Anda di halaman 1dari 10

e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PENIAGA PASAR


MALAM KAWASAN PASIR GUDANG

WAN AJRUL ASWARD BIN WAN HASHIM


MOHD FAIZAL ABD RAHMAN
SITI MAHANI BINTI SHAIK ISMAIL
Kolej Komuniti Pasir Gudang
(wanajrulasward@kkpg.edu.my, faizal@kkpg.edu.my, mahani@kkpg.edu.my)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan pengurusan kewangan bagi peniaga-peniaga pasar
malam di kawasan Pasir Gudang. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 40 orang Ahli
Persatuan Peniaga Pasar Malam Kawasan Pasir Gudang yang mengikuti program Authentic
Learning Pengurusan Akaun yang di anjurkan oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang. Amalan
Pengurusan Kewangan yang di kaji termasuklah dari aspek pengetahuan kepada kaedah simpan
kira yang betul, sikap terhadap aktiviti simpan kira dan juga kemahiran terhadap aktiviti simpan
kira yang diamalkan oleh kumpulan peniaga ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan terhadap pengurusan kewangan adalah sederhana. Dapatan kajian juga
menunjukkan tahap sikap terhadap pengurusan kewangan adalah rendah. Seterusnya dapatan
kajian menunjukkan tahap kemahiran terhadap pengurusan kewangan juga adalah sederhana.
Bagi memahami dengan lebih lanjut lagi populasi, kajian ini juga dilakukan bagi mengetahui
sama ada terdapat perbezaan signifikan antara pengetahuan, kemahiran dan sikap peniaga-
peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang terhadap pengurusan kewangan berdasarkan
umur perniagaan.

KATA KUNCI: Pengurusan Kewangan, Peniaga Pasar Malam , Pengetahuan, Kemahiran

1.0 PENGENALAN
Pengurusan kewangan menjadi salah satu aspek terpenting dalam menguruskan sesebuah
organisasi. Pemahaman tentang peri pentingnya pengurusan kewangan sesebuah perniagaan
kepada sesebuah institusi menjadi kayu ukur kepada prestasi perniagaan bagi penilai luar.
Pengurusan kewangan yang baik hasil dari pengurusan perbelanjaan yang berhemah dan efisyen
akan membolehkan organisasi tersebut berjalan dan beroperasi dengan sempurna dan lebih
cemerlang.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH


Menurut Nurul Huda & Ramlee (2009) mendapati, amalan pengurusan perniagaan daripada
persepsi usahawan tani Bumiputera yang berjaya adalah berada pada tahap yang tinggi.
Walaupun bergitu hasil temu bual mendapati usahawan tani yang dikaji mengakui bahawa
amalan pengurusan pemasaran mereka masih di tahap yang lemah manakala hasil pemerhatian
pula menunjukan amalan pengurusan kewangan responden masih ditahap tidak memuaskan.
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu (2011), mendapati aspek pengetahuan dan
kemahiran pengurusan keusahawanan merupakan kelemahan utama kepada usahawan
bumiputera. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kegagalan pemilik perniagaan
mengamalkan prinsip entiti berasingan dengan perniagaan dalam urusan kewangan merupakan
faktor terpenting kegagalan mereka di dalam perniagaan. Tiada kemahiran dalam menguruskan
kewangan dan menjadikan wang perniagaan adalah milik bersama menunjukkan kemahiran
pengurusan kewangan yang amat lemah telah dipraktikkkan oleh usahawan bumiputera ini.

Berdasarkan pendapat pengkaji-pengkaji di atas, adalah perlu satu kajian tentang tahap
kefahaman peniaga-peniaga kecil berkaitan pengurusan kewangan dilaksanakan. Oleh itu kajian
ini dijalankan bagi memenuhi saranan yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji tersebut. Kajian ini
akan melihat sejauh manakah peniaga-peniaga kecil di sekitar Pasir Gudang memahami tentang
pengurusan kewangan peniaga kecil, sejauh manakah peniaga-peniaga kecil di sekitar Pasir
Gudang ini mahir dalam aspek pengurusan kewangan dan sikap peniaga-peniaga kecil di sekitar
Pasir Gudang ini terhadap pengurusan kewangan.

