Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Pada era globalisasi kini, bahasa Melayu kian mendapat tentangan dan cabaran dalam
pelbagai peringkat, dalam mahupun luar negara berkaitan isu memantapkan perkembangan
bahasa Melayu.Perubahan mengikut peredaran zaman dan kemajuan dalam teknologi
maklumat turut memberi kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu.

Justeru itu, guru-guru seharusnya menyemai sikap inovatif dan kreatif ke dalam diri
masing-masing agar dapat menghasilkan atau mengubah suai pendekatan yang lebih efisien
untuk mengajar murid-murid di samping memupuk semangat cintakan bahasa kebangsaan
yang merupakan bahasa kebangsaan negara kita.

2.0 ISU-ISU YANG MENCABAR PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Mutakhir ini, kerap kali terpampang di halaman-halaman utama akhbar yang memaparkan
berita-berita berkaitan bahasa Melayu.Perkembangan bahasa Melayu kian mendapat
tentangan dan cabaran hebat daripada dalam mahupun luar negara.Isu-isu yang mencabar
perkembangan bahasa Melayu ini menyerang dari setiap sudut dan aspek termasuk ekonomi,
sosial dan pendidikan.

2.1 PROGRAM DWI-BAHASA (DUAL-LANGUAGE PROGRAMME) MENCABAR


KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN

2.1.1 ISU PROGRAM DWI-BAHASA (DUAL-LANGUAGE PROGRAMME)

Antara salah satu inisiatif kerajaan dalam meningkatkan mutu dan kualiti pelajar pada masa
hadapan adalah dengan menjalankan program Dwi-Bahasa, Dual-Languange Programme
(DLP) yang merupakan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI).

DLP merupakan sebuah program yang memberi pilihan kepada sekolah samada ingin
meneruskan proses pembelajaran dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.Namun begitu,
program ini juga mendapat banyak tentangan daripada pelbagai pihak .Tentangan ini
berpunca dari salah faham golongan ibu bapa yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk
anak-anak.Sesetengah dari mereka ingin pembelajaran subjek Sains tersebut dalam bahasa
Inggeris manakala sesetengah pula inginkan bahasa Melayu.
2.1.2 PENILAIAN ISU PROGRAM DWI-BAHASA (DUAL-LANGUAGE PROGRAMME)

Pada pendapat penulis, adalah tidak relevan sekiranya kerjaan mewajibkan setiap sekolah
menjalankan program DLP ini kerana tahap penguasaan bahasa untuk setiap pelajar adalah
berbeza mengikut kemampuan masing-masing.

Seandainya program DLP ini diteruskan, pastinya para pelajar akan menjadi semakin
konfius dan pening kerana menggunakan dua bahasa pada waktu yang sama.Kadang-
kadang, ayat bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu menjadi tidak sama maksudnya
disebabkan kesilapan penterjemahan.Tambahan lagi, para pelajar akan menghadapi
masalah untuk menjawab soalan peperiksaan samada dalam bahasa Inggeris atau bahasa
Melayu.Kemungkinan besar sesetengah topik yang dipelajari dalam bahasa Melayu manakala
sebahagian lagi bahasa Inggeris, maka akan menimbulkan kekeliruan dan masalah untuk
menjawab peperiksaan.

2.1.3 CADANGAN PENYELESAIAN ISU PROGRAM DWI-BAHASA (DUAL-LANGUAGE


PROGRAMME)

Demikian itu, antara cadangan yang ingin penulis utarakan untuk menyelesaikan isu
ini ialah dengan membuat kajian terhadap sekolah-sekolah yang telah melaksanakan program
DLP ini.Menurut laman sesawang “astroawani”, sebanyak 800 buah sekolah telah
menjalankan program ini di sekolah mereka.

Oleh itu, mereka seharusnya mengklasfikasikan senarai sekolah-sekolah yang


mampu untuk meneruskan program DLP ke tahap yang lebih jauh lagi.Manakala bagi sekolah-
sekolah yang dilihat tidak mampu untuk meneruskan program tersebut, kerajaan seharusnya
memulakan pendekatan secara beransur-ansur untuk memperbaiki penguasaan bahasa
tersebut iatu dengan mengadakan kelas atau kursus penguasaan bahasa di samping
mendedahkan dengan lebih mendalam lagi mengenai kepentingan penguasaan bahasa
tersebut agar para pelajar diberi kesedaran mengenai kepentingan bahasa.

2.2 PENGURUSAN EKONOMI NEGARA MENCABAR KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

2.2.1 ISU PENGURUSAN EKONOMI NEGARA

Sektor ekonomi memainkan peranan penting dalam memacu negara Malaysia ke arah yang
lebih jauh.Demikian itu, penggunaan bahasa untuk tujuan komunikasi di dalam urusan
perniagaan juga memberikan kesan terhadap kedudukan bahasa Melayu.
Antara salah satu kaedah yang digunakan untuk meningkatkan pasaran ekonomi
produk di dalam negara ialah dengan menggunakan kaedah pengedaran brosur ataupun
risalah mengenai sesuatu produk.Menurut buku Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,
Perkamusan dan Penterjamahan (2014;124) menyatakan bahawa setelah kajian dijalankan,
dapatan tinjauan tersebut menunjukkan bahawa bahasa Inggeris masih lagi menjadi bahasa
utama bagi sektor swasta dalam bidang perniagaan dan industri.Hal ini menunjukkan bahawa
bahasa Inggeris masih lagi diberikan keutamaan berbanding bahasa kebangsaan sendiri.

Selain itu, kita dapat lihat di mana amalan menjalankan urusan jual beli pada masa
kini semuanya berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris.Antara yang paling ketara ialah
bidang-bidang professional seperti perhotelan dan restoran.Tetamu akan disambut dengan
kata alu-aluan di dalam bahasa Inggeris.Ini jelas menujukkan pendiskriminasian terhadap
bahasa Melayu.Bak kata penulis buku Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan
dan Penterjemahan (2014;125), penguasaan dwibahasa yang baik bagi kebanyakan
pelanggan domestik tidak wajar dijadikan “lesen” untuk mengutamakan bahasa Inggeris
sekaligus meminggirkan bahasa Melayu.

2.2.2 PENILAIAN ISU PENGURUSAN EKONOMI

Pada penilaian penulis, adalah tidak relevan sekiranya bahasa Inggeris diberikan kutamaan
dalam sektor perniagaan yang jelas menunjukkan pengabaian bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan negara kita.

Antara sebab utama mengapa bahasa Melayu harus diberikan keutamaan sebagai
bahasa perantaraan komunikasi dalam bidang ekonomi ialah untuk menunjukkan kepada
para usahawan lain di seluruh dunia bahawa kita mempunyai pendirian yang tetap dan
bangga terhadap hasil produk kita sendiri.Hal ini penting bagi menggambarkan pendirian
seseorang usahawan yang berjaya yang bangga dengan produknya sendiri sekaligus
menunjukkan keyakinan kita sebagai seorang usahawan dan pelabur.

2.2.3 CADANGAN PENYELESAIAN ISU PENGURUSAN EKONOMI

Oleh yang demikian, antara cadangan bagi memastikan bahasa Melayu dijadikan bahasa
keutamaan dalam konteks hubungan ekonomi ialah dengan melantik wakil ahli Dewan
Bahasa dan Pustaka di setiap syarikat-syarikat yang maju di negara ini untuk menjadi
panduan kepada mereka dalam memastikan kejayaan syarikat tersebut di samping
meluaskan dan menguatkan penguasaan bahasa Melayu di dalam kalangan masyarakat.
2.3 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) MENCABAR
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

2.3.1 ISU PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Pada era globalisasi dan teknologi maklumat kini, masyarakat Malaysia menghadapi pelbagai
masalah yang berpunca dari kepesatan pembangunan teknologi maklumat.

