Anda di halaman 1dari 4

HARI 7

Pembela Kristus Yang Giat

St Joseph adalah seorang lelaki yang adil, seorang pekerja yang tidak mengenal lelah,
penjaga yang ikhlas bagi mereka yang mempercayakan diri kepada penjagaannya.
Semoga dia selalu menjaga, melindungi dan memberi petunjuk kepada keluarga-
keluarga – Pope St Yohanes Paulus II

Hari ini, marilah kita melihat kepada kisah pengungsian ke Mesir dan kualiti-kualiti Joseph yang
diungkapkan kepada kita. Kita juga akan merenungkan mengenai beberapa lagi gelaran St
Joseph: Pembela Kristus yang Giat, Joseph yang Amat Taat, Yang Ditakuti oleh Setan, dan
Pelindung Gereja Kudus.

Yesus dilahirkan pada zaman pemerintahan Raja Herodes. Injil menurut Matius memberitahu
kita, tiga orang majus yang melihat satu bintang dan datang ke Yerusalem untuk bertanya
mengenai tempat kelahiran “raja orang Yahudi yang baru.”63 Mereka diberitahu bahawa Dia
akan dilahirkan di Betlehem. Herodes “menyuruh mereka ke Betlehem, katanya: ‘Pergi dan
selidiklah dengan seksama hal-hal mengenai Anak itu dan segera sesudah kamu menemukan
Dia, kabarkanlah kepadaku supaya aku pun datang menyembah Dia.’” 64 Namun, dalam
realitinya, Herodes merasa terancam tentang kemungkinan seorang raja yang baru dan
merancang untuk membunuhnya. Orang-orang yang bijaksana itu menjumpai Yesus di
Betlehem, menyembah Dia, dan mempersembahkan persembahan kepada-Nya. Tetapi “karena
diperingatkan dalam mimpi, supaya jangan kembali kepada Herodes, maka pulanglah mereka ke
negerinya melalui jalan lain.”65

…………………………………………………………………………………………………
63 Matius 2:2
64 Matius 2:8
65 Matius 2:12
Oleh kerana Joseph seorang yang memberi perhatian dan taat kepada kehendak Allah, dia dapat
membela dan menjaga bayi Yesus daripada ancaman Herodes, “Setelah orang-orang majus itu
berangkat, nampaklah malaikat Tuhan kepada Yusuf dalam mimpi dan berkata: ‘Bangunlah,
ambillah Anak itu serta ibu-Nya, larilah ke Mesir dan tinggallah di sana sampai Aku berfirman
kepadamu, karena Herodes akan mencari Anak itu untuk membunuh Dia.’ Maka Yusuf pun
bangunlah, diambilnya Anak itu serta ibu-Nya malam itu juga, lalu menyingkir ke Mesir, dan
tinggal di sana hingga Herodes mati. […] Ketika Herodes tahu, bahwa ia telah diperdayakan
oleh orang-orang majus itu, ia sangat marah. Lalu ia menyuruh membunuh semua anak di
Betlehem dan sekitarnya, yaitu anak-anak yang berumur dua tahun ke bawah…”66

Kualiti pertama St Joseph ialah bahawa kita dapat melihat perhatiannya kepada kehendak Allah.
Walaupun dia mendengar Tuhan dalam tidurnya, Joseph sentiasa sedar secara rohani. Dia seperti
seorang jaga. Bahaya yang terus-menerus dalam hidup rohani adalah terperangkap dalam
kekosongan dan kebisingan dunia ini sehingga kita hilang kebolehan untuk mendengar suara
senyap dan kecil dari Allah yang membimbing kita. Apabila malaikat Tuhan itu berkata kepada
Joseph di dalam mimpi, dia mengenali suara Allah. Dia tidak melewatkannya. Kita boleh
memikirkan sikap Joseph apabila kita mendengar Tuhan kita berkata, “Berbahagialah hamba-
hamba yang didapati tuannya berjaga-jaga ketika dia datang…”67 Joseph adalah salah seorang
hamba Allah yang berbahagia.

Sangatlah menarik perhatian kita bahawa Tuhan memilih untuk memberi arahan-arahan ini
kepada Joseph dan tidak kepada Maria. Kita tahu bahawa Perawan Maria Terberkati adalah
wanita paling taat secara rohani yang pernah hidup. Namun, apabila Allah memilih untuk
memberi arahan-arahan itu, Dia memberikannya kepada Joseph. Ini mengesahkan bahawa
dalam perjanjian perkahwinan, suami dan isteri masuk dalam satu perkongsian. Walaupun
Joseph berkahwin dengan wanita yang paling kudus, Allah menghormati martabat dan
tanggungjawab yang dikongsi bersama oleh Joseph. Joseph tidak melepaskan
tanggungjawabnya sebagai bapa dalam keluarga. Sebaliknya, dia menerima dan merangkul tugas
ini. Bonda kita tahu bahawa suaminya, Joseph mendengar suara Allah dengan jelas. Dia cukup
yakin dan percaya kepadanya untuk bersama-sama meninggalkan negeri mereka pada tengah
malam, melarikan diri dari kuasa kegelapan yang cuba membunuh Anak itu.

