Anda di halaman 1dari 3

EKSPERIMEN : KESAN KEPEKATAN BAHAN TINDAK BALAS TERHADAP KADAR

TINDAK BALAS
Masalah :

Bagaimanakah kepekatan bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?

Hipotesis :

Pemboleh ubah :

(a) Dimanipulasikan :

(b) Bergerak balas :

(c) Dimalarkan :

Bahan :

Larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3, asid sulfuric cair 2 mol dm-3, dan air suling.

Radas :

Kelalang kon 100 cm3, silinder penyukat 10 cm3 dan 50 cm3, jam randek, rod kaca, dan kertas
putih.

Prosedur :

1. 45 cm3 larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 0.2 mol dm-3 disukat dengan menggunakan
silinder penyukat dan situang ke dalam kelalang kon.
2. Satu pangkah ‘X’ dilukiskan di tengah-tengah sekeping kertas putih. Kelalang kon yang
mengandungi larutan natrium tiosulfat diletakkan di atas tanda pangkah ‘X’.
3. 5 cm3 asid sulfuric 2 mol dm-3 disukat dengan menggunakan silinder penyukat 10 cm3.
4. Dengan cepat, asid sulfuric cair di tuang ke dalam kelalang kon yang mengandungi
larutan natrium tiosulfat dan dengan serta merta jam randek dimulakan.
5. Campuran dalam kelalang kon dikaucau dengan sebatang rod kaca.
6. Satu mendakan kuning terbentuk dengan perlahan-lahan di dalam kelalang kon.
7. Pangkah ‘X’ dipandang tegak dari atas dan jam randek diberhentikan sebaik sahaja
pangkah ‘X’ tidak kelihatan.
8. Masa yang diambil untuk pangkah ‘X’ tidak kelihatan dicatatkan.
9. Eksperimen diulangi dengan menggunakan isipadu larutan natrium tiosulfat yang
berlainan tetapi ditambah dengan air untuk menjadi 50 cm3 larutan mengikut jadual 1.
Keputusan :
eksperimen 1 2 3 4 5

Isipadu asid sulfurik 2 mol dm-3 (cm3) 5 5 5 5 5

Isipadu natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 , V1 (cm3 ) 45 40 30 20 10

Isipadu air yang ditambah (cm3) 0 5 15 25 35

Jumlah isipadu natrium tiosulfat yang dicairkan, V 2 (cm3) 50 50 50 50 50

Kepekatan larutan natrium tiosulfat yang dicairkan, 0.2 0.2 x 40 0.2 x 30 0.2 x 20 0.2 x 10
M 1V 1 50 50 50 50
(mol dm-3)
V2 =0.16 =0.12 =0.08 =0.04
Masa yang diambil, t (saat)

1
(s-1)
masa

Pengiraan :

1. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, dua graf diplotkan, iaitu


(a) Graf A : Graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa
(b) Graf B : Graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa 1/masa
Perbincangan :

1. Larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid sulfuric cair untuk membentuk -
__________________________________
2. Masa untuk suatu kuantiti sulfur terbentuk supaya pangkah ‘X’ tidak kelihatan digunakan
untuk menentukan_________________________.
3. Berdasarkan graf A, dapat diperhatikan bahawa apabila kepekatan larutan natrium
tiosulfat ________________, masa yang diambil untuk pangkah ‘X’ tidak kelihatan akan
__________________. Ini bermaksud apabila kepekatan natrium tiosulfat
_____________, kadar tindak balas ______________________.
4. Dalam eksperimen ini, kelalang kon yang kecil dan sama saiz serta bentuk digunakan.
Jika kelalang kon 100cm3 digantikan dengan kelalang kon yang lebih besar seperti 250
cm3, masa yang diambil untuk pangkah ‘X’ tidak kelihatan akan menjadi
_____________. Ini adalah kerana luas permukaan dasar kelalang kon 250cm 3 menjadi
lebih besar dan lebih banyak mendakan sulfur yang diperlukan supaya pangkah ‘X’ tidak
kelihatan.
5. Dalam eksperimen ini, jika asid hidroklorik, HCl yang sama kepekatan digunakan untuk
menggantikan asid sulfuric, kadar tindak balas akan menjadi ________________. Ini
adalah kerana asid hidroklorik adalah asid monobes yang akan membekalkan kepekatan
ion H+ setengah daripada kepekatan ion hydrogen, H+ yang dibekalkan oleh asid sulfuric
yang sama kepekatan.

Kesimpulan :

Anda mungkin juga menyukai