Anda di halaman 1dari 9

NABI- NABI

& NUBUAT-NUBUAT
MENGENAI AMARAN

“…jika maksud dan perbuatan mereka berasal dari manusia, tentu


akan lenyap, tetapi kalau berasal dari Allah, kamu tidak akan dapat
melenyapkan orang-orang ini; mungkin ternyata juga nanti, bahwa kamu
melawan Allah.”
~Kisah Para Rasul 5:38b-39

Untuk penjelasan yang lebih lengkap tentang nubuatan


dan nabi-nabi yang terlibat, lihat lampiran (appendix).

1
ST EDMUND CAMPION, SJ
ENGLAND (1540-1581)
Paderi dan Martir

“Saya mengumumkan suatu hari besar, bukan di mana penguasa duniawi


mana pun harus melayani, tetapi di mana Hakim Yang Dahsyat itu akan
mengungkapkan kesemua hati nurani manusia dan mencobai semua orang
tidak kira apa agamanya. Ini adalah hari perubahan …”71

BEATA ANNA MARIA TAIGI


ITALY (1769-1837)
Seorang Isteri, Ibu dan Mistik

“Satu pemurnian akan datang ke atas dunia didahului


dengan Pencerahan Hati Nurani yang mana setiap orang
akan melihat diri mereka sendiri sepertimana Allah
melihat mereka.”72

BEATO POPE PIUS IX


THE PAPAL STATES (1792-1878)

“Oleh kerana seluruh dunia menentang Allah dan Gereja-


Nya, adalah jelas bahawa Dia telah pun mempersiapkan
kemenangan-Nya ke atas musuh-musuh-Nya. Ini semakin
jelas apabila mempertimbangkan bahawa akar kepada
segala kejahatan saat ini dapat ditemui dengan fakta bahawa mereka yang mempunyai bakat
dan kekuatan mendambakan kesenangan duniawi, dan bukan sahaja meninggalkan Tuhan tetapi
mereka menolak-Nya sama sekali. Oleh itu, nampaknya mereka tidak dapat dipertobatkan
dengan apa cara sekali pun kecuali melalui suatu aksi yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-
mana agensi sekunder, dan dengan itu semua akan terpaksa melihat ke alam supernatural…
Akan terjadi satu keajaiban besar, yang akan memenuhi dunia dengan kekaguman. Keajaiban
ini akan didahului dengan kemenangan revolusi. Gereja akan sangat menderita. Para
pelayannya dan ketuanya akan diolok-olok, dicemuh dan menjadi martir.”73
__________________________
71
Evelyn Waugh, Two Lives: Edmund Campion and Ronald Knox (Continuum; 2005), m.s. 113.
72
Thomas W. Petrisko, the Miracle of the illumination of All Consciences (St. Andrew’s Productions, 2000; second
printing 2002), m.s. 27.
73
Rev. R. Gerald Culleton, The Prophets and Our Times (Tan Books and Publishers; 1941), m.s. 206, diakses
pada29 Julai 2019, http//ia800200.us.archive.org/2/items/TheProphetsAndOurTimes/TheProphetsAndOurTimes.pdf

2
ST FAUSTINA KOWALSKA
POLAND (1905-1938)
Rahib, Mistik, Rasul Kerahiman Ilahi

Kata Yesus kepada St Faustina: “Tulislah ini: sebelum Aku datang


sebagai Hakim yang adil, Aku akan datang lebih dulu sebagai Raja
Kerahiman. Sebelum hari penghakiman tiba, akan diberikan tanda
kepada umat manusia di langit sebagai berikut: Semua penerang di
langit akan padam, dan akan ada kegelapan yang pekat di seluruh
bumi. Kemudian tanda salib akan terlihat di langit, dan dari Luka-luka
di mana tangan dan kaki juruselamat dipaku [akan] memancar cahaya terang benderang yang
akan menyinari bumi selama waktu tertentu. Ini akan terjadi tidak lama sebelum hari
terakhir.”74

PENAMPAKAN TUHAN YESUS DAN BONDA


MARIA DI HEEDE, JERMAN
(1937-1940, 1945)
GRETE GANSEFORTH
Mistik dan Stigmatist
(1924?-1996)

