Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan pada masa yang telah ditetapkan.

Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang tugasan ini dijalankan terutamanya kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Wan Kamariah dan Datin Zaitun kerana memberikan komitmen yang baik sepanjang tugasan ini dijalankan. Saya juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan yang baik walaupun saya agak tidak terurus semasa awal musim praktikum yang kedua. Selain itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasangan saya untuk tugasan kali ini, Wan Fatimah Wan Yusoff kerana menjadi pasangan yang baik dan memberikan komitmen sepenuhnya dengan tugasan yang telah dibahagikan. Selepas pensyarah memberikan tugasan dan memberi taklimat, saya dan pasangan terus berbincang dan mula bahagikan tugas. Walaupun kami telah membahagikan tugas, itu tidak bermakna kami tidak saling berhubungan. Kami masih tolongmenolong dan melengkapkan sesama sendiri. Kami telah sebulat suara untuk memilih tajuk Panjang sebagai tajuk tugasan kami kali ini. Kami juga telah memilih untuk mengambil startegi pembelajaran di luar bilik darjah seperti kaedah stesyen. Selain itu, kami juga turut menerapkan kaedah demonstrasi ke dalam aktiviti pembelajaran bilik darjah. Tugasan ini memerlukan kami untuk menulis esei pendek dimana tugasan ini adalah tugasan individu. Tugasan ini telah memerah idea saya untuk menyenaraikan dan mengulaws tentang pendapat saya mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah ini sejauh mana dapat mengukuhkan PdP yang berkesan. Semasa saya membuat tugasan ini, saya telah merujuk kepada beberapa sumber di internet dan hasil penyelidikan serta saya juga kerap bertanya senior dan rakan sekelas saya mengenai tajuk ini. Setelah berbincang dan berkongsi idea bersama mereka, akhirnya saya mula merangka esei tersebut.

Saya berasa tugasan individu ini agak mencabar kerana memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk merangka ayat yang baik. Bukan itu sahaja, pembahagian markah untuk esei pendek pula agak banyak iaitu 40%.

Bahkan,panjang esei ini adalah dalam anggaran 2500 patah perkataan. Oleh itu, saya berasa saya amat perlu untuk merancang menyiapkan esei ini dengan baik. Selain merangka esei, kami juga telah ditugaskan untuk menyediakan Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian yang lengkap yang membawa markah 30% dalam tugasan ini. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan/berpasangan. Saya telah berbincang dengan wan Fatimah tentang aktiviti apa yang patut dilakukan dalam penyediaan rancangan pengajaran harian tersebut. Kami telah membuat beberapa kajian untuk mengambil pembelajaran tahun berapa. Akhirnya kami telah bersetuju untuk memilih tajuk Panjang dari tahun 4. Seterusnya, kami dikehendaki untuk melaksanakan pengajaran mikro. Tugasan ini juga tugasan individu. Ini merupakan kali kedua buat saya untuk melaksanakan pengajaran mikro. Seperti biasa, perasaan yang dirasai oleh saya tidak boleh dibayangkan dengan kata-kata. Saya amat gementar kerana saya risau jika saya tidak dapat membuat dengan baik. Namun, perasaan gementar itu kian hilang seiiring dengan waktu yang berlalu. Saya dan pasangan telah membahagi bahagian untuk menerangkan setiap langkah yang terdapat rancangan pengajaran harian yang telah disediakan. Saya dapat giliran untuk menerangkan langkah set induksi dan langkah 3 serta penutup. Kami juga telah bersama-sama menerangkan tentang bahan bantu mengajar (resos) yang telah disediakan oleh kami berdua. Kami juga telah menerangkan tentang kegunaan dan kepentingan resos dalam menjayakan aktiviti dalam perancangan rancangan pengajaran harian yang telah disiapkan.

Seperti yang sedia maklum, aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah sangat menarik jika membuat persediaan yang baik dan terancang. Selain itu, aktiviti ini juga sangat menarik perhatian murid kerana mereka akhirnya dapat keluar dari kepompong yang mempunyai kawasan yang terhad seperti dalam kelas. Bukan itu murid juga dapat mempunyai suasana yang menarik. Kami telah memilih untuk membuat kaedah stesyen. Kami telah membahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Kelemahan yang saya dapat rasakan semasa saya menjalani aktiviti pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah adalah semasa saya memberikan arahan, murid dalam keadaan yang tidak begitu sedia. Selain itu saya juga tidak lampirkan kertas arahan. Walaupun saya sudah memberikan arahan pada awal PdP, namun murid akan terlupa jika ke stesyen seterusnya. Walaubagaimanapun, kekuatan yang dapat rasakan dengan ketiga-tiga stesyen tersebut adalah kami dapat menyediakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Hal ini demikian kerana, pada akhir PdP, murid meminta untuk mengulangi semula aktiviti tersebut pada keesokkan harinya. Namun demikian, kami tidak dapat berpeluang untuk menjalankan aktiviti tersebut pada keesokkan harinya kerana kekangan masa yang ada. Selesai rakaman video sesi pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah, kami telah dipanggil untuk membentangkan di hadapan pensyarah pembimbing iaitu Datin Zaitun. Kami telah membentangkan serba sedikit tentang video yang telah dirakam di sekolah mengenai kaedah stesyen yang dipilih oleh kami. Setelah membuat penerangan, kami telah dinilai oleh Datin dan ditegur beberapa kesalahan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Salah satunya adalah

Anda mungkin juga menyukai