Anda di halaman 1dari 4

SEBAGAI hamba, kita pasti diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian mengikut kemampuan hamba-

Nya. Begitu juga dengan Rasulullah SAW tidak lari daripada diuji oleh Allah walaupun diketahui Baginda
seorang yang maksum iaitu bersih daripada dosa.

Dalam Allah memberi ujian kepada hambanya sama ada memberi ujian kesakitan, hilang orang yang
tersayang, hilang pekerjaan namun Allah tidak pernah jauh. Ujian adalah tarbiyah Allah kepada hamba-
Nya untuk lebih dekat dengan kepada-Nya. Setiap orang ditarbiyahkan dengan cara yang berbeza dan
proses tarbiyah ini adalah untuk membentuk manusia menjadi lebih baik dan memperbaiki diri menjadi
yang terbaik.

Rasulullah mengajarkan kita untuk bersabar dalam setiap ujian yang Allah berikan. Meskipun berat diuji
dengan pelbagai rintangan. Sabar adalah salah satu ciri utama ketakwaan seseorang kepada Allah. Sabda
Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud;

“Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan”. (riwayat at-Tabrani dan
al-Baihaqi).

Sifat sabar sangat penting untuk mendidik hati menjadi lebih tenang dalam menghadapi musibah dan
ujian. Namun, sifat ini haruslah dididik dan disemai dengan nilai keimanan dan kesedaran yang tinggi.
Hal ini kerana, dalam kehidupan Allah akan sentiasa menguji kita, kerans ujian itulah yang akan
menentukan tahap keimanan dan kesabaran kita kepada-Nya.

Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud;

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang – orang yang sabar”. (surah al-Baqarah:
155).

Ayat ini memberi penjelasan kepada kita bahawa janji Allah kepada mereka yang bersabar akan
mendapat balasan yang setimpal daripada Allah sama ada pahala dan juga hikmah dalam urusan yang
lain yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai kemanisan bersabar dalam menghadapi setiap ujian yang
diberikan. Hendaklah kita sentiasa meminta perlindungan daripada Allah daripada syaitan yang direjam
sebelum melakukan sesuatu perkara. Yakni menunjukkan setiap jiwa kita mestilah menyerahkan diri
kepada Allah sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri daripada sesuatu yang boleh
menyesatkan dari mengingati Allah. Dengan cara ini, kita akan lebih tenang dan positif dalam setiap
perkara yang bakal dilalui.

Memupuk kemanisan sabar juga haruslah dengan memperbanyakkan amal-amal kebajikan seperti
bersedekah dan menolong mereka yang dalam memerlukan. Seiring dengan firman Allah dalam al-Quran
yang bermaksud;

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk
kesabaran”. (surah al-Asr:1-3).

Jelas di dalam ayat ini untuk kita bersabar dan menjadi orang yang beruntung di sisi Allah.
Betapa Islam itu mendidik hambanya untuk lebih tenang dan sabar dalam setiap perkara yang
dikerjakan. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah, maka seharusnya kita tidak mudah tewas
dengan apa sahaja ujian yang diberikan. Sabar menerima ujian dan tidak mudah merungut mahupun
resah gelisah. Kerana setiap musibah yang menimpa pasti ada hikmah dan tarbiyah yang ingin
disampaikan oleh Allah kepada kita melalui rahmat dan kebesaran-Nya

HIDUP tidak henti dengan ujian kerana kehidupan sememangnya sebuah ujian. Orang arif berkata Allah
tidak akan berhenti kerana Allah tidak akan berhenti menyayangi kerana setiap ujian itu tanda sayang
Allah pada hambaNya. Menerusi ujian akan mengakrabkan lagi hubungan antara penerima dan pemberi
ujian tersebut.

Ujian boleh berlaku pada dua aspek iaitu aspek yang di sukai dan aspek yang tidak disukai. Ujian
terhadap perkara yang disukai adalah lebih menguji berbanding ujian terhadap sesuatu yang tidak di
sukai kerana ia berkait rapat dengan sifat lalai. Namun, ketika diuji dengan perkara yang tidak disukai
dalam hidup sering menimbulkan bisikan sabar dari dalam diri malah ada masanya ia diungkapkan oleh
orang lain yang melihat dan cuba untuk merasa sama.

Ada saat, kala memotivasikan hati untuk bersabar pada keadaan yang tidak disukai itu. Malangnya, ujian
tersebut semakin galak membesar bagai mencabar sabar yang dituai. Hingga terlintas di hati; di manakah
penghujung sabar? Di sebabkan soalan-soalan seumpama itu sering menerjah ke benak fikiran, maka
Ustaz Pahrol menerusi Islam Itu Indah di IKIMfm bersiaran setiap hari Isnin jam 10.15 pagi menghuraikan
dan memberi galakkan untuk sentiasa sabar walaupun pada sabar itu sendiri.

Sabar dari sudut bahasa bermaksud menahan atau mengekang sesuatu rasa negetif yang hadir dalam
hati seseorang untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Contoh situasi sabar dalam Islam adalah dalam
urusan mengurus nafsu. Nafsu hanya suka kepada perkara yang enak dan lazat dan tidak suka kepada
kegagalan, kesakitan, kemiskinan dan sebagainya. Saat berlaku perkara yang pahit, nafsu akan cepat
memberontak. Justeru, keadaan ini sanggat memerlukan kehadiran sabar kerana sabar mendidik untuk
menerima segala sesuatu yang terjadi sebagai pemberian Allah SWT. Sesungguhnya, ketika merasakan
nikmat maka ingatlah kepada si Pemberi nikmat tersebut dengan timbulkan rasa bersyukur. Tetapi saat di
uji, lihat kepada si Pemberi ujian supaya mampu bersabar.

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anaknya, “Jika kita miliki ilmu yang banyak sekalipun, tetapi tidak
digunakan umpama punya pedang dan senjata yang tidak dapat digunakan ketika dalam bahaya. Maka,
pedang itu tidak berfungsi sewajarnya”. Oleh itu, dapatkan ilmu tentang sabar dan praktikkannya kerana
menjadi kebiasaan individu yang hilang sabar adalah daripada kalangan yang banyak ilmu tentang sabar
tetapi gagal untuk kekalkan kesabaran atau bersabar dalam usaha untuk kekal sabar.

Manusia atau insan, selain daripada sifat lupa wujud juga sifat suka tergesa-gesa. Sifat tergesa-gesa ini
akan mendorong seseorang untuk hilang kawalan terhadap sifat sabarnya. Sukar bagi seseorang yang
miliki perangai tergesa-gesa untuk rasional terhadap perkara yang membutuhkan untuknya sabar
sehingga terlupa bahawa Allah itu memberi bukan pada saat dia mahu tetapi tepat pada waktu dia perlu
sesuatu itu. Sesungguhnya sesuatu yang manusia hendaki dan Allah kehendaki adalah berbeza.Allah
maha tahu perkara yang betul dan tepat untuk hambaNya menepati istilah takdir mengatasi tadbir.
Justeru, berdamailah dengan takdir untuk mengecapi bahagia dengan menyematkan rasa sabar atas
kesabaran yang di bina.

Sering terlintas di fikiran saat sedang menahan rasa sabar, bilakah waktu Allah akan memberi bantuan?
Bertenang dan hadapi episod-episod kehidupan dengan berlapang dada. Sebagaimana firman Allah
mafhumnya, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku
itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka
hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al Baqarah, ayat 186). Usah alpa, tergesa-gesa dan
berputus harap kerana perancanga Allah adalah yang terbaik.

Allah hadirkan bantuan pada kadar ketetapanNya. Sering berlaku, harapan yang membuak tertanam
dalam benak hati sekian lama. Namun, umpama doa dan harapan yang tidak terjawab dan jauh daripada
termakbul. Sedarkah, dalam pelbagai lagi keadaan dan episode dalam kehidupan Allah memberi tanpa
pernah kita meminta sedangkan perkara-perkara itu jauh lebih utama daripada perkara yang di minta
dan menghampiri kepada putus asa untuk di harap menjadi nyata. Ada waktu pula, Allah membiarkan
untuk melihat sejauh mana tahap sabar seseorang. Allah set untuk memakbulkan doa impiannya saat
sabar berada pada tahap 51 peratus. Tetapi malangnya, saat menginjak sabar pada aras 50 peratus, atas
sifat terburu-buru bukan sahaja menguburkan sifat sabar malah impian yang di pendam juga tertanam
sama. Terkadang, seseorang itu menganggap jalan yang di tempuh berdepan ‘jalan mati’ tetapi bagi yang
celik mata hati, pada penghujung jalan mati itulah Allah singkap pandangnnya dengan menunjukkan
jalan baru yang boleh diteroka yang membawa kepada jalan yang lebih luas dan lebih lurus.

Konsep sabar dalam bersabar ini juga terpakai dalam perlaksanaan ibadah seperti solat, berpuasa dan
amal-amal baik lagi soleh yang lain. dalam memaafkan, menahan penghinaan dan mendiamkan diri kala
difitnah juga perlu kepada sabar dalam sabar ini.

Dalam Islam sabar terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama adalah sabar dalam melakukan ketaatan.
Kedua adalah sabar dalam meninggalkan maksiat dan terakhir sabar dalam menghadapi ujian.

Pada sabar melakukan taat juga terbahagi kepada tiga kategori iaitu sabar sebelum melakukan ketaatan,
kemudian sabar semasa melakukan ketaatan dan terakhir sabar selepas melakukan ketaatan. Suatu
perkara yang berada dalam ketegori yang Allah beri sebagai wajib dan sunat untuk taat seperti ibadah
dan melakukan kebaikan kebiasaannya sukar untuk disukai. Ironinya, walaupun kebaikkan jelas
memberikan implikasi kebaikan pada diri, realitinya perkara kebaikan berat untuk dilakukan. Contohnya
antara diam dengan mengumpat. Walau mengumpat memerlukan untuk bercakap atau menaip,
kemudian perlu kepada fakta-fakta dan perlu mencari orang lain yang akan mendengar umpatannya.
Namun, ramai yang memilih untuk mengumpatberbanding diam yang jauh lebih mudah dan
menguntungkan. Antara solat dengan tidur; solat akan menjadi berat dan penuh dengan alasan, kecuali
kepada yang benar-benar faham erti taat dan berserah sepertimana firmanNya, “Jadikanlah Sabar dan
Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-
orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan
bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 45-46).
Salah satu pelajaran TAUHID yang sangat berguna adalah mempelajari tingakatan sabar

-Mungkin banyak yang mengira bahwa sabar itu hanya sabar menghadapi musibah saja, ternyata dalam
pelajaran TAUHID sabar ada 3 macam:

1. Bersabar menjalankan ketaatan

2. Bersabar tidak melakukan yang diharamkan

3. Bersabar menghadapi takdir Allah baik musibah maupun nikmat

Contohnya: ada yang sangat sabar shalat malam, tapi tidak sabar dengan godaan wanita

-Ini 4 tingkatan sabar dalam menghadapi musibah dan ujian

1. Marah
Bisa jadi tidak terima dengan takdir Allah, ini bisa mengurangi Tauhid seseorang bahkan bisa terjerumus
dalam kesyirikan karena mencela takdir Allah

2. Sabar
hatinya mungkin terasa pedih tetapi ia masih mampu menahan diri dari perbuatan menentang takdir
Allah, misalnya mencela atau “mengamuk” banting sesuatu

3. Ridha
Hatinya sama saja ketika mendapat musibah atau nikmat dan dia berusaha ridha, ketika ada rasa tidak
menerima, ia berusaha lawan dan ridha

4. Bersyukur
Inilah tingkatan tertinggi, ia tahu hakikat musibah, menerima takdir, itulah yang terbaik, menghapuskan
dosa, meningkatkan derajat, bisa jadi menghadap Allah tanpa dosa sama sekali kelak

-Semoga kita termasuk dalam tingkatan yang bersyukur, walaupun berat, badai pasti berlalu, betapa
banyak kita telah melewati musibah yang lebih berat dari sayang dan dunia tetap saja berlalu tanpa
bekas

-Agar bisa bersabar tingkat tertinggi kita harus belajar TAUHID asma wa sifat untuk mengenal sifat Allah,
tatkala terkena musibah, ingatlah sifat Allah
Yaitu lebih sayang terhadap hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu kepada bayinya di buaian setelah lama
terpisah dengan bayinya karena bayinya hila

Anda mungkin juga menyukai