Kata Yesus kepada Grete Ganseforth: “Aku sangat dekat. Bumi akan
gementar dan akan menderita. Ianya akan sangat dahsyat, sebuah
Mini-penghakiman. Tetapi jangan takut. Aku bersertamu. Kamu akan
bersukacita dan berterima kasih kepada-Ku. Mereka yang menantikan-Ku akan mendapat
pertolongan-Ku, rahmat-Ku dan cinta-Ku. Bagi mereka yang tidak berada dalam keadaan
rahmat, ia akan menakutkan. Malaikat-malaikat keadilan sekarang tersebar di seluruh dunia.
Aku akan membuat diri-Ku dikenali kepada umat manusia. Setiap jiwa akan mengenali Aku
sebagai Allah mereka. Aku datang! Aku berada di pintu.”75

__________________________
74
St. Faustina Kowalska, Diary of Saint Maria Faustina Kowalska: Divine Mercy in My Soul, 3 rd Edition (Marian
Press, 2005), #83.
75
Ibid., Cenni, I SS. Cuori, Imprimatur Sublaci. Simon Laurentius O.S.B.

3
ELIZABETH KINDELMANN
HUNGARY (1913-1985)
Seorang Isteri, Mistik, Pengasas Gerakan Nyala
Api Kasih (Flame of Love Movement)

Kata Bonda Maria kepada Elizabeth Kindelmann: “Nyala


Api Kasih-ku sedang membara. Ia sangat besar sehingga
aku tidak dapat menahannya untuk lebih lama lagi di
dalamku. Ia melonjak keluar kepadamu dengan kuasa yang dahsyat. Apabila ia tercurah, cinta
kasihku akan menghancurkan kebencian setan yang mencemari dunia. Lebih banyak jiwa akan
dibebaskan. Belum pernah lagi terjadi peristiwa seperti ini sebelumnya. Inilah keajaiban yang
terbesar yang akan kulakukan untuk semua… Keajaiban ini tidak perlu disahkan. Aku akan
mengesahkan keajaiban itu dalam setiap jiwa. Semua akan mengenali pencurahan Nyala Api
Kasih itu.”76

PENAMPAKAN BONDA
MARIA DI GARABANDAL,
SPANYOL
(1961-1965)
Pelihat: CONCHITA GONZALES,
MARI LOLI MAZON, MARI CRUZ
GONZALEZ DAN JACINTA
GONZALES

Kata Conchita kepada Dr. J. Dominguez pada


bulan Mei 1973:
J: Perkara terpenting mengenai hari tersebut ialah setiap orang di seluruh dunia akan
melihat satu tanda, satu rahmat, atau satu hukuman di dalam diri mereka sendiri. Mereka akan
mendapati diri mereka bersendirian dalam dunia, tidak kira di mana pun mereka berada pada
masa tersebut, mereka akan sendirian bersama dengan hati nurani mereka sendiri di hadapan
Allah… kadang-kadang ada orang yang tidak melihat kejahatan mereka sendiri, kerana ada
disebut, mereka menutup mata jiwa mereka kerana tidak mahu melihat ke dalam… ia adalah
untuk membuka jiwa kita kepada Allah dan membawa pertobatan kepada kita.

__________________________
76
Kindelmann, The Flame of Love (Children of the Father Foundation; 2015-2018), m.s. 44-45.

4
Kita semua akan merasakan Amaran itu secara berbeza-beza kerana ia bergantung kepada
hati nurani kita. Ia akan menjadi sangat peribadi. Oleh itu, kita semua akan bereaksi secara
berlainan terhadapnya kerana dosa-dosamu tidak sama dengan dosa-dosaku.
S: Adakah Amaran itu akan menyebabkan ancaman secara fizikal?
J: Tidak, kecualilah itu disebabkan oleh kejutan, contohnya, serangan jantung.

Kata Mari Loli pada 27 Julai 1975:


S: Dikatakan bahawa anda memberitahu bahawa semasa Amaran itu, segalanya akan
berhenti—termasuklah kapal terbang di udara. Adakah ini benar?
J: Ya.
S: Bolehkah anda memberitahu kami apa-apa lagi mengenai Amaran?
J: Apa yang saya boleh beritahu adalah ia sudah dekat, dan bahawa adalah penting agar
kita bersedia untuknya, kerana ia akan menjadi satu peristiwa yang dahsyat. Ia akan membuat
kita sedar mengenai dosa-dosa yang telah kita lakukan.77

Kata Jacinta pada bulan Februari 1977:


“Amaran itu adalah sesuatu yang hanya dilihat di udara, di mana-mana di seluruh dunia
dan segera akan mengalir ke dalam jiwa kita. Ia akan bertahan dalam jangka waktu yang singkat,
tetapi ia seakan-akan terjadi dalam waktu yang lama kerana kesannya di dalam diri kita. Ia akan
berguna untuk jiwa kita, agar kita boleh melihat hati nurani di dalam diri kita sendiri—perbuatan
baik yang kita gagal lakukan dan juga perbuatan jahat yang telah kita lakukan. Kemudian kita
akan merasakan satu cinta yang besar terhadap ibu bapa syurgawi dan memohon maaf di atas
semua kesalahan kita. Amaran adalah untuk kita agar menghampiri Dia dengan lebih dekat lagi
dan untuk menambah iman kita. Oleh itu, sesiapa pun harus bersedia untuk hari tersebut, tetapi
jangan menantikannya dalam ketakutan. Allah tidak menghantar sesuatu perkara untuk menakut-
nakutkan, tetapi kerana keadilan dan cinta kasih. Dia melakukannya untuk kebaikan kepada
semua anak-Nya agar mereka mendapat sukacita abadi dan tidak hilang.”78

Nota: Sesuai dengan kehormatan terhadap Imprimatur Gereja, kata-kata St Pope Paul VI
mengenai Amaran tidak dimasukkan dalam cetakan kedua buku ini, tanpa alasan lain selain
rujukan itu diambil daripada bacaan rakaman sumber bertulis, bukannya sumber itu sendiri. Pope
Paul VI bukanlah asing terhadap Garabandal. Pada tahun 1966, sang pelihat iaitu Conchita
Gonzalez telah dipanggil untuk datang ke Rome dan bertemu secara peribadi dengan Paul VI,
yang telah memberi amanat kepadanya dengan kata-kata berikut: “Saya memberkati engkau,
Conchita dan bersama saya, seluruh Gereja memberkatimu.” Conchita menulis, dalam surat

__________________________
77
Ramon Perez, Garabandal: The Village Speaks, diterjemah daripada Bahasa Peranchis oleh Matthew, Annette I.
Curot, The Workers of Our Lady of Mount Carmel, 1981, m.s. 51-52.
78
Garabandal International Magazine, Oktober-disember, 2014, diakses pada 4 Julai 2019,
http://www.garabandal.org.uk/magazine.html

5
berautograf kepada Fr .Gustavo Morelos pada tahun yang sama, mengenai lawatannya kepada
Pope: “Reverend Father: Lawatan saya ke Vatikan adalah sangat menggembirakan, semua
berlangsung dengan baik. Mereka memberitahu agar saya merahsiakannya dan oleh kerana itu,
saya tidak boleh lebih jelas.”
Kemudian, Pope Paul VI juga berkata secara publik mengenai perkara itu, “Garabandal
adalah karya manusia yang paling indah selepas kelahiran Yesus. Ia adalah kehidupan kedua
Perawan Terberkati di bumi ini”… “Sangatlah penting agar pesan-pesan ini (pesan Bonda Maria
di Garabandal) diketahui oleh dunia.” v

FR. STEFANO GOBBI


ITALY (1930-2011)
Seorang Paderi, Mistik, Pengasas ‘Marian
Movement of Priests’

Pesan Bonda Maria kepada Fr. Gobbi: “Apa yang akan


berlaku adalah sesuatu yang sangat besar yang mana
ia akan melebihi apa pun yang pernah berlaku sejak permulaan dunia. Ia akan seperti sebuah
penghakiman dalam bentuk kecil, dan setiap orang akan melihat kehidupannya sendiri dan
semua yang telah dilakukannya, dalam terang Allah.”79

MATTHEW KELLY
AUSTRALIA, AMERIKA SYARIKAT (1973 – )
Seorang Suami, Ayah, Pembicara, Penulis, Pengasas
‘Dynamic Catholic Institute’

Pesan Allah Bapa kepada Matthew Kelly: Mini-Penghakiman


adalah sebuah realiti. Orang-orang sudah tidak lagi menyedari
bahawa mereka melawan Aku. Dari belas kasihan-Ku yang tak
terbatas, Aku akan menyediakan satu Mini-Penghakiman. Ia akan
menyakitkan, sangat menyakitkan, tetapi singkat. Kamu akan
melihat dosa-dosa kamu; kamu akan melihat bagaimana kamu melawan Aku, setiap hari.

