Anda di halaman 1dari 2

NAMA:RyanKubal Anak Lanting MATA PELAJARAN: Bahasa Malaysia

KELAS: Teknologi Elektrik (3 SVM)

TARIKH: 31/3/2020

TAJUK:

KEBAIKAN TEKNOLGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM KEHIDUPAN


SEHARIAN.

Arus perkembangan semasa ternyata memberi impak yang amat besar dalam
kehidupan kita. Perkembangan demi perkembangan ini tidak dapat kita hadapi tanpa
kita membina tamadun baru dalam kehidupan kita. Perkembangan ini meliputi
keseluruhan cara hidup masyarakat kini dan apa yang ingin difokuskan disini ialah
perkembanga n kepada golongan belia. Dalam dunia yang semakin maju ini terutama
dalam abad ke-21,harapan rakyat terutama sekali di kalangan belia adalah sangat
tinggi. Kewujudan teknologi yang sangat canggih menjadikan kehidupan belia sekarang
lebih maju seiring dengan golongan belia di negara-negara maju yang lain. Disebabkan
kewujudan teknologi inilah yang menyebabkan golongan belia di zaman sekarang
sudah mengubah cara hidup sehingga membawa kesan positif kapada cara hidup
mereka.

Kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian ialah dapat
berkongsi pendapat. Hal ini demikian kerana wujudnya laman social seperti Facebook,
twitter,Blogger dan sebagainya yang secara tidak langsung akan menyebabkan
komunikasi antara manusia akan lebih berkembang bagi menyampaikan sesuatu
pendapat sama ada ianya adalah pendapat yang penting mahupun tidak. Melalui laman
social tersebut ,ianya akan memudahkan orang ramai untuk berkomunikasi atas talian
terutamanya dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan sebagainya. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan bahawa komunikasi ini juga akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim
antara satu sama lain.

Seterusnya, kebaikan yang lain memperoleh pelbagai maklumat. Hal ini demikian
kerana apabila wujudnya teknologi maklumat dan komunikasi ini ia akan memudahkan
lagi golongan belia dalam mengakses apa sahaja ilmu yang berkaitan dengan
pendidikan dan memudahkan untuk nmengetahuinkeadaan dunia sekarang ataupun isu
semasa sama ada melalui berita harian oline, sinar harian dan sebagainya. Ini akan
mengembangkan lagi minda golongan belia apabila mereka cenderung ke arah
kerajinan dlam mengakses sesuatu isu penting. Bukan itu sahaja , kita juga tahu bahwa
manusia tidak dapat dipisahkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang
canggih dan ini juga disebabkan manusia juga tidak dapat dipisahakn dengan teknologi
maklumat dan komunikasi ini.

Di samping itu, kita dapat lihat bahawa apa sahaja urusan kerajaan mahupun swasta
di sector pekerjaan telah dilakukan di atas talian . Sebagai contoh, urusan-urusan
kerajaan seperti urusan pembayaran bil utility, urusan perbankan dan sebagainya .
Namun begitu, dengan wujudnya teknologi sebegini, ini akan memudahkan lagi isi
rumah dalam melangsaikan pembayaran bil.

Kesimpulannya, kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi ini amat penting dalam
membangunkan masyarakat . Bidang teknologi maklumat dan komunikasi banyak
menyediakan kemudahan dalam perhubungan untuk pembangunan manusia sejagat .

Anda mungkin juga menyukai