Anda di halaman 1dari 1
Kelas ‘Tarik: . Nama: PT3 | Praktis 2: Ringkasan ji i fir ikan tersebut, tulis sebuah ringkasan, Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan peti ’ i tentang cara-cara membudayakan’amalan berbasikal dalam kalangan masyarakat. Panjangnya Sngkason anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. fenganalisis; Mencipta 7 | Masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia yang kian meningkat sejak akhir-akhir ini membuktikan masyarakat Malaysia semakin malas bersenam. Salah satu cara untuk menangani isu kesihatan adalah dengan memupuk amalan berbasikal dalam kalangan rakyat. Minat terhadap sukan berbasikal turut dikembangkan dengan pencapaian cemerlang oleh atlet-atlet negara pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Lazimnya, rakyat Malaysia mempraktikkan amalan berbasikal hanya Ketika bersenam di pusat-pusat Seaman ataupun di taman-taman rekreasi yang menyediakan kemudahan berbasikal. Selain menggunakan basikal untuk bersenam, berbasikal juga dapat dilakukan secara santai untuk berekreasi atau menenangkan fikiran. Aktiviti berbasikal bukan sahaja dapat menguatkan otot-otot dan membakar kalori, malahan aktiviti ini menyumbang ke arah tahap kesihatan penduduk Malaysia secara efektif. Melalui penubuhan Kelab Penunggang Basikal di desa atau di kawasan perumahan, hubungan mesra antara penduduk dapat dieratkan sekali gus sebarang bentuk Kerjasama dalam masyarakat dapat dizahirkan melalui aktiviti berbasikal yang dijalankan oleh kelab ini. Aktiviti berbasikal dapat dijalankan oleh skuad rondaan Kelab Rukun Tetangga untuk menjalankan operasi pada waktu malam di kawasan desa atau di taman perumahan penduduk juga. Negara-negara lain seperti Sweden, Jepun, dan China telah pun menggunakan basikal sebagai salah sam pengangkutan awam yang utama, Oleh itu, tidak mustahil kita boleh mengamalkan aktiviti berbasikal tntuk Ke tempat Kerja sekiranya jarak tidak terlalu jauh, Begitu jugalah dengan suri rumah, mereka boleh berbasikal untuk pergi ke pasar atau Ke kedai bagi membeli barangan keperiuan. Pada peringkat institusi Pendidikan pula, para pelajar yang tinggal di asrama tempat pengajian digalakkan menggunakan basikal untuk perjalanan Ke fakulti mereka. Di samping itu pertandingan berbasikal boleh juga diperkenalleen dalam kalangan warga kampus sebagai acara sukan di institusi pengajian tinggi berkenaan, Sudah tiba masanya kerajaan perlu bertindak secara serius untuk menjalankan kempen berbasikal di Scluruh pelosok negara. Kempen tersebut sewajamya dijalankan secara berterusan. Pada masa yang sama, masyarakat perlu menanamkan minat untuk menggunakan basikal sebagai kenderaan utama bagi jarak Perjalanan Kurang daripada lima kilometer dari rumah mereka. Sememangnya, aktiviti berbasikat dapat melahirkan warga yang sihat di negara kita. ipetik dan diubahsuaikan daripada “Tabiat Berbasikal Pupuk Gaya Hidup Masyarakat Sihat”, Berita Harian)

Anda mungkin juga menyukai