunan semula Iraq selepas pentadbiran sementara dan perkara ini penting
kepada Britain dan Kesatuan Eropah (EU),'' kata Hain kepada The Sunday Telegraph. Ujar
beliau, langkah itu akan membuka ruang kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan
semula Iraq yang besar daripada EU.
Tentera wanita AS pertama terbunuh
7 April 2003 - Lori Ann Piestewa, 23, adalah tentera wanita Amerika Syarikat (AS) yang
pertama terbunuh dalam operasi pencerobohan ke atas Iraq, kata Pentagon, semalam. Beliau
yang berketurunan suku Hopi Indian, berkhidmat dengan Kompeni Penyelenggaraan ke-507
yang berpangkalan di Fort Bliss, Texas. Piestewa adalah salah seorang daripada anggota konvoi
yang diserang hendap oleh tentera Iraq pada 23 Mac lalu berdekatan bandar Nasiriyah.
Terlalu awal untuk isytihar kemenangan - Howard
7 April 2003 - Perdana Menteri Australia, John Howard hari ini mengakui terlalu awal untuk
tentera penceroboh mengisytiharkan kemenangan di Iraq walaupun tentera di negara itu dilihat
tidak mampu memberi tentangan kepada mereka, yang kini berada di Baghdad. Sambil
bersetuju dengan kenyataan Amerika Syarikat (AS) bahawa adalah tidak relevan lagi sama ada
Presiden Iraq, Saddam Hussein itu hidup atau mati, Howard berkata, kejayaan dalam perang
tidak hanya bergantung kepada membawa pemimpin diktator Iraq itu ke muka pengadilan.
Sedia pertahan Baghdad
7 April 2003 - Penduduk Iraq di ibu kota Baghdad, membabitkan semua peringkat umur
memulakan persediaan perang selepas tentera Amerika Syarikat masuk ke bandar itu kelmarin.
Askar Iraq disertai militia Fedayeen, anggota Parti Baath, belia dan remaja mengambil
kedudukan masing-masing di seluruh kota itu, lapor stesen televisyen Britain, Sky News. Ibu
Pejabat Tentera Amerika di Qatar mendakwa, tenteranya masuk ke tengah Baghdad buat kali
pertama kelmarin. Tetapi, askar itu segera keluar menuju lapangan terbang, lapor Sky News
Mangsa anggap Blair, Bush manusia kejam
7 April 2003 - Rakyat Iraq mempersoalkan tindakan Amerika Syarikat dan Britain yang
kononnya mahu memberi bantuan kemanusiaan dan menzahirkan rasa simpati sedangkan
orang awam terus menjadi mangsa serangan mereka. Mereka mempersoalkan apakah Presiden
Amerika George W Bush dan Perdana Menteri Tony Blair, mempunyai sifat perikemanusiaan
berikutan tindakannya mengarahkan tentera menyerang Iraq, menyaksikan orang awam yang
menjadi mangsa. Seorang lelaki tua yang menangis di depan keranda anak perempuannya,
menyuarakan kebenciannya terhadap tentera Amerika dan Britain. Isterinya dan seorang lagi
anak perempuan duduk di tempat kotor di luar rumah mayat dalam keadaan terkejut dan sedih
yang amat sangat.
Amerika dinasihat bekerjasama dengan PBB
7 April 2003 - Amerika tidak boleh mengambil tanggungjawab secara bersendirian untuk
membangunkan semula Iraq selepas perang, tetapi sepatutnya membabitkan negara
sekutunya serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata dua senator Amerika,
semalam. Dua senator itu, yang menulis dalam Washington Post iaitu anggota Demokrat,
Joseph Biden dan Republikan, Chuck Hagel, memberikan lima alasan kenapa perlunya
pembabitan masyarakat antarabangsa dalam pembangunan semula Iraq selepas perang.
Mereka yang turut menganggotai Jawatankuasa Senat Perhubungan Antarabangsa, berkata
pertimbangan pertama yang perlu diambil bagi pembangunan semula ekonomi Iraq dengan
Amerika tidak boleh membiarkan bebanan ekonomi yang dianggarkan antara US$20 dan
US$25 bilion untuk tempoh 10 tahun atas tanggunggan sendiri.
Bekas jeneral pro-Israel tadbir Iraq
7 April 2003 - Amerika Syarikat merancang untuk menubuhkan peringkat pertama
pentadbiran sivil menguruskan Iraq selepas perang di bandar pelabuhan Umm Qasr, selatan
negara itu, seawal-awalnya esok. Seorang pegawai Amerika yang enggan namanya disiarkan
ketika ditemuramah Reuters berkata ahli Jabatan Pembangunan Semula dan Bantuan
Kemanusiaan Pentagon (OHRA) dijadualkan memulakan operasi di pelabuhan itu seawal esok.
OHRA menjadi tumpuan kontroversi antarabangsa apabila Washington dikritik kerana melantik
diri sendiri mengetuai usaha pembangunan semula Iraq dan bukannya Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB).
112 bilion tong minyak belum diusik
7 April 2003 - Pusat Kajian Tenaga Global (CGES) yang berpusat di London menganggarkan,
Iraq masih mempunyai 11 peratus simpanan minyak dunia dengan 112 bilion tong minyak
masih tidak terusik di dalam buminya. Ia masih mempunyai 2,000 telaga minyak yang
mengepam kira-kira 2.5 juta tong minyak sehari dari 15 kawasan utama di utara, selatan dan
timur Iraq. Kapasiti sebenar telaga minyak berkenaan dianggarkan lebih tinggi iaitu kira-kira
2.8 juta tong sehari. Iraq mempunyai 12 kilang penapisan minyak dengan kapasiti keseluruhan
berjumlah 677,000 tong sehari, yang terbesar adalah Bassora terletak di selatan dan Baiji di
utara yang masing-masing boleh mengeluarkan 170,000 dan 150,000 tong sehari.
Tantawi restui perjuangan sukarelawan Islam di Iraq
7 April 2003 - Ulama terkenal Mesir yang mengutuk pencerobohan Amerika Syarikat dan
sekutunya di Iraq serta menyifatkan ia sebagai tindakan pengganas, merestui pemergian
sukarelawan Islam ke Iraq untuk membantu rakyat negara itu menghalau penjajah. Sheikh
Mohamed Sayyed Tantawi berkata, sesiapa saja yang menyerang orang lain, menumpahkan
darah, merosakkan negara orang dan menjatuhkan maruah orang lain adalah pengganas.
Tantawi, bagaimanapun berkata pencerobohan terhadap Iraq bukan satu perang salib terhadap
Islam kerana banyak negara dan pemimpin Kristian termasuk Pope John Paul II, menentang
serangan itu. Tantawi juga menjelaskan serangan berani mati dibenarkan mengikut undang-
undang Islam bagi menentang pencerobohan.
Howard ramal perang makan masa
7 April 2003 - Masih terlalu awal untuk mengatakan perang sampai ke penghujungnya
walaupun askar Amerika dan sekutunya sudah sampai ke Baghdad, kata Perdana Menteri
Australia, John Howard. empen perang berjalan dengan baik dan rakyat Iraq tidak
menunjukkan apa-apa tanda tentangan ketenteraan sistematik. Namun, berkemungkinan ia
berlanjutan untuk sedikit masa lagi,?katanya kepada saluran televisyen Channel Seven.
Australia mempunyai 2,000 pasukan tentera di teluk yang bergabung dengan Amerika Syarikat
dan Britain dan Howard baru-baru ini menghadapi soalan bertubi-tubi bertanyakan bilakah
mereka akan pulang.
12 mati, pesawat AS bom tentera sendiri
7 April 2003 - Sebuah pesawat Amerika mengebom pasukan komando Amerika dan
penduduk awam Kurdis yang sedang berkonvoi di utara Iraq menyebabkan sekurang-
kurangnya 12 orang terbunuh, kata seorang wartawan BBC yang menyaksi kejadian itu.
Wartawan berkenaan John Simpson, pengarang hal ehwal dunia BBC memberitahu
televisyen:?Saya mengira 10 hingga 12 mayat tentera Amerika.? ni satu pemandangan dari
neraka di sini. Kenderaan terbakar dan mayat bergelimpangan di sana sini,?tambahnya.
ereka menembak orang mereka sendiri. Mereka juga membunuh ramai penduduk awam. Saya
hanya dapat melihat mayat itu dan ini sangat memilukan,?kata Simpson kepada televisyen
BBC.
Akhbar ingatkan Bush padah jika perang berlanjutan
7 April 2003 - Rancangan membina semula Iraq kemungkinan memerlukan puluhan ribu
pekerja separuh masa, tentera orang awam dalam Pengawal Kebangsaan dan pelbagai anggota
simpanan ketenteraan. Tentera simpanan biasanya berkhidmat ketika peperangan. Tetapi,
pada dekad lalu, mereka berulang kali dipanggil untuk misi yang biasanya memerlukan
perpindahan jangka panjang di luar negara. Sistem berkenaan mempunyai manfaat, kedua-
duanya adalah dari segi kecekapan kos dan mengekalkan kemasukan orang awam ketika
berlaku krisis kebangsaan. Tetapi, pergantungan lebih terhadap tentera simpanan untuk
perkhidmatan lebih masa, menjurus kepada meningkatnya masalah yang timbul.
Bekas pegawai cemuh pelan perang Amerika
7 April 2003 - Pelan perang Amerika Syarikat di Iraq dicemuh lagi apabila dianggap tidak
berkesan memandangkan kegagalan tentera penceroboh menawan lebih dari satu atau dua
bandar di negara Teluk itu walaupun sudah masuk minggu ketiga serangan. Selain itu, wujud
anggapan bahawa mesej diplomatnya juga tidak boleh dipercayai. Walaupun Setiausaha
Negara Amerika, Colin Powell kerap kali menegaskan tenteranya berjaya mengawal Iraq, bekas
pegawai Kongres, Joseph Cirincione tidak bersetuju dengan kenyataannya.
Pengawal Ali Kimia maut diserang askar AS
7 April 2003 - Beberapa pengawal peribadi orang kanan Presiden Saddam Hussein, Ali
Hassam al-Majid atau lebih dikenali sebagai li Kimia?disahkan terbunuh dalam serangan
pesawat tentera bersekutu tetapi nasib Ali masih tidak diketahui, kata pegawai Pusat
Pemerintahan Tentera Amerika semalam. Pegawai itu berkata mayat mereka yang dikenal pasti
itu ditemui di bawah runtuhan rumah Ali Hassan yang musnah dalam serangan udara terbabit.
Pemimpin Iraq itu mendapat gelaran Ali Kimia kerana tindakannya mengarahkan serangan gas
beracun yang membunuh beribu rakyat Kurdis pada 1988.
Tentera penceroboh terdedah strok haba
6 April 2003 - SUDAH lebih dua minggu bumi Iraq menjadi sasaran tentera Amerika Syarikat
dan sekutunya. Pertempuran sengit itu yang berpanjangan sekarang turut mengancam
kesihatan dan nyawa tentera penceroboh di gurun yang kontang dan gersang itu. Tentera
Amerika dan Britain terdedah kepada ancaman dan komplikasi hipertermia iaitu keadaan
apabila suhu badan seseorang menjadi terlalu tinggi sehingga melebihi 40 Celsius akibat cuaca
panas terik dan kering, terutama di padang pasir.
Amerika guna media untuk halalkan peperangan
6 April 2003 - Liputan akhbar berkaitan perang harus mengikut acuan dan kaca mata
Amerika. Itulah gambaran sebenar kebebasan akhbar yang selama ini dilaungkan Amerika
kononnya hanya Washington saja mengamalkan kebebasan media mutlak. Pencerobohan ke
atas Iraq yang sudah masuk hari ke-17 menyaksikan bagaimana Amerika memperalat dan
menggunakan wartawan, khususnya Cable News Network (CNN), ABC News dan akhbar Barat
lain, termasuk Al-Jazeera dalam propagandanya supaya dunia menyokong misi tentera Amerika
dan sekutunya. Amerika melaksanakan konsep mbedded reporting?pada pencerobohan kali
ini dengan membenarkan wartawan mengikut pergerakan tenteranya di seluruh Iraq, sekali gus
laporan yang diberikan juga perlu memihak kepada kepentingannya.
Askar British guna bendera elak serangan tentera Amerika
6 April 2003 - Tentera British di Teluk memesan bendera Union Jack menerusi Internet untuk
mengelakkan kejadian tembakan daripada rakan sendiri. Menurut laporan, askar British mahu
menggunakan bendera itu sebagai tanda pengenalan diri dan kenderaan mereka kepada
tentera sekutu AS. alam sesuatu konflik yang mana tembakan daripada rakan sendiri
mengorbankan lebih banyak nyawa rakan seperjuangan daripada musuh, Union Jack boleh
memberi lebih perlindungan daripada topi Kevlar atau mana-mana perisai badan,?kata The
Times.
Pegawai Bush berebut letak kroni di Iraq
6 April 2003 - Pentadbiran Presiden George W Bush meneruskan usaha merangka kerajaan
baru Iraq, biarpun wujudnya perbalahan dua penjuru antara Pentagon dan naib Presiden, Dick
Cheney dengan Jabatan Negara dan Kongres di ibu negara. Perbalahan itu pula bukan setakat
membabitkan pegawai Amerika yang bakal menerajui kerajaan baru itu tetapi peranan
pemimpin pembangkang Iraq yang hidup dalam buangan, PBB serta perebutan Jabatan Negara
pimpinan Colin Powell dan Donald Rumsfeld dan timbalannya, Paul Wolfowitz yang disokong
Cheney. Malah, menurut akhbar Britain The Independent semalam, sekumpulan akal menteri
baru?Iraq sudah berkumpul di Kuwait untuk mengetahui nasib mereka bekerja di bawah bekas
jeneral Amerika, Jay Garner yang terkenal dengan sikap anti-Islam yang akan mengendalikan
urusan bukan tentera dalam kerajaan baru itu.
Sentimen antiperang terus memuncak di seluruh dunia
6 April 2003 - Sentimen antiperang di seluruh dunia terus memuncak walaupun perang ke
atas Iraq yang diketuai tentera penceroboh Amerika Syarikat (AS) kini telah memasuki minggu
ketiga. Di kebanyakan negara demonstrasi dan tunjuk perasan membantah perang di Iraq
masih berlarutan dengan beribu-ribu orang membanjiri jalan utama, membawa kain pemidang
dan sepanduk sebagai cara mereka menyatakan rasa marah dengan tindakan tentera
penceroboh ke atas Iraq. Di Britain hari ini, satu protes mingguan dirancang bagi membantah
perang di Iraq termasuk perarakan besar-besaran di hadapan Kedutaan AS di London
Sarjan Hasan didakwa lakukan pembunuhan
6 April 2003 - Seorang anggota tentera dari Divisyen Payung Terjun ke-101 didakwa atas
kesalahan membunuh dalam kejadian serangan bom tangan ke atas khemah pegawai di Kuwait
yang menyebabkan dua orang anggota tentera terbunuh. Sarjan Hasan Akbar, 32, didakwa
pada 25 Mac lalu kerana melakukan pembunuhan yang dirancang dan 17 tuduhan cubaan
membunuh di bawah undang-undang tentera.
Bom berangkai: Lapan orang awam cedera
6 April 2003 - Lapan orang awam Iraq di sini cedera selepas tentera penceroboh
menggugurkan dua bom berangkai, menurut penduduk kepada agensi berita, AFP semalam.
Beberapa bom kecil bertebaran di sekitar laman antara blok-blok bangunan sementara ibu
bapa berusaha melindungi dan menjauhkan anak-anak mereka daripada tercedera. ``Dua bom
jatuh di kawasan kami kira-kira pukul 3 pagi (2300 GMT Jumaat), kemudian terdapat dua
bedilan peluru berpandu,'' kata Samir berusia 35 tahun yang tinggal di Al-Baladiyat dekat
bahagian tenggara bandar raya ini
Keadaan di hospital Baghdad amat ngeri
6 April 2003 - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menggambarkan keadaan amat
mengerikan di sebuah hospital di selatan Baghdad dengan beratus-ratus mangsa serangan bom
tentera penceroboh mengalami kecederaan yang teruk termasuk terputus anggota kaki dan
tangan. Floran Westphal, seorang anggota Jawatankuasa Palang Merah dari Geneva berkata,
petugas-petugasnya menyaksikan hospital yang mempunyai 280 katil itu dipenuhi dengan
mangsa serangan bom tentera penceroboh. Seorang doktor dari Jawatankuasa Palang Merah di
bandar Hilla, 10 kilometer dari selatan Baghdad memberitahu CNN, kira-kira 280 penduduk
Iraq cedera dalam serangan bom dan pertempuran sengit dalam tempoh 48 jam lalu.
Kelly wartawan pertama AS terbunuh dalam perang di Iraq
6 April 2003 - Kolumnis Washington Post, Michael Kelly terbunuh malam kelmarin semasa
menaiki kenderaan Humvee bersama dengan Divisyen Infantri Ketiga Amerika Syarikat (AS) di
Iraq. Kelly merupakan wartawan pertama AS terbunuh dalam perang di Iraq. Dia merupakan
pengarang majalah Atlantic Monthlyf dan kolumnis Washington Post. Komander Brigade
Pertama Divisyen Infantri Ketiga AS, Kolonel Will Grimsley berkata, Kelly dan seorang anggota
tentera terbunuh apabila kenderaan Humvee yang mereka naiki terbabas ke dalam terusan
ketika mengelak tembakan tentera Iraq.
Keluarga hilang orang tersayang diberi pampasan
6 April 2003 - Presiden Iraq Saddam Hussein mengarahkan supaya pampasan dibayar
kepada keluarga-keluarga yang menderita akibat kehilangan orang tersayang dalam serangan
tentera penceroboh pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang bermula 20 Mac lalu. Naib Presiden,
Taha Yassin Ramadan yang dipetik oleh televisyen satelit Iraq memberitahu, Saddam
mengarahkan sejumlah bantuan yang besar dibayar kepada orang-orang awam dan pejuang
dalam peperangan itu. Dalam satu tindakan lain pula, Presiden Iraq itu mahu wang pampasan
turut dibayar kepada mana-mana pemilik yang rumah mereka musnah akibat bedilan `tentera
musuh'.
Seorang komander AS dilucutkan jawatan
6 April 2003 - Seorang komander Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai kemaraan tentera
marin dari selatan Iraq menuju ke Baghdad telah dilucutkan daripada jawatannya atas sebab-
sebab yang tidak didedahkan, kata seorang jurucakap tentera AS semalam. Pegawai
Perhubungan Awam, Steven Schweitzer semalam berkata, tiada sebab diberikan berhubung
keputusan pelucutan jawatan Kolonel Dowdy, iaitu Komander Pasukan Tempur, Rejimen
Pertama Marin AS.
Bekalan makanan di Iraq cukup untuk sebulan lagi
6 April 2003 - Wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di
Iraq, Carel De Rooy berkata, bekalan makanan bagi penduduk Baghdad hanya mencukupi
untuk tempoh sebulan lagi. Menurutnya, lebih daripada 60 peratus rakyat Iraq hanya
menerima satu paket makanan untuk tempoh selama sebulan dan ia sangat rendah dari segi
kandungan protein. Semasa melancarkan rayuan mengisi tabung untuk membantu kanak-
kanak Iraq bagi tempoh enam bulan akan datang, De Rooy berkata, paket makanan itu
sebahagian daripada program minyak untuk makanan kelolaan PBB.
Dua wanita berani mati warga Iraq
6 April 2003 - Televisyen satelit Al-Jazeera semalam menyiarkan imej dua wanita yang
didakwa menjadi pengebom berani mati dalam satu serangan yang mengakibatkan tiga
anggota tentera penceroboh terbunuh. Dalam siaran itu, Al-Jazeera mengenal pasti kedua-dua
wanita itu sebagai rakyat Iraq yang bernama Nour Qaddour Al-Shammari dan Wadad Jamil
Jassem. Kedua-duanya turut terbunuh dalam serangan itu. Al-Jazeera menunjukkan imej
mereka berikrar untuk melakukan serangan ke atas tentera penceroboh dalam perang di Iraq
yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) demi mempertahankan tanah air sendiri.

Tentera AS bunuh 7 lagi orang awam
6 April 2003 - Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam sekali lagi bertindak kejam
membunuh tujuh orang awam termasuk tiga kanak-kanak di dalam beberapa kenderaan yang
dikatakan cuba merempuh satu sekatan jalan raya di tenggara Baghdad. Wartawan ABC NEWS,
Mike Cerre yang membuat liputan bersama Rejimen Marin Kelima AS mendakwa, insiden itu
berlaku apabila sebuah kenderaan yang menghampiri sekatan jalan raya gagal berhenti
menyebabkan tentera AS menembak cermin depan dan tayar kereta itu. Menurutnya, seorang
lelaki terbunuh dalam kejadian tersebut.
Tentera Pengawal Republik halau askar-askar AS di Lapangan terbang
6 April 2003 - Kurang 24 jam selepas tentera penceroboh menguasai Lapangan Terbang
Antarabangsa Saddam, tentera Pengawal Republik didakwa berjaya menawan semula
kedudukan itu dan menghalau askar-askar Amerika Syarikat (AS) dari situ. Turut terbabit
dalam misi menawan semula itu ialah seorang pengebom berani mati, tetapi tiada sebarang
kematian atau kecederaan dilaporkan. Menteri Penerangan Iraq, Mohammed Saeed Al-Sahaf
pada sesi taklimat harian kepada wartawan hari ini berkata ``pasukan Pengawal Republik
menguasai sepenuhnya Lapangan Terbang Antarabangsa Saddam.''
Ringkasan Berita sebelum 2 April 2003

Dikendalikan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD).
Lot 3672, Tingkat 2, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-8485001
E-mel : tranung2000@yahoo.com atau Webmaster : tokgulu@hotmail.com
http://www.tranungkite.net/lama/iraq.htm
Kesan Negatif Perang Iraq
2012-07-24 13:37:29 CRI

Cetak
Siri serangan ganas yang berlaku di Iraq dalam tempoh dua hari yang lalu mengakibatkan seramai
300 orang terkorban atau tercedera. Serangan tersebut merupakan serangan al-Qaeda yang paling
ganas selepas pengunduran tentera AS dari negara tersebut pada hujung tahun lepas. Ia
menampakkan tujuan kumpulan pengganas tersebut untuk meningkatkan ketidakstabilan di
kawasan Asia Barat.
Selepas perang antara AS dan Iraq pada tahun 2003, kekuatan kumpulan al-Qaeda semakin
meningkat melalui kerjasamanya dengan organisasi antikerajaan lain di Iraq. Ironinya, sebelum
perang tersebut, al-Qaeda tidak begitu berkuasa di negara tersebut. Ia cuma berleluasa selepas
penggulingan rejim Saddam. Sebagai persiapan untuk mengundurkan tenteranya, sejak tahun 2007
lagi AS telah meningkatkan usaha untuk melumpuhkan kumpulan pengganas di Iraq.
Pada hujung tahun lalu, AS telah berundur dari Iraq. Menurut pihak kerajaan AS, sejarah akan
mengadili keputusan negara itu untuk berperang di Iraq, dan AS sudah membangunkan keupayaan
tadbir urus sendiri kerajaan Iraq. Namun, keadaan di negara tersebut semakin hari semakin buruk.
Kebangkitan al-Qaeda di Iraq berkait langsung dengan peperangan pada tahun 2003. Kematian dan
kecederaan, kemusnahan harta benda dan konfrontasi antara puak keagamaan selepas perang
tersebut membuka laluan kepada kumpulan pengganas itu. Pergolakan di Yemen dan kawasan
Afrika Utara serta krisis Syria turut memberikan peluang baharu kepada kumpulan tersebut untuk
menyebarkan pengaruhnya. Di kawasan-kawasan tersebut, al-Qaeda bukan sahaja mengatasi AS,
tetapi juga cuba untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada untuk membina kerajaan konservatif
pelampau yang baharu.
Walaupun ditentang masyarakat antarabangsa, AS tetap melancarkan perang di Iraq demi membina
satu model demokrasi pro-Amerika di kawasan Asia Barat. Namun, ketidakupayaan kerajaan Iraq
untuk mengawal keadaan dalam negeri dan kegiatan pengganas yang semakin serius menggugat
keselamatan negara itu.Siri serangan ganas yang berlaku di Iraq baru-baru ini mengingatkan orang
ramai bahawa pelaksanaan matlamat strategik melalui kaedah perang akan memberikan kesan
negatif jangka panjang kepada keselamatan dunia.
http://malay.cri.cn/601/2012/07/24/242s132913.htm
Home
Berita
Luar Negeri
Artikel
Luar
Negeri
Kasan
Mulyono
Jadikan Teman | Kirim Pesan

Mantan wartawan. Mantan humas. Sekarang menggeluti CSR. Penyuka rujak cingur dan plecing.
Penggemar futsal dan badminton. Menulis. Membaca. Sastra. Manajemen. Ekonomi. Arek
Jombang. Tinggal di Mataram. Kerja di Sumbawa. Karyawan PTNNT. Pendapat pribadi. Tidak
mewakili PTNNT.
REP | 25 March 2013 | 02:02 Dibaca: 1191 Komentar: 0 3
Ya, Perang Iraq memang demi minyak, dan perang ini ada pemenangnya: Perusahaan Minyak
Besar. Demikian laporan CNN pekan ini dalam memeringati 10 tahun Perang Iraq yang
dipimpin Amerika Serikat untuk mendongkel Presiden Saddam Husein dan rejimnya.
Memang perang perang telah berakhir sepuluh tahun lalu dan sebagian besar tentara AS sudah
ditarik, namun bagi perusahaan minyak barat, mereka baru memulai. Pra-perang, industri minyak
Iraq sepenuhnya dinasionalisasi dan tertutup, kini sepuluh tahun pascaperang, industri minyak
Iraq sebagian besar dikelola swasta dan kebanyakan didominasi perusahaan asing.
Perusahaan-perusahaan minyak besar dunia telah buka warung di Iraq: ExxonMobil, Chevron,
BP dan Shell. Demikian juga perusahaan-perusahaan jasa perminyakan AS termasuk Halliburton,
firma berbasis di Texas yang pernah dijalankan oleh Dick Cheney sebelum menjadi pasangan
George W. Bush pada 2000.
Perang merupakan satu dan satu-satunya cara bagi aksed yang telah lama diinginkan dan baru
bisa dibuka.
Minyak bukanlah satu-satunya tujuan Perang Iraq, namun minyak tentunya merupakan alasan
utama, sebagaimana dibuktikan oleh sejumlah pejabat tinggi militer dan politik pada tahun-tahun
setelah invasi berlangsung.
Tentu saja ini soal minyak; kita tidak bisa mengingkarinya, kata Jenderal John Abizaid,
mantan kepala Komando Pusat dan Operasi Militer di Iraq pada 2007. Mantan Kepala Bank
Sentral AS Alan Greenspan sependapat, dalam tulisan memoarnya, Saya sedih bahwa secara
politik tidak nyaman untuk mengakui apa semua orang telah ketahui: perang Iraq utamanya
adalah karena minyak. Mantan Senator yangkini jadi Menlu AS CHUCK Huggel mengatakan
hal yang sama pada 2007: Orang bilang kita tidak berperang karena minyak. Tentu saja kita
berperang karena minyak.
Untuk pertama kalinya dalam 30 tahun, perusahaan-perusahaan minyak Barat tengah mencari
dan menghasilkan minyak dari lapangan-lapangan minyak terbesar dunia dan meraih laba besar.
Dan meskipun AS juga mempertahankan impor minyak dari Iraq, manfaatnya tidak sampai ke
perekonomian atau masyarakat Iraq.
Keadaan ini tercipta karena telah dirancang demikian akibat tekanan pemerintah AS dan
perusahaan minyak selama satu dekade. pada 1998, Kenneth Derr, CEO Chevron saat itu,
mengatakan, Iraq memiliki cadangan minyak dan gas yang besar yang saya sangat ingin
Chevron bisa mendapatkannya. Chevron mendapatkannya sekarang.
Pada 2000, perusahaan minyak besar termasuk Exxon, Chevron, BP dan Shell, menghabiskan
lebih banyak uang mendukung Bush dan Cheney dibanding pilpres sebelumnya. Hanya selang
sepekan masa pemerintahan Bush yang pertama, upaya mereka terbayar saat dibentuk National
Energy Policy Development Group, diketuai oleh Cheney, yang dibentuk untuk
menyatukan pemerintah dan perusahaan minyak untuk merancang kepentingan bersama energi
masa depan. Pada Maret, gugus tugas ini mengkaji daftar dan peta keseluruhan kapasitas
produksi minyak Iraq.
Perencanaan untuk invasi militer pun kemudian disusun. Menteri Keuangan pertama Bush, Paul
ONeill pada 2004 mengatakan, Pada Februari (2001), pembicaraan sudah sebagian besar
tentang logistik. bukan mengapa (untuk menyerang Iraq), namun bagaimana dan berapa cepat.
Dalam laporan akhir pada Mei 2001, gugus tugas berpendapat bahwa negara-negara Timur
Tengah harus didorong untuk membuka sektor energi mereka bagi investasi asing. Persis inilah
yang telah dicapaindi Iraq.
Beginilah mereka melakukannya.
Kelompok Kerja Minyak dan Gas di bawah Proyek Masa Depan Iraq, telah bertemu mulai
Februari 2002 sampai April 2003 dan menyetujui bahwa Iraq harus dibuka bagi perusahaan-
perusahaan minyak internasional secepat mungkin setelah perang.
Pada saat yang sama, perwakilan antara lain dari ExxonMobil, Chevron, ConocoPhillips dan
Halliburton, bertemu dengan staf Wapres Cheney pada Januari 2003 untuk membahas rencana
industri Iraq pascaperang. Satu dekade selanjutnya, eksekutif dan mantan eksekutif perusahaan
minyak barat bertindak sebagai administrator bagi industri minyak Iraq dan kemudian penasehat
bagi pemerintah Iraq.
Sebelum perang hanya ada dua penghalang bagi perusahaan minyak barat untuk beroperasi di
Iraq: Saddam Hussein dan sistem hukum negara tersebut. Invasi akan menyelesaikan penghalang
pertama. Untuk mengatasi masalah kedua, penasehat di dalam dan di luar pemerintahan Bush
berpendapat bahwa cukup diatasi dengan mengubah undang-undang minyak Iraq melalui koalisi
pemerintah pimpinan AS di Iraq, yang mengatur negeri ini dari April 2003 sampai Juni 2004.
Nmun Gedung Putih menunggu, memilih menekan pemerintah Iraq yang baru terbentuk untuk
menyetujui undang-undang perminyakan mereka sendiri.
Pada 2008, karena kemungkinan diterbitkannya undang-undang tersebut dan kelanjutan
pendudukan militer asing semakin mengecil karena pemilunmakin mendekat di AS dan Iraq,
para perusahaan minyak menempuh cara lain.
Dengan mengabaikan parlemen, perusahaan-perusahaan minyak mulai menandatangani kontrak
yang memberikan akses dan perlakuan yang menguntungkan di mana pemerintahan Bush ikut
membantu menyusun model kontrak.
Kontrak baru ini tidak memiliki tingkat kepastian yang tinggi, dan dinilainoleh para legislator
Iraq bertentangan dengan undang-undang yang ada di mana kontrak industri minyak seharusnya
dikendalikan, dioperasikan dan dimiliki oleh pemerintah.
Nmun kontrak tersebut bisa mencapai tujuan utamanya yakni memprivatisasi sektor minyak Iraq
dan membukanya bagi investor asing.
Kontrak ini juga memiliki masa kerja yang cukup lama dan kepemilikan saham yang tinggi dan
menghilangkan kewajiban untuk memenuhi kepentingan minyak dalam negeri, dan juga
kewajiban perusahaan untuk menanamkan pendapatannya bagi perekonomian lokal ataupun
mempekerjakan mayoritas tenaga lokal.
Produksi minyak Iraq telah meningkat 40% dalam lima tahun terakhir namun 80% diekspor
keluar negeri sementara penduduk Iraq berjuang memenuhi kebutuhan konsumsi energi dasarnya.
GDP per kapita meningkat dengan signifikan namun masih berada dalam kelompok yang
terendah di dunia dan jauh di bawah beberapa tetangga kaya minyak swkitarnya. Layanan dasar
seperti air dan listerik masih sulit dan 25% penduduk hidup dalam kemiskinan.
Janji penciptaan lapangan kerja baru terkait energi belum terwujud. Sektor minyak dan gas saat
ini hanya menyerap kurang dari 2% lapangan kerja langsung karena perusahaan asing sangat
tergantung pada pekerja dari luar.
Dalam dua minggu terakhir, lebih dari 1.000 orang berunjukrasa di lapangan minyak
ExxonMobil dan Lukoil Russia menuntut pekerjaan dan pembayaran untuk tanah perorangan
yang telah hilang atau rusak oleh operasi minyak mereka. Militer Iraq dikerahkan untuk
menanggapinya.
Sementara di kantor pusat Chevron di Houston pada 2010, seorang mantan perwira intelejen
militer tentara AS, Thomas Buonomo, anggota Iraq Veterans Against the War, mengangkat
sebuah plakat berbunyi, Untuk Chevron: Terima kasih telah menodai pengabdian kami.
Ya, Perang Iraq adalah untuk minyak, dan ada yang dikalahkan: rakyat Iraq dan mereka yang
telah menumpahkan darah dan kehilangan nyawa sedemikian besar sehingga Perusahaan Beaar
bisa masuk.
http://luar-negeri.kompasiana.com/2013/03/25/ternyata-perang-iraq-memang-demi-
minyak-544979.html
Pelbagai pengajaran daripada kejatuhan
rejim Saddam di Iraq
Ditulis oleh Azrina Binti Sobian. Posted in Berita Harian
APAKAH satu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan umat Islam di
seluruh dunia apabila Iraq tumpas di tangan tentera penceroboh? Tiada. Itulah jawapannya.
Amat sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi menggambarkan perasaan itu, lebih-lebih
lagi dalam keadaan di mana seluruh negara Islam tidak berdaya untuk berbuat apa-apa bagi
menentang sekatan dan tekanan kuasa besar ekonomi dunia, Amerika Syarikat (AS). Umat Islam
seluruh dunia bagai diikat tangan mereka daripada melawan kekejaman regim tentera
penceroboh itu. Hanya ucapan simpati yang mampu dihulur dari jauh.
Pada 9 April 2003, pemerintahan lebih 24 tahun regim Saddam Hussein, akhirnya tumpas
apabila kota Baghdad berjaya ditawan tentera penceroboh pimpinan AS. Selang beberapa hari
kemudian, Tikrit, bandar kelahiran Saddam dan kubu kuat beliau, turut jatuh ke tangan
penceroboh. Maka dengan itu, Iraq dikatakan bebas daripada cengkaman kekejaman Saddam.
Menyingkap kembali detik bermulanya perang di Iraq ini, tentera pimpinan AS itu mula
menceroboh bumi Iraq pada 17 Mac 2003. Pada tarikh itu jugalah, AS bersama Britain dan
Australia menidakkan kuasa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan menyerang Iraq.
Sejak perang bermula, banyak perkara terserlah. Di pihak tentera bersekutu, kekejaman yang
ditonjolkan dengan menyerang dan mengebom Iraq sangat menyedihkan dan mencabar sifat
kemanusiaan sejagat.
Pada masa sama, perang di Iraq menjadi satu pusat pameran kecanggihan peralatan perang
tentera bersekutu. Ini adalah faktor kenapa AS begitu yakin dapat menumbangkan Saddam
dalam masa 48 jam saja. Namun, sasaran itu tidak tercapai.
Bagaimana pula di pihak Saddam dan rakyatnya? Yang pasti, Saddam cuba menunjukkan sikap
seorang pejuang sejati. Dengan kekuatan tidak sampai 60,000 orang tentera, Saddam tahu beliau
tidak mampu melawan musuhnya yang mempunyai kekuatan 250,000 tentera, termasuk
peralatan perang serba canggih. Namun, ibarat kata pepatah, berpantang maut sebelum ajal,
Saddam nampaknya mahu kalah dengan cara terhormat.
Sehingga kini Saddam gagal dikesan. Apa yang tinggal cuma kisah pemerintahan beliau yang
penuh dengan konflik, peperangan dan kekejaman.
Saddam dan kisahnya bukanlah satu-satunya perkara yang boleh dilihat akibat dari pencerobohan
ini. Kisah yang lebih malang perlu dilihat daripada perspektif rakyat Iraq sendiri. Kos yang perlu
mereka bayar terlalu tinggi, iaitu dalam bentuk kehilangan nyawa, harta benda, kehidupan dan
jati diri.
Dalam masa lebih 30 hari pencerobohan itu, setiap hari media menyiarkan kisah penderitaan
rakyat Iraq. Anak-anak kecil menangis meratapi kehilangan ibu bapa. Ibu dan ayah meraung
kesedihan apabila kehilangan permata hati tercinta. Mereka yang cedera tetapi masih berpeluang
melihat dunia, termenung jauh, tidak pasti sama ada perlu gembira atau bersedih.
Kesedihan itu dapat sama-sama kita rasai. Bantuan dapat kita hulurkan. Namun, dapatkah
kesengsaraan mereka diubati?
Kini, lebih 24 juta penduduk Iraq berada dalam era pasca perang. Dalam fasa ini, yang lebih
dikenali sebagai fasa 'haru-biru', bumi Iraq berada dalam keadaan kacau-bilau. Tanpa undang-
undang, mencuri dan merampas harta benda menjadi kegiatan segelintir rakyat Iraq yang baru
bebas. Kegilaan mencuri berlaku begitu meluas di kota Basra. Pencuri kelihatan menggunakan
kereta sorong, lori pengangkut barang, malahan basikal, untuk mengambil apa saja yang mampu
diangkut dari bangunan pejabat, syarikat perniagaan atau rumah kediaman.
Ketika melakukan kegiatan itu, wajah mereka bukan saja tersenyum girang, malah bangga
menunjukkan barangan yang dicuri, seolah-olah tidak merasa bersalah dengan perbuatan yang
dihina agama itu. Nampaknya, kepayahan hidup dalam mengharungi peperangan menyebabkan
manusia lupa nilai moral dan tuntutan agama.
Sebenarnya, banyak yang dapat dipelajari daripada pencerobohan ke atas Iraq ini. Ia membawa
kita menilai jauh ke dalam diri agar perkara yang sama dapat dijauhi dari menimpa negara kita.
Satu daripada perkara yang paling berharga adalah memupuk perpaduan sesama manusia agar
kekuatan diri, bangsa dan negara dapat dibina untuk menentang penjajahan alaf baru ini.
Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan
kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu sama lain).
Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujuraat,
ayat 13)
Daripada firman Allah itu, jelas menunjukkan bahawa, dalam negara berbilang bangsa seperti
Malaysia, keperluan untuk bersatu padu adalah amat kritikal. Jika kita gagal mencapainya,
dengan mudah sekali negara kita boleh dijajah dan diperkotak-katikkan, seperti yang berlaku di
Iraq. Sudah tentu kita tidak mahu peristiwa penjajahan beratus-ratus tahun lamanya, berulang di
negara ini.
Perpaduan seluruh umat Islam bersama umat bukan Islam juga penting bagi menghalang tragedi
di Iraq berlaku di negara lain. Keserasian dan satu suara amat penting untuk mencapai
kedamaian sejagat. Malangnya, keserasian inilah yang masih gagal kita capai, sehingga
menyebabkan tangan kita "bagai ditindih yang berat, dililit yang panjang".
Selain itu, perpaduan sesama manusia, perlu diikuti dengan perasaan kasih-sayang, berbaik
sangka, bermaaf-maafan dan hormat-menghormati. Tidak kira apa juga warna kulit manusia di
bumi ini, jika kasih sayang dapat dipupuk, tiada satu faktor pun yang dapat memporak-
perandakan kita.
Semangat berkasih sayang, berbaik-baik serta saling memaafkan, sangat dituntut dalam Islam.
Jika kita berjaya mencapai tahap ini, penindasan dan kekejaman sesama manusia dapat dielakkan.
Walaupun sesama musuh, atas nama peri kemanusiaan, kita tidak akan sampai hati untuk
mencederakan dan membunuh insan lain. Namun, perasaan begitu tidak lagi wujud sekarang
kerana kepercayaan terhadap agama telah pupus. Atas alasan inilah, kekejaman berleluasa tanpa
kawalan di muka bumi.
Selain perpaduan dan kasih sayang, kita perlu membina kekuatan diri, bangsa dan agama. Hanya
dengan kekuatan ini, kita mampu menangkis tekanan kuasa besar yang cuba memperkosa tanah
air kita.
Kekuatan diri ini boleh dibentuk daripada pelbagai sudut.
Antara yang terpenting ialah kekuatan ilmu dan ekonomi. Dua faktor ini terbukti menjadi perisai
berkesan menangani kekejaman masa kini. Malah, kuasa besar seperti AS dan Britain
menggunakan dua faktor ini untuk menjalankan niat buruk mereka terhadap negara kecil dan
lemah.
Rasulullah saw pernah bersabda bahawa "menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap orang Islam,
sama ada lelaki atau perempuan." Untuk itu, umat Islam disarankan untuk "menuntut ilmu dari
perut ibu sampailah ke liang lahat." Rasulullah bersabda lagi bahawa "seseorang mukmin itu
mestilah mempunyai dua sifat pemikiran. Pertama 'kaiyasah', iaitu cerdik, dan kedua 'fatanah',
bermaksud bijaksana."
Sifat cerdik merujuk kepada pencapaian ilmu yang tinggi berdasarkan ambilan ilmu yang betul,
jelas kefahamannya dan pengamalan benar. Pencarian ilmu yang tinggi adalah proses tanpa henti.
Ilmu dalam aspek ini tidak bermakna ilmu fardu ain semata-mata seperti ilmu akidah dan ibadat,
tetapi mencakupi ilmu fardu kifayah, membabitkan teknologi duniawi yang semakin berkembang.
Oleh itu, kita perlu memperlengkapkan diri dengan segala bentuk ilmu terutama ilmu yang
berkait dengan sains dan teknologi.
Dari segi ekonomi pula, kita perlu membina kekuatan tersendiri agar suara kita dapat didengar
dalam percaturan dunia. Dengan kekuatan ekonomi ini juga, kita boleh membantu negara Islam
lain agar tidak terus ditindas oleh kuasa besar.
Kita belum lagi melihat sebuah negara Islam yang kukuh dari segi ekonomi yang juga boleh
bersuara bagi pihak negara Islam seluruh dunia. Bukannya tidak ada negara Islam yang kuat dari
segi ekonomi, namun kewibawaan negara Islam ini masih belum terserlah.
Iraq sendiri mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri iaitu sumber minyaknya. Iraq
dikatakan mempunyai 110 bilion tong simpanan minyak. Jumlah ini tidak termasuk 58 telaga
minyak Iraq yang masih belum dibangunkan. Jika ini dikira, simpanan minyak Iraq tentunya
mencecah angka trilion. Inilah harta Iraq yang sangat dikehendaki oleh AS dan sekutunya.
Kesimpulannya, pengajaran paling penting yang boleh disingkap daripada pencerobohan ke atas
Iraq ialah kelemahan dan kegagalan kita sebagai umat Islam, yang menjadi salah satu faktor
kuasa besar menindas negara kecil dan lemah.
Kekalahan Iraq mengajar kita melihat semula kelemahan diri dan berusaha memperbaiki
'kecacatan' itu.
Kita berharap pencerobohan ke atas Iraq tidak akan berlanjutan ke negara Islam lain dan
mencetuskan keganasan lain yang boleh menggugat kesejahteraan hidup manusia lain di bumi
Allah ini.
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6956-pelbagai-pengajaran-
daripada-kejatuhan-rejim-saddam-di-iraq
You are here: Home Dunia & Global 10 Peperangan Amerika Yang Di Mulakan Dengan
Pembohongan
0 0

10 Peperangan Amerika Yang Di
Mulakan Dengan Pembohongan

Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh
media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam
Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.
Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang
akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama
telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran.
Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.
Hasil perang yang diingini mereka
1. Perang Vietnam (1964-1975)
Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika
Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin.
Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.
Matlamat : Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di
rantau ini.
Kesan : Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-
besaran.
Kawasan semburan Agent Orange
Kecacatan genetik disebabkan Agent orange
2. Perang Grenada (1983)
Pembohongan Media : Pulau Caribbean kecil telah dituduh membina pangkalan tentera Soviet dan untuk
menyelamatkan doktor Amerika Syarikat.
Analisis Perang : Semuanya palsu. Presiden Amerika Syarikat Reagan mencipta semua alasan itu dari
awal.
Matlamat : Untuk mencabar reformasi sosial dan demokratik Perdana Menteri, Maurice Bishop (yang
telah dibunuh). Reagan berkata Kita tidak boleh membiarkan komunis apaches untuk mengambil alih
taman peribadi kita.
Kesan : Serangan US Marine, penindasan kejam dan pemulihan kawalan ke atas negara.
3. Perang Panama (1989)
Pembohongan Media : Pencerobohan oleh tentera marine Amerika Syarikat adalah dirancang untuk
menangkap presiden Manuel Noriega yang dituduh mengedar dadah.
Manuel Noriega menjadi kambing hitam kerakusan US
Analisis Perang : Ejen CIA Noriega mendakwa kedaulatan terusan Panama berada pada akhir pajakan.
Ini tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat yang terus mahu menguasai terusan Panama..
Matlamat : Untuk mengekalkan kawalan Amerika Syarikat (komunikasi strategik).
Kesan : Amerika Syarikat telah mengebom dan membunuh 2000 hingga 4000 orang awam, berita yang
diabaikan oleh media.
4. Perang Iraq (1991)
Pembohongan Media : Iraq mencuri inkubator di Kuwait (Bandar Materni).
Analisis Perang : Media ciptaan yang dihasilkan oleh Hill & Knowlton agensi pengiklanan, yang dibayar
oleh Pemerintah Kuwait sendiri.
Liga Arab juga bersekutu dalam menyerang Iraq
Matlamat : Untuk mencabar Timur Tengah dan untuk mengekalkan dominasi Amerika Syarikat dan
mengekalkan kawalan tentera Israel ke atas rantau tersebut.
Kesan : Tak terkira jumlah mangsa semasa perang, diikuti oleh sekatan dalam tempoh yang lama
termasuk ubat-ubatan.
5. Perang Somalia (1993)
Pembohongan Media : Bernard Kouchner mengakui dirinya sebagai wira kempen kemanusiaan di
Somalia.
Analisis Perang : Empat syarikat besar Amerika Syarikat telah membeli satu perempat daripada Somalia
yang kaya dengan hasil bawah tanah, terutamanya minyak.
Matlamat : Untuk mengawal ketenteraan di rantau strategik.
Kesan perang terhadap rakyat Somalia
Kesan : Tidak dapat mengawal Somalia, Amerika Syarikat mengekalkan negara ini di dalam huru-hara.
6. Perang Bosnia (1992 1995)
Tahanan perang Bosnia di Kem Manjaca
Pembohongan Media : Firma Amerika Syarikat Ruder Finn dan Bernard Kouchner mengecam panggilan
kem-kem penghapusan Serbia.
Analisis Perang : Ruder Finn dan Kouchner berbohong. Orang-orang kem tahanan perang bersedia
untuk pertukaran. Presiden Muslim Bosnia Itzebegovic mengakuinya.
Matlamat : Menyerahkan kawasan tersebut untuk kawalan multinasional, mengawal Sungai Danube dan
jalan Balkan.
Kesan : Empat tahun perang menakutkan untuk semua bangsa (Bosnia, Serb dan Croatia).
7. Perang Yugoslavia (1999)
Pembohongan Media : Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di Albania dan Kosovo oleh tentera
Serbia.
Analisis Perang : Pembohongan besar seperti mana yang diakui oleh Jamie Shea, jurucakap rasmi
NATO.
Matlamat : Untuk mengenakan kawalan NATO ke atas kawasan Balkan dan transformasi sebagai
Pasukan Polis. Juga untuk membina pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kosovo.
Kesan : 2000 mangsa pengeboman NATO. Pembersihan etnik Kosovo oleh Tentera Pembebasan
Kosovo yang dilindungi oleh NATO.
8. Perang Afganistan (2001)
Pembohongan Media : Bush mahu membalas dendam selepas 9/11 dan menangkap Osama Bin Laden.
Analisis Perang : Tidak ada bukti kewujudan pertubuhan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Taliban telah
mencadangkan untuk mengekstradisi Bin Laden.
Matlamat : Untuk kawalan ketenteraan rantau Asia ini yang strategik, untuk membina satu saluran paip
merentasi Afghanistan untuk mengawal pembekalan tenaga Asia Selatan.
Kesan : Pekerjaan jangka panjang dan peningkatan besar-besaran pengeluaran candu dan
penyeludupan.
9. Perang Iraq (2003)
Pembohongan Media : Saddam telah menggunakan senjata kimia berbahaya yang mengakibatkan
kemusnahan yang dinyatakan Colin Powel pada PBB.
Media memainkan peranan awal dalam kejatuhan Saddam
Matlamat : Kawalan semua sumber minyak dan kemungkinan untuk memeras ugut pesaing seperti
Eropah, Jepun dan China.
Kesan : Iraq dalam keadaan huru-hara dan perang saudara.
10. Perang Venezuela-Ecuador (2008)
Pembohongan Media : Hugo Chavez menyokong keganasan, mengimport senjata dan seorang diktator.
Analisis Perang : Chavez dijatuhkan kerana beliau seorang anti Semitik (anti yahudi).
Matlamat : Syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat mahu mengekalkan kawalan ke atas minyak benua
dan sumber-sumber lain. Mereka takut kebebasan demokrasi dan sosial Amerika Latin.
Kesan : Washington mengetuai dunia dalam memerangi seluruh benua selatan seperti sabotaj ekonomi,
memeras ugut, pemasangan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan yang kaya dengan hasil
bumi.
Kesimpulan
Bagaimanapun, setiap peperangan didahului dan dibenarkan oleh penipuan kempen media besar-
besaran. Dan kita jauh daripada sumber cerita yang sebenarnya. Jangan kita mempercayai bulat-bulat
apa yang disampaikan oleh media. Kerana mereka sedang berurusniaga. Kekayaan dapat membeli
cerita dan didendangkan dengan menarik untuk tontonan semua.
http://www.myberita.net/10-peperangan-amerika-yang-di-mulakan-dengan-pembohongan/
Akibat Perang Iraq, AS Rugi Puluhan Triliun
Dolar
Posted by Admin on 3/17/2013 06:34:00 PM in Amerika, berita, Internasional, Irak | 0 comments


Kerugian besar. Itulah yang diperoleh AS akibat invasi militernya ke Iraq. Tidak tanggung-tanggung,
perang yang dilakukan AS untuk mengakhiri kekuasaan Saddam Hussein itu telah menelan biaya 1,7
triliun USD. Di samping itu, AS juga masih berutang kepada para veteran perangnya sebesar 490 miliar
USD.


Penelitian tentang anggaran perang yang dilakukan oleh Institut Watson untuk Studi
Internasional Universitas Brown, Rhode Island meyakini bahwa biaya perang di Iraq akan membengkak
menjadi sekitar 6 triliun USD hingga 40 tahun ke depan.

Selain itu, bunga yang harus dibayar pemerintah AS untuk biaya perang sebesar 2,2 triliun USD juga akan
membengkak menjadi 4 triliun USD dalam beberapa dasawarsa mendatang, Reuters melaporkan pada
hari Jumat (15/3).

Invasi AS ke Iraq yang dimulai pada tahun 2003, semasa pemerintahan George W Bush Jr, telah
membebani keuangan pemerintah AS antara 50 sampai 60 triliun USD. Studi yang diterbitkan sebelum
peringatan 10 tahun invasi ke Iraq pada 19 Maret itu mengungkapkan, sangat besarnya ongkos
kemanusiaan yang ditimbulkan oleh konflik yang berlangsung hampir 10 tahun itu.
[sm/islampos/reu/sha/www.al-khilafah.org]
http://www.al-khilafah.org/2013/03/akibat-perang-iraq-as-rugi-puluhan.html
Lancar perang tidak berbaloi
2011/10/06 - 07:01:15 AM Cetak Emel Kawan
Ramai veteran tentera AS luah kekecewaan

WASHINGTON: Satu pertiga veteran tentera Amerika Syarikat yang pernah bertugas di medan
konflik sejak serangan 11 September 2001, berpendapat tindakan melancarkan perang di Iraq dan
Afghanistan tidak berbaloi.
Tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Pew yang disiarkan semalam mendapati mereka masih
berpandangan lebih positif berhubung dua medan perang itu berbanding pendapat awam di
Amerika namun masih mempunyai tanggapan negatif terhadap konflik terbabit.

Tiga puluh tiga peratus veteran tentera selepas 9/11 yang mengambil bahagian dalam tinjauan
berkata, dua perang terbabit tidak berbaloi langsung sambil menuding kepada kos dan manfaatnya
kepada Amerika.

Ia dibandingkan dengan 45 peratus responden tinjauan bukan tentera yang mengatakan perang
terbabit tidak berbaloi.

Askar Amerika dihantar ke Afghanistan beberapa minggu selepas serangan 2001 di New York untuk
menggulingkan pemimpin Taliban yang melindungi pemimpin al-Qaeda bertanggungjawab atas
kejadian 9/11.

Amerika mengetuai kempen tentera ke atas Iraq pada 2003, menggulingkan kerajaan pimpinan
Saddam Hussein sebelum berdepan pemberontakan berlarutan.
Justifikasi utama untuk perang itu oleh Amerika sebelum pencerobohan adalah ancaman senjata
pemusnah besar (WMD) Iraq. Tiada WMD yang ditemui sejak itu.

Selain itu, lebih 4,400 anggota tentera Amerika terkorban di Iraq dan hampir 1,700 lagi terbunuh di
Afghanistan, menurut perangkaan Pentagon.

Melihat kepada setiap medan perang secara berasingan, 50 peratus veteran selepas 9/11 berkata,
peperangan di Afghanistan berbaloi untuk diperjuangkan dan 44 peratus mengatakan perkara sama
dengan perang Iraq, lapor Pusat Penyelidikan Pew.

Sebagai perbandingan, 41 peratus orang awam di Amerika mendapati perang Afghanistan berbaloi
dari segi kos dan 36 peratus lagi percaya perang Iraq berbaloi.

Antara veteran selepas 9/11, 34 peratus berpendapat kedua-dua perang berbaloi, berbanding 28
peratus orang awam, menurut pusat penyelidikan itu.

Tinjauan mendapati 96 peratus veteran terbabit melahirkan perasaan bangga dalam perkhidmatan
tentera mereka. Namun 44 peratus melaporkan kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan
kehidupan orang awam dan 37 peratus melaporkan mengalami tekanan selepas trauma.

Penemuan itu berdasarkan dua tinjauan seluruh negara dilakukan antara 28 Julai dan 15 September,
satu membabitkan veteran tentera dan satu lagi orang awam.

Seramai 1,853 veteran perang dan 2,003 orang awam terbabit dalam tinjauan itu. Reuters

http://www.bharian.com.my/articles/Lancarperangtidakberbaloi/Article/
Kesan Perang Iraq 2003
Asia hadapi kesan perang di Iraq
21/03/2003 2:56 p.m.
Asia bersiap sedia menghadapi konflik di Iraq seolah-olah ia titik permulaan perang dunia yang baru,
memandangkan hanya beberapa buah negara sahaja merasakan mereka kebal dengan perkembangan tersebut.
Timbul kebimbangan terhadap kestabilan kerajaan-kerajaan, keselamatan serantau dan risiko meningkatnya
kegiatan pengganas di samping masalah ekonomi semakin meruncing di beberapa buah negara.
Kesungguhan Australia menghantar pasukan tentera menyertai perang bersama Amerika Syarikat (AS) dijangka
menimbulkan bantahan meluas dan mampu merosakkan secara jangka panjang kerjaya politik Perdana Menteri
Konservatif, John Howard.
Lebih 400,000 para penunjuk perasaan keluar pada bulan lalu mengutuk dasar pro-AS Howard dalam satu
bantahan paling besar pernah diadakan di negara itu sejak Perang Vietnam, dan tunjuk-tunjuk perasaan serupa
sedang dianjurkan tepat pada hari perang diisytiharkan.
Beberapa pungutan suara baru-baru ini menunjukkan sejak pertama kali Howard mengambil alih pentadbiran
negara, para pengundi lebih memihak kepada pembangkang dari Parti Buruh di peringkat kebangsaan.
Kaji selidik menunjukkan 70 peratus lebih penduduk Australia menentang langkah Howard menyokong AS
melancarkan perang terhadap Iraq.
Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi dilihat akan dipersalahkan bagi sebarang kejatuhan harga di pasaran
saham berikutan serangan AS di Iraq, yang tidak ditentangnya walaupun terdapat sentimen anti perang yang
semakin memuncak di Jepun.
Wujud juga kebimbangan di Tokyo bahawa Korea Utara akan mempertingkatkan ancaman ketenteraannya dengan
mengadakan ujian peluru berpandu sementara perhatian AS berpusat terhadap Asia Barat, satu lagi fakta yang
boleh menyebabkan saham Jepun jatuh pada tahap terendah dalam tempoh 20 tahun lalu.
Pungutan suara melalui telefon yang dijalankan oleh agensi berita Kyodo mendapati 79 peratus responden
menentang serangan pimpinan AS terhadap Iraq.
Sebaik sahaja perang meletus, rating terhadap populariti Koizumi yang sudah pun merudum sehingga bawah 50
peratus kerana kegagalannya membawa perubahan pembaharuan ekonomi, akan ``semakin menurun ke tahap
yang jauh lebih rendah tanpa sebarang keraguan,'' menurut ulasan akhbar harian terkemuka, Tokyo Shimbun,
Isnin lalu.
Negara-negara Islam di rantau Asia bimbang bahawa perang di Iraq akan menghidupkan api kemarahan golongan
pelampau.
Tekanan
Pemangku Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil alih tampuk kepimpinan
Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) pada Oktober depan memberi amaran dalam satu temu bual
bahawa perang akan meletakkan kerajaan-kerajaan negara Islam di bawah tekanan yang sangat buruk.''
``Kumpulan-kumpulan militan dan pengganas pasti mahu mengeksploitasi keadaan itu.
``Malah kalangan umat Islam yang berfahaman sederhana akan turut merasa amat marah,'' katanya.
Di Pakistan, Presiden Pervez Musharraf sudah pun merasa bahangnya kerana bekerjasama dengan AS dalam
kempen serangan tentera terhadap Afghanistan dan tindakan memburu pelarian kumpulan Al-Qaeda, parti-parti
Islam yang baru berkuasa menggambarkan penaklukan Iraq sebagai serangan terhadap dunia Islam.
Perang dijangka meningkatkan lagi sentimen anti-AS yang sudah pun tinggi dengan dua kumpulan penunjuk
perasaan paling besar pernah dianjurkan pada bulan ini yang berjaya menarik hampir 100,000 di Karachi dan
200,000 lagi di Rawalpindi.
Seorang penganalisis Aqil Shah berkata, ``Kita berkemungkinan akan melihat bertambahnya serangan pengganas
terhadap sasaran-sasaran pihak Barat.''
Jiran Pakistan, Afghanistan, bimbang perang di Iraq akan mengalihkan perhatian dunia terhadap masalah selepas
perang yang sedang dihadapinya di samping tindakan membalas dendam oleh kumpulan pelampau.
Presiden Hamid Karzai berkata beliau diberi jaminan oleh Washington tentang komitmen memberikan bantuan
berterusan kepada Afghanistan.
Sebaliknya pasukan tentera pendamai antarabangsa memberi amaran Perang boleh menjadi alat pencetus
keganasan di sebuah negara di mana kumpulan pelampau Al-Qaeda dan saki- baki Taliban masih menjadi masalah.
Di Indonesia, negara Islam yang mempunyai penduduk paling padat di dunia, polis membuat rancangan mengawal
para penunjuk perasaan, mengelak pihak Barat daripada menjadi sasaran, memperkuatkan perniagaan dan
mematahkan sebarang serangan pengganas, kata pihak berkuasa.
Menteri Perindustrian dan Perdagangan Indonesia, Rini Suwandi berkata memandangkan fahaman Islam yang
sederhana di Indonesia, kerajaan yakin keadaan di negara itu boleh dikawal.
``Sebaliknya pihak kami membuat persediaan sewajarnya,'' kata menteri itu.
Di Pulau Bali, tempat kejadian serangan pengganas terbesar di dunia pada Oktober lalu selepas serangan 11
September di AS, yang menyasarkan pelancong-pelancong Barat, dan mengorbankan 202 mangsa, para
penganalisis berpendapat, perang Iraq akan menimbulkan lebih banyak kekejaman.
Robert Broadfoot dari syarikat perunding Politik dan Ekonomi berpangkalan di Hong Kong berkata serangan-
serangan baru di rantau ini `berkemungkinan besar berlaku' khususnya secara kecil-kecilan sekiranya perang
meletus.
Pengarah Pengajian Kegiatan Keganasan di Australian National University, Clive Williams bersetuju dengan
pandangan itu sambil menyatakan penangkapan beberapa orang pemimpin kumpulan pelampau Jemaah Islamiyah
(JE) berikutan serangan bom di Bali telah mengurangkan kemampuan kumpulan itu untuk melakukan serangan
besar pada masa ini.
Kepayahan
Bagi banyak negara yang bergantung terhadap import minyak, seperti India, kepayahan yang akan dialaminya
lebih berbentuk ekonomi dan bukan politik, kata penganalisis.
Namun begitu tunjuk-tunjuk perasaan anti-AS semakin meningkat jumlahnya di India sejak beberapa minggu lalu
dan dijangka akan menjadi lebih sukar untuk dikawal.
Berbeza dengan Perang Teluk yang lalu, terdapat perubahan yang nyata kali ini kerana India tidak membenarkan
AS menggunakan kemudahan-kemudahan pengisian minyak pesawat perang AS di wilayahnya.
Di China, Kementerian Luar enggan membuat spekulasi bagaimana perang Iraq akan membawa padah terhadap
hubungannya dengan AS, krisis itu dilihat telah membakar lagi sentimen anti-AS kalangan penduduk yang percaya
AS mempunyai motif tersirat dan mahukan minyak Iraq.
Ancaman peperangan sekali lagi memperlihatkan pergantungan China di Asia Barat sebagai sumber utama
pembekal minyaknya sebanyak 60 peratus.
Korea Selatan bimbang impak ekonomi akibat perang itu mampu menguncupkan lagi ekonomi yang sudah
menurun dengan sesetengah penganalisis membuat andaian bahawa ia akan mengalami pengulangan krisis
kewangan pada 1997-1998 yang menyebabkan ekonominya jatuh teruk.
Kerajaan Korea Selatan meramalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak lima hingga tujuh peratus.
Sebaliknya Institute Kajian Ekonomi Korea berkata baru-baru ini ia mungkin akan mengalami pertumbuhan
serendah 1.4 peratus kerana sentimen pengguna merosot berikutan kebimbangan perang di Iraq di samping krisis
nuklear yang belum reda di Korea Utara.
Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo Isnin lalu menolak cadangan bahawa negaranya mungkin menjadi pihak
paling rugi di Tenggara Asia sekiranya tercetus perang di Iraq.
Sambil menolak ramalan yang bersandarkan pergantungan Filipina terhadap pasaran Asia Barat dan AS, ancaman
pengganas, dan peluang pekerjaan kepada 1.5 juta warganya di Asia Barat, Arroyo berkata: ``Senario yang
digunakan adalah sudah lapuk dan tidak boleh diguna pakai.
``Negara kami sudah bersedia dan mampu bertahan dan mempunyai asas-asas ekonomi yang baik.
``Apa juga kesan daripada peperangan itu terhadap negara, ia hanya merupakan satu tempoh yang singkat.''
katanya. - AFP.
http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/USattackonIraq/index.asp?y=2003&dt=0321&pub=USattacko
nIraq&sec=Rencana&pg=rq_01.htm
Blair kesal kematian perang di Iraq
2010/09/02 - 04:03:21 AM Cetak Emel Kawan
LONDON: Bekas perdana menteri Britain, Tony Blair berkata beliau amat kesal dengan kematian
dalam perang di Iraq tetapi berkata dalam memoirnya yang diterbitkan semalam, keputusan
menceroboh negara teluk itu pada 2003 adalah tepat.

Buku bertajuk A Journey itu yang menceritakan pengalamannya sebagai Perdana Menteri dari 1997
hingga 2007, turut memuatkan kecaman terhadap penggantinya, Gordon Brown yang dianggap Blair
gagal dalam jawatan itu.
Blair berkata, beliau amat kesal dengan kematian ditanggung semua pihak di Iraq termasuk tentera
Britain, orang awam Iraq, diplomat dan tebusan yang dibunuh dan berkata beliau pernah menangis
mendengar berita kematian itu.


Namun, katanya beliau tidak boleh menyesal membuat keputusan untuk melancarkan peperangan
itu.

Apa yang saya tahu ialah saya melakukan apa yang saya fikir harus dilakukan, kata Blair.

Saya berdiri teguh bersama Amerika apabila diperlukan dan bersama-sama menghapuskan
pemimpin kuku besi.

Blair bagaimanapun mengakui kesan selepas perang itu lebih buruk daripada dijangkakan.
Kesan selepas perang lebih berdarah, lebih dahsyat dan lebih menakutkan daripada apa yang boleh
dijangkakan, katanya.

Saya tidak dapat menjangka kesengsaraan yang menyusul dan ia menjadi sebahagian daripada
tanggungjawab saya, katanya.

Mengenai Brown, Blair berkata penggantinya itu seorang yang ganjil dengan kecerdikan emosi
sifar.

Katanya, beliau menyedari kepimpinan Brown bermakna berakhirnya kerajaan parti Buruh.

Blair juga menceritakan mengenai kesan peribadi dialaminya menerusi pengalaman di Downing
Street. AFP
http://www.bharian.com.my/articles/BlairkesalkematianperangdiIraq/Article/
Kaji terperinci kesan perang Iraq
31/03/2003 2:02 p.m.
Oleh: SAMSOR JUNET dan YUSWANDI MAJID
CHINI 30 Mac - Kerajaan mengarahkan semua kementerian dan agensinya membuat kajian terperinci mengenai
kesan serangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya ke atas Iraq bagi memastikan ekonomi negara terus stabil
dalam jangka panjang.
Pemangku Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kajian itu juga bertujuan untuk melihat
kesan-kesan yang mungkin berlaku terhadap sektor swasta.
Sehubungan itu, beliau berharap seluruh rakyat terus memberi sokongan di samping bersabar serta sanggup
mengharungi cabaran ekonomi negara kesan daripada peperangan di Iraq.
Menurut Abdullah, krisis tersebut kini menjejaskan perdagangan Malaysia di Timur Tengah dan pengangkutan kapal
laut semakin mahal berikutan peningkatan insurans, kejatuhan harga kelapa sawit dan pembatalan eksport kereta
Proton.
``Justeru saya telah arahkan mereka mengkaji kesan perang itu kepada rancangan masing-masing termasuk
kesannya terhadap sektor swasta.
``Saya juga minta diadakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk jangka panjang dan pendek supaya ekonomi
kita tidak teruk terjejas atau terancam akibat perang itu,'' katanya.
Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mesra Rakyat Bersama Masyarakat
Felda Gugusan Chini di Padang Sekolah Menengah Felda Chini, di sini hari ini.
Lebih 10,000 warga peneroka menghadiri majlis anjuran Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan, UMNO Bahagian Pekan dan Yayasan Pembangunan Generasi Felda Malaysia.
Beliau menjelaskan, dalam keadaan sekarang, kerajaan amat memerlukan laporan terperinci mengenai kesan
peperangan berkenaan supaya segala tindakan dapat diambil dengan berkesan.
``Misalnya dari segi pelancongan, mesti laporkan apakah sewa hotel kini naik atau turun, dari segi penerbangan,
adakah mereka tidak menggunakan Penerbangan Malaysia (MAS) atau kurangnya pelancong dari Timur Tengah, jadi
semuanya perlu dilaporkan kepada menteri berkaitan,'' katanya.
Dalam ucapannya, Abdullah menjelaskan, rakyat perlu memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk menangani
masalah sekarang kerana kerajaan berpengalaman menguruskan pelbagai masalah sebelum ini.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil berat masalah ekonomi akibat peperangan berkenaan kerana lambat-laun

TERKINI..


Arkib
Bancian

kesannya akan sampai kepada seluruh rakyat.
``Dalam menangani masalah sekarang, Kerajaan Barisan Nasional sangat mengharapkan sokongan rakyat, supaya
ekonomi kita tidak terjejas teruk.
``Sekarang ini pun, kita dah rasa kesannya, misalnya harga sawit di pasaran dah jatuh, jadi saya berharap tuan-
tuan bersabarlah dalam mengharungi masalah ini dengan beri sokongan kepada kerajaan,'' ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah berkata, rakyat Malaysia terutama peneroka perlu menimba seberapa
banyak ilmu kerana ia boleh menjamin masa depan mereka dan negara.
``Kita tidak akan menjadi negara maju jika rakyat negara ini tidak ada ilmu tidak kiralah apa juga bidang termasuk
pertanian. Kita semua mesti mencari ilmu,'' katanya.
Menurut beliau, pada masa yang sama kerajaan sentiasa mencari jalan untuk membantu rakyat menambah sumber
pendapatan melalui semua bidang kehidupan termasuk pertanian.
``Mungkin dalam hubungan ini Felda misalnya perlu menjadi kawasan pertumbuhan industri kecil setempat yang
dapat menambah pendapatan peneroka,'' jelasnya.
Sempena majlis tersebut, Abdullah melawat Kompleks Kuarters Institusi Pendidikan Kelompok Chini yang
menempatkan guru-guru dan kakitangan pendidikan di Felda Chini.
Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan, Menteri Besar,
Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail.

Utusan Online 2003 Utusan Melayu (M) Bhd.
http://202.190.126.84/utusan/SpecialCoverage/USattackonIraq/index.asp?y=2003&dt=0331&pub=USattackonIra
q&sec=Berita&pg=bq_27.htm

Anda mungkin juga menyukai