Anda di halaman 1dari 2

BACAAN DOA PEMBUKA MAJLIS

Ya Allah ya Tuhan kami


Kami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada
hari ini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki
dan kurniaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis TAKLIMAT PELAN
LATIHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI
LATIHAN VOKASIONAL (PEM. PLV)/ PENOLONG PEGAWAI
LATIHAN VOKASIONAL (PPLV)/ PEGAWAI LATIHAN
VOKASIONAL (PLV)

Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar


Kami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu
memperkembangkan potensi kami sehingga menjadi hambaMu yang Kau
reda Ya Allah

Kurniakanlah ilmu kepada kami


Sinarilah hati-hati kami dengan hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda,
ketenangan jiwa dan kekuatan semangat

Kami memohon kepada Engkau Ya Allah


Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran
Ringanlah beban kami
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa

Amin Amin Ya Rabbal ‘alamin

Anda mungkin juga menyukai