__________________________
79
Marian Movement of Priets, Fr Stefano Gobbi, To the Priests: Our Lady’s Beloved Sons; 17 th English Edition (St.
Francis, Maine: Marian Movement of Priests, 1996), m.s. 784-785.

6
Aku tahu bahawa kamu fikir ini kedengarannya seperti satu perkara yang sangat baik,
tetapi sayangnya perkara ini pun tidak dapat membawa seluruh dunia ke dalam cinta-Ku.
Sebahagian orang akan menjauhkan diri lebih jauh dari-Ku; mereka akan menjadi sombong dan
degil. Setan bekerja keras menentang-Ku.
Jiwa-jiwa malang, kamu semua, dirampas dari pengetahuan akan cinta-Ku. Bersedialah
untuk penghakiman-Ku ini. Penghakiman adalah kata yang terbaik yang kamu, manusia, cuba
menggambarkannya, tetapi ia akan lebih seperti ini: kamu akan melihat kegelapan peribadi
anda sendiri bertentangan dengan cahaya murni cinta-Ku.”80

JANIE GARZA
AMERIKA SYARIKAT (1955 -)
Seorang Isteri, Ibu, Mistik, Stigmatist

Yesus: Hamba Kami yang rendah hati, pencerahan yang akan


berlaku adalah untuk tempoh yang singkat. Semasa kejadian
itu, Bapa-Ku akan membenarkan semua manusia untuk melihat keadaan jiwa mereka
sebagaimana Bapa melihatnya. Ini akan menjadi satu masa untuk anugerah yang besar apabila
banyak jiwa akan bertobat dan kembali kepada Bapa. Jiwa-jiwa yang mati akan mati kerana
kejutan yang hebat semasa melihat keadaan kegelapan yang wujud di dalam jiwa mereka.
Janie : Penyelamat yang Dikasihi, adakah pencerahan itu akan menakutkan orang?
Yesus : Ketakutan yang akan disemarakkan dalam hati mereka adalah ketakutan kudus
kepada kuasa besar Bapa-Ku, terutama sekali kepada banyak jiwa yang terus menafikan
kewujudan Bapa-Ku. Inilah jiwa-jiwa yang akan mengalami ketakutan yang dahsyat.
Janie : Akankah semua orang bertobat?
Yesus : Ramai yang akan bertobat, tetapi ramai juga yang tidak.
Janie : Oh, Yesus, adakah perkara ini akan segera berlaku?
Yesus : Hamba Kami yang rendah hati, peristiwa ini akan berlaku dalam tempoh yang
pendek. Jangan teralih perhatianmu dengan tarikh-tarikh, tetapi bersedialah setiap hari dengan
doa yang kuat.81

__________________________
Matthew Kelly, Words from God (Batemans Bay, Australia: Words from God, 1993), m.s. 70 -72.
80

Janie Garza, Heaven’s Messages for the Family: How to Become the Family God Wants You to Be (St Dominic
81

Media, 1998), m.s.329.

7
HAMBA ALLAH, MARIA
ESPERANZA
VENEZUELA (1928 – 2004)
Seorang Isteri, Ibu, Mistik, Stigmatist,
Pelihat Penampakan di Betania,
Venezuela (1976 – 1990)

Pesan Bonda Maria kepada Maria Esperanza: “Cinta kasih Yesus ku akan menjadi pintu yang
akan membuka hati untuk memberi jalan masuk kepada satu era yang indah yang mesti
menyedarkan kembali orang-orang tentang pengajaran yang mulia mengenai kesatuan.
Ambillah peluang masa ini kerana saatnya sedang datang apabila Putera ku akan muncul
kepada semua orang sebagai Hakim dan Penyelamat. Kamu harus berada dalam kondisi yang
diperlukan untuk hidup bersama dengan Dia pada Hari Besar tersebut. Jangan fikir bahawa
waktunya masih jauh.”82
Pesan keempat Bonda Maria di Betania kepada Maria Esperanza: “Anak-anak kecil, aku
ibumu, dan aku datang mencari mu agar kamu dapat mempersiapkan dirimu untuk dapat
membawa pesan perdamaian ku: Akan tiba masa yang hebat iaitu Hari Besar Cahaya. Hati
nurani semua orang harus digoncang dengan keras agar mereka dapat “mengatur rumah
mereka” dan mempersembahkan kepada Yesus, silih yang adil terhadap ketidaksetiaan harian
yang dilakukan oleh para pendosa… ia adalah masa untuk membuat keputusan bagi umat
manusia.”83
LUZ DE MARIA DE BONILLA
COSTA RICA, ARGENTINA (1962?- )
Seorang Isteri, Ibu, Mistik, dan Stigmatist

Pesan Bonda Maria kepada Luz de Maria: “Betapa dekatnya


generasi ini kepada Amaran! Dan betapa ramai di antara
kamu yang tidak tahu langsung mengenai apa itu Amaran!
Pada zaman ini, alatku yang setia dan nabiku [Luz de
Maria] diejek oleh mereka yang menganggap dirinya
terpelajar dalam kerohanian, oleh mereka yang menjangkau
jutaan orang melalui komunikasi

__________________________
82
The Apostles of Our Lady: Apparitions and Marian Shrines in the World. “Apparition of the Virgin Mary at
Betania.”
83
Signs and Wonders for Our Times, Volume 15-n.2, Artikel yang diketengahkan dari www.sign.org, m.s.37.

8
massa… Amaran itu bukanlah sebuah fantasi. Umat manusia harus dimurnikan agar mereka
tidak jatuh ke api neraka. Orang akan melihat diri mereka sendiri, dan pada ketika itu, mereka
akan sakit kerana tidak percaya, tetapi mereka telah pun menyesatkan ramai daripada anak-
anakku yang tidak akan pulih dengan mudah, kerana mereka yang tidak mempercayai Tuhan
akan menafikan Amaran itu dan mengaitkannya dengan teknologi-teknologi baru.84

FR. MICHEL RODRIGUE


Seorang Paderi, Mistik, Ketua Biarawan dan
Pengasas Kerasulan Persaudaraan Santo
Benedict Joseph Labre
DITUBUHKAN DI KANADA (2012)

Pesan Allah Bapa kepada Fr Michel Rodrigue: “Berdoa


dan yakinlah. Aku tidak mahu kamu menjadi seperti mereka yang tidak beriman dan mereka
yang akan gementar sewaktu manifestasi Anak Manusia. Sebaliknya, berdoa dan bersukacita
dan terimalah damai yang diberikan oleh Putera-Ku, Yesus. Betapa sedihnya bila Aku harus
menghormati kehendak bebas dan akhirnya pula memberikan satu Amaran yang merupakan
sebahagian daripada belas kasih-Ku. Bersedialah dan berjaga-jagalah untuk masa belas kasih-
Ku. Aku memberkatimu, anak-anak-Ku.”85

__________________________
84
Luz de Maria de Bonilla, Venga a Nosotros Tu Reino (“Thy Kingdom Come”) Tahun 2014,dengan Imprimatur dan
sokongan penuh daripada Juan Abelardo Mata Guevara, SDB, Titular Bishopof Esteli, Nicaragua. Pesan pada 3 Mac
2013, daripada Perawan Maria Terberkati, m.s. 56, Revelaciones Marianas,
https://www.revelacionesmarianas.com/libros/en/2013.pdf, diakses pada 17 September 2019.
83
Dari ceramah secara langsung Fr Michel Rodrigue di Barry’s Bay, Ontario pada 12 dan 13 Julai 2018. Lihat
www.CountdowntotheKingdom.com . Klik pada “Why Fr. Michel? A Virtual Retreat.”

Anda mungkin juga menyukai