Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS, TERENGGANU.

NAMA : MUHAMMAD HAZIMUDDIN BIN ZAMERI

UNIT : PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018

PRAKTIKUM : FASA 1 2021

TARIKH : 15 FEBRUARI 2020 HINGGA 18 MAC 2020

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAYONG

PERNYATAAN PROFESIONAL

Sepanjang saya berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong ini, saya berazam
dan berusaha untuk melibatkan diri dan mempelajari seberapa banyak ilmu,
pengalaman serta kemahiran sepanjang minggu saya berpraktikum di sekolah ini.

Saya akan berusaha untuk sentiasa komited dalam menjalani semua aktiviti seperti:

a) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran rasmi atau tidak rasmi seperti kelas
tambahan.
b) Setiap aktiviti yang berkaitan dengan kokurikulum seperti unit beruniform,
kelab dan persatuan ataupun gerak kerja luar yang berkaitan dengan sekolah.
Selain itu, saya juga akan berusaha bersungguh-sungguh untuk

a) Membina jati diri sebagai seorang guru.


b) Menunjukkan peribadi yang mulia dan sahsiah yang baik sebagai seorang
guru pelatih yang membawa nama IPG ke sekolah ini.
c) Memartabatkan profesion keguruan dan sentiasa berusaha mengawal diri
untuk menjaga nama baiknya.
d) Berusaha sedaya upaya mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang
berguna dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi,intelek dan sosial.
e) Mematuhi kod etika dan peraturan sekolah.
f) Membina hubungan yang baik dengan pihak sekolah.
g) Bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira bangsa atau agama.

Saya juga akan sedaya upaya untuk menjalankan setiap tugasan yang diberikan
dengan cara terbaik yang saya mampu lakukan. Semoga niat dan usaha saya
dipermudahkan Allah SWT dalam mendidik anak bangsa Malaysia.

Yang benar,

--------------------------------------------------------------------------

(MUHAMMAD HAZIMUDDIN BIN ZAMERI)

Guru Praktikum IPGK Dato’ Razali Ismail,

PISMP Bahasa Melayu Semester 6/2021.

Anda mungkin juga menyukai