Antara isu yang melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi yang mencabar
kedudukan bahasa Melayu kini ialah penggunaan bahasa rojak dalam kalangan
masyarakat.Bahasa rojak bukan sahaja merujuk kepada percampuran penggunaan
perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di dalam satu ayat, tetapi ia juga merujuk
kepada ringkasan kata sesuatu perkataan asal tersebut.Masalah yang kian menular ini akan
mendatangkan kesan buruk terhadap sistem penulisan dan pertuturan masyarakat,bahkan,
segelintir pelajar yang terbiasa menggunakan bahasa rojak ini secara tidak sengaja telah
menggunakan bahasa tersebut dalam penulisan peperiksaan.

2.3.2 PENILAIAN ISU PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


(TMK)

Penulis bersetuju bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sememangnya


mencabar kedudukan bahasa Melayu.Hal ini kerana faktor bahasa rojak yang menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi sebagai medium untuk mereka bertindak.

Sebagai contoh, penerbitan bahan penulisan digital juga terpalit dengan isu
penggunaan bahasa rojak.Mereka yang gemar untuk membuat hasil penulisan di laman sosial
kerap kali terlepas pandang perkataan bahasa rojak yang secara tidak sengaja digunakan
kerana terbiasa dengan penggunaan bahasa rojak.Seandainya isu dibiarkan begini, kelak
generasi masa hadapan akan terpaksa berhadapan dengan isu bahasa yang lebih parah,
termasuklah menjejaskan isu penuturan dan penulisan serta perwarisan perkataan yang salah
kepada generasi masa hadapan.Oleh demikian, kita dapat melihat keburukan pengamalan
bahasa rojak yang mampu menjejaskan kedudukan dan perkembangan bahasa Melayu.

2.3.3 CADANGAN PENYELESAIAN ISU PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


DAN KOMUNIKASI (TMK)

Untuk memastikan teknologi maklumat dan komunikasi mampu berkembang dengan pesat
tanpa memberi kesan buruk kepada masyarakat, penulis menyarankan agar pihak yang
bertanggungjawab seperti ahli Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan sesi ceramah
mengenai kesedaran keburukan penggunaan bahasa rojak.
Di samping itu juga, pihak multimedia yang bertanggungjawab juga seharusnya
menyediakan satu laman siber yang berfungsi untuk menyemak hasil penulisan digital
masyarakat pada masa kini agar dapat melakukan pemeriksaan terhadap tatabahasa dan
perkataan yang digunakan dalam penulisan tersebut sebelum dikeluarkan untuk tatapan
orang ramai.

2.4 SISTEM BAHASA DAN KOMUNIKASI POLITIK DAN PENTADBIRAN MENCABAR


KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

2.4.1 ISU SISTEM BAHASA DAN KOMUNIKASI POLITIK DAN PENTADBIRAN

Antara isu yang dinilai sebagai isu global atau antarabangsa yang berkaitan dengan
kedudukan bahasa Melayu ialah dari segi institusi politik dan pentadbiran.

Dari segi politik, penulis berminat untuk membuat pengkhususan dari segi ahli politik
itu sendiri.Ahli politik ialah orang yang gemar bercakap di hadapan khalayak ramai khususnya
di dalam sesebuah majlis rasmi.Oleh yang demikian, setiap patah perkataan yang dikeluarkan
individu tersebut akan dijadikan pengajaran, alasan, bukti dan sebagainya.Akan tetapi, ramai
ahli politik yang tidak mementingkan aspek percakapan serta pertuturan mereka di hadapan
khalayak ramai.

Contohnya seperti pertuturan ahli parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin
Ali ketika persidangan Sidang Perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) pada tahun 2014 iatu “…Datuk Yang Dipertua, on behalf of Pakatan
Rakyat, dengan izin, we would like…”.Hal ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa
individu ini lemah dari penguasaan bahasa dan juga mengamalkan penggunaan bahasa
rojak.Oleh yang demikian, sebagai seorang individu yang selalu berada di hadapan, kita
seharusnya mengetahui tertib-tertib yang harus dipelajari dan diamalkan supaya dapat
menjadi ikutan untuk orang ramai.

