Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

36000 TELUK INTAN, PERAK

KERTAS KERJA
PROJEK WAKAF POKOK KELAPA UNTUK
DITANAM DI SEKITAR KAWASAN KOLEJ
VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

GURU PENASIHAT :

1. PN. SITI NURANIS SOFIA BT MOHAMAD


2. CIK NUR NADIA FAZREEN BINTI AHMAD MUNIR
28 Julai 2021

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan Pengarah
Kolej Vokasional ( Pertanian ) Teluk Intan untuk pelaksanaan program
pengantarabangsaan melalui atas talian bagi memenuhi keperluan kriteria
pemarkahan Acetvet bagi tahun 2021.

2.0 PENGENALAN
Kolokium Antarabangsa Teknologi Pertanian tahun 2021 merupakan satu
inisiatif tahunan yang diadakan untuk mengetengahkan pembelajaran norma baharu
melalui atas talian. Kolokium ini diharapkan akan menjadi suatu wadah untuk
perkongsian pintar teknologi pertanian melalui pembelajaran atas talian yang terbaik
yang bertaraf global.

Selain itu, kolokium ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama
antara Kolej Vokasional ( Pertanian ) Teluk Intan dan SMK Negeri 1 Mempawah
Timur Kalimantan Barat selari dengan kandungan minit mesyuarat bil 1/2021.
Kolokium Antarabangsa Teknologi Pertanian tahun 2021 menekankan beberapa
aspek yang perlu dititikberatkan iaitu :

2.1 Pembelajaran normal baharu yang menarik secara interaktif

2.2 Ruang dan peluang penglibatan guru dan pelajar diperingkat antarabangsa

2.3 Sokongan dan dokongan kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan

2.4 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi

2.5 Komitmen guru dan pelajar yang terbaik serta padu

Dalam kolokium ini, sesi pembentangan akan melibatkan pensyarah dari Kolej
Vokasional ( Pertanian ) Teluk Intan, Perak Malaysia dan pensyarah dari SMK Negeri
1 Mempawah Timur, Kalimantan Barat, Indonesia . Setiap pembentang akan
membentangkan tajuk berkaitan Teknologi Pertanian. Masa yang dicadangkan untuk
kolokium ini ialah selama satu jam untuk pembentang berkongsi amalan terbaik yang
telah dilakukan di sekolah masing-masing di dalam kolokium ini.

3.0 TEMA
“Pemangkin Pembelajaran Global Teknologi Pertanian”

4.0 MATLAMAT

4.1 Memberi pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada semua mengenai
teknologi pertanian yang diguna pakai dan amalan terbaik di negara tetangga.

4.2 Sebagai platform perkongsian ilmu atas talian dengan SMK Negeri 1
Mempawah Timur, Kalimantan Barat , Indonesia yang julung-julung kali
diadakan.

4.3 Menjalinkan kerjasama antarabangsa dengan menunjukkan komitmen


tersebut melalui kolokium ini.

5.0 BUTIRAN PROGRAM


5.1 Kolokium Antarabangsa Teknologi Pertanian akan diadakan pada :

Tarikh : 28 Julai 2021


Tempat : Bilik Mesyuarat Utama KVPTI

Masa : 10.00 pagi


Jumlah : 2
pembentangan
Sasaran : 116

BIL KUMPULAN SASARAN JUMLAH


1. Barisan Kepimpinan KVPTI 9
2. Barisan Kepimpinan SMK Negeri 1 5
Mempawah Timur, Kalimantan Barat
3. Guru Agroindustri Tanaman 13
4. Guru Hortikultur dan Hiasan 3
5. Guru Jurusan Pertanian SMK Negeri 1 5
Mempawah Timur, Kalimantan Barat
6. Pelajar KVPTI 40
7. Pelajar SMK Negeri 1 Mempawah Timur, 30
Kalimantan Barat
8. Kolej Vokasional Pertanian Malaysia 4
9. Sekolah Kejuruan Pertanian Indonesia 5
JUMLAH 116

5.2 KPI (OUTCOME )

Kedua - dua kolej akan mendapat nilai tambah hasil daripada pembentangan
kolokium ini untuk sekolah masing-masing.

5.3 KPI ( OUTPUT )

100% pihak yang menyertai kolokium ini mendapat kaedah atau amalan terkini
teknologi pertanian hasil perkongsian di dalam kolokium ini.
6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA
-Pendaftaran guru dan pelajar
-Ketibaan barisan kepimpinan KVPTI bersama Puan
8.30 Pagi
Pengarah

Kata aluan Pengacara Majlis


9.00 Pagi
Bacaan doa
9.05 Pagi
Ucapan Pengarah SMK Negeri 1 Mempawah Timur,
Kalimantan Barat.
9.10 Pagi
( Bpk Soni Miftahudin M. PD )

Ucapan Pengarah Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan


9.20 Pagi ( En Nor Azman bin Marjuki )

* Pembentangan 1
( Dra Sapariah dan Ema Triyani S.P )
9.30 Pagi Tajuk : Agribisnis Tanaman Pangan dan Hortikultura
( 25 minit + 5 minit- Q&A )

10.05 Pagi REHAT/SELINGAN MONTAJ

* Pembentangan 2
(En. Muhammad Zaki b. Manap )
Tajuk : Kalem Booster- supplemen Unggul Ternakan Fidlot
10.15 Pagi
Ruminan
( 25 minit + 5 minit- Q&A )

-Ucapan penutup
10.45 Pagi
-Penyampaian sijil & cenderahati kepada pembentang
11.00 pagi - Sesi bergambar ( di tempat masing- masing )

-Bersurai
11.05 Pagi
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN TUNTUTAN JUMLAH


1. Banner RM 150.00 x 1orang RM 150.00
2. Cenderahati Pembentang RM 50.00 x 2 RM 100.00
JUMLAH RM 250.00

* semua maksud perbelanjaan diatas ditaja oleh pihak Koperasi KVPTI

8.0 SENARAI JAWATANKUASA


Pengerusi : En Nor Azman bin Marjuki
Pengarah Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan

Timb. Pengerusi : Pn. Fauziah binti Kamarudin


Timbalan Pengarah Akademik

Naib Pengerusi I : En. Shamsani bin Timan@Hj. Salleh


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Naib Pengerusi II : En. Otsman bin Ahamed Khatidin
Ketua Jaminan Kualiti
Naib Pengerusi III Tn. Hj Anuar bin Ahmad
Ketua Jabatan Biproses

Penyelaras Program : En Ahmad Razman Bin Ahmad Masri


( Ketua Unit Perhubungan Awam )

Setiausaha : Pn. Nur Nadia Fazreen bt Ahmad Munir

AJK Pelaksana :

AHLI JAWATANKUASA NAMA TUGAS

-Mencari sekolah yang


berpotensi untuk mengadakan
kerjasama webinar.
AJK PN. MIDTRAHWATI
-Menghubungi pihak yang
PENGANTARABANGSAAN BINTI ABD. HAMID
terlibat bagi mendapatkan
maklumat yang diperlukan.

PANEL EN. MUHAMAAD ZAKI -Menyediakan bahan


BIN MANAP pembentangan
EN. MUHAMMAD -Menyediakan slide
MURSYID B. pembentangan
MUHAMAD ZAWAWI -Membentang tajuk kursus
dengan baik dan lancar.
AJK PROMOSI -Menyebarkan maklumat
program kepada umum di
CIK JAMALIAH BT.
dalam media massa.
SAJALI (K)
- Menyediakan banner
PN FASHIHAH BT MD
program
YUSUF

EN. MOHD FAIROS BIN -Menyediakan QR kod


ABD. RAHMAN pendaftaran dan link program
AJK ULKS --Program boleh dimasukkan
dalam SPLKPM

-Memastikan semua
kelengkapan seperti mikrofon,
LCD projector dan lain-lain
EN MUHAMMAD
berfungsi dengan baik.
ZULHADI BIN KHAMIS
-Membantu AJK Penyiaran
AJK SIARAYA DAN (K)
sepanjang waktu kolokium
PERSIAPAN TEMPAT EN. OMAR BIN SALLEH
berlangsung.
EN STEPHEN JIMBA
-Menyusun kerusi dan meja
A/K ENGGIT
dengan mematuhi jarak
penjarakan 1 meter.