Suatu saat ketika keluarganya berada dalam bahaya, Joseph sekali lagi membuktikan
kepatuhannya yang segera dan sempurna. Walaupun bila Allah meminta Joseph untuk
melakukan perkara yang di luar jangkaan dan sukar, tukang kayu yang rendah hati itu hanya
patuh. Joseph tidak mempersoalkan, atau cuba tawar-menawar mengenai terma dan syarat. Kita
dapat melihat ini secara konsisten pada diri Joseph, yang membolehkan dia dipanggil “Joseph
Yang Amat Taat.” Tukang kayu yang rendah hati ini menunjukkan ketaatan yang hampir tiada
taranya dalam keseluruhan Kitab Suci.
……….…………………………………………………………………………………………
66 Matius 2:13-16
67 Lukas 12:37
Dalam Litani, kita juga berseru kepada Joseph sebagai Pelindung Gereja Kudus. Dengan
melindungi Anak-nya daripada kemurkaan Herodes, Bapa Pemelihara Yesus telahpun
melindungi Gereja dalam bentuk yang baru bercambah. Gereja adalah Tubuh Kristus. Joseph
tidak hanya melindungi Tubuh Kristus semasa Yesus masih kanak-kanak, malah dia terus
melindungi Tubuh mistik Kristus, iaitu Gereja. Banyak kali, apabila Gereja Katolik diserang
dengan ideologi dan gerakan politik yang bahaya, para paus berpaling kepada St Joseph,
memohon perlindungan dan doa syafaatnya yang istimewa. Dalam Kitab Wahyu, Yohanes
menggambarkan Wanita itu sebagai Gereja.68 Wanita ini berperang dengan Naga Merah, yang
ingin menelan anaknya. Dengan melarikan diri ke Mesir bersama Maria dan Yesus, Joseph
melindungi Wanita dan Anak itu.

Bukan hanya Herodes saja yang ingin memusnahkan Juruselamat yang baru dilahirkan itu, malah
semua kuasa kegelapan. Yesus diserang oleh kedua-dua kuasa duniawi dan rohani. Misi Joseph
adalah untuk melindungi Yesus daripada kuasa-kuasa itu. Allah memberikan dia rahmat untuk
melaksanakannya. Teologi Katolik menggelarkan ini sebagai ‘grace of state.’ Grace of state
bermaksud bahawa Allah selalu membekalkan rahmat yang perlu untuk melaksanakan kehendak
Allah, terutamanya berkaitan dengan panggilan seseorang. Ibu bapa bertanggungjawab kepada
kebajikan duniawi dan rohani anak-anak mereka. Oleh itu, bapa-bapa dan ibu-ibu diberikan
kekuasaan untuk memberkati dan mengikat. Jikalau ada kuasa-kuasa kegelapan menyerang
sebuah keluarga, ibu bapa mempunyai kekuasaan untuk mengikat kuasa-kuasa itu dan
memerintahkannya untuk pergi. Bayangkan kesemua kuasa neraka yang menyerang Juruselamat,
Anak Domba Allah yang datang untuk menghapus dosa dunia. Menurut aturan ilahi Allah,
Joseph sebagai seorang bapa, mempunyai autoriti/wewenang/kekuasaan untuk memerintahkan
agar kuasa-kuasa tersebut pergi. Oleh yang demikian, satu lagi gelaran Joseph ialah Yang
Ditakuti oleh Setan.

Kisah pengungsian ke Mesir mengetengahkan bagaimana Bapa Pemelihara Yesus dengan giat
melindungi Anak-nya. Kita melihat dalam diri St Joseph seorang lelaki yang memberi
perhatiannya kepada suara Allah dan dorongan Roh Kudus. Kita melihat lelaki yang taat kepada
Allah dan memegang tugasnya sebagai pelindung kepada keluarganya. Joseph adalah lelaki yang
tahu akan autoritinya ke atas kuasa kegelapan yang menyerang Yesus dan Maria. Dia adalah
penjaga Keluarga Kudus yang patut dicontohi dan dia juga mahu menjadi penjaga yang penuh
kasih kepada setiap diri kita.

……………………………………………………………………………………………
68 Wahyu 12:3-4
St Joseph, Pembela yang Waspada bagi Kristus, doakanlah kami!

Memorare kepada St Joseph

Ingatlah, ya Suami Perawan Maria yang termurni, pelindungku yang terkasih, Santo Joseph,
belum pernah terdengar bahawa sesiapa pun yang mohon pertolonganmu dibiarkan seorang diri
tanpa penghiburan.
Terdorong oleh keyakinan ini, aku datang kepadamu, dan dengan segala hasrat hatiku, aku
mempercayakan diriku kepadamu. Janganlah menolak doaku, ya Bapa Pengasuh Juruselamat
kami, melainkan dengan penuh belas kasih dengarlah dan jawablah doaku. Amen.

Bapa Kami, Salam Maria, Kemuliaan…

Anda mungkin juga menyukai