Anda di halaman 1dari 2

Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah penyakit yang biasa


atau common berlaku di negara kita ini. Ia juga dikenali sebagai “silent
killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda
symptom atau amaran.

Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung,


strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti


sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

 Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau


lebih rendah.
 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah
tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah
tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke
seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan
ketika dalam keadaan rehat.

Kategori Sistolik Diastolik


Normal bawah 120 dan bawah 80
Pre-hypertensi 120 - 139 atau 80 - 89
Hypertensi 140 dan keatas atau 90 dan keatas
bawah 90
Hypertensi sistolik 160 dan keatas dan

Langkah kurangkan Tekanan Darah TInggi

✓ Kurangkan berat badan


✓ Bersenamlah dengan kerap
✓ Jangan Merokok
✓ Kurangkan stress
✓ Amalkan diet yang lebih baik
✓ Kerap memantau dan melakukan pemeriksaan darah.

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?

Punca darah tinggi adalah disebabkan pembuluh darah(salur darah)


yang tersumbat oleh kolestrol atau lemak. Apabila tersumbat kadar
denyutan jantung akan lebih kuat dan pantas untuk mengempam darah
keseluruh badan.Ini boleh mengakibatkan jantung menjadi lemah.

Anda mungkin juga menyukai