EN. JUMAALI BIN -Mencadangkan kaedah yang


AMIR(K) sesuai untuk digunakan
EN.KHAIRUL ANNUAR semasa webinar.
BIN SALEH -Membina pautan webinar
EN. STANLEY TECK untuk digunakan semasa hari
HOOI tersebut.
AJK PENYIARAN/ PN.SITI HATIJAH BT. -Menyediakan peralatan yang
TEKNIKAL MANSOR bersesuaian dan berkaitan
PN. RAFIDAH BT. dengan penyiaran.
DAHLAN -Memastikan internet
berkelajuan tinggi dan lancar
sepanjang webinar
berlangsung.

AJK SIJIL DAN PN KWEH JIAN YI (K) -Merangka reka bentuk sijil
CENDERAHATI PN MASTURA BT. ABD. yang bersesuaian.
MANAF -Memastikan sijil dirujuk
PN FATIMAH BT MAT terlebih dahulu kepada KJK
RASAD sebelum diprint.
PN LIYANA BT MAT -Menyediakan sijil penyertaan
LIAS kepada semua pelajar yang
terlibat.
-Menyediakan sijil penyertaan
kepada semua guru yang
terlibat dalam bentuk hardcopy
-Membuat pemilihan
cenderahati yang bersesuaian
dengan bajet.
-Menyediakan dulang, sijil dan
cenderahati untuk
disampaikan kepada
pembentang.

-Menyediakan teks ucapan


pengarah berdurasi 5 minit
CIK CHEAN POO beserta salutasi yang sesuai.
AJK PERSEDIAAN TEKS
CHIET -Merujuk dahulu kandungan
UCAPAN PENGARAH
teks ucapan kepada Puan
Pengarah.

- Mengambil suhu para


peserta kolokium sebelum
masuk ke bilik-bilik seminar.
CIK NURMAHIZA BT
-Memastikan semua peserta
BAKRI (K)
AJK PENDAFTARAN memakai pelitup muka.
PN NUR FASHILAH BT
- Menyediakan senarai
SHAMSUDIN
kehadiran peserta dan
mencatatkannya.

-Memastikan pelajar berada 5


minit awal pada tempat yang
EN MUHAMMAD HAFIS
telah ditetapkan.
AJK KAWALAN PELAJAR BIN IDRIS (K)
-Memastikan displin dan
PN NABILAH BT JAMAL
pergerakan pelajar terkawal.

- Mengumpulkan gambar
aktiviti dan dokumen yang
PN NOR AFIZAH BT
berkaitan untuk tujuan
AJK DOKUMENTASI YAHAYA (K)
dokumentasi.
PN SYAHIDA BT SIDEK
-Membuat laporan program.

- Mengambil gambar
sepanjang webinar
PN. NURNABIHA BT
berlangsung.
ROSLIN (K)
AJK FOTOGRAFI -Mengumpul dan memuat naik
EN. KHAIRUL FAIZI BIN
gambar di dalam fb rasmi
SALEH
kolej.

8.0 PENUTUP

Jawatankuasa Kolokium Antarabangsa Teknologi Pertanian amat berharap


agar kertas kerja bagi menjayakan kolokium ini mendapat pertimbangan dan
kelulusan daripada pihak tuan/puan agar program ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Diharapkan juga
semoga kolokium ini memberi impak dan manfaat kepada warga Kolej Vokasional
( Pertanian ) Teluk Intan, Perak , Malaysia dan SMK N1 Mempawah Timur,
Kalimantan Barat, Indonesia khususnya dan kolej vokasional pertanian lain secara
amnya.

Disediakan oleh :

……………………………………………
( NUR NADIA FAZREEN BINTI AHMAD MUNIR )
Setiausaha
Kolokium Antarabangsa Teknologi Pertanian Tahun 2021

Disemak oleh:

……………………………………………
( AHMAD RAZMAN BIN AHMAD MASRI)
Penyelaras
Kolokium Antarabangsa Teknologi Pertanian Tahun 2021

Diluluskan Oleh:

……………………………………………..
(PN FAUZIAH BINTI KAMARUDIN)
Timbalan Pengerusi
Kolokium Antarabangsa Teknologi Pertanian Tahun 2021

Anda mungkin juga menyukai