Anda di halaman 1dari 2

PASU TANPA POKOK BUNGA Asalamualaikum dan salam satu Malaysia.Hai kawan-kawan hari ini saya ingin bercerita.

Tajuk cerita saya ialah Pasu Tanpa Pokok Bunga Nun di hujung sebuah kampung ada seorang saudagar yang sangat kaya-raya .Saudagar tersebut tiada mempunyai anak lelaki untuk mewarisi hartahartanya. Saudagar tersebut berfikir untuk mengambil anak angkat.Akhirnya saudagar mendapat satu akal. Pada suatu hari saudagar telah menjemput budak-budak lelaki ke rumahnya.Saudagar telah memberi biji benih dan berkata Saya akan mengambil anak angkat sekira kamu berjaya menanam biji benih ini dengan subuh. Budak-budak lelaki itupun menanam biji benih itu dengan bersungguhsungguh.Ada seorang budak yang bernama shahril.Dia sangat miskin dan tinggal bersama dengan ibunya.Dia telah menanam biji benih itu dengan bersungguh-sungguh Sahril menjaganya sambil menyanyi kusiram biji benih la.la.la..la..lala.. Hampir sebulan biji benih masih tidak bercambah.Shahril merasa hairan dan bertanya kepada ibunya.Mengapa biji benih itu masih lagi belum bercambah.Ibunya menasihatkan Shahril untuk menukarkan tanah dalam pasu itu.Shahril melakukan apa yang disuruh oleh ibunya.Namun ianya tetap tidak berhasil. Hari untuk mengambil anak angkat sudah pun tiba.Saudagar telah memanggil budak-budak lelaki untuk datang ke rumahnya.Budak-budak lelaki masingmasing membawa pasu yang berisi pokok bunga yang subur.Saudagar tidak berkata apa-apa tetapi hanya menunjukkan mukanya yang masam saja. Tiba-tiba saudagar ternampak seorang budak membawa pasu tanpa pokok bunga.Saudagar terus datang menemui budak itu.Budak yang membawa pasu tanpa pokok bunga itu menangis teresak-esak. Saudagar bertanya siapakah nama kamu dan mengapakah kamu menangis?Budak itu pun menjawab nama saya Shahrl , saya telah menjaga dan menyiram biji benih ini tiap-tiap hari, tetapi ianya tetap tidak bercambah. Setelah mendengar cerita Shahril, saudagar terus memegang tangan Shahril sambil berkata anak ini adalah anak angkat saya.Budak-budak lain sangat hairan.Salah seorang daripada mereka bertanya kenapa Shahril terpilih. Saudagar pun berkata Saya telah memberi biji benih yang telah direbus kepada kamu semua.Jadi biji benih itu semestinya tidak akan bercambah.Budak-budak lelaki terdiam kerana mereka tahu bahawa mereka

telah membuat helah dengan menukar biji benih itu.Hanya Shahril seorang sahaja yang bersikap jujur . Oleh itu saudagar telah mengambil Shahril sebagai anak angkatnya.Shahril sangat gembira kerana kehidupan Shahril yang sangat susah dan miskin bersama ibunya telah bertukar menjadi senang. Wahai rakan-rakan, kita janganlah membuat helah supaya kita sentiasa dipercayai oleh semua orang.Kita juga mesti bersikap jujur agar kita sentiasa dihargai. Akhir kata dengarlah serangkap pantun dari saya. Pergi ke kedai membeli roti kaya, Roti kaya di beli dari Itali, Sekian saja cerita saya, Di lain masa berjumpa lagi.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai