Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2015

,


Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah bagi Tahun 2014 di peringkat
Sekolah Kebangsaaan Pendidikan Khas Kota Kinabalu pada pagi yang berbahagia.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami tautkan dua tangan kami dan memohon kehadaratMu, agar
acara yang meriah ini, yang menjadi kemuncak pencapaian anak-anak kami
sepanjang tahun 2014 yang lalu akan mendapat rahmat serta inayah daripadaMu.Ya
Allah, Betapa pun engkau telah memilih anak-anak kami menjadi anak yang
cemerlang pada hari ini, namun kami akan sentiasa memohon agar engkau jadikan
mereka anak yang sentiasa cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat, anak yang
patuh pada suruhan ibubapa, menghormati guru-guru dan rakan-rakan mereka.
Ya Rahman, Ya Rahim
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami ini akan dapat
melahirkan atlet-atlet dan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Mudah-mudahan mereka ini akan menjadi insan
yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa hadapan.
Ya Hayyu, Ya Qayyum
Kami juga memohon perlindungan dari Mu dari segala perkara yang boleh mencacat
celakan majlis kami ini. Oleh itu, berkatilah majlis kami pada pagi yang penuh
bermakna.

.

Anda mungkin juga menyukai