1.3 PERNYATAAN MASALAH


Kajian berkenaan pengurusan kewangan pernah di lakukan sebelum ini oleh pengkaji pengkaji
terdahulu. Menurut kajian yang lepas oleh Muhammad Rashid & Suhaida (2013), amalan
pengurusan peniaga-peniaga Kedai Runcit Bumiputera di Luar Bandar Daerah Hilir Perak
menunjukkan amalan pengurusan perniagaan berada pada skor sederhana termasuk pengurusan
kewangan. Oleh itu, amalan pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera ini
perlu ditingkatkan untuk menjamin kekukuhan perniagaan mereka pada masa akan datang.

Sementara itu, Noor Rafidah Kasdimin (2007), amalan pengurusan kewangan di kalangan
Peniaga Pasar Tani Mega Larkin, Johor Bahru menunjukkan pengurusan perbelanjaan dalam
amalan pengurusan kewangan pada tahap sederhana manakala dalam pengurusan rekod
kewangan dan pemerolehan adalah rendah. Hasil kajian terhadap amalan pengurusan kewangan
bagi IKS Negeri Terengganu yang dilakukan oleh Ramli & Nurul Huda (2009) juga mendapati
amalan pengurusan kewangan daripada persepsi usahawan tani IKS Bumiputra masih di tahap
tidak memuaskan.

Pengkaji mendapati, tiada lagi kajian pernah dilakukan bagi melihat amalan pengurusan
kewangan peniaga-peniaga pasar malam di sekitar pasir gudang. Untuk memahami dengan lebih
mendalam tentang amalan pengurusan kewangan peniaga-peniaga pasar malam ini, pengkaji
mengkaji amalan pengurusan kewangan melalui tiga aspek iaitu tahap pengetahuan peniaga-
peniaga pasar ini terhadap amalan pengurusan kewangan, sikap peniaga pasar malam ini
berkenaan amalan pengurusan kewangan dan juga kemahiran peniaga pasar malam ini dalam
pengurusan kewangan mereka.

1.4 PERSOALAN KAJIAN


Kajian ini dilakukan keatas peniaga-peniaga pasar malam di sekitar Pasir Gudang, Johor. Kajian
ini menjawab empat persoalan kajian iaitu:
1. Berapakah skor min pengetahuan peniaga-peniaga pasar malam terhadap pengurusan kewangan
perniagaan mereka ?
2. Berapakah skor min kemahiran peniaga-peniaga pasar malam terhadap pengurusan kewangan
perniagaan mereka?
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

3. Berapakah skor min sikap peniaga-peniaga pasar malam terhadap pengurusan kewangan
perniagaan mereka?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifkan secara statistik skor min pengetahuan, sikap dan
kemahiran berdasarkan umur perniagaan yang di kaji?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan bagi memenuhi objektif kajian seperti di berikut :
1.5.1 OBJEKTIF AM
Kajian ini secara amnya adalah bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengurusan
kewangan dalam perniagaan peniaga-peniaga pasar malam di sekitar Pasir Gudang, Johor dalam
aspek kefahaman, sikap dan pengetahuan mereka . Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
menyediakan garis panduan mengenai asas amalan pengurusan kewangan yang betul apabila
menguruskan sesuatu perniagaan.
1.5.2 OBJEKTIF KHUSUS
Secara khususnya kajian yang dijalankan di sekitar Pasir Gudang, Johor ini melibatkan
peniaga-peniaga pasar malam adalah untuk memenuhi beberapa objektif berikut:
1. Mengetahui skor min pengetahuan peniaga-peniaga pasar malam terhadap pengurusan
kewangan perniagaan mereka.
2. Mengetahui skor min kemahiran peniaga-peniaga pasar malam terhadap pengurusan
kewangan perniagaan mereka.
3. Mengetahui skor min sikap peniaga-peniaga pasar malam terhadap pengurusan kewangan
perniagaan mereka.
4. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik skor min
pengetahuan, kemahiran dan sikap peniaga-peniaga pasar malam yang di kaji
berdasarkan umur perniagaan yang di kaji.