Seterusnya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), menggalakkan agar Perdana Menteri


berucap di dalam bahasa Melayu pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .Para
penterjemah bahasa di persidangan tersebut akan mentafsir ayat-ayat Melayu gersebut agar
lebih mudah difahami oleh pemimpin-pemimpin negara lain.Hal ini penting untuk
menunjukkan bahawa pemimpin negara kita mempunyai semangat jati diri yang kuat dan
bangga dengan bahasa kebangasaan yakni bahasa Melayu.
2.4.2 PENILAIAN ISU SISTEM BAHASA DAN KOMUNIKASI POLITIK DAN
PENTADBIRAN

Berdasarkan kajian, penulis memutuskan untuk bersetuju dengan isu iatu sistem bahasa dan
komunikasi politik serta pentadbiran mencabar kedudukan bahasa melayu.

Hal ini kerana, kedua-dua institusi tersebut, iatu politik dan pentadbiran berada di
bawah orang-orang kenamaan negara.Dengan kata lain, individu tersebut merupakan orang
yang dikenali ramai dan dijadikan contoh ikutan untuk sesetengah masyarakat.Oleh itu,
bagaimana seseorang individu yang berpengaruh itu wajar dianggap sebagai contoh ikutan,
sekiranya tidak mampu untuk bertutur menggunakan bahasa kebangsaan dengan
baik.Demikian itu, penulis memutuskan bahawa isu sistem bahasa dan komunikasi politik dan
pentadbiran mencabar kedudukan bahasa Melayu.

2.4.3 CADANGAN PENYELESAIAN ISU SISTEM BAHASA DAN KOMUNIKASI POLITIK


DAN PENTADBIRAN

Antara cadangan yang bernas untuk memastikan sistem bahasa dan komunikasi tidak
mencabar kedudukan bahasa Melayu ialah memastikan setiap wakil rakyat mempunyai
kelulusan bahasa Melayu ketika peperikasan SPM bagi memudahkan hubungan interaksi
antara mereka.

Selain itu, antara cadangan untuk para pentadbjr negara bagi mengelakkan
kedudukan melayu tercabar ialah dengan menonjolkan lagi pengaruh melayu bukan sahaja
dari segi berbahasa, malah dari segi berpakaian dan etika di peringkat antarabangsa agar
lebih dikenali ramai.

3.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, penulis merumuskan bahawa untuk mengembangkan pengaruh dan


kedudukan bahasa Melayu, ia memerlukan kerjasama dari setiap pihak dan masyarakat.

Sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat, penulis merasa terpanggil untuk


menjalankan amanah sebagai penutur bahasa Melayu.Oleh yang demikian, penulis berharap
bahawa semua masyarakat dapat menjadikan bahasa Melayu ini bukan sahaja dikenali di
benua Asia, malah biarlah ia megah dikenali di serata dunia.Akhir kata, penulis berharap
generasi muda akan datang dapat menggalas amanah ini seterusnya meneruskan
perjuangan untuk mengembangkan bahasa Melayu.
4.0 BIBLIOGRAFI

Hajah Noresah bt. Baharom (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat , Dewan Bahasa &
Pustaka.

Khairuddin Mohamad , Ghazali Ismail, Mastura Mohamed Berawi (2014), Sejarah


Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan & Terjemahan, Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dlp-tidak-bercanggah-dasar-ia-hanya-program-
mahdzir-139773

http://www.ismaweb.net/2015/05/isma-syor-pm-cakap-melayu-dalam-sidang-pbb/

http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-bahasa-rojak-semua-pihak-perlu-terbuka-
1.669607

http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1287&DC=

Anda mungkin juga menyukai