Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DI RAJA SEKOLAH RENDAH 2013

PERINGKAT ZON PUDU - TEKS PIDATO SPONTAN PESERTA KE-4


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Dengan wawasan yang sama, penampilan yang masih serupa, kita bertemu lagi
dalam arena Pidato Spontan. Salam aspirasi saudara/i pengatur
majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru
penuh berkarisma seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda
dan penerus wadah tonggak negara.
Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno pernah berkata Berikan saya 10
orang pemuda, nescaya saya akan menggoncang dunia. Namun pada hari ini,
berikan saya 4 minit, nescaya saya akan menjelaskan tajuk bicara yang bertajuk
KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
Sidang Dewan yang dihormati,
Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati dan
maksudnya. Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran
sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran
dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri
hati dan sebagainya.
Sidang Dewan yang dihormati,
Kututup rapat pintu definisi, kubuka pula maksud isi.
Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga
kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut,
pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan
disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan
tehindar daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya
dan lain-lain.
Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan
peranan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang
rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam
kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan
mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.
Warga dewan yang dihormati,
Secara tuntas, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana
kebersihan merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga
kebersihan kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang.
Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum w.b.tuh

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Dengan wawasan yang sama, penampilan yang masih serupa, kita bertemu lagi
dalam arena Pidato Spontan. Salam aspirasi saudara/i pengatur
majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru
penuh berkarisma seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda
dan penerus wadah tonggak negara.
Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno pernah berkata Berikan saya 10
orang pemuda, nescaya saya akan menggoncang dunia. Namun pada hari ini,
berikan saya 4 minit, nescaya saya akan menjelaskan tajuk bicara yang bertajuk
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
Sidang Dewan yang dihormati,
Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati dan
maksudnya. Keselamatan ialah bebas daripada kecederaan atau bahaya
kecederaan. Perkataan keselamatan juga merujuk langkah berjaga-jaga yang
diambil untuk mengelakkan kemalangan.
Sidang Dewan yang dihormati,
Kututup rapat pintu definisi, kubuka pula maksud isi.
Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat
baik. Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan
kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi??
Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab
untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??
Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan,
memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong
yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang
ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.
Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur,
saling menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap
ini akan sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap
keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.
Warga dewan yang dihormati,
Secara tuntas, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab
bersama baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan.
Keselamatan semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen
tinggi para pengguna. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di
tangan kita.
Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum w.b.tuh

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Dengan wawasan yang sama, penampilan yang masih serupa, kita bertemu lagi
dalam arena Pidato Spontan. Salam aspirasi saudara/i pengatur
majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru
penuh berkarisma seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda
dan penerus wadah tonggak negara.
Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno pernah berkata Berikan saya 10
orang pemuda, nescaya saya akan menggoncang dunia. Namun pada hari ini,
berikan saya 4 minit, nescaya saya akan menjelaskan tajuk bicara yang bertajuk
FAEDAH MENABUNG.
Sidang Dewan yang dihormati,
Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati dan
maksudnya. Menabung bermaksud menyimpan wang samada di dalam tabung
atau di bank dan lain-lain.
Sidang Dewan yang dihormati,
Kututup rapat pintu definisi, kubuka pula maksud isi.
Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Maksudnya jika hari
ini kita berjimat-cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari
kemudian.
Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan
yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa.
Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan
selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.
Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang
disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan
ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk
menyambung pelajaran adalah tinggi. Ini membolehkan kita membantu ibu bapa
daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung
hutang yang sudah pasti membebankan.
Warga dewan yang dihormati,
Secara tuntas, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh
itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di
masa hadapan bak kata orang sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima
kasih.
Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum w.b.tuh

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Dengan wawasan yang sama, penampilan yang masih serupa, kita bertemu lagi
dalam arena Pidato Spontan. Salam aspirasi saudara/i pengatur
majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru
penuh berkarisma seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda
dan penerus wadah tonggak negara.
Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno pernah berkata Berikan saya 10
orang pemuda, nescaya saya akan menggoncang dunia. Namun pada hari ini,
berikan saya 4 minit, nescaya saya akan menjelaskan tajuk bicara yang bertajuk
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG.
Sidang Dewan yang dihormati,
Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati dan
maksudnya. Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua
jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat,
mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.
Sidang Dewan yang dihormati,
Kututup rapat pintu definisi, kubuka pula maksud isi.
Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu
mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala
penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut
menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.
Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan
makanan berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang
pelajar mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas
malahan daya ingatan kurang tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk
mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.
Warga dewan yang dihormati,
Secara tuntas, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa
pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai
wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda
mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Terima
kasih.
Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum w.b.tuh

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Dengan wawasan yang sama, penampilan yang masih serupa, kita bertemu lagi
dalam arena Pidato Spontan. Salam aspirasi saudara/i pengatur
majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru
penuh berkarisma seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda
dan penerus wadah tonggak negara.
Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno pernah berkata Berikan saya 10
orang pemuda, nescaya saya akan menggoncang dunia. Namun pada hari ini,
berikan saya 4 minit, nescaya saya akan menjelaskan tajuk bicara yang bertajuk
KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM.
Sidang Dewan yang dihormati,
Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati dan
maksudnya. Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para
pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti
kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan
serta menyertai kegiatan unit beruniform.
Sidang Dewan yang dihormati,
Kututup rapat pintu definisi, kubuka pula maksud isi.
Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manafaatnya
adalah kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar
termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi
kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian
melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa
berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.
Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan
masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain,
berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini membantu mereka daripada
terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang
rendah akhlak.
Warga dewan yang dihormati,
Secara tuntas, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik
terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi.
Bak kata orang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau
tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya!
Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum w.b.tuh.

Anda mungkin juga menyukai