Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti 6.

8
Tujuan : Menyediakan 100 cm3 larutan piawai natrium karbonat ,
Na2CO3 0.2 mol dm-3
Bahan : Air suling dan larutan natrium karbonat, Na2CO3 0.2 mol dm-3
daripada aktiviti 6.7
Radas : Kelalang volumetric 100 cm3 , penitis , corong turas , pipet ,
botol pencuci , pengisi pipet dan bikar 100 cm3
Rajah :

Prosedur :
1. Isi padu larutan yang perlu disukat dikira menggunakan formula
M1V1 = M2V2 untuk melalui kaedah pencairan
2. Larutan stok daripada Aktiviti 6.7 dituangkan ke dalam sebuah
bikar
3. Isi padu larutan , V1 cm3 yang telah dihitung dengan pipet
dikeluarkan
4. V1 cm3 isi padu larutan dpindahkan ke dalam sebuah kelalang
volumetrik
5. Air suling ditambahkan sehingga paras larutan menghampiri
tanda senggatan
6. Air suling ditambahkan secara perlahan-lahan dengan penitis
7. Kelalang volumetrik ditutupkan dan digoncangkan serta
ditelangkupkan beberapa kali sehingga larutan bercampur
sebati

Perbincangan :
1. Berapakah isi padu larutan piawai natrium karbonat , Na 2CO3
1.0 mol dm-3 yang diperlukan untuk menyediakan 100 cm3
larutan natrium karbonat , Na2CO3 0.2 mol dm-3 ?

M1V1 = M2V2
(1.0)(V1) = (0.2)(100)
V1 = 20 cm3

2. Apakah saiz pipet yang perlu anda gunakan dalam proses


penyediaan ini ?
Pipet 20cm3

3. Mengapakah bikar tidak sesuai digunakan untuk menyediakan


larutan piawai melalui kaedah pencairan ?
Kerana bikar tidak dapat menyukat isi padu larutan piawai yang
ingin dihasilkan dengan tepat

4. Perlukah anda mengeluarkan titik terakhir di dalam pipet ?


Mengapa ?
Tidak . Pipet tela dikalibrasi dengan tepat yang mana isi padu
larutan yang dikeluarkan daripada pipet adalah sebagaimana
yang dilabelkan pada pipet

Anda mungkin juga menyukai