Anda di halaman 1dari 20

LAPORAN PENUH PROGRAM

MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

LAPORAN PENUH PROGRAM


MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

TABUNG AMANAH KOLEJ (TAK)


JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ (JPK) PERINDU
DAN STAF RESIDEN KOLEJ PERINDU
DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UiTM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

1.0 PENGENALAN

Program ini diadakan dengan kerjasama Kolej Perindu UiTM Shah Alam dan Jabatan
Perhutanan Malaysia bagi menjaga kebersihan di sekitar kawasan pokok bakau di
Pantai Remis dan memulihara kehidupan flora dan fauna. Program ini juga dapat
menerapkan cintakan alam sekitar dan menghargai alam sekitar dengan lebih.
Pendekatan membawa pelajar ke program ni dapat memberikan pengalaman yang
lebih dekat dan pemahaman yang lebih mendalam betapa pentingnya ekosistem
dan alam sekitar terhadap masyarakat. Pelajar juga dapat memahami spesies-
spesies pokok bakau yang terdapat di seluruh Malaysia. Program ini juga
berlangsung selama 1 hari di Pantai Remis Kuala Selangor. Perjalanan yang
mengambil masa selama 40 minit daripada Uitm Shah Alam. Seramai 40
sukarelawan termasuk 15 orang Jawatankuasa Perwakilan Kolej, pelajar Kolej
Perindu dan 2 orang Staf Residen Kolej sebagai pengiring turut terlibat di dalam
program ini. Seperti kita maklum penanaman bakau tidak mendapat perhatian yang
khusus daripada semua pihak terutama mahasiswa dan generasi baharu terhadap
kepentingan pokok bakau dalam menjaga ekosistem laut di negara kita.
Kepentingan pokok bakau dalam menjaga benteng persisiran pantai, habitat
hidupan laut, meningkatkan ekonomi nelayan dan sebagainya harus dipelihara bagi
menjamin keseimbangan ekosistem yang seharusnya ditatang bersama oleh kita
sebagai rakyat yang prihatin dengan kelestarian alam sekitar.Semoga dengan
keberadaan inisiatif ini diharap dapat memupuk semangat kecintaan para
mahasiswa terhadap penjagaan pokok bakau dan kepentingan pokok bakau
terhadap ekosistem di Malaysia.

2
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Tarikh:

8 September 2018

Tempat:

Pantai Remis , Kuala Selangor

Penyertaan:

Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu 2018

Matlamat:

 Memelihara dan memulihara alam sekitar


 Melahirkan pelajar yang berbakti kepada masyarakat,tumbuh-tubuhan dan
haiwan sekeliling
 Menerapkan rasa cinta akan alam sekitar kepada pelajar UiTM terutama
pelajar dari kolej perindu sendiri.
 Melahirkan pelajar yang berjiwa penyayang.

Objektif:

Inisiatif terbaik untuk memupuk kesedaran dalam kalangan Mahasiswa, sekaligus


bersama-sama melindungi alam sekitar terutamanya hutan bakau

Tema:
“Seek, Educate and Love The Nature”

Anjuran:
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu 2018.

Dengan Kerjasama:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM.

3
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

Perlaksanaan Program:

Perlaksanaan program bermula pada 8 September 2018 apabila warga Kolej


Perindu bertolak menuju ke Pantai Remis Kuala Selangor pada waktu pagi. Aktiviti
program bermula dengan taklimat daripada Pegawai Jabatan Perhutanan Selangor
dan Pengarah Program . Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penjelasan
objektif program ini dilakukan. Selain itu, taklimat mengenai spesies bakau juga
diperkenalkan untuk menambahkan pengetahuan kepada pelajar. Kemudian,
selepas taklimat, aktiviti menanam pokok bakau bermula dengan membekalkan
dua anak pokok kepada setiap orang pelajar. Pelajar didedahkan bagaimana
penanaman pokom bakau dengan kaedah yang betul dan sistematik.

Ringkasan Program:

Pada 8 September 2018 pada pukul 8.30 pagi kami bergerak dari Kolej Perindu ke
Pantai Remis Kuala Selangor dan setibanya di situ kami di sambut oleh Pegawai
dan ranger dari Jabatan Perhutanan Selangor. Perjalanan mengambil kira-kira 40
minit dari Uitm Shah Alam.

Setibanya kami di sana, kami didedahkan dengan latar belakang di kawasan Pantai
Remis iaitu tempat di mana penanaman bakau dijalankan. Kami juga didedahkan
sejarahnya, speseis, kepentingan dan juga nilai komersial pokok bakau yang
menjadi permintaan tinggi hari ini dalam industri. Walaubagaimanapun, penanaman
ini adalah bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara pokok bakau sehingga
generasi seterusnya untuk mengelakkan kepupusan. Hal ini kerana Jabatan
Selangor menetapkan untuk menanam pokok bakau yang terdiri daripada spesies
pokok bakau api-api, kurap, prepat dan sebagainya.

Kami juga didedahkan bahawa pokok bakau dapat membantu aktiviti perikanan
khususnya. Hal ini kerana pokok bakau dapat membantu ekosistem perikanan
membiak dengan lebih banyak dan membantu meningkatkan pendapatan nelayan.

4
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

Selepas selesai taklimat, program diteruskan dengan pemberian cenderahati


kepada Pegawai Jabatan Perhutanan Selangor dan sesi bergambar bersama pelajar
Kolej Perindu.

Pada pukul 10 pagi aktiviti diteruskan dengan sarapan pagi. Hal ini kerana, kami
dinasihatkan untuk mengambil sarapan sebelum menjalankan aktiviti penanaman
pokok. Tujuannya untuk mengelakkan keletihan disebabkan oleh menggunakan
tenaga dan di bawah cuaca yang panas. Selepas sarapan pagi kami menuju ke
tempat penanaman bakau. Kami dibekalkan dengan kasut, pokok bakau, pisau, dan
tali untuk menjalankan aktiviti penanaman pokok bakau.

Tepat pukul 11.00 pagi, sedikit taklimat kaedah penanaman pokok bakau dengan
cara yang betul diterangkan kepada pelajar Kolej Perindu. Pelajar kolej Perindu
dibekalkan dua pokok kepada setiap pelajar. Setiap pelajar wajib menanam dua
pokok bakau mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini berlangsung
sehingga waktu tengahari dan pelajar perlu bersiap membersihkan diri untuk
makan tengahari.

5
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

3.0 MASALAH DAN PENYELESAIAN

MASALAH

Setiap program dijalankan pasti mempunyai sedikit kesulitan.

Berikut merupakan masalah yang kami hadapi:

1. Pelajar kurang mengetahui aspek keselamatan diri.


2. Pengurusan masa yang tidak ditepati.
3. Peralatan yang tidak mencukupi.
4. Program tertangguh dalam masa yang agak lama.

PENYELESAIAN

Berikut adalah langkah penyelesaian:


1. Pelajar kurang peka terhadap aspek keselamatan diri di tanah becak dimana
terdapat pelbagai hidupan yang merbahaya. Oleh itu, taklimat keselamatan
terlebih dahulu diberikan kepada semua pelajar bagi menjaga keselamatan
masing-masing.
2. Menyediakan penjaga masa untuk memperingatkan masa kepada peserta
dan biro program telah mengambil pendekatan yang amat penting dalam
menjaga isu masa supaya segala perjalanan program berjalan dengan lancar
dan sistematik supaya tidak ketinggalan dan membazir masa semua pihak.
3. Penyertaan pelajar yang ramai menyulitkan kami dalam menyediakan
kemudahan peralatan yang mencukupi kepada semua pelajar. Oleh itu,
beberapa kumpulan telah dibahagikan bagi mencukupkan bilangan peralatan
supaya kesemua pelajar merasa untuk menggunakan peralatan bagi
memulakan proses penanaman.

6
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

4. Program ini telah ditangguhkan dalam jangka masa yang agak lama namun
atas isytihar pengarah program, program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dengan bantuan jawatankuasa perlaksana yang lain.

7
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

4.O ANALISA DATA DAN MAKLUMBALAS RESPONDEN

ANALISA PROGRAM
Huraian Penilaian Penilaian disasarkan kepada 100 % daripada jumlah
kehadiran penyertaan
Program Mangrove to Love
Jumlah Kehadiran 40
Jumlah Penilai 40

PENILAIAN PERLAKSANAAN AKTIVITI

Skala Kepuasan Pengisian Persembahan Lokasi Aturcara dan Mutu Keseluruhan


Program Multimedia Program Pengendalian Makanan dan Mutu Aktiviti
Program Minuman
Tidak Memuaskan 0 0 0 0 0 0
Memuaskan 0 2 0 0 3 3
Baik 0 2 0 3 9 3
Sangat Baik 10 11 0 10 8 20
Cemerlang 30 25 40 27 20 14
Jumlah 40 40 40 40 40 40

Jadual 1 : Penilaian Perlaksanaan Program Berdasarkan Borang Soal Selidik

Carta 1 : Penilaian Perlaksanaan Program Berdasarkan Borang Soal Selidik

8
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

Berdasarkan carta yang ditunjukkan diatas Pengisian Program telah mencapai


tahap yang cemerlang dimana 100 % daripada penyertaan bersetuju dengan
pengisian program yang telah dilaksanakan. Manakala Persembahan Multimedia
daripada konsultan turut mendominasi carta dimana kebanyakkan daripada peserta
memilih undian cemerlang kepada persembahan multimedia. Walaubagaimanapun
Lokasi Program mendapat keputusan yang kurang memuaskan dek kerana faktor
dewan dan lokasi program yang agak jauh daripada penyertaan pelajar wanita.
Aturcara dan Pengendalian Program, Mutu Makanan dan Minuman serta
Keseluruhan Mutu Aktiviti mendapat reaksi yang positif daripada kesemua
peserta dimana 90% daripada penyertaan amat bersetuju dengan perjalanan
program yang telah dianjurkan.

KEMAHIRAN INSANIAH
Skala Pemarkahan Pemikiran Kritis Kemahiran Kemahiran Kerja Etika dan Moral Pembelajaran Kemahiran Kemahiran
dan Kemahiran Komunikasi Berpasukan Profesional Berterusan dan Keusahawanan Kepimpinan
Menyelesaikan Pengurusan
Masalah Maklumat
Sangat Tidak Bersetuju 3 0 1 2 0 0 0
Tidak Setuju 7 10 4 3 9 0 0
Biasa 5 10 3 5 6 0 3
Setuju 15 5 2 9 15 0 6
Sangat Bersetuju 10 15 30 21 10 0 31
Jumlah 40 40 40 40 40 40 40

Jadual 2 : Skala Pemarkahan bagi Kemahiran Insaniah

Carta 2 : Penilaian Kemahiran Insaniah Berdasarkan Borang Soal Selidik

9
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

Berdasarkan Kemahiran Insaniah yang terdapat di dalam borang soal selidik hanya
lima (5) kemahiran yang dapat diperoleh berdasarkan kursus ini. Hampir 80%
daripada peserta sangat bersetuju bahawa kursus ini mampu menjana Pemikiran
Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah manakala lebih 90% sangat
bersetuju dengan Kemahiran Komunikasi yang boleh dicungkil semasa menjalani
kursus ini. Kesemua peserta bersependapat bahawa Kemahiran Kerja
Berpasukan dapat diperoleh semasa menghadiri kursus ini manakala lebih
daripada separuh bersetuju Etika & Moral Professional boleh dipupuk sepanjang
kursus berlangsung. Tambahan lagi, kesemua peserta sangat bersetuju bahawa
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat diperoleh secara tidak
langsung semasa menghadiri kursus. Kesimpulannya, kursus ini mendapat
sambutan dan maklum balas yang baik daripada kesemua penyertaan dan diharap
objektif yang telah dirangka dapat dicapai selepas penghabisan program.

10
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan baik dan tiada sebarang
permasalahan yang berlaku. Terdapat beberapa masalah kecil yang berlaku namun
dapat diselesaikan dengan baik. Perjalanan aktiviti juga berjalan seiring dengan
tentatif program. Matlamat dan objektif telah berjaya dicapai dimana keempat-
empat objektif berjaya diterapkan dalam diri mahasiswa dalam menggapai hasrat
dalam memulihara ekosistem laut. Diharapkan program ini pada masa akan datang
dapat diteruskan kerana kesedaran yang ditanam dapat melahirkan mahasiswa
yang peka terhadap alam sekitar dan kawasan sekeliling seterusnya melahirkan
mahasiswa yang proaktif dan giat dalam melakukan aktiviti kesukarelawan yang
mampu membentuk peribadi mahasiswa secara holistik dalam pelbagai bidang.

11
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

6.0 TENTATIF PROGRAM

07.30 AM : Peserta berkumpul dan Bertolak ke Pantai Remis

09.30 AM : Taklimat ringkas daripada wakil pihak Jabatan Perhutanan Selangor

10.00 AM : Melawat sekitar Pantai Remis

11.00 AM : Program Penanaman Pokok Bakau

12.00 PM : Rehat/Makan tengahari/Solat

02.00 PM : Membersihkan kawasan sekitar pantai

02.30 PM : Bersurai

12
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM MANGROVE TO LOVE


“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”JAWATANKUASA PERWAKILAN
KOLEJ PERINDU DENGAN KERJASAMA STAF RESIDEN KOLEJ PERINDU UiTM

PENAUNG

EN PEKAN BIN RAMLI

Pengetua Kolej Perindu

PENASIHAT PROGRAM

EN MUHAMMAD SALEHUDIN HJ MOH ESA

Staf Residen Kolej Perindu

PEMANTAU PROGRAM

MUHAMMAD AYSRAF BIN BAHARUDDIN

Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)Perindu 2018/19

PENGARAH PROGRAM

MUHAMMAD HASHYMI BIN BADRULZAMAN

TIMBALAN PENGARAH

LUQMAN HAKIMI BIN NORHAZLESHAM

SETIAUSAHA PROGRAM

MUHAMMAD ABDULLAH RAWAHAH BIN CHE HAZAHAR

13
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

BENDAHARI PROGRAM

MUKRIMO’AZ BIN MAT HASHIM

BIRO PROGRAM

KHAIRIL AL-HAFIZ BIN ABDUL RAHMAN

BIRO MAKANAN

MOHD HAMIZAN BIN ABDUL HAMID

BIRO MULTIMEDIA

MOHD ZAHEERUL HIJAN BIN IBRAHIM

MUHAMMAD ADLI BIN MUHAMMAD SUHAIMI

BIRO HEBAHAN DAN PUBLISITI

MUHAMAD FAKRIYUDDIN BIN YAHYA

MUHAMMAD ABDULLAH BIN MOHD FAZLI

BIRO JEMPUTAN

MOHAMAD SHAHRIZAN BIN MD SHAH

MUHAMMAD FARIS BIN ABDUL HADI

BIRO TEKNIKAL

MUHAMAD HAFIZ BIN MUHAMAD AHYAT

ARIF RAFAIL BIN MOHD NOOR AZMI

14
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS


ABANG AMRUN BIN ABANG BUSSRI
AHMAD NAZRI BIN MOHD ZAINON

15
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

7.0 KOLEKSI GAMBAR

Gambar 1 :

Gambar 2 :

16
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

Gambar 3 :

Gambar 4 :

17
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

Gambar 5 :

Gambar 6 :

18
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

Gambar 7 :

19
LAPORAN PENUH PROGRAM
MANGROVE TO LOVE
“SEEK, EDUCATE AND LOVE THE NATURE”

Disediakan oleh:

.....................................................................................
MUHAMMAD ABDULLAH RAWAHAH BIN CHE HAZAHAR
Setiausaha Program
Mangrove to Love
“Go Green:Bertindak Sebelum Terlambat:”

Disemak oleh:

....................................................................................
ABANG AMRUN BIN ABANG BUSSRI
Setiausaha Agung Jawatankuasa Perwakilan Kolej,
Perindu 2018/2019

Disahkan oleh:

...................................................................................
PUAN IKHWANA MISNAN
Penasihat Program
Mangrove to Love
“Go Green:Bertindak Sebelum Terlambat:”

20

Anda mungkin juga menyukai