Anda di halaman 1dari 1

DOA DERMATHON 2018

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di


atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang
sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang
melimpah ruah kepada kami .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba


ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-
Mu yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah majlis kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-
Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,


ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu
mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri,
keluarga, masyarakat dan negara.

Kepada semua penderma, Engkau kurniakanlah ganjaran terbaik


terhadap apa yang disumbangkan untuk menjayakan Program Dermathon
pada kali ini dan sumbangan itu juga menjadi pembersih/penyuci/penggubat
buat Tuan/Puan sekeluarga & semoga dimurahkan rezeki dan diberkati .

Anda mungkin juga menyukai