Anda di halaman 1dari 2

UJIAN AMALI KIMIA

TINGKATAN 4
NAMA:.. KELAS:

Skema Jawapan
TARIKH:..

Aktiviti 5.3: Membandingkan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen


Tujuan:
Mengkaji sifat sebatian ion dan sebatian kovalen dari segi
a) takat lebur dan takat didih
b) keterlarutan dalam air dan pelarut organik
c) kekonduksian elektrik
Bahan: Serbuk magnesium klorida, larutan magnesium klorida 2.0 mol dm-3, dietil eter, naftalena, air, sikloheksana
(pelarut organik)
Radas:
Mangkuk penyejat, tabung uji, spatula, bateri, suis, mentol, elektrod karbon, wayar penyambung dan
klip buaya, tungku kaki tiga, alas segi tiga, penunu Bunsen.
Prosedur:
Bahagian A
1. Sediakan dua mangkuk penyejat.
2. Masukkan setengah spatula magnesium klorida, MgCl 2 dan tiga titis dietil eter secara berasingan pada setiap
mangkuk penyejat.
3. Perhatikan keadaan fizik sebatian tersebut. Biarkan sebatian tersebut selama lima minit, kemudian perhatikan
perubahan yang berlaku.
Bahagian B
1. Masukkan setengah spatula serbuk magnesium klorida, MgCl 2 ke dalam sebuah tabung uji.
2. Tambahkan 5 cm3 air dan goncangkan tabung uji itu.
3. Perhatikan keterlarutan magnesium klorida, MgCl2 dalam air.
4. Ulang langkah 1-3 dengan menggunakan sikloheksana, C6H12 sebagai pelarut.
5. Ulang langkah 1-4 dengan menggunakan setengah spatula naftalena, C 10H8.
Bahagian C
1. Isi mangkuk pijar dengan serbuk naftalena, C10H8 sehingga setengah penuh.
2. Sediakan radas seperti dalam rajah.
mentol suis

bateri

Elektrod
karbon
naftalena
Penunu
Bunsen

3. Hidupkan suis dan perhatikan sama ada mentol menyala ataupun tidak.
4. Padamkan suis dan panaskan serbuk naftalena, C 10H8 sehingga melebur.
5. Hidupkan suis semula dan perhatikan sama ada mentol menyala ataupun tidak.
6. Ulang langkah 1-3 dengan menggunakan serbuk magnesium klorida, MgCl 2 dan larutan magnesium klorida,
MgCl2 2.0 mol dm-3.

Pemerhatian:
Eksperimen
Bahagian A
(Perubahan keadaan
jirim pada suhu bilik)
Bahagian B
(Keterlarutan dalam air
dan pelarut organik)
Bahagian C
(Kekonduksian elektrik)

Sebatian/ Bahan
Serbuk magnesium
klorida
Dietil eter
Serbuk magnesium
klorida

Pemerhatian
Kekal dalam keadaan pepejal.

Naftalena

Terlarut dalam sikloheksana


Tidak larut dalam air
Mentol tidak menyala
Mentol menyala
Mentol tidak menyala
Mentol tidak menyala

Magnesium
klorida
Naftalena

Titisan dietil eter mongering dan mengewap


Terlarut dalam air
Tidak larut dalam sikloheksana

Keadaan pepejal
Keadaan cecair
Keadaan pepejal
Keadaan cecair

[10
markah]
1. a)
Bandingkan takat lebur dan takat didih di antara sebatian ion dan sebatian kovalen.
Takat lebur dan takat didih sebatian ion adalah lebih tinggi daripada sebatian kovalen.
[2 markah]
Beri sebab bagi jawapan anda.
Daya tarikan elektrostatik yang kuat menarik bersama ion-ion dalam sebatian ion. [1m]
Lebih banyak tenaga haba diperlukan utk mengatasi daya tarikan ini. [1m]
Oleh itu, takat lebur dan takat didih sebatian ion adalah tinggi. [1m]
Molekul-molekul dalam sebatian kovalen hanya ditarik oleh daya tarikan antara molekul/daya tarikan Van
der Waals yang lemah. [1m]
Hanya sedikit haba diperlukan untuk mengatasinya. [1m]
Oleh itu, takat lebur dan takat didih sebatian kovalen adalah rendah.[1m]
[6 markah]
2. Nyatakan keterlarutan sebatian ion dan sebatian kovalen dalam air dan dalam pelarut organik.
Sebatian ion larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik.[2m]
Sebatian kovalen larut dalam pelarut organik tetapi tidak larut dalam air. [2m]
[4 markah]
3. Namakan jenis zarah yang terdapat dalam sebatian berikut:
magnesium klorida: ion [1m]
naftalena: molekul [1m]
[2 markah]
b)

4. Terangkan kekonduksian elektrik magnesium klorida dalam keadaan pepejal dan cecair.
a) Dalam keadaan pepejal:
Pepejal magnesium klorida tidak mengkonduksikan elektrik kerana tiada ion-ion yang bebas bergerak
untuk membawa cas-cas elektrik.
[2 markah]
b) Dalam keadaan cecair:
Larutan magnesium klorida dapat mengkonduksikan elektrik kerana terdapat ion-ion yang bebas bergerak
untuk membawa cas-cas bergerak.
[2 markah]
5. Terangkan kekonduksian elektrik bagi naftalena.
Naftalena tidak mengkonduksikan elektrik.
Hal ini kerana naftalena terdiri daripada molekul-molekul sahaja.
[2 markah]

Anda mungkin juga menyukai