Anda di halaman 1dari 3

KATA ADJEKTIF

1. Dikenali juga sebagai kata sifat


2. Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat,
binatang dan sebagainya.
Contoh Contoh Ayat
Baik, gagah, bijak, jahat,
teliti, mesra, pintar, jujur,
comel.
i) Kucing itu sungguh comel.
ii) Pelajar bari itu sungguh pintar.
Hitam, putih, biru, hijau,
kuning (semua warna)
(i) warna biru kegemaran saya.
Deras, cepat, laju,
perlahan, lambat
(i) Air sungai itu mengalir deras.
Rendah, gemuk, tinggi,
tebal, nipis, besar, kecil
(i) Dia memakai baju yang nipis.

Bulat, leper, bundar,
buncit, kempis
(i) Tayar kereta itu kempis kerana
kekurangan angin.
Segera, awal, lama,
silam, baharu
(i) Mereka berdua sampai awal di
sekolah.
Jauh, rapat, hampir,
cetek, dekat
(i) Rumahnya dekat dengan sekolah.
Sayang, benci, sedih,
ragu, suka, rindu
(i) Dia sayang akan ibu bapanya.
Sedap, manis, masam,
masin, tawar. kelat
(i) Air milo itu sangat manis.

Petikan 1
Manusia Prihatin Bumi Terpelihara.
Saya sebuah tong kitar semula. Saiz badan saya ada yang kecil
dan ada yang besar. Saya juga mempunyai tiga warna dan tiga
bahagian yang berbeza. Warna biru untuk barangan daripada
kertas, oren untuk barangan daripada kaca dan plastik. Manakala
warna coklat untuk barangan berasaskan kaca dan besi.
Barang-barang yang dimasukkan ke dalam badan saya
sama ada berbau busuk atau wangi saya terima seadanya. Saya
sanggup demi memastikan alam sekitar terpelihara dan terus
indah, aman, udara juga akan menjadi bersih dan kehidupan
menjadi lebih selesa. Kadang-kadang saya merasakan diri ini
seperti wira negara yang kuat, gagah dan perkasa. Anda semua
pasti cemburu kepada saya bukan?
Kalau saya sebuah tong kitar semula boleh menjada wira,
anda pula bagaimana? Saya berharap kita semua menjaga alam
sekitar untuk mengelakkan kita terus terjebak dengan wabak
penyakit yang berbahaya. Kita juga akan dapat memastikan
semua masyarakat hidup gembira, ceria dan hidup dalam
suasana yang sihat. Negara kita juga akan lebih maju jika
kebersihan alam sekitar dijaga dengan baik.
Oleh itu, sama-samalah kita menjaga alam sekitar.
Bulatkan kata hubung pada ayat di bawah.
Ayat 1
Puan Heliza mengubah bunga sementara menunggu Puan Ana
datang ke rumahnya.
Ayat 2
Ayah dan ibu sentiasa menasihati abang supaya belajar
bersungguh-sungguh.
Ayat 3
Guru besar mengingatkan para pelajar agar membuat persediaan
awal untuk menghadapi peperiksaan.
Ayat 4
Awak ingin ke perpustakaan pada petang ini atau petang esok?
Tanya mas kepada liya,
Ayat 5
Fatin pulang lewat ke rumah kerana dia ketinggalan bas dan telah
dimarahi oleh ayahnya kerana dia cuai.
Ayat 6
Bilik tidur fahmi yang agak sempit itu dicat dengan warna putih
agar kelihatan lebih luas.

Anda mungkin juga menyukai