Anda di halaman 1dari 2

Panduan Am Berkaitan Cakupan Isi Kandungan PKSK

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

Bahagian A –

Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) 20%


Meliputi kecerdasan emosi, rohani dan insaniah

Bahagian B –

Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) 70%


Meliputi kecerdasan intelek, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.

Tempoh masa Bahagian A & B ialah 90 minit.

Bahagian C –

Artikulasi Penulisan 10%


EQ - Kecerdasan emosi untuk mengenal-pasti, menggunakan, memahami dan menguruskan emosi ke
arah yang lebih positif.

SQ - Kecerdasan untuk mengukur kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian.

SSQ - Ia bagi mengukur kemampuan rohani individu iaitu kepercayaan beragama, moral dan akhlak.

IQ - Ia bagi mengukur kemampuan intelektual, rasional dan logik serta penyelesaian masalah
(matematik).

Untuk soalan daya penyelesaian masalah, calon boleh merujuk silibus Tahap 2 (Tahun 3, 4
dan 6) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Untuk soalan matematik, soalan akan berkisar kepada peratusan, pecahan, operasi biasa (campur,
tolak, darab, bahagi), unit metrik (cm, meter, mililiter, liter, kilometer), titik perpuluhan. Soalan
samada diberikan secara langsung atau berdasarkan teks disediakan.

Semoga panduan dan tips serta contoh soalan ini dapat membantu anak-anak menduduki ujian.

Makluman : Sekadar panduan dan rujukan untuk anak2.


Contoh Soalan PKSK Artikulasi Penulisan

Soalan Artikulasi Penulisan PKSK adalah penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu.

Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu seperti persediaan untuk UPSR
sebelum ini.

Antara topik yang berkemungkinan untuk artikulasi penulisan PKSK ialah:

1) Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)

2) Jika anda diberikan RM100,000, apakah yang akan anda ingin buat dengan duit tersebut?

3) Anda berada di sebuah pulau tanpa penghuni, ceritakan bagaimana cara untuk terus hidup.

4) Apakah wabak Covid-19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut?

5) Bagaimanakah anda belajar secara dalam talian dalam tempoh PKP dilaksana dan sekolah ditutup?

6) Ceritakan langkah yang perlu anda buat ketika anda melawat sesuatu tempat dalam tempoh waktu
PKPP ini.

7) Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan norma baharu Covid-19?

Semoga membantu.

Anda mungkin juga menyukai