Versi singkat
1
Datanglah Ya Roh Pencipta (Veni Creator Spiritus)
Datanglah ya Roh Pencipta kunjungilah jiwa kami semua
penuhilah dengan rahmatMu hati kami ciptaanMu
GelarMu adalah penghibur Rahmat Allah yang MahaLuhur,
Sumber hidup, api kasih, dan pengurapan Ilahi
Engkaulah Sumber Sapta Karunia jemari tangan Sang Ilahi
Engkaulah janji sejati Allah Bapa yang mempergandakan
bahasa
Terangilah Akal budi curahkan cinta di setiap hati segala
kelemahan kami,
semoga Kaulindungi dan Kaukuatkan
Jauhkanlah semua musuh segera anugerahkanlah kedamaian
jiwa;
dengan Engkau sebagai penuntun kami kejahatan takkan
mempengaruhi.
Perkenalkanlah kami pada Bapa ajarilah kami agar mengakui
Allah Putera,
serta Engkau, Roh dari keduaNya yang kami imani dan kami
puji selamanya.
Segala kemuliaan bagi Allah Bapa, dan bagi Allah Putera
yang telah bangkit dari mati,
serta bagiMu Roh Kudus pula, sepanjang segala abad. Amin
2
Salam Bintang Laut, Sungguh Bunda Allah,
Perawan selalu, Pintu surga bahagia.
Dikau t’rima “salam” yang Gabriel bawa,
Beri hidup tentram, ubah nama Hawa.
Tolonglah yang papa, bimbinglah yang buta,
Hiburlah yang duka, sembuhkan yang luka.
Tunjukkanlah ibu, antarlah doaku,
Kepada Putramu,Yang lahir bagiku.
Prawan tanpa tara, Elok antar dara,
Lepas dari dosa, Buatku sempurna.
Beri hidup murni, Mohon jalan aman,
Lihat Yesus nanti, Agar selalu riang.
Terpujilah Bapa, Hormat bagi Putra, Roh Kudus dipuja, Esa
selamanya. Amin.
Patris Corde
DENGAN HATI SEORANG AYAH
LITANI ST JOSEPH
Tuhan kasihanilah kami, (Tuhan kasihanilah kami.)
3
Kristus kasihanilah kami, (Kristus kasihanilah kami.)
Tuhan kasihanilah kami, (Tuhan kasihanilah kami.)
Kristus dengarkanlah kami; Kristus kabulkanlah doa kami.
Marilah berdoa:
4
Ya Allah, dalam penyelenggaraan-Mu yang tak terperikan, Engkau telah memilih Santo
Joseph menjadi suami Bonda Putera-Mu. Kami mohon kepada-Mu, berilah supaya dia yang
kami hormati selaku pelindung di dunia, boleh menjadi pendoa kami di Syurga. Engkau yang
hidup dan berkuasa, kini dan sepanjang masa. Amen.
PENGENALAN
Sahabat-sahabatku, saya dengan tegas percaya bahawa sekarang adalah masa St Joseph.
Tahun 2020 adalah tahun untuk merayakan ulangtahun ke-150 apabila Beato Pope Pius IX
mengishytiharkan St Joseph sebagai penaung Gereja Semesta. Peristiwa ini berlaku pada
tahun 1870. Jadi, pada tahun 2020 ini menjadi tahun yang penting.
Saya mahu menjemput anda mengikuti gerakan seluruh dunia untuk mengkonsekrasikan
diri anda kepada St Joseph. Perkara seperti ini belum pernah lagi berlaku selama 2000 tahun
kekristianan. Sekarang adalah masa St Joseph! Melalui konsekrasi / penyerahan ini, anda
akan diberkati, wahai sahabat-sahabatku.
https://www.youtube.com/watch?v=RMzTgqqDu3g&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx
Nota: semua renungan ini dipetik dan diterjemah daripada Fr Don Calloway di Channel Youtube
EWTN dan Channel Fr Don Calloway.
5
Carta Konsekrasi
TARIKH BERMULA PESTA HARI KONSEKRASI
UNTUK 33 HARI
22 Disember Pernikahan Kudus 23 Januari
Maria dan Joseph
1 Januari Yesus 2 Februari
dipersembahakan di
Bait Allah
15 Februari * Hari Raya St 19 Mac
Joseph, Suami
Maria
30 Mac St Joseph, pekerja 1 Mei
11 April Bonda Maria dari 13 Mei
Fatima
16 Julai Bonda Maria dari 17 Ogos
Knock
30 September Para Kudus 1 November
8 November Bonda Maria dari 10 Disember
Loreto
November ** Keluarga Kudus Disember
*Pada tahun lompat, bulan Februari mempunyai 29 hari, lalu hari untuk
memulai 33 hari konsekrasi ini ialah pada 16 Februari.
https://www.consecrationtostjoseph.org/chart.html
Hari Pertama
6
(Mulakan dengan doa Patris Corde)
Renungan:
Pada masa kebingungan yang besar di dunia saat ini terutama mengenai
perkahwinan dan keluarga, kita sangat-sangat memerlukan St Joseph dan
spiritual kebapaannya.
St Peter Julian Eymard pernah berkata: “Apabila Tuhan mahu menaikkan jiwa
ke tingkat yang lebih, Dia mempersatukan jiwa itu dengan St Joseph, dengan
memberinya cinta kasih yang kuat untuk menjadi orang kudus.
https://www.youtube.com/watch?
v=PyjQDhIWpp4&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=
2
Hari Ke-2
7
Dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. Amen.
Renungan:
St Teresa dari Avila sangat yakin kepada bantuan doa St Joseph. Dia mencabar
sesiapa sahaja untuk menguji sendiri bantuan doa yang berkuasa daripada St
Joseph.
https://www.youtube.com/watch?
v=TZeLwdRwKcE&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index
=3
8
Hari Ke-3
Renungan:
Alasan utama kita mendoakan ini ialah kerana setiap doa bertujuan untuk
memimpin kita kepada Bapa Syurgawi.
Tahukah anda bahawa ramai orang kudus, Bapa Suci dan para mistik melihat St
Joseph sebagai bayangan, gambaran dan wakil kepada Allah Bapa Syurgawi di
bumi. Perkara ini sangat mengagumkan untuk difikirkan dan memberi kita suatu
pandangan bahawa begitu besar kehormatan yang Allah anugerahkan kepada St
Joseph.
Hari ini, mari kita berterima kasih kepada St Joseph yang telah menjadi
gambaran Allah Bapa.
https://www.youtube.com/watch?
v=MbSl2dQj1H0&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=
4
9
Hari Ke-4
Renungan:
Apa yang menarik adalah di setiap penulisannya, ada beberapa kali dia
menyebut mengenai St Joseph.
Jikalau dia masih hisup pada zaman ini, tentu dia akan menulis doa “kepada
Yesus melalui Maria dan Joseph”.
https://www.youtube.com/watch?
v=cLEFq7LPLOY&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index
=5
10
Hari Ke-5
Renungan:
Dalam Litani St Joseph, kita berdoa: “Allah Roh Kudus, kasihanilah kami.”
Selain Bonda Maria, Roh Kudus juga aktif dalam kehidupan St Joseph
berbanding para kudus yang lain.
Beato Bartholo Longo menulis satu daripada doa-doa yang indah kepada St
Joseph. Mari doakannya bersama:
https://www.youtube.com/watch?
v=F_0rvG5VPek&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=
6
11
Hari Ke-6
Renungan:
Tritunggal Mahakudus adalah sebuah keluarga yang kudus. Mereka mahu agar
anda menjadi salah seorang daripada ahli keluarga mereka.
St Peter Julian Eymard berkata, “St Joseph adalah kepala Keluarga Kudus, bapa
kepada tritunggal di atas bumi yang melambangkan secara dekat Tritunggal
Kudus di Syurga.
Mari dekatkan diri kita kepada St Joseph, kepala / ketua Keluarga Kudus.
https://www.youtube.com/watch?
v=wQoQXxDDqjc&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index
=7
12
Hari Ke-7
Renungan:
Dia sangat mencintai Maria sehingga dia mahu semua orang untuk mendekati
dan mengasihi Bonda Maria. Inilah sebabnya mengapa konsekrasi kepada St
Joseph sangat disenangi oleh Yesus.
Tuhan kita sangat inginkan agar kita mengkonsekrasikan diri kita kepada St
Joseph.
St Leonard dari Port Maurice, OFM, pernah menyatakan, “semua orang Kristian
dimiliki oleh St Joseph kerana Yesus dan Maria dimiliki oleh dia.”
https://www.youtube.com/watch?v=026ykw83g-
c&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=8
Renungan:
Litani St Joseph sudah wujud sejak abad ke-16 lagi. Saya tertanya-tanya, sudah
berapa ramai para kudus yang telah mendoakannya.
Jika kamu memikirkannya, tidak ada seorang pun di antara mereka yang tidak
mengasihi St Joseph.
Sebagai sebahagian daripada 33 hari konsekrasi kita kepada St Joseph, mari kita
berikan St Joseph tempat yang istimewa dalam hati kita dan di rumah kita.
Seperti para kudus yang lain, mari jadikan St Joseph juga sebagai
‘Kegembiraan’ kita.
https://www.youtube.com/watch?
v=FEaTvLdz4Cw&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index
=9
Renungan:
St Peter Julian Eymard mengatakan bahawa Allah telah melihat bahawa Joseph
akan dilahirkan daripada keluarga raja. Dia ingin agar St Joseph menjadi
mashyur walaupun dengan kemashyuran duniawi.
Darah Daud, Salomo dan semua raja Yehuda yang lain mengalir dalam dirinya.
Wow! Adakah kamu tahu bahawa St Joseph adalah keturunan raja Daud?
St Joseph bukanlah raja Israel, Nazareth atau lain-lain, tetapi kita boleh
mempertimbangkan bahwa St Joseph telah menjadi raja dalam Keluarga Kudus.
St Joseph adalah bapa rohani kita yang mashyur. Kita patut mengasihi dan
mematuhinya.
15
https://www.youtube.com/watch?
v=9xNPrhYZSpU&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index
=10
Hari Ke-10
Renungan:
St Joseph adalah bapa yang lebih agung daripada semua bapa bangsa yang lain.
Adakah anda tahu bahawa iblis benci kepada cahaya St Joseph? Nama lain setan
adalah Lucifer yang bermaksud pembawa cahaya. Lucifer kehilangan
cahayanya kerana kesombongan dan ketidakpatuhannya kepada Allah.
Selain Yesus dan Maria, tiada orang lain lagi yang sangat dibenci oleh setan
kecuali St Joseph.
16
https://www.youtube.com/watch?
v=VbjwOo08_xs&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=
11
Hari Ke-11
Renungan:
Dapatkah kamu bayangkan jika kamu berkahwin dengan Bonda Allah? Ini suatu
panggilan yang sangat hebat.
Tapi St Joseph akan membantu mereka untuk mengingat tentang perkara ini.
St Joseph akan membantu orang / para lelaki untuk menjadi kudus dan
bersopan-santun semula.
17
https://www.youtube.com/watch?
v=0zxeC8kUOx8&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=
12
Hari Ke-12
Renungan:
Dalam Litani St Joseph kita berdoa, “Penjaga St Perawan Maria yang murni,
doakanlah kami.”
Untuk menjadi murni, kita memerlukan penguasaan diri supaya kita dapat
mengawal ghairah dan seksualiti.
Semua orang – apa pun panggilan hidupnya – adalah dipanggil untuk hidup
murni.
St Joseph adalah lelaki Kristian pertama – selepas Yesus – yang menjadi contoh
kemurniaan yang maskulin (lelaki).
Jika lelaki pada hari ini lebih menyerupai St Joseph – sebagai pelindung dan
penjaga keindahan / kecantikan daripada menjadi pengguna dan penyalahguna
misteri feminin (wanita) – maka dunia akan menjadi berbeza daripada yang
sekarang ini.
18
Sahabat-sahabatku, marilah berpaling dan mohon bantuan doa daripada St
Joseph.
https://www.youtube.com/watch?
v=IDJw1nnlVEU&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=
13
Hari Ke-13
Renungan:
Tidak ada satu pun panggilan di atas yang tertulis dalam Perjanjian Baru.
Semuanya adalah cara panggilan yang sah untuk menggambarkan kebapaan St
Joseph.
19
Kebapaan St Joseph adalah kebapaan yang penyayang dan setia.
https://www.youtube.com/watch?
v=5T9bi2nPyR4&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=
14
Hari Ke-14
Renungan:
Dalam Litani St Joseph kita berdoa, “Pembela Kristus yang giat, doakanlah
kami.”
Tahukah kamu, ramai para kudus dan Bapa Suci telah memberi gelar kepada St
Joseph sebagai ‘Sang Penyelamat kepada Sang Penyelamatnya’.
Mereka tidak mengatakan bahawa St Joseph adalah mesias atau tuhan atau lain-
lain.
20
Ramai yang telah menggunakan istilah ‘Sang Penyelamat kepada Sang
Penyelamatnya’. St Jose Maria Escriva mengatakan bahawa St Joseph mahu
melakukan kepada kita seperti yang telah dia lakukan terhadap Yesus.
https://www.youtube.com/watch?
v=h0lPENt0Kpw&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=
15
Hari Ke-15
Renungan:
Allah telah mewujudkan keluarga dan menugaskan para bapa untuk menjadi
ketua keluarga. Itu bukan bererti bahawa lelaki lebih hebat berbanding
perempuan.
Orang terhebat yang pernah hidup bukanlah seorang lelaki, tetapi seorang
perempuan, iaitu Maria, Bonda Allah.
Yesus adalah Sang Ilahi.
21
Yesus dan Maria bersukacita atas St Joseph yang adalah kepala (ketua) keluarga
mereka.
Tapi krisis dalam kelelakian boleh diperbaiki jika lelaki mula meniru St Joseph.
Kebapaannya menunjukkan bahawa kekuatan, kekuasaan dan kepimpinan
adalah sebagai pelayanan kepada sesama.
https://www.youtube.com/watch?
v=XizDmwwYTEo&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&inde
x=16
Hari Ke-16
Renungan:
Dalam Litani St Joseph, kita berdoa: "Joseph yang amat adil, doakanlah
kami".
Apakah maksudnya memanggil St Joseph sebagai seorang yang amat adil atau
lelaki yang adil?
22
St Pope Paul VI juga mengatakan hal yang sama. "Injil menggambarkan St
Joseph sebagai seorang yang adil. Tiada pujian yang lebih baik untuk kebajikan
dan tiada penghormatan yang lebih tinggi untuk jasa yang boleh diberikan
kepada seorang lelaki."
https://www.youtube.com/watch?v=uLqEo-
x8RqY&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=17
Hari Ke-17
Renungan:
Dalam Litani St Joseph, kita berdoa: "Joseph yang amat murni, doakanlah
kami".
Tapi adakah kamu tahu bahawa terdapat juga devosi kepada Hati St Joseph
yang Amat Murni?
23
Devosi ini sudah wujud sejak sekian lama, walaupun tidak ada pesta liturgi
yang terkait dengannya. Mungkin suatu hari nanti akan ada pesta untuk
menghormati Hati St Joseph yang murni.
Tapi sehingga waktu itu, kita bolehlah mencari dan menghormati Hati bapa
rohani kita yang amat Murni ini.
https://www.youtube.com/watch?
v=CSbTjEtt_M0&list=PLCUMAgYImGPmf5ffmrtHiwB5DTfPlwjTx&index=
18
Hari Ke-18
Renungan:
24
Walaupun begitu, kebijaksanaan ialah suatu kebajikan. Ia adalah kebajikan/nilai
murni yang sangat penting.
Prudence=kebijaksanaan:
"Kemampuan untuk mengatur dan mendisiplinkan diri sendiri dengan
menggunakan akal".
Hari Ke-19
Renungan:
Dalam Litani St Joseph, kita berdoa: "Joseph yang amat teguh hati,
doakanlah kami".
Dalam terjemahan yang lain untuk litani ini, gelaran "amat teguh hati" (most
courageous) kadang-kadang disebut "paling gagah" (most valiant) atau "paling
kuat" (most strong).
Ketiga-tiga gelaran ini mempunyai makna penting yang sama.
25
St Joseph adalah seorang yang teguh hati dan tak kenal takut.
Kata akar bagi courage (teguh hati) adalah cour yang membawa maksud:
hati/jantung
Dia tahu bahawa, apabila mereka mengungsi di Mesir, dia mungkin perlu
melindungi isteri dan anaknya daripada serangan-serangan fizikal. Dan dia
sanggup untuk melakukannya.
https://youtu.be/U6US9lbTE-c
Hari Ke-20
Renungan:
Dalam Litani St Joseph, kita berdoa: "Joseph yang amat taat, doakanlah
kami".
26
Papan tanda di jalan raya contohnya, tidak mengambil kebebasan seseorang.
Kamu boleh saja tidak mematuhi tanda "BERHENTI" semasa memandu, tetapi
ketaatan kepada tanda "BERHENTI" akan membantu kamu untuk sampai ke
destinasi dengan selamat.
Dia sangat mengasihi St Joseph dan dia selalu berpaling kepada St Joseph dan
memohon agar membantunya melakukan Kehendak Allah dan menjadi taat.
https://youtu.be/gnsyuZa9hkc
Hari Ke-21
Renungan:
Dalam Litani St Joseph, kita berdoa: "Joseph yang amat setia, doakanlah
kami".
Iman adalah salah satu daripada tiga kebajikan ilahi (iman, harapan dan kasih).
27
Pada zaman sekarang ini bukanlah masa yang mudah untuk beriman / setia
kepada Yesus.
Tapi patutkah anda menjadi seperti St Joseph yang bertahan dalam buangan dan
pengasingan kerana cinta kasihnya kepada Yesus?
Hari Ke-22
Renungan:
28
Kasabaran adalah kebajikan / nilai di mana ramai orang sukar untuk
mempraktikkannya.
Dalam zaman moden ini, kemajuan teknologi telah meletakkan hampir semua
aspek kehidupan kita berada di hujung jari.
Makanan, hiburan, muzik dan kenalan kita dengan segera dapat kita perolehi.
Dengan kelebihan ini, kita semakin tidak berupaya untuk menunggu dan
memperolehi kesabaran.
https://youtu.be/-s-hG6webw8
Hari Ke-23
Renungan:
29
Dalam injil Matius, Yesus mengatakan, "Berbahagialah orang yang miskin di
hadapan Allah, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga"
(Matius 5:3).
Maksud sebenar perkataan Yesus tersebut ialah, sesiapa sahaja yang tidak
melekat pada hal-hal duniawi dan mempercayakan diri kepada pemeliharaan
Ilahi, mereka tidak jauh daripada Kerajaan Syurga.
Hari Ke-24
Renungan:
30
Pernahkah kamu terfikir, bahawa pada permulaan sejarah manusia, Si Ular Jahat
iaitu iblis, memulakan serangannya kepada keluarga manusia di tempat kerja?
Tempat kerja itu ialah Taman Eden yang Allah berikan kepada Adam dan Hawa
agar mereka menjaga dan mengusahakannya.
Lucifer membenci pekerjaan, khususnya kepada pekerja yang jujur dan rajin.
Jika St Joseph telah mendidik Allah Putera tentang bagaimana cara untuk
bekerja, dia boleh menjadi teladan kepada kita di dalam pekerjaan.
https://youtu.be/k_2ETZ7bKHk
Hari Ke-25
Renungan:
31
St Joseph mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan keluarga anda.
Jika anda dengan penuh kasih menjemput St Joseph ke dalam rumah mu,
mintalah bantuan doanya dan hormatilah dia dalam devosi-devosi yang saleh,
maka dia akan sangat memberkati kehidupan keluarga anda.
St Joseph adalah orang kudus pada masa hidup Yesus yang tersembunyi.
St Joseph tahu bagaimana bunyi tapak kaki Yesus berjalan. Dia tahu bunyi
Yesus bersin, ketawa dan suara-Nya semasa menyanyikan Mazmur.
Dia tahu tingkah laku Yesus, rutin paginya, postur, senyuman dan cara Dia
menguap, juga makanan dan minuman kegemaran-Nya.
https://youtu.be/7UKZo5xvz4Y
Hari Ke-26
Renungan:
Dalam Litani St Joseph, kita berdoa, "Wali para perawan, doakanlah kami."
32
St Joseph mempunyai kasih yang khusus kepada mereka yang telah dikuduskan
untuk Tuhan melalui kaul religius.
St Joseph sendiri juga seorang yang perawan lelaki, dan dia tahu bagaimana
tahap keintiman yang mampu dicapai bersama dengan Tuhan melalui cara hidup
selibat/perawan.
St Joseph telah hidup selama 30 tahun bersama dengan dua orang yang perawan
iaitu Yesus dan Maria.
Para kudus yang hebat seperti St Teresa dari Avila, St Teresa dari Lisseux, St
Faustina Kowalska dan St Elizabeth dari Tritunggal memilih St Joseph
sebagai wali / penjaga kemurnian mereka.
https://youtu.be/cd6ZNl8RTWA
Hari Ke-27
Renungan:
33
St Joseph mengasihi keluarga-keluarga dan hati kebapaannya sangat prihatin
dengan pergolakan di dalam keluarga saat ini.❤
Namun, manusia zaman moden telah menjauhkan diri daripada Allah dan cuba
memberi definisi yang bertentangan mengenai maksud sebenar keluarga.
Dan sekarang ini juga, (di barat khususnya), perkara mengenai anak dibesarkan
oleh dua orang bapa dan atau dua orang ibu itu sudah dapat diterima.
https://youtu.be/BiD1E3rXPp0
Hari Ke-28
Renungan:
34
Terdapat banyak kesedihan dan penderitaan dalam hidup ini:
️Dan graviti akhirnya menarik keremajaan lalu membuat kita menjadi tua dan
sukar untuk bergerak.
Apa juga yang kita hadapi di dalam hidup ini, St Joseph selalu ada sebagai
penghibur kita. Allah mahu kita beristirehat dalam kebapaan St Joseph.
Apabila anda menghadapi masalah, lari dan datanglah kepada bapa rohanimu
iaitu St Joseph.
Hari Ke-29
Renungan:
35
Allah telah menyembuhkan ramai orang melalui perantaraan St Joseph.
St Teresa dari Lisieux mungkin sudah mati sewaktu masih bayi kalau bukan
kerana ibunya yang meminta bantuan doa daripada St Joseph.
Jika kamu atau ada orang lain yang kamu tahu sedang sakit, mohonlah bantuan
doa daripada St Joseph.
Jadikan St Joseph sebagai penopang di dalam keluarga anda. Dia akan sangat
memberkati kehidupan keluarga anda.
https://youtu.be/QTYxlzG3k_I
Hari Ke-30
Renungan:
Dalam Litani St Joseph kita berdoa, "Naungan orang yang menghadapi ajal,
doakanlah kami"
36
St Joseph meninggal dunia dalam sukacita dan kematian yang kudus.
Dia mati sambil memandang Yesus dan berbaring pada lengan-lengan Bonda
Maria.
Dengan alasan inilah, Allah telah menjadikan St Joseph sebagai penaung bagi
orang-orang yang menghadapi ajal; kerana Dia mahu kita mengalami kematian
yang sama seperti yang dialami oleh St Joseph; iaitu kematian kudus dan dalam
sukacita.
St Joseph adalah penaung peribadi bagi setiap orang kerana semua orang akan
meninggal dunia.
https://youtu.be/qFZKN8PoqOQ
Hari Ke-31
Renungan:
Dalam Litani St Joseph kita berdoa, "Yang ditakuti oleh setan, doakanlah
kami"
37
Gelaran "Yang ditakuti oleh setan" adalah gelaran St Joseph yang paling unik.
Setan-setan juga takut apabila St Joseph tidur, kerana di dalam tidur, dia
bercakap-cakap dengan Allah.
https://youtu.be/OV77XI8xBdw
Hari Ke-32
Renungan:
38
Gereja memerlukan perlindungan daripada St Joseph.
Sekarang ini, Gereja bukan sahaja diserang oleh "orang luar" tetapi juga
diserang oleh "mereka yang berada di dalam".
Zaman yang kita lalui sekarang ini penuh dengan skandal, kebingungan dan
perpecahan.
Dalam masa-masa yang sukar ini, marilah berpegang teguh kepada St Joseph,
bapa spiritual kita.
Hari Ke-33
Renungan:
Hari ini adalah hari ke-33 daripada 33 hari persiapan konsekrasi total kepada St
Joseph.
39
Hari ini adalah hari di mana kita akan mengkonsekrasikan / menyerahkan
diri kita kepada St Joseph.
St Joseph, bapa rohani kita, mahu memberkati anda dengan limpahan rahmat
dari Syurga.
Sekarang saya menjemput anda untuk membuat aksi konsekrasi anda sendiri
kepada St Joseph:
Pada hari ini, di hadapan banyak saksi Syurgawi, saya __________ (nyatakan
nama anda), seorang pendosa yang bertobat, mengkonsekrasikan diri saya,
tubuh dan jiwa, kepadamu ya St Joseph.
Saya berpaling kepadamu sebagai bapa rohaniku dan menempatkan hidup dan
keselamatan saya ke dalam tanganmu. Yakin dengan kebaikanmu, saya
menempatkan diri saya di bawah jubah kebapaanmu dan memohon kepadamu
untuk melindungi saya daripada dunia, kedagingan, dan iblis.
40
St Joseph, engkau adalah suami yang murni kepada Bonda Allah! Tolonglah
saya untuk mencintainya dengan kasih sayang yang lembut dan pengabdian
penuh. Maria adalah ibu rohaniku dan merupakan jalan yang paling pasti, paling
cepat dan paling mudah untuk sampai kepada Yesus.
Biarkan saya dekat dengannya dan bersama dengan Maria, bawa saya mendekat
kepada Yesus.
Apabila saya meninggal dunia kelak, bawalah saya ke dalam Kerajaan Syurga
untuk melihat Yesus dan Maria.
Bermula dari hari ini dan seterusnya, saya tidak akan melupakanmu. Saya akan
selalu berbicara tentang mu, meluangkan waktu bersama mu di dalam doa dan
dengan bantuanmu, saya mahu berusaha bersungguh-sungguh agar tidak
melakukan dosa.
Sekiranya saya jatuh, bantulah saya untuk bertobat dan pergi kepada Sakramen
Tobat.
Terpujilah Perawan Maria yang mencintaimu dan rindu agar melihat engkau
juga dicintai!
41
Anggaplah saya ini sebagai milikmu.
Saya adalah milikmu.
Amen!
https://youtu.be/2HqZK6gwkZU
42