Anda di halaman 1dari 5

1.

Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwarawarakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di
negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara
untuk ?
2. semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya generasi Y ini dapat
diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah
diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan
dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari
sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama
3. Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit.
Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diridalam kehidupan kita. Kesihatan
merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita
menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan
kesihatan dalam kehidupan? Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup
dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan
4. Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan
madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang
untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.
5. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak
mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam
diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi
nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia yang
menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru
semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap
dalam aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan
datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.
6. Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan media
massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada
tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan
masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai
emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi
peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.
7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya
kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja
semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era
globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk
mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa
masyarakat telah menyukarkan modus operandi untuk menyuburkan semangat perpaduan atau
nasionalisme yang semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk
menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu syumul pada suatu masa dahulu.
Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
8. Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup
melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi
anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan.
Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan

kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan


komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang
tua-tua api kecil baik dipadam.

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga


Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon
pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia
anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak
mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan disusukan, anak di rumah
mati kelaparan
Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa
bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar
anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa merekapersis kata orang
tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan
rahsia yang paling dipercayai anak-anak.
Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni
ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri
dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik
Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara
untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga
merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk
di tangga.
Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi
sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara
Melihat
kepada
senario
masyarakat kontemporari,
ibu
bapa
lebih
cenderung
untuk
mengejarmaterialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak
terlibat dalam kemelut sosial.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah
meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu
mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.
Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen
pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskancangkaliwang pada hari muka.
Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.
Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahudihimpit dengan
pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.
Kerja Kerja Kemasyarakatan
Abu Bakar As-Siddiq ada berkata, Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di
tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah. Kata kata tersebut sengaja
dipetik untuk menunjukkan betapa perlunya kita membuat kebaikan sepanjang hidup kita. Sehubungan

dengan itu, kerja-kerja kemasyarakatan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia merupakan aktiviti
berfaedah yang patut dijadikan budaya hidup. Hal ini sesuai dengan bidalan yang berbunyi, hidup
kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa.
Menerusi

kerja-kerja

kemasyarakatan,

sebagai contoh membersihkan

taman

perumahan, persekitaran taman akan menjadi bersih. Apabila bersih, akan terhindar penyakit yang mudah
merebak seperti demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Kita tidak boleh bergantung kepad
apihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja sedangkan kita mempunyai tulang empat kerat. Apabila
masyarakat bersma-sama membersihkan taman, sudah tentu ada keinginan untuk memastikan taman
perumahan sentiasa dalam keadaan bersih.
Melakukan

kerja-kerja

kemasyarakatan

dapat

memperteguh

ikatan

silaturahim.

Dengan

mengambil contoh aktiviti gotong-royong ketika majlis perkahwinan, kita akan mengenali lebih dekat
masyarakat tempat kita tinggal. Sebelum ini masyarakat sibuk dengan kerja; keluar rumah jam 7.00 pagi
dan balik jam 700 malam. Dalam sibuk bekerja membasuh pinggan, meamsak, atau mengemas, kita akan
berbual mesra dan bertukar pengalaman.
Kerja-kerja

kemasyarakatan

yang

dilakukan

dengan

ikhlas dapat

menyelamatkan

nyawa

manusia. Ketika kejadian banjir atau rumah terbakar, sikap prihatin masyarakat membantu golongan yang
di dalam kesusahan dapat menyelamatkan mangsa daripada emas dan rentung. Sikap yang ditunjukkan
sudah pasti meruntun hati mangsa yang diselamatkan. Mangsa yang sebelum ini mementingkan diri sendiri
sudah pasti akan bersikap merendah diri.
Sesungguhnya kerja-kerja kemayarakatan memang patut diamalkan oleh masyarakat
Malaysia. Sikap mementingkan diri seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing
hendaklah disisih dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, kebaikan yang kita curahkan akan dibalas dengan
kebaikan juga. Segala- galanya perlutanya kepada hati. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN
1. Prinsip moral merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini telah pun
ditekankan dalam prinsip Confucius yang berpaksikan ren (perikemanusiaan), li (kesusilaan) dan xiao
(ketaatan ).

2. Seseorang itu hendaklah menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pedoman untuk mengubah perilaku
mereka seperti kata Confucius iaitu seseorang yang telah melakukan kesilapan tetapi tidak belajar
daripada kesilapan itu maka sesungguhnya orang itu telah melakukan satu lagi kesilapan.
3. Perdana Menteri menyatakan bahawa walaupun di negara kita terdapat industri lain yang berdaya
saing tetapi beliau menyeru rakyat Malaysia agar melibatkan diri dalam industri pertanian kerana sektor
tersebut merupakan warisan negara kita dan Malaysia mempunyai segala-galanya sebagai pendorong
kepada industri tersebut untuk berkembang maju.
4. Sejarawan dunia iaitu Herodotus pernah berkata bahawa sesiapa yang tidak berusaha memajukan
dirinya maka orang itu merupakan insan yang paling hina di dunia ini.

5. Pakar motivasi iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah ada menyatakan bahawa kejayaan mendidik anak-anak
merupakan kecemerlangan ibu bapa dalam mempamerkan usaha mereka. Justeru, didiklah anak-anak
sejak kecil supaya mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan akhirat kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. Berpeganglah pada Falsafah Tao yang mengatakan bahawa untuk mencari ubi galilah tanah sekaki
tetapi untuk mencari emas, galilah sedalam mungkin.

7. Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada manusia yang
berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya.
8. Menteri Pendidikan menyatakan bahawa jika pokok itu diserang kulat dan tidak ditebang maka seluruh
ladang boleh musnah. Justeru, kita tidak seharusnya bercakap tidak serupa bikin dalam menangani
kemelut yang semakin ruwet ini. Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh amat diperlukan demi hasil
yang tidak ternilai kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

9. Pelajar cemerlang SPM 2004 iaitu Nur Amalina menmyatakan bahawa Sesiapa yang menyerah kalah
sebelum berusaha maka orang itu telah gagal dan tidak berilmu tetapi orang gagal yang terus berusaha
merupakan orang yang bijaksana dan berjaya. Beliau juga menyatakan bahawa untuk mendapatkan hasil
yang baik bukanlah senang dan untuk merealisasikan impian bukanlah mustahil jika diusahakan dengan
bersungguh-sungguh.
PETIKAN1:
Pascakemerdekaan negara Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat, rancak dan
drastik dalam rencaman bidang perdana dan dominan. Dalam menongkah, meniti dan menelusuri arus
deras modenisasi dan globalisasi yang menerjah negara, negara kita telah banyak mengalami anjakan
paradigma daripada sebauh negara mundur kepada sebuah negara maju. Pada zaman atom ini, negara
kita telah berusaha gigih bagi lebah menghimpun madu untuk menempa kejayaan serta mendukung,
melestarikan dan merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara atas angin dan gergasi di persada mayapada. Sebagai seorang rakyat yang cinta
akan ibu pertiwi kita, memang tidak dapat disangkalkan bahawa kita memainkan peranan yang vital,
signifikan dan mustahak dalam proses pembangunan negara. Persoalannya, sanggupkan kita melihat
negara kita terus berada pada takuk lama tanpa berikhtiar dan berikrar untuk memperkasakan kemajuan
negara? Apakah peranan setiap rakyat dalam proses pembangunan untuk mengemudi negara kita ke arah
kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan? Jauhari jua yang mengenal manikam. Tepuk dada
tanyalah selera.
PETIKAN 2:
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi
keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan dengan itu,
hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan
menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana
rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah

dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina
kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd
Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial
dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah
penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan
remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan
satu cara bagi membendung kemelut sosial remaja.

CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN


CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN

1. Hidup mesti ada matlamat seperti kita memancing yang memerlukan joran dan
umpannya untuk membolehkan kita mendapat ikan.
2. Matlamat hidup perlu disusuli dengan usaha dan doa supaya tercapai.
3. Gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit tetapi rendahkan hati
serendah mutiara di lautan.
4. Rahsia kejayaan ialah kita perlu mengetahui perkara yang orang lain tidak tahu.
5. Hidup ini tidak selalu indah tetapi perkara yang indah tetap hidup dalam kenangan.
6. Jika kita kehilangan segala-galanya; jangan lupa kita masih ada masa depan.
7. Orang yang bertangguh bermakna memilih kegagalan.
8. Ubahlah hidup kita hari ini juga. Jangan perjudikan masa depan. Bertindaklah
sekarang tanpa bertangguh lagi.
9. Cita-cita memerlukan perjuangan; perjuangan memerlukan pengorbanan dan
pengorbanan memerlukan ketabahan.
10. Pembangunan lahiriah perlu seiring
merealisasikan masyarakat madani.

dengan

pembangunan

insaniah

demi

11. Adakah ini harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan
kemajuan?
12. Mengapakah senario yang menjadi duri dalam daging ini berlaku? Adakah salah ibu
yang mengandung atau bapa yang mendukung? Tepuk dada tanyalah selera!

13. Anak-anak ibarat buluh yang harus dilenturkan dengan betul.


14. Tidak ada gunanya kita berjaya dalam pelbagai bidang atau mendabik dada
bahawa kita maju dan hebat kalau rakyat kita tidak berbudi bahasa.

Anda mungkin juga menyukai