Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, dengan hati yang penuh khusyu’ dan tawadu’, kami bersyukur kepada-Mu kerana

dengan keizinan dan kurniaan-Mu maka dapatlah kami berhimpun sempena Pemergian
(…..) bersama keluarga, yang akan berangkat menunaikan ibadah umrah pada minggu
hadapan, diserikan dengan hamparan petunjuk, keredhaan dan keberkatan daripada-Mu ya
Allah.

‫اللَّ ُه َّم َيا َأ ْك َر َم ْاَأل ْك َر ِمي َْن‬


Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga
keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai.
Ya Allah, peliharalah hamba mu ini dari keburukan dunia dan kerosakannya. Engkau
kurniakanlah kebaikan dan takwa dalam perjalanan mereka untuk mengerjakan umrah dan
juga amalan amalan yang Engkau redhai
Ya Allah, berikanlah keselamatan dan perlindungan kepada mereka semasa pergi dan
kembali daripada menunaikan ibadah umrah ini, juga keselamatan buat anak-anak serta
harta benda yang ditinggalkan. Jauhkanlah mereka dari perasaan resah gelisah, gangguan
kesihatan dan tidak selesa.

Kukuhkanlah keimanan dan keyakinan serta peliharalah mereka dengan dipermudahkanlah


segala urusan, keselamatan zahir dan batin, harta benda serta keamanan di sepanjang
perjalanan untuk menuju ke rumah-Mu, Baitullahil Haram serta mengunjungi ziarah makam
nabi kami, Muhammad S.A.W.

ِ ْ‫ت َو ْاَألر‬
‫ض َيا َذا ْال َجالَ ِل َو ْاِإل ْك َر ِام‬ َ ‫اللَّ ُه َّم َيا َح َّنانُ َيا َم َّنانُ َيا َب‬
ِ ‫ديع ال َّس َم ٰـ َوا‬
Kami juga memohon, peliharalah mereka dari segala mara bahaya, penyakit dan perasaan
duka. Kurniakanlah kepada mereka umrah yang mabrur. Amalan-amalan yang diterima,
ziarah yang aman, doa-doa yang dimakbulkan serta dosa-dosa yang diampunkan
Ya Allah, sesungguhnya itu adalah Tanah harammu, maka haramkanlah daging mereka,
darah mereka dan tulang mereka dari azab api neraka mu Ya Allah. Dengan berkat mereka
melihat Kaabahmu yang penuh dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan,
maka Engkau lindungi lah mereka daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur dan sempit
fikiran.

Anda mungkin juga menyukai