Anda di halaman 1dari 2

Khaulah al azwar | Para mujahid yang lain tertanya-tanya.

Siapakah gerangan penunggang kuda


itu.Gayanya penuh keberanian. Seolah-olah shahid itu merupakan satu tujuan yang pasti.Bahkan Khalid
Al-Walid sendiri begitu terpegun dengan ‘mujahid’ bertopeng ini.

Perang pun bermula.Kekuatan tentera Rom bukan sembarangan.Dalam konteks dunia moden,mereka
seperti Amerika,sedang melawan sebuah negeri kecil.Mungkin Perlis.Tetapi ia tidak menggentarkan
mujahid ini.Ia terus memacu kudanya,membelah barisan ketenteraan musuh,menembusi hingga ke
tengah pasukan musuh lalu mengucar-kacirkannya.Sahabat sekali lagi terpegun.Sang
mujahid bermandikan darah,dikepung musuh,tetapi tidak menampakkan tanda-
tanda berundur.Keberaniannya menjadi sebutan tentera muslimin.

‘siapakah kamu?tunjukkanlah mukamu itu’ tanya Khalid al-Walid.

Sang mujahid terus berlalu pergi,tanpa melayan permintaan Khalid al-Walid.Dia lantas dimarahi kaum
muslimin.Mereka begitu ingin tahu siapakah gerangan di sebalik topeng itu.

‘Aku ialah Khawlah binti Al-Azwar.Adik perempuan kepada Dirar bin al-Azwar.Aku bukannya hendak
berlaku biadap pada pemimpin, tapi aku ingin memelihara kehormatanku dengan tetap mengenakan
niqab ini’

Itulah Khawlah.Wanita idaman Peter,adik general tentera Rom.Orang kata,pakej lengkap.Cantik.Tetapi


iman menjadi penghias kepada kecantikan itu.Namun Islamnya itu tidak menghalang ia melakukan
jihad;perbuatan yang sentiasa dikaitkan dengan lelaki.Bahkan ketika satu peperangan yang
lain,bersama-sama wanita dari kabilah Himyar,wanita Islam menggesa Khalid meletakkan mereka di
hadapan barisan jihad.

Kisah Khawlah begitu menarik minat saya.Cantik,tetapi menjaga kehormatan. Menjaga kehormatan,
tetapi melakukan kerja-kerja lelaki (perang). Demikianlah Islam, menggilap sisi terbaik manusia.Ia
sama sekali tidak menenggelamkan potensi. Ia sama sekali tidak menyebabkan kemunduran.

Unik bukan?

Saya petik kisah ini dari buku The Conquest of Syria karangan Imam Waqidi (ulama hadis). Dan rasanya
selain kisah Dirar (abang khawlah), kisah ini benar-benar membangkitkan himmah saya. Bukan
kerana digambarkan Khawlah itu cantik. Tapi bagaimana satu kaum (wanita), yang sentiasa dianggap
lemah di mata kaum lelaki; begitu gigih mencari redha Allah,walaupun tidak memiliki kekuatan fizikal
seperti kaum lelaki. Subhanallah. Moga kisah ini membangkitkan himmah para lelaki di luar sana.

Anda mungkin juga menyukai