1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN


Segala maklumat dan rumusan yang akan diperolehi dalam kajian ini adalah bergantung kepada
skop kajian di bawah:
1. Kajian ini hanya di jalankan kepada 40 kumpulan peniaga pasar malam di Pasir Gudang,
Johor.
2. Dapatan hasil kajian ini bergantung kepada analisis soal selidik yang dibangunkan dalam
melihat tahap pengurusan kewangan mereka bagi aspek kemahiran, sikap dan
pengetahuan.
3. Jangka masa kajian ini dalam tempoh 4 bulan.
4. Faktor ketidakjujuran responden dalam memberikan maklumat yang tepat mempengaruhi
kajian ini.
5. Kajian ini hanya mengkaji pengetahuan, kemahiran dan sikap peniaga-peniaga pasar
malam terhadap amalan pengurusan kewangan mereka dan tidak mengkaji faktor-faktor
lain seperti pencapaian akademik, tahap sosio ekonomi dan juga latar belakang keluarga
atau faktor-faktor lain.

2 .0 SOROTAN KAJIAN DAN PEMBINAAN HIPOTESIS


Menurut kajian yang lepas oleh Muhammad Rashid & Suhaida (2013), amalan pengurusan
peniaga-peniaga Kedai Runcit Bumiputera Di Luar Bandar Daerah Hilir Perak menunjukkan
amalan pengurusan perniagaan berada pada skor sederhana termasuk pengurusan kewangan.
Oleh itu, amalan pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera ini perlu
ditingkatkan untuk menjamin kekukuhan perniagaan mereka pada masa akan datang.
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

Menurut kajian yang lepas oleh Kasdimin et al. (2007), amalan pengurusan kewangan di
kalangan Peniaga Pasar Tani Mega Larkin, Johor Bahru menunjukkan pengurusan
perbelanjaan dalam amalan pengurusan kewangan pada tahap sederhana manakala dalam
pengurusan rekod kewangan dan pemerolehan adalah rendah.

Menurut kajian yang lepas oleh Ramlee dan Nurul Huda (2009), amalan pengurusan
perniagaan usahawan tani IKS bumiputera berkaitan satu kajian kes di Negeri Terengganu
yang melibatkan aspek amalan pengurusan kewangan. Hasil pemerhatian yang menggunakan
kaedah kualitatif menunjukkan amalan pengurusan kewangan daripada persepsi usahawan
tani IKS bumiputra masih di tahap tidak memuaskan.

2.1 HIPOTESIS YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN INI IALAH :


Hipotesis Satu
Ho = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik skor min pengetahuan
berdasarkan umur perniagaan yang di kaji.
Ha = Terdapat perbezaan signifikan secara statistik skor min pengetahuan berdasarkan umur
perniagaan yang di kaji.
Hipotesis Dua
Ho = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik skor min kemahiran
berdasarkan umur perniagaan yang di kaji.
Ha = Terdapat perbezaan signifikan secara statistik skor min kemahiran berdasarkan umur
perniagaan yang di kaji.
Hipotesis Tiga
Ho = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik skor min sikap berdsarkan
umur perniagaan yang dikaji.
Ha = Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik skor min sikap
berdasarkan umur perniagaan yang di kaji

3.0 METODOLOGI KAJIAN


3.1 RESPONDEN ATAU SUMBER DATA
POPULASI
(Peniaga pasar malam)

POPULASI SASARAN
(Peniaga pasar malam di negeri Johor)

POPULASI BOLEH AKSES


(Peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang)
Dijadikan sampel untuk mewakili populasi

Rajah 3.1 : Penentuan Populasi Kajian


e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

Populasi dalam kajian ini adalah peniaga-peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang. Sampel
yang dipilih adalah seramai 40 orang peniaga pasar malam kawasan pasir Gudang. Secara
keseluruhannya peniaga-peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang ini adalah terdiri daripada
47 orang. Berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie & Morgan (1970) seperti di
Lampiran, sekiranya populasi (N) ialah 45, maka saiz sampel (S) adalah memadai sebanyak 40.
Ini menunjukkan sampel yang diambil oleh pengkaji sebanyak 40 ini adalah mencukupi dan
dapat mewakili populasi. Sampel kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan kesenangan
dimana teknik ini digunakan bagi memilih ahli sampel yang mana kuota dalam sampel
ditetapkan terlebih dahulu.

Peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang dipilih kerana ciri-cirinya yang dapat mewakili
populasi secara keseluruhannya dari aspek generalisasi, kaedah simpan kira yang sama dan juga
menjual produk yang hampir sama. Selain itu juga, dapatan kajian ini boleh diguna pakai untuk
dijadikan rujukan oleh pengkaji-pengkaji lain di masa akan datang.

3.2 INSTRUMEN KAJIAN


Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik.
Terdapat empat (4) bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu :
Bahagian A : Demografi
Bahagian B : Pengetahuan
Bahagian C : Kemahiran
Bahagian D : Sikap

3.2.1 Pengetahuan
Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan pengetahuan peniaga-peniaga pasar malam
kawasan Pasir Gudang terhadap pengurusan kewangan.
3.2.2 Kemahiran
Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan kemahiran peniaga-peniaga pasar malam
kawasan Pasir Gudang terhadap pengurusan kewangan.
3.2.3 Sikap
Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan sikap peniaga-peniaga pasar malam kawasan
Pasir Gudang terhadap pengurusan kewangan.

Bahagian A dalam borang soal selidik ini adalah berkaitan dengan latar belakang responden yang
mana ia dianalisis dengan menunjukkan peratusan setiap maklumat. Ia adalah berkaitan dengan
jantina, bangsa, jenis perniagaan, tempoh perniagaan, modal perniagaan dan kelayakan
akademik. Bahagian B,C dan D dalam borang soal selidik ini mengandungi item soalan
menggunakan Skala Likert yang berbentuk soalan tertutup.

Soal selidik berbentuk tertutup atau berstruktur mengandungi satu senarai soalan yang konkrit
yang disediakan dengan pilihan jawapan berdasarkan Skala Likert. Antara kelebihannya ialah
senang ditadbirkan kepada jumlah yang besar, membantu responden menumpukan kepada subjek
dan melicinkan proses penjadualan dan penganalisaan. Format Skala Likert yang digunakan
adalah seperti jadual di bawah :
Jadual 3.1 : Skala Likert
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

3.3 KAEDAH PENGANALISAAN DATA


Data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan komputer melalui perisian Statistical
Package For Social Sciences (SPSS) For Windows Version 23.0. Penganalisaan data dibuat
dengan cara mencari nilai min, peratusan, Analisis One Way Anova, Analisis Kaedah Turkey
dan Alpha Cronbach.

4.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN


Dalam bab ini analisis akan membincangkan mengenai kajian rintis dan analisis data yang
diperolehi daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Sebanyak 40 set soal
selidik telah diagihkan kepada peniaga-peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang. Mereka ini
perlu menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Segala maklumat yang diperolehi diproses
menggunakan IBM Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 23.0 dan
keputusannya adalah dalam bentuk skor min..

4.1 ANALISIS RESPONDEN


Jumlah responden (peniaga) yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 40 orang peniaga pasar
malam kawasan Pasir Gudang, Johor yang terdiri 29 lelaki dan 11 orang perempuan. Pengkaji
telah mengedarkan sebanyak 40 borang soal selidik dan menerima respon daripada 40 orang
peniaga. Daripada maklumat yang diterima, pengkaji telah membuat analisis terhadap latar
belakang atau demografi responden dan juga analisis skor min dan peratusan responden.

4.1.1 Analisis Latar Belakang Responden (Demografi)


Analisis di bahagian ini melibatkan maklumat yang berkaitan dengan jantina, bangsa,
jenis perniagaan dan jangka masa atau tempoh masa perniagaan yang di ambil ke atas peniaga-
peniaga ini. Analisis dibahagian ini dilakukan berdasarkan Bahagian A yang terdapat dalam
borang soal selidik. Seramai 40 sampel telah di analisis menggunakan IBM SPSS V.23. Sampel
adalah terdiri daripada 29 sampel lelaki dan 11 sampel wanita. Latar belakang demografi bagi
kajian ini adalah seperti berikut :

Jadual 4.1: LATAR BELAKANG DEMOGRAFI


Count
TEMPOH PERNIAGAAN
5 THN KE
BANGSA 1-2 THN 3-5 THN ATAS Jumlah
MELAYU JANTINA LELAKI 8 8 12 28
PEREMPUAN 3 2 5 10
Jumlah 11 10 17 38
CINA JANTINA LELAKI 1 0 1
PEREMPUAN 0 1 1
Jumlah 1 1 2
Total JANTINA LELAKI 8 9 12 29
PEREMPUAN 3 2 6 11
Jumlah 11 11 18 40
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

KEHADIRAN KE KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN

Berdasarkan borang soal selidik berkaitan kehadiran peniaga-peniaga pasar malam


kawasan Pasir Gudang yang menyertai kursus pengurusan kewangan, seramai 40 orang
responden di dapati 12.5% iaitu 4 orang responden menghadiri kursus pengurusan kewangan
manakala 87.5% atau 36 orang responden tidak menghadiri kursus pengurusan kewangan. Ini
menunjukan sebahagian besar peniaga-peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang tiada
pendedahan berkaitan pengurusan kewangan.

4.1.2 Analisis skor Min Responden (Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap)


4.1.2.1 Analisis Skor Min Responden (Pengetahuan)
Daripada analisis yang di buat skor min bagi pengetahuan tentang amalan pengurusan kewangan
adalah 3.10 iaitu berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa peniag-peniaga ini
mempunyai pengetahuan tentang amalan pengurusan kewangan dalam perniagaan mereka.

No Item Skor Min


DFI Perolehi

1 Saya tahu tentang dokumen sumber perniagaan 2.82


2 Saya tahu tentang fungsi Buku Tunai 2.90
3 Saya tahu tentang fungsi Jurnal 2.74
4 Saya tahu tentang fungsi Lejar 2.72
5 Saya tahu tentang Penyata Pendapatan 2.82
6 Saya tahu tentang Kunci Kira-Kira 2.77
7 Saya tahu berkenaan aset 3.03
8 Saya tahu berkenaan liabiliti 2.82
9 Saya tahu berkenaan ekuiti pemilik 2.67
10 Saya tahu berkenaan hasil 3.85
11 Saya tahu berkenaan belanja 4.03
12 Saya tahu membezakan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan perniagaan 4.03
Skor Purata Min (Pengetahuan) 3.10

4.1.2.2 Analisis Skor Min Responden (Kemahiran)


Skor min bagi kemahiran peniaga-peniaga pasar malam ini terhadap amalan pengurusan
kewangan adalah 2.71, iaitu pada tahap yang sederhana. Ini terbukti apabila mereka gagal
menunjukkan rekod simpanan dokumen sumber yang sistematik bagi urusan penyediaan
Pendapatan dan Kunci-Kira Kira.
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

No Item Skor Min


DFI Perolehi
1 Saya boleh menyediakan dokumen sumber perniagaan 2.57
2 Saya boleh merekodkan urus niaga di dalam Buku Tunai 2.62
3 Saya boleh merekodkan urus niaga di dalam Jurnal 2.55
4 Saya boleh merekodkan urus niaga di dalam Lejar 2.55
5 Saya boleh menyediakan Penyata Pendapatan 2.57
6 Saya boleh menyediakan Penyