Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA

PASCASISWAZAH DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER I
2018/2019

EEA7063
PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

LATIHAN SOALAN ESEI


(TUGASAN BERPASANGAN)

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMAD FITRI BIN SAION 2182602
ABDUL HANNAN ZUHDI BIN MOHAMAD 2182619

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. HAYATI BINTI ISMAIL
LATIHAN SOALAN ESEI

1. Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025,


Professional Learning Community (PLC) adalah salah satu cara untuk guru
meningkatkan kompetensi melalui sesi perkongsian antara guru. Sebagai guru
Pendidikan Islam, anda diminta untuk berkongsi maklumat mengenai Elemen
Merentas Kurikulum dalam Pendidikan Abad ke-21 (PAK21). Rangkakan satu sesi
perkongsian PLC untuk 10 orang guru selama satu jam. Sesi perkongsian anda perlu
merangkumi:
 Definisi EMK 15
 Bagaimana EMK diterapkan melalui aktiviti pembelajaran dalam pelbagai
subjek 20
 Impak penerapan EMK dalam pembangunan holistik murid selaras Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. 15

(40 markah)

Mengadakan aktiviti BENGKEL PERKONGSIAN EMK (Elemen Merentas


Kurikulum) bersama guru-guru.
Set Induksi Peserta bengkel dipertontonkan video berkenaan Debat bahasa
5 minit inggeris sempena bulan kemerdekaan.
1. Soal jawab bersama peserta berkenaan video yang ditayang
dan apakah kaitan yang dapat di ambil dengan tajuk yang
akan dibincangkan iaitu EMK (Elemen Merentas
Kurikulum)

Langkah 1 1. Peserta ditanya mengenai apakah yang difahami mengenai


20 minit EMK untuk mengetahui pengetahuan sedia ada peserta
(aktiviti dijalankan menggunakan mentimiter.com).
2. Pengisi menjelaskan secara terang dan menyeluruh
berkenaan apakah itu EMK. Dan menyatakan EMK adalah
unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PDP selain
yang ditetapkan dalam standard kandungan. Dengan contoh-
contoh yang jelas.
3. Antara Elemen yang dijelaskan oleh pengisi adalah:-
- Bahasa
- Kelastarian Alam sekitar
- Nilai murni
- Sains dan technologi
- Patriotisma
- Keusahawanan
Antara contoh-contoh yang dijelaskan oleh pengisi juga
adalah:-
- Seorang guru mengajar Bahasa inggeris dan
pada masa yang sama guru tersebut mengajar
pendidikan islam jadi guru tersebut membuat
aktiviti “Choral speaking” dengan tajuk Sirah
Rasul. Pelajar dapat belajar Bahasa Inggeris
dan Pendidikan Islam pada masa yang sama.
- Seorang guru Pendidikan Islam menjalankan
aktiviti jual beli barang terpakai dan hasil seni
kitar semula, bersama pelajar selepas aktiviti
berakhir pelajar menjelaskan pengajaran dari
aktiviti dengan jelas. Pelajar dapar penerapan
Keusahawanan, Kelastarian Alam, dan
Bahasa.

4. Pengisi menjalankan aktiviti soal jawab bersama peserta


yang lain untuk menjawab persoalan peserta.

Langkah 2 1. Peserta dalam aktiviti berpasangan dan berkongsi pengisian


20 minit umum dalam subjek yang di ajar yang dapat di terapkan
dalam satu aktiviti.
2. Peserta diminta merangka satu aktiviti yang mengandungi
EMK dan menyenaraikan elemen di dalam aktiviti tersebut
secara berpasangan.
3. Peserta diminta untuk berkongsikan kepada rakan-rakan
guru hasil perbincangan perancangan aktiviti beserta senarai
elemen yang diterapkan.
Antara hasil rancangan aktiviti peserta yang dikongsi
bersama adalah:-
1. Gotong royong
- EMK: Kelasterian Alam, Bahasa, Nilai
Murni.
2. Pertandingan Debat Sekolah:
- EMK: Bahasa, Nilai Murni, Patriotisme
3. Hari Muamalat (Hari Kantin)
- EMK: Bahasa, Keusahawanan, Kelasterian
Alam Sekitar, Nilai Murni
4. Hari Guru:
- EMK: Bahasa, Nilai Murni,
5. Pameran Celik IT:
- EMK: Bahasa, Sains dan teknologi, Nilai
Murni.

Langkah 3 Pengisi berkongsi dengan peserta berkenaan impak Penerapan EMK


10 terhadap pelajar.
-Patriotisme
Patriotism dapat dipupuk dalam semua mata
pelajaran.Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang
mempunyai semangat cinta negara dan berbangga sebagai
rakyat Malaysia dengan kepebagaian kaum ya ada justeru
mengeratkan lagi perpaduan antara pelajar dan secara tidak
langsung menyumbang kepada keharmonian negara seperti
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
-Sains dan Teknologi
Penerapan minat terhadap sains dan teknologi dapat
meningkatkan literasi sains dan teknologi dalam kalangan
murid di samping ia dapat memberi satu kefahaman yang
lebih terhadap murid .Perkara ini secara tidak langsung
melahirkan pelajar yang berintelek dan berilmu pengetahuan
seperti yang disasarkan dalam falsafah pendidikan
kebangsaan

- Nilai Murni
Dalam penerapan ini pelajar dapat belajar pengertian
kehidupan dan sosial bersama masyarakat dengan akhlak
yang terpuji dan pelajar dapat mempamirkan keterampilan
seorang yang berpelajaran kepada masyarakat.

- Kelasterian Alam Sekitar


Dalam penerapan ini pelajar dapat belajar kepentingan alam
dan meningkatkan kreativiti pelajar dalam proses menjaga
kelasterian alam sekitar.

- Keusahawan
Dalam penerapan ini pelajar dapat belajar kepentingan ilmu
keusahawanan dalam menjalani kehidupan dan realiti
kehidupan. Pelajar jiga dapat meningkatkan pemikiran aras
tinggi dengan kreativiti untuk program keusahawanan dalam
semua subjek yang mereka belajar.

- Penerapan bahasa yang baik dalam semua subjek dan


aktiviti yang dijalankan oleh guru dapat memudahkan
pelajar berkomunikasi dengan masyarakat dengan baik yang
membolehkan pelajar menujukkan keterampilan seorang
yang berpelajaran.

Penutup - Peserta diminta memberi maklum balas berkenaan aktiviti yang


5 telah dijalankan melalui mentimeter.com untuk penambah baikkan
untuk masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai