Anda di halaman 1dari 4

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: 2/8 : Minggu Kedua

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 22 Julai-26 Julai 2-13 Tajuk Jurnal : Penyampaian arahan tidak jelas

Masalah/Peristiwa Pada hari Isnin , saya telah mangajar sub topik baru iaitu hubungan antara unit panjang. Pada minggu tersebut, saya mengalami masalah sakit tekak dan suara tidak begitu jelas. Paling ketara terutama ketika saya mengendalikan permainan kuiz terkejut dalam kelas 5 Kenanga . Murid-murid kelihatan terpinga-terpinga sejurus saya memberitahu syarat dan cara permainan ini dilaksanakan. Kebanyakan daripada mereka akan bertanya berulang kali akan apa yang perlu dilakukan. Seterusnya, perkara tersebut telah merencatkan perjalanan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Ada murid yang tidak dapat memberikan perhatian dan akhirnya, kawalan kelas menjadi agak teruk. Oleh sebab itu, saya sedar bahawa arahan yang saya keluarkan tidak jelas dan kurang difahami oleh murid-murid.

Analisis Saya bertanya kepada diri sendiri, apa sebenarnya yang terjadi? Apa punca masalah tersebut berlaku? Saya mendapati bahawa permainan kuiz tersebut menjadi kelam kabut akibat daripada arahan yang tidak begitu jelas yang disampaikan. Seterusnya, saya rasakan saya tidak tegas dalam memberi arahan sehingga murid-murid tidak fokus, seterusnya mereka tidak dapat bermain dengan baik. Di samping itu, lontaran suara juga tidak dilakukan dengan baik yang mana ada di antara mereka yang tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang saya

sampaikan. Selain itu, arahan menjadi tidak jelas juga adalah disebabkan diri saya yang tidak bersiap sedia sepenuhnya. Ini bermaksud saya tidak mencerna dengan baik apa yang ingin saya lakukan di dalam kelas sehingga memberi kesan kepada penyampaian arahan yang tidak jelas dan murid-murid turut terlibat sama. Sememangnya, kesemua punca tersebut bermula dari diri saya sendiri. Oleh itu, saya percaya saya perlu membuat penambahbaikan daripada kesilapan yang saya lakukan ini.

Cadangan Tindakan Susulan Setelah membuat analisis akan masalah penyampaian arahan yang tidak jelas ini, dapat saya ketahui bahawa saya perlu membuat penambahbaikan dan tindakan susulan perlu dilaksanakan. Saya tidak boleh membiarkan perkara ini berlarutan dan memberi kesan kepada kawalan kelas secara keseluruhannya.

Pertama, saya perlu memastikan saya menggunakan ayat yang ringkas, mudah dan tepat ketika menyampaikan arahan kepada murid-murid. Ayat yang saya gunakan tidak boleh meleret-meleret yang mana murid-murid juga tidak akan faham apa yang akan saya sampaikan. Arahan yang saya keluarkan perlulah jelas dan bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Ini bermaksud, saya perlu membuat latihan untuk memberi arahan dengan ringkas dan tepat berulangkali. Saya akan praktiskannya sehingga murid-murid jelas dengan apa yang saya katakan. Saya yakin mereka tidak akan dapat memahami arahan jika ianya terlalu panjang sekaligus membangkitkan rasa kebosanan dalam diri mereka.

Kedua, saya perlu tegas dalam memberi arahan. Pada ketika saya ingin mengeluarkan arahan yang penting, saya perlu memberi penekanan dengan meninggikan suara agar murid-murid fokus kepada saya. Saya perlu pastikan muridmurid berada dalam keadaan terkawal dan bersedia barulah saya boleh memberikan arahan seterusnya dengan baik. Saya juga yakin arahan yang saya sampaikan perlu diulang 2 kali agar mereka dapat memahaminya dengan baik.

Ketiga, lontaran suara yang saya lakukan perlu kuat dan jelas memandangkan murid-murid yang terlibat adalah 33 orang murid-murid. Saya perlu melontarkan suara dengan jelas dan saya percaya ini perlu dilakukan berulang kali supaya menjadi kebiasaan. Sekiranya saya mengalami masalah suara, saya akan menggunakan wisel untuk mengawal murid supaya beri perhatian kepada saya.

Akhir sekali, saya perlu memastikan diri saya benar-benar bersiap sedia dengan segala aktiviti yang saya lakukan. Saya perlu membuat semakan akan apa yang saya ingin lakukan di dalam kelas. Ketika saya merencanakan aktiviti, saya perlu membayangkan situasi di dalam kelas dan bukan hanya sekadar merancang sahaja. Saya perlu meletakkan diri saya bersama-sama murid-murid tersebut di dalam kelas. Seperti contoh, aktiviti apa yang sesuai dilakukan dan aktiviti yang perlu dielakkan agar saya lebih bersedia untuk proses pembelajaran dan pengajaran yang seterusnya.

Tempoh Masa Tindakan Susulan Tempoh masa untuk tindakan susulan ini adalah dalam masa seminggu iaitu 22Julai 2013 sehingga 29 April 2013. Saya akan cuba untuk menangani masalah ini agar

kesilapan yang sama tidak berulang lagi. Insha Allah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Nama Tarikh : :

Tandatangan: Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai