Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Telah terjadi peristiwa “sebelum” dan “selepas” yang penting dalam sejarah di Alkitab yang
telah mengubah hala tuju hidup manusia di dunia. Yang pertama adalah kisah kejatuhan, apabila
taman firdausi di Eden beransur menjadi dunia susah payah dan hina. Selepas banyak generasi,
banjir menghanyutkan dosa dunia, lalu hanya meninggalkan sebuah keluarga yang benar dan
pasangan-pasangan haiwan untuk berkembang biak di dunia. Selepas itu, kejadian yang sudah
lama ditunggu-tunggu dan teragung di antara kesemua kejadian pun berlaku, iaitu Penjelmaan,
yang secara nyatanya mengubah hala tuju umat manusia. Allah menjadi manusia untuk
menyelamatkan umatnya, dan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, Dia membuka pintu
syurga, memberikan masa hadapan yang lebih mulia daripada Taman Eden kepada semua yang
memilihnya.
Sekarang, ada satu lagi peristiwa penting yang akan datang ke atas kita pada masa yang
terdekat ini, dan kebanyakan orang tidak tahu langsung mengenainya. Banyak nama untuk
pristiwa ini telah diberikan oleh para santo dan orang yang dianggap kudus, termasuklah Bonda
Allah. Mereka memanggilnya sebagai Amaran (Peringatan), Pencerahan Hati Nurani,
Pencerahan untuk semua Jiwa, Pencerahan untuk Semua Hati Nurani, Pentekosta Kedua,
Pentekosta Baru, Penghakiman Kecil, Pra-Penghakiman yang Berbelas Kasih, dan Hari Besar
Cahaya.
Apakah sebenarnya peristiwa ini? Ia adalah saat sebuah peristiwa penting di mana semua
cahaya daripada matahari terpadam dan suatu kegelapan yang pekat akan menyelimuti seluruh
dunia. Kemudian suatu cahaya cemerlang, mirip dua bintang yang berlanggar, akan muncul di
langit, menghasilkan satu tanda Yesus Kristus, menang di atas salib, dalam kemuliaan-Nya
kelihatan kepada semua orang. Daripada luka-luka-Nya akan bersinar cahaya yang terang,
menyinari bumi – dan pada masa yang sama, menembusi setiap jiwa, menyinari hati nurani
semua orang. Semua orang akan melihat dosa-dosanya yang lalu dan akibat daripada dosa-dosa
tersebut, tidak kira sama ada mereka percaya kepada kewujudan Allah atau tidak.
Amaran ini akan menjadi aksi terbesar belas kasihan kepada manusia sejak kedatangan
Yesus ke dunia. Ianya akan berlaku untuk seluruh dunia dan secara mendalam untuk setiap
peribadi. Ia akan menjadi suatu pembetulan ke atas hati nurani untuk dunia yang sudah tersesat.
Dalam penampakan-penampakan di Betania, Venezuela (1928 – 2004) yang telah
disahkan oleh Gereja, Bonda Maria Pendamai Semua Orang dan Bangsa memberi pesan kepada
Maria Esperanza, seorang mistik dan stigmatis, mengenai Amaran yang akan datang. Umat
Katolik tidak diwajibkan untuk mempercayai mana-mana penampakan, namun begitu, Gereja
meyakinkan kita bahawa pesan ini adalah daripada Bonda Allah, yang layak untuk dipercayai7:

Anak-anak kecil, aku adalah Bondamu, dan aku datang kepadamu supaya engkau
dapat mempersiapkan dirimu agar dapat membawa pesan perdamaianku: Akan datang
__________________________
7
Selepas 400 hingga 500 jam penyiasatan dan temubual, Archbishop Pio Bello Ricardo memberikan “Petunjuk
Pastoral ke atas Penampakan-penampakan Perawan Terberkati di Finca, Betania”: “Hasilnya, selepas menyelidik
dengan sungguh ke atas penampakan-penampakan Perawan Maria di Finca Betania dan selepas tekun memohon
kepada Tuhan kita untuk pembedaan roh: Saya mengesahkan bahawa menurut penghakiman saya, penampakan-
penampakan ini adalah asli dan mempunyai karakter yang supernatural”. . .
https://www.ewtn.com/catholicism/library/pastoral-instruction-on-the-apparitions-of-the-blessed-virgin-in-finca-
betania-3647 , diakses pada 4 Julai 2019.
satu saat agung, satu Hari Besar Cahaya. Hati nurani semua orang yang terkasih harus
digoncang dengan keras agar mereka dapat “mengemaskan rumah mereka” dan
mempersembahkan kepada Yesus silih yang benar ke atas ketidaksetiaan sehari-hari
yang lakukan oleh para pendosa. . . ia adalah masa untuk membuat keputusan bagi umat
manusia.8

Pada poin ini, saya membayangkan anda, para pembaca, memberi respon dalam 4 cara.
Cara pertama: mengucapkan kata-kata tidak percaya, malah mungkin menghina. Anda dengan
segera telah memutuskan bahawa ini adalah perdukunan rohani. “Bukankah ‘Amaran’ ini
dikaitkan dengan kiamat yang bukan-bukan?” Anda mungkin secara tidak sengaja terbaca
tulisan-tulisan yang tidak jelas dan seakan-akan benar daripada orang-orang yang mendakwa
dirinya sebagai pelihat yang bercakap mengenainya. Mungkin anda pernah klik pada video-video
YouTube mengenai planet-planet yang mengembara dan seni Katolik era 50-an, dengan subteks,
“Ini adalah kiamat dunia!” Atau mungkin anda secara tidak sengaja terbaca dalam laman web
mengenai AMARAN YANG BAKAL TIBA atau PENCERAHAN HATI NURANI yang berisi
pesan-pesan daripada mistik-mistik yang tidak dikenali atau nabi palsu yang menggunakan
bahasa yang cenderung menghasut dan yang lebih teruk lagi, laman web dengan desain yang
kuno. Boleh difahami kenapa anda menurunkan kedudukan kesemua ini kepada elemen
pinggiran di dalam Gereja, penuh dengan orang-orang fanatik yang menyambar berita “kiamat”
terbaru, sama seperti rokok mereka yang seterusnya.
Cara yang kedua: anda pada mulanya berpendapat bahawa Amaran ini terlalu besar,
belum pernah terjadi, belum disahkan, atau belum pasti lagi benar, tetapi anda mahu terus
membacanya untuk melihat bukti atau alasan-alasan yang mendukungnya.
Cara yang ketiga: anda percaya kepada Pencerahan Hati Nurani mungkin akan berlaku,
tetapi seperti mana semua nubuat yang melibatkan peristiwa-peristiwa yang akan datang, anda
merasakan bahawa maklumat tersebut tidak berkaitan dengan anda dan generasi anda. Orang-
orang telah pun mengumumkan nubuat-nubuat sejak permulaan Kristian. Malah evangelist dan
rasul yang agung iaitu St Paulus, percaya bahawa Yesus akan datang kembali semasa hayatnya
Cara yang keempat: anda percaya; anda faham. Anda telah menyelidiki mengenai
Amaran tersebut. Anda tertanya-tanya andainya ia akan berlaku semasa hayatmu, dan jikalau ia
terjadi, anda berharap dapat menghadapinya dengan rahmat. Secara rahsia, anda
merenungkannya dalam hati sama ada orang-orang yang anda sayangi dapat berubah,
diselamatkan, atau masuk ke dalam Gereja Katolik melalui kesannya yang unik.
Tidak kira apa pun pendapat anda, tanpa diragukan lagi buku ini akan menjadi
pengalaman yang membuka hati untuk pertobatan yang mendalam kepada semua yang mahu
bertumbuh di dalam pengetahuan tentang diri mereka sendiri dan tentang Allah.
__________________________
8
Signs and Wonders for Our Times (Tanda dan Keajaiban Zaman Kita), Volume 15-n.2, Featured Article, ms.37.
Signs and wonders of Our Times, Special Double Issue,Volume 25-n.3/4, Fall, 2015.
9
Untuk membaca lebih lanjut mengenai Fr Michel Rodrigue, pergi ke www.CountdowntotheKingdom.com. Klik
pada “Kenapa Fr. Michel Rodrigue? Satu Retret Virtual.” Lihat Appendix untuk bio dan rujukan-rujukan yang
lengkap.
Bahagian pertama buku ini menghuraikan mengenai Amaran, berdasarkan nubuat-nubuat
daripada beberapa orang yang terkenal dalam kerohanian – termasuk Kitab Suci: seorang paus
yang diiktiraf sebagai beato, Pius IX; seorang paderi dan martir, St Edmund Campion; seorang
sister, mistik dan Rasul Kerahiman Ilahi, St Faustina Kowalska; seorang mistik awam dan victim
soul (jiwa terpilih untuk mengalami penderitaan Kristus), Beata Anna-Maria Taigi; seorang
superior religius dan mistik, Fr Michel Rodrigue;9 seorang victim soul dan pengasas pergerakan
Nyala Api Cinta (Flame of Love) dalam Gereja sejagat, Elizabeth Kindelmann; seorang paderi
locutionist (orang yang menerima nubuat melalui pendengaran sahaja) dan pengasas Gerakan
Paderi-paderi Maria (Marian Movement of Priests), Fr Stefano Gobbi; seorang evangelist awam
modern dengan kerasulan Katolik yang meluas, Matthew Kelly; seorang mistik dan stigmatis
yang telah menerima pesan-pesan yang diberikan Imprimatur oleh pihak Gereja, Luz de Maria de
Bonilla; seorang stigmatis dan pelihat modern, disokong oleh uskupnya, Janie Garza; dan Yesus
Kristus dan Bonda Allah melalui pelihat-pelihat kanak-kanak pada abad ke-20 di tempat
penampakan di Heede, German dan Garabandal, Spanyol.

Bahagian kedua buku ini memberikan kutipan-kutipan daripada setiap nubuat-nubuat


yang menakjubkan mengenai Amaran. Appendix mengandungi keterangan penuh mengenai
nubuat-nubuat ini, termasuklah sejarah secara biografi mengenai suara-suara di belakangnya dan
apa yang telah Gereja wartakan – semuanya telah dipilih dengan cermat melalui kredibiliti atau
pengesahan penuh oleh Gereja Katolik. Penyelidikan “di belakang tabir” ini diberikan untuk dua
sebab. Pertama, kehidupan jiwa-jiwa yang luar biasa dan konteks kedua-dua tempat penampakan
mempersembahkan pembacaan yang mempesona dan menginspirasi. Kedua, bagi orang modern
dan berfikiran Barat, apabila anda mendekati benda yang belum diketahui dan bersifat nubuat
(profetis), anda selalu berfikir “Biarkan saya menentukannya sendiri,” memberi lebih
kepercayaan untuk membuat pembedaan secara peribadi berbanding untuk percaya apa yang
Gereja katakan, yang mana Gereja berhak memberi kata putusnya. Oleh yang demikian, anda
sebagai pembaca, mendapat lebih maklumat untuk berfikir secara hati-hati, sekiranya anda ingin
meneruskan penerokaan mengenai Amaran.
Sekiranya ada nubuat yang tampaknya ganjil atau was-was untuk anda, ingatlah bahawa
nubuat bukanlah perkara baru dalam Gereja malah lebih awal berabad-abad dalam Yudaisme.
Alkitab mengandungi lebih kurang 2500 nubuat, dalam anggaran 2000 daripadanya sudah
tergenapi dalam sejarah dengan ketepatan yang menakjubkan. 500 lagi atau lebih masih
menunggu untuk digenapi pada masa hadapan. Nubuat-nubuat tergenapi yang paling terkenal
adalah nubuat yang memberitahu tentang kedatangan Mesias. Kira-kira 700 tahun sebelum
Kristus, Nabi Mikah menyebut tentang kampung kecil Betlehem sebagai tempat kelahiran
Mesias (Mikah 5:2). Pada abad ke-5 sebelum Masihi, Nabi Zakharia mengumumkan bahawa
Mesias itu akan dikhianati dengan harga seorang hamba – 30 keping wang perak menurut
undang-undang Yahudi, dan bahawa duit ini akan digunakan untuk membeli kuburan untuk
orang asing miskin di Yerusalem (Zakharia 11:12-13).i Lebih kurang 400 tahun sebelum
penyaliban dicipta, Raja Daud dan Nabi Zakharia menggambarkan bagaimana Mesias itu akan
mati, termasuklah penusukan yang unik ke atas tubuh-Nya dan bahawa tulang-tulang-Nya tidak
akan dipatahkan, bertentangan dengan prosedur dalam kes penyaliban biasa (Mazmur 22 dan
34:20; Zakharia 12:10).ii
Jika bukan untuk Allah, bagaimana mereka boleh mengetahui fakta yang kurang jelas
tetapi terperinci mengenai sesuatu yang begitu berlarutan di luar pemikiran dan harapan
manusia? – Allah menjadi manusia. Allah dikhianati, dihina? Dibunuh?
Nubuat tidak berakhir apabila konsili Katolik di Hippo pada tahun 393 Masihi (M), dan
di Carthage pada tahun 397 M dan 419 M, untuk menentukan buku (kitab) mana yang
dimasukkan dalam Kanon Kitab Suci dan menghasilkan Alkitab. Nubuat adalah karisma yang
berterusan daripada Roh Kudus untuk memimpin Gereja dan dunia. Nubuat mengungkapkan
kehendak Tuhan dan kadang-kadang rancangan-Nya. “Dalam setiap zaman Gereja telah
menerima karisma nubuat, yang mana harus diteliti bukan dipandang hina.” – Kardinal
Ratzinger (Pope Benedict XVI) iii
Nubuat-nubuat Amaran ini tergolong dalam kategori wahyu peribadi, berbeza dengan
wahyu publik, atau perbendaharaan iman, yang telah berhenti sejak kematian rasul terakhir.
Gereja tidak menuntut persetujuan rasmi atau penolakan kepada mana-mana wahyu peribadi
(kecualilah sesuatu wahyu tertentu itu telah dikutuk).10 Walaubagaimana pun Katekismus
Gereja Katolik mengajarkan bahawa “walaupun Wahyu itu sudah selesai, namun isinya sama
sekali belum digali seluruhnya; masih merupakan tugas kepercayaan umat Kristian, supaya
dalam peredaran zaman lama-kelamaan dapat mengerti seluruh ertinya” (n. 66). Banyak praktis
terkenal di dalam Gereja datang daripada wahyu peribadi, seperti Rosari, Skapular, Medali
Wasiat, Chaplet Kerahiman Ilahi, devosi kepada Hati Kudus Yesus, pesta Hari Minggu
Kerahiman Ilahi, dan semua penampakan Maria dalam sejarah.
Sementara perbendaharaan iman itu sekarang sudah lengkap, dan tidak perlu ditambah
lagi apa-apa untuk penyelamatan, Allah terus secara profetis aktif dan berbelas kasihan campur
tangan sama seperti di dalam zaman Alkitab. Allah masih berfirman. Orang masih mendapat
penampakan dan mendengar pesan yang bukan dikhususkan untuk mereka sahaja. Allah masih
menjangkau melalui masa dan ruang untuk mempersiapkan kita, memberi kita amaran-amaran
(peringatan-peringatan), memberikan kita jaminan, untuk membantu kita memahami apa yang
akan datang supaya Dia boleh membawa kembali seramai yang boleh ke pangkuan-Nya. Seperti
yang ditulis dalam kitab Nabi Amos: “TUHAN Raja tidak pernah melakukan sesuatu pun tanpa
menyatakan rancangan-Nya kepada para nabi, hamba-hamba-Nya” (Amos 3:7).
Namun jauh selama sejarah penyelamatan, Tuhan telah menghadapi, selalu, penolakan
yang keras atau sikap tidak peduli oleh umat-Nya. Allah mengutus nabi-nabi-Nya. Sedikit yang
mendengar atau percaya. Telusuri kisah dalam Perjanjian Lama, dan anda akan membaca saga
berterusan mengenai Allah yang memanggil umat Israel kesayangan-Nya melalui nabi-nabi
pilihan-Nya, dan perlakuan Israel yang menganggap utusan-Nya sebagai pariah (golongan
paling rendah). Apabila Nuh memberi amaran mengenai banjir yang akan tiba dan mulai
membina bahtera, seramai mana orang yang terlibat dalam usahanya? Tiada sesiapa pun kecuali
keluarganya dan haiwan-haiwan. Apabila Elia, Yeremia, Zakaria, Yesaya dan yang lain
menyerukan teguran Allah bahawa Israel sedang mengkhianati Allah-nya, mereka dihukum oleh
raja-raja dan disisihkan oleh pemimpin agama. Apabila Allah sendiri datang ke dunia, sebanyak
mana orang memeluk-Nya?
Kitab Suci mengongsikan kepada kita betapa ironis dan fakta yang agak menakutkan
__________________________
10
Tiada satu pun wahyu peribadi di dalam buku ini yang dikutuk oleh Gereja. Beberapa dari antaranya telah
disahkan dan beberapa lagi masih dalam kategori ‘di antara’ (belum disahkan atau belum dikutuk). Sebagai ganti
untuk perkataan “dikatakan” (alleged) sebelum setiap rujukan dalam kategori ini dan demi menjaga stail literal dan
pertalian, evaluasi Gereja untuk setiap pesan daripada pelihat adalah diungkapkan di dalam “Appendix: Biografi dan
Pesan para Nabi mengenai Amaran.”
bahawa ramai orang yang religius pada zaman Kristus – mereka yang aktif mempraktikkan
agama mereka dan sungguh-sungguh menantikan kedatangan Mesias, tidak dapat mengenal-Nya
apabila Dia datang. Corak kesombongan dan tentangan ini akan berulang dan tidak akan berubah
sehingga kita sendiri yang mahu berubah. Sesungguhnya, Kristus sendiri berkata mengenai
penolakan kita terhadap Kristus pada masa akan datang apabila Dia bernubuat, “Tetapi, adakah
Anak Manusia akan menjumpai orang yang percaya kepada-Nya di bumi ini, apabila Dia
datang?” (Lukas 18:8).
Mengapakah satu pesan yang sejagat dan menggoncang bumi seperti Amaran ini tidak
dikhotbahkan di dalam setiap gereja dan sinagoga dan diteriakkan dari atas bumbung rumah ke
atas bumbung rumah yang lain, dari negara ke negara lain? Jawapannya sangat jelas. Ia terletak
pada pengulangan yang malang terhadap sejarah umat manusia.

Pada masa pertama kali saya bertanya kepada Allah, sekiranya Dia mahu saya
menuliskan sebuah buku mengenai Amaran ini, saya memberitahu Dia bahawa saya hanya boleh
meneruskannya dengan bantuan syurgawi. Tuhan perlu memimpin saya kepada orang-orang
yang bukan sahaja pernah mengalami amaran (huruf kecil ‘a’) mereka sendiri, tetapi mereka
membenarkan saya untuk menulis kisah mereka dengan terperinci, dan juga mengongsikannya
kepada dunia.
Pada masa itu, saya hanya berjumpa dengan seorang yang berkenaan di muka bumi ini
dan tidak menjangkakan untuk menerbitkannya. Dalam masa 8 minggu berdoa doa tersebut, saya
bertemu 5 orang lagi dan mengetahui 5 orang lain lagi yang pernah mengalami suatu pencerahan
hati nurani mereka sendiri. Bukan itu sahaja, kesemua mereka memberi saya kebenaran untuk
mengongsikan kisah mereka dengan terperinci dan sensitif. Saya percaya inilah kata ‘Ya’
daripada Allah.
Dalam bahagian ketiga buku ini, anda akan membaca koleksi kisah yang mempesona,
mendorong dan secara tajam meyakinkan. Tiba-tiba dan bertentangan dengan niat mereka,
mereka dibawa untuk melihat semula kehidupan mereka dan diperlihatkan setiap dosa mereka.
Dua orang adalah paderi, seorang rahib, 9 orang umat biasa, dan tiada satu pun daripada mereka
hidup seperti kehidupan mereka yang lalu.
Kisah terakhir adalah mengenai Marino Restrepo, yang membawa para pembaca kepada
klimaks buku ini. Ia adalah cerita yang berharga untuk ditunggu. Diculik oleh teroris Colombia,
dalam situasi seperti diikat neraka, pemain Hollywood ini mengalami pencerahan hati nuraninya
dalam keadaaan yang kejam, dan semalaman kemudian menjadi orang yang sudah berubah,
disemat dengan pengetahuan mengenai Kerajaan Allah. Sekarang, dia adalah St Paulus zaman
modern dalam abad kita. Jika tiada satu pun cerita dalam buku ini yang menarik anda, kisahnya
akan menyebabkan anda ternganga.
Gereja sangat berhati-hati tentang perkara-perkara berkenaan, kerana penampakan,
penglihatan dan pendengaran akan hal-hal syurgawi, wahyu peribadi, penerbangan mistikal, atau
pengalaman-pengalaman hampir maut mungkin sahaja disebabkan oleh gangguan mental,
imaginasi yang terlalu aktif, keinginan untuk mendapat perhatian atau sebuah tipuan setan yang
bertujuan untuk menipu.
Sebagai seorang pekerja sosial klinikal yang berlesen dan demi akauntabiliti saya di
hadapan Allah dan keinginan yang tulus untuk membantu jiwa-jiwa, saya telah menyelidiki dan
meneliti orang-orang yang berkenaan dan kesaksian mereka mengenai pencerahan hati nurani
yang mereka alami, seperti yang terkandung di dalam buku ini. Saya mendapati mereka sebagai
orang yang berfikiran waras dan mempunyai karakter yang teguh – lelaki dan perempuan yang
memperlihatkan contoh hidup beriman dalam Allah dan pelayanan kepada Gereja dan sesama.
Sebagai tambahan, pencerahan yang Allah berikan ke atas jiwa mereka telah menghasilkan
perubahan yang radikal, bertahan lama dan berbuah menuju kepada kekudusan peribadi.
Mistisisme palsu tidak pernah memiliki kesan positif seperti ini.
Semasa anda merenungkan kesaksian-kesaksian yang membuka mata ini, setiap
pengalaman pencerahan hati nurani mereka ini akan mengungkap, seperti sebuah gerakan berus
cat, suatu pemahaman atau aspek tentang apa maknanya menjadi anak Allah. Dengan membaca
pengalaman-pengalaman sebenar orang yang melihat dosa-dosa mereka melalui mata Tuhan,
anda akan mendapat suatu gambaran yang diwarnai dan dibingkaikan mengenai Amaran itu, dan
juga pengetahuan yang mendalam mengenai jiwa anda sendiri.

Anda boleh menamatkan pembacaan buku ini dengan percaya bahawa Allah
sesungguhnya merancangkan satu Hari Besar Cahaya, apabila cinta-Nya yang berbelas kasih
akan menerangi kegelapan ruangan-ruangan dalam hati nurani yang tumpul. Walaupun anda
tetap tidak yakin, anda akan memperolehi keuntungan yang besar kerana memahami dengan
lebih baik tentang apa yang akan anda alami apabila anda berhadapan dengan Allah, kerana
Amaran itu adalah sedikit berbeza dengan apa yang akan kita alami pada akhir hayat kita.
Sebagai manusia, kita bersiap untuk penuaian, kita bersedia untuk peperiksaan, kita
menyiapkan pakaian kita, kita mempersiap makan malam kita, dan kita mempersiapkan
keinginan kita. Tetapi siapa di antara kita yang yang melakukan pekerjaan yang terpenting, iaitu
persiapan untuk kematian kita? Tiada siapa pun dapat melepaskan diri untuk penghakiman pada
akhir perjalanan hidup ini, apabila nasib untuk keabadian kita ditentukan: syurga, api penyucian
yang akan menuju ke syurga, atau neraka. Jiwa kita tidak akan pernah mati, ianya akan terjaga
untuk kebenaran. Di hadapan kerusi penghakiman Allah, semua yang tersembunyi akan
didedahkan, dan semua yang salah dimengerti atau secara tidak adilnya ditaakul akan
diperjelaskan dengan kesakitan. Setiap orang akan menghadapi saat itu (lihat Roma 14: 10-12)
dan kita akan tahu ke mana kita akan pergi.
Sama ada Amaran ini akan berlaku semasa generasi anda atau tidak, itu bukan persoalan
yang penting. Persoalan yang terpenting bagi anda, wahai pembaca, ialah: “Adakah saya sudah
bersedia untuk berjumpa dengan Allah sekarang ini juga?” Kerana ada satu perkara yang pasti.
Hiduplah seakan-akan Amaran itu adalah nyata, dan kehidupan kita mulai sekarang akan
mempunyai sedikit penyesalan.

Anda mungkin juga menyukai