Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA JAMUAN AKHIR TAHUN &

SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR


PENDIDIKAN KHAS

RESTORAN MCDONALD’S & THE WINDMILL


STATION (BUKIT BERUANG) SDN BHD

15 NOVEMBER 2013
JUMAAT

Disediakan oleh :
KERTAS KERJA JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR (PENDIDIKAN KHAS) 2013

KERTAS KERJA JAMUAN AKHIR TAHUN & SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR
PENDIDIKAN KHAS SMKTSI 2013

1.0 PENGENALAN

Program jamuan akhir tahun dan sambutan hari lahir pelajar pendidikan khas
diadakan bagi meraikan para pelajar pendidikan khas pada tahun ini di lokasi yang
terpilih iaitu Restoran McDonald’s Malaysia dan The Windmill Station (Bukit
Beruang) Sdn Bhd. Lokasi tersebut telah dipilih kerana persetujuan mereka untuk
memberi sumbangan dalam bentuk makanan kepada para pelajar pendidikan khas.
Majlis ini diadakan sebagai simbolik sesi persekolahan telah tamat.

2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

2.1 Menghargai dan memberi keyakinan kepada diri para pelajar pendidikan
khas dengan mengingati hari lahir mereka serta menghargai usaha dan
kejayaan yang dilakukan oleh mereka sepanjang tahun.
2.2 Menggalakkan dan mengeratkan lagi hubungan para pelajar pendidikan
khas dengan komuniti masyarakat serta bebas melakukan aktiviti di dalam
komuniti yang aman.

3.0 TEMPOH / MASA PROGRAM

3.1 Program ini dijalankan pada hari terakhir persekolahan tahun 2013.

3.2 Masa perlaksanaan program ini melibatkan waktu siang sahaja di mana ia
bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

15 November 2013 (Jumaat).

5.0 SASARAN PESERTA

5.1 Para pelajar Pendidikan Khas SMK Tunku Syed Idrus, Tampin (26 orang)
5.2 Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI (8 orang)

6.0 LOKASI TERLIBAT

Page 2
KERTAS KERJA JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR (PENDIDIKAN KHAS) 2013

a) Restoran McDonalds Malaysia, Ayer Keroh, Melaka


b) The Windmill Station (Bukit Beruang) Sdn. Bhd, Ayer Keroh, Melaka

7.0 TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN


7.30 am Bertolak dari SMK Tunku Syed Idrus Semua pihak
15 NOV 2013 8.30 am Lokasi 1 : The Windmill Station
JUMAAT a) Sarapan Pagi
9.30 am Bertolak ke Lokasi 2
10.00 am Lokasi 2 : Restoran MacDonalds Semua pihak
a) Aktiviti Jamuan
b)Penyampaian Hadiah
11.30 am Bertolak pulang ke SMK Tunku Syed
Idrus
12.30 pm Tiba di perkarangan sekolah Semua pihak

8.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penaung : Pn. Hjh. Nurul Azmi Binti Zaini
Penasihat : En. Zul Bin Senin
Penyelaras PPKI : Pn. Syazrah Binti Sahrani

JAWATANKUASA PERLAKSANA
Penyelaras Program : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat
AJK Guru / PPM : Pn. Faizol Azni Binti Azazi
: Pn. Nur Ilyani Binti Mamat
: Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin
: Pn. Azura Binti Rosli
Pn. Nurafidah Binti Razali
Pn. Navamani A/P Raman

Page 3
KERTAS KERJA JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR (PENDIDIKAN KHAS) 2013

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS

1. Pengangkutan RM 300.00
2. Hadiah Hari Lahir RM 130.00
(RM 5.00 x 26 pelajar)

JUMLAH RM 430.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

11.1 Peruntukan PCG Pend. Khas


11.2 Duit bayaran daripada pelajar dan guru pendidikan khas.

11.0 PENUTUP

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga pendidikan
khas dan menjadi landasan yang baik dalam menjalankan hubungan baik dengan
agensi setempat. Selain itu, moga aktiviti ini menjadi pengalaman dan kenangan
manis kepada para pelajar pendidikan khas dalam kehidupan mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Disokong oleh,

Catatan / Ulasan :

........................................................
........................................................
........................................................

Page 4

Anda mungkin juga menyukai