Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda :

Membaca adalah cara yang paling aula dan berkesan untuk meluaskan ilmu pengetahuan.Tabiat membaca amat penting
untuk melahirkan masyarakat yang berilmu.Hal ini demikian,melalui bahan bacaan,khususnya buku,majalah dan akhbar
terdapat pelbagai ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan dengan sains,sejarah,bahasa dan isu semasa dapat
diperolehi.Tabiat suka membaca harus disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

Bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan anak-anak,peranan ibu bapa merupakan peranan yang penting.Hal
ini demikian,ibu bapa mampu menerapkan tabiat suka membaca dalam diri anak-anak.Ibu bapa hendaklah menyediakan
bahan-bahan bacaan di rumah.Bahan bacaan tersebut hendaklah sesuai dengan keupayaan dan minat anak-anak.Langkah ini
penting kerana anak-anak tidak perlu ke tempat yang lebih jauh untuk mendapatkan bahan bacaan.Situasi ini akan merangsang
mereka untuk membiasakan diri dengan buku.Bagi keluarga yang berada,ibu bapa harus menyediakan sudut bacaan atau
perpustakaan mini di rumah.Hal ini memastikan bahan bacaan dapat disusun di tempat yang dikhaskan untuk membina
suasana persekitaran membaca yang lebih menyeronokkan.

Selain itu,ibu bapa juga hendaklah membawa anak-anak mereka ke pameran buku,kedai buku atau
perpustakaan.Memandangkan tempat-tempat sebegitu terdapat pelbagai jenis buku maka anak-anak boleh memilih buku-buku
yang diminatinya.Melalui tempat-tempat ini,mereka juga akan didedahkan dengan melihat orang ramai,termasuk rakan sebaya
mereka memilih buku.Situasi ini dapat menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk turut serta memiliki
buku.Sekiranya ibu bapa kerap kali membawa anak-anak ke kedai buku dan perpustakaan,langkah ini akan dapat menimbulkan
kesedaran kepada anak-anak betapa pentingnya buku dalam kehidupan harian mereka.

Sudah menjadi kelaziman bagi sesetengah pihak,terutamanya ibu bapa bahawa mereka akan memberikan hadiah untuk
meraikan kejayaan anak-anak.Sesetengahnya pula memberikan hadiah sempena sambutan hari lahir anak-anak.Oleh itu,dalam
usaha meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda,lebih berfaedah sekiranya ibu bapa menjadikan buku
sebagai hadiah untuk anak-anak mereka.Perubahan seumpama ini perlu dilakukan untuk memperlihatkan kepentingan buku
kepada generasi muda.Apabila buku sudah tersedia di hadapan mata,ditambah pula dengan dorongan ibu bapa,minat
membaca dapat mudah diterapkan dalam diri anak-anak.

Bagi merealisasikan matlamat untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda,ibu bapa perlu
menunjukkan tabiat membaca kepada anak-anak.Hal ini penting memandangkan anak-anak akan mencontohi segala perlakuan
ibu bapa mereka.Sebagai contohnya,sekiranya anak-anak melihat ibu bapa atau ahli keluarganya yang lain rajin
membaca,sudah tentu keinginan untuk turut membaca akan timbul dengan sendirinya.Tegasnya,dalam usaha untuk menanam
tabiat membaca dalam diri anak-anak,ibu bapa tidak harus menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan
betul.

Selain ibu bapa,pihak sekolah juga hendaklah menjalankan usaha yang berkesan kerana peranan pihak sekolah amat
penting bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda.Salah satu langkah yang perlu dilakukan ialah
melengkapkan perpustakaan sekolah dengan pelbagai bahan bacaan yang bermutu dan terkini.Kemudahan asas di
perpustakaan perlu dilengkapkan,termasuklah penyediaan alat penghawa dingin.Buku dan bahan bacaan yang lain di
perpustakaan perlu di susun secara lebih teratur dan sistematik untuk memudahkan pelajar mendapatkannya.Usaha
sedemikian mampu menarik lebih ramai pelajar mengunjungi perpustakaan bagi tujuan membaca.

Kesimpulannya,usaha untuk meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak bukanlah perkara yang
mudah.Walaupun ibu bapa dikatakan orang yang paling berpengaruh dalam meningkatkan tabiat membaca dalam diri anak-
anak,namun tanpa sokongan pihak lain,matlamat ini sukar menjadi kenyataan.Oleh itu,semua pihak harus bekerjasama
meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda agar negara ini dapat menjadi sebuah negara maju suatu hari
nanti.
Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun ini,saya pasti setiap sekolah menyediakan kemudahan dan
kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid.Antara kemudahannya ialah sebuah koperasi.Koperasi yang dianggap tidak
mempunyai faedah ini sebenarnya mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-murid di sekolah.Tahukah anda apakah maksud
koperasi yang sebenar? Koperasi merupakan sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan
perkhidmatan.Koperasi ditubuhkan megikut Akta Koperasi.Kopersi ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam
mesyuarat agung.Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Setiap sekolah mesti mengadakan
mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya.Jelaslah di sini bahawa koperasi sekolah merupakan sesuatu
yang penting seiring dengan perkara-perkara lain.

Kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat berniaga dalam kalangan murid.Hal ini kerana apabila mereka
berniaga di koperasi dan melayan murid lain membeli,mereka akan berasa gembira dan akan melahirkan semangat suka untuk
berniaga.Melalui koperasi,para murid berpeluang mengetahui asas selok-belok dalam mengendalikan urusan perniagaan.Selain
itu,ahli koperasi iaitu murid-murid ini terlibat dalam aktiviti jual beli,membuat akaun,pemasaran dan pembekalan.Semangat
berniaga tidak datang secara paksaan tetapi dengan sukarela kerana mereka mengadakan aktiviti jual beli hampir setiap hari.Di
samping itu,penguasaan matematik mereka juga akan bertambah cekap kerana mereka sering mengira setiap kali pembelian
dibuat.Jelaslah di sini bahawa,koperasi sekolah mampu memupuk semangat untuk berniaga dalam diri murid-murid.

Seterusnya,kebaikan koperasi sekolah ialah mengenakan harga yang murah pada setiap barangan contohnya buku
tulis,pen,pensil,kertas kajang dan sebagainya.Alatan-alatan pelajaran ini merupakan satu keperluan rasmi bagi seorang murid
untuk memulakan pembelajaran.Para murid tidak akan mampu untuk belajar dengan baik jika kelengkapan mereka tidak
cukup.Justeru itu,mereka harus menyediakannya terlebih dahulu.Dengan adanya koperasi sekolah,sudah tentu hal ini akan
memudahkan mereka membeli barangan keperluan sekolah mereka.Harga yang murah juga dapat membantu murid yang dari
keluarga yang kurang senang untuk belajar.Hal ini kerana mereka mampu untuk membeli peralatan tersebut.Sudah terang lagi
bersuluh bahawa meletakkan harga yang murah merupakan salah satu daripada kebaikan koperasi.

Selain itu,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid.Hal ini kerana mereka tidak perlu pergi ke kedai-kedai
yang jauh daripada rumah mereka kerana hanya ingin memfotostat hanya sehelai kertas.Sudah tentu perkara ini akan menjadi
suatu beban buat mereka terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan
tersebut.Hal ini akan memaksa mereka untuk mereka keluar ke bandar.Bagi murid yang keluarganya berpendapatan rendah
dan tiada pengangkutan seperti motorsikal atau kereta,mereka mungkin tidak akan membuat kerja yang diberikan oleh guru
mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain dan menginginkan kehidupan yang lebih selesa dan keluar dari belenggu
kemiskinan tersebut.Dengan adanya perkhidmatan fotostat di koperasi sekolah,perkara ini dapat membantu murid-
murid.Kesimpulannya,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid dengan perkhidmatan yang disediakan.

Di samping itu,koperasi sekolah dapat mengajar para murid untuk berjimat cermat.Hal ini kerana apabila mereka membeli
di koperasi,mereka tidak perlu menggunakan semua dari duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa mereka.Duit lebihan itu
dapat mereka simpan dan duit tersebut boleh digunakan jika ada kecemasan contohnya berlaku kebakaran,ingin melakukan
pembedahan dan sebagainya.Amalan berjimat cermat ini juga harus diterapkan dalam kalangan murid sejak mereka kecil
lagi.kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Para murid harus menyimpan atau menanbung kerana menabung
merupakan satu amalan yang mulia.Mereka tidak perlu menyimpan dalam kuantiti yangbanyak setiap hari.Kuantiti yang sedikit
sepert 10 sen atan 50 sen sudah memadai kerana sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap
berjimat cermat dapat dipupuk melalui koperasi sekolah.

Kesimpulannya,koperasi sekolah bukan sekadar menjual dan membeli barang,malah memberi banyak lagi faedah kepada
kita.Dengan adanya koperasi,kita dapat melahirkanmurid yang lebih yakin ketika berkomunikasi,pintar bergaul dan matang
dalam membuat keputusan,murid-murid yang selama ini kurang bercakap akan berani untuk menyuarakan pendapatnya.Selain
itu,koperasi sekolah juga dapat dijadikan sebagai orang tengah kepada guru dan murid ketika mahu berurusan membuat
tempahan buku dengan pembekal di luar,'Usaha tangga kejayaan,itulah gambaran bagi sebuah koperasi kerana sudah berusha
untuk menyediakan satu perkhidmatan yang dapat memnudahkan murid dan guru.Marilah sama-sama kita renungkan tentang
kebaikan koperasi di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai