Anda di halaman 1dari 6

KAA3063

PENGURUSAN PUSAT ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Semester 1 sesi 2020/2021

KAA 3063
PENGURUSAN PUSAT ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KUMPULAN B

Tajuk Tugasan

PRODUK MAINAN : AYAM GENIUS AJAIB

Disediakan oleh:

Nama Pelajar No. Matrik T / Tangan

Nur Aina Binti Alias D20172081387 aina

Nama Pensyarah:

Dr. Anis Norma binti Mohamad Jaafar


Ayam Genius Ajaib

a) Nama permainan: Ayam Genius Ajaib

Pendidik telah mengaplikasikan konsep masa dan waktu dengan menggunakan alat permainan
yang diberi nama Ayam Genius Ajaib iaitu dengan mengaplikasikan kaedah bercerita dengan
menghubungkaitkan waktu dengan peristiwa yang telah berlaku. Pada awalnya, kanak-kanak
ini sudah mengetahui konsep masa dan waktu yang asas misalnya waktu pagi, tengah hari,
petang dan malam atau pukul 10.00 pagi, 12.00 tengah hari atau 8.00 malam. Tetapi
permasalahan yang berlaku apabila kanak-kanak tidak dapat menentukan dimanakah jarum
panjang atau pendek perlu diletakkan. Oleh itu menurut pandangan pendidik, sesi
pembelajaran yang ingin pendidik perkenalkan kepada kanak-kanak adalah melalui
pengaplikasian kaedah bercerita dengan menggunakan ayam genius ajaib. Tujuannya adalah
untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak serta membantu kanak-kanak untuk
meningkatkan daya intelektual dan kognitif mereka untuk berfikir bagaimana konsep masa dan
waktu itu boleh berlaku. Penggunaan alat permainan ayam genius ajaib dan pengaplikasian
kaedah bercerita dalam pembelajaran matematik kanak-kanak dapat menarik minat mereka
untuk mempelajari subjek matematik awal.
b) Umur yang sesuai untuk bermain mainan

Peringkat umur yang sesuai untuk mengaplikasikan alat permainan ini adalah kanak-kanak
yang berumur diantara 5 tahun sehingga 6 tahun.

c) Objektif mainan 1

1. Untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dalam konsep masa dan


waktu.
2. Untuk memperkenalkan masa dan waktu dalam sehari
3. untuk memastikan kanak-kanak dapat menyatakan masa dan waktu mengikut situasi atau
peristiwa dalam sehari.

d) Langkah untuk bermain:

Pengenalan

Konsep masa dan waktu adalah sesuatu yang abstrak kerana ianya tidak dapat dilihat dengan
mata kasar dan mempunyai perkaitan dengan turutan atau seriasi. Ini melibatkan bagaimana
turutan peristiwa misalnya berkaitan dengan sebelum, semasa, selepas, pertama dan terakhir.
Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu melalui tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira
masa ia berlaku). Manakala bagi waktu ia belaku (ketika waktu itu berlaku). Oleh itu, sebagai
pendidik dalam memperkenalkan sesuatu konsep terutama yang melibatkan penyelasaian
matematik awal kanak-kanak terutamanya melibatkan konsep abstrak seperti masa dan waktu,
pendidik perlu menggunakan kaedah tertentu supaya kanak-kanak akan lebih mudah
memahami konsep tersebut. Bagi konsep masa dan waktu pendidik ingin memperkenalkan alat
permainan yang dinamakan Ayam Genius Ajaib. Sebelum pendidik menerangkan dengan lebih
lanjut bagaimana untuk mengaplikasikan kaedah ini kepada kanak-kanak, pendidik ingin
berkongsi bahan yang digunakan untuk membuat Ayam Genius. Antaranya ialah kotak, kad
manila/kertas warna, gam, gambar situasi contohnya waktu pagi, tengah hari, malam dan
petang. Bahan-bahan yang pendidik gunakan amat mudah didapati.

Langkah
Alat permainan Ayam Genius Ajaib merupakan salah satu mainan yang menggunakan
konsep bercerita kepada kanak-kanak supaya mereka lebih tertarik dan tidak membosankan.
Misalnya, pendidik membuat atau mencipta ayam genius, pada badan ayam tersebut akan
disediakan satu lubang dan di dalam lubang tersebut akan diletakkan gambar situasi yang
melibatkan waktu pagi, tengah hari, malam dan petang. Sebelum kanak-kanak mengambil
gambar situasi tersebut mereka perlu memancing ikan yang mengandungi perkataan pagi,
tengah hari, petang dan malam. Selepas memancing kanak-kanak akan mengambil gambar di
dalam badan ayam dan memberikannya kepada pendidik. Pendidik akan bercerita tentang
situasi gambar tersebut. Sebagai contoh pendidik menceritakan pada waktu pagi matahari akan
terbit dan pendidik akan bertanya binatang apa yang akan berkokok pada waktu pagi kepada
kanak- kanak. Melalui kaedah ini secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak
meningkatkan pemahaman dan komunikasi mereka. Akhir sekali, pendidik akan mengarahkan
kanak-kanak mencari kad imbasan masa yang menunjukkan waktu pagi dan seterusnya kanak-
kanak akan memusingkan jarum jam yang menunjukkan waktu pagi pada jam tersebut.

Konklusinya, pada pendapat pendidik melalui alat permainan Ayam Genius Ajaib ini kanak-
kanak dapat melihat bagaimana berlakunya konsep masa dan waktu secara sebenar
menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Selain itu, melalui alat permainan ini secara tidak
langsung dapat membantu kanak-kanak mengaplikasikan konsep masa dan waktu di dalam
kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, Encik Ahmad iaitu ayah kepada Anis
menunjukkan jam dinding yang baru dibelinya kepada Anis. Secara tidak langsung Encik
Ahmad bertanya jam berapa Anis tidur pada waktu malam. Anis menjawab dia akan tidur pada
pukul 10.00 malam di sini kita dapat perhatikan Anis dapat mengaplikasikan pembelajarannya
berkaitan masa dan waktu melalui gambar situasi yang ditunjukkan oleh pendidik. Anis dapat
berimaginasi pada waktu malam, suasana gelap, semua orang akan tidur dan dia mengingati
anggaran pukul atau waktu manusia akan tidur. Ini menunjukkan alat permainan serta kaedah
pembelajaran memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak memahami konsep
masa dan waktu yang diajar. Alat permainan dan kaedah ini dapat membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak supaya mereka dapat berfikir dengan kritis berkaitan konsep masa dan
waktu.
Ringkasan bagi langkah diatas:

Langkah 1: Pendidik menunjukkan jam dinding sebenar kepada kanak-kanak.


Langkah 2: Pendidik bertanya kanak-kanak di manakah jarum panjang dan pendek
berada ketika pukul 6.00.
Langkah 3: Kanak-kanak memancing ikan yang terdapat perkataan pagi, tengah
hari, petang, dan malam.
Langkah 4: Kanak-kanak mencari gambar situasi berkaitan dengan waktu yang
diperolehi semasa memancing.
Langkah 5: Kanak-kanak memusingkan jarum jam mengikut kad imbasan waktu yang
telah mereka sebutkan.

e) Objektif mainan 2

1. Untuk memastikan kanak-kanak dapat menyatakan waktu dalam jam dan


minit dengan betul
2. Untuk memastikan kanak-kanak dapat menulis waktu dalam jam dan minit
mengikut masa yang ditetapkan.

f) Langkah untuk bermain

Langkah 1: Pendidik memperkenalkan tajuk konsep masa dan waktu melalui kit
media berkaitan dengan tajuk masa dan waktu

Langkah 2: pendidik menunjukkan pelbgai contoh jam yang terdapat di dalam


kotak ayam genius ajaib
Langkah 3: Kanak-kanak secara bergilir mengambil salah satu jam yang
terdapat di dalam kotak ayam genius ajaib misalnya jam tangan.
Langkah 4: Kanak-kanak perlu menyatakan waktu dalam jam dan minit
yang betul
Langkah 5: Kanak-kanak akan menulis waktu dalam jam dan minit yang betul
pada ruangan yang akan disediakan pada bahagian bawah pokok jam.
Langkah 6: kanak-kanak akan memusingkan jarum jam mengikut waktu yang
ditulis.
*Untuk makluman Dr saya pernah mengaplikasikan alat permainan “Ayam Genius
Ajaib” kepada kanak-kanak dan mereka memberikan tindak balas yang baik serta
gembira untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan alat permainan yang saya
sediakan.

Anda mungkin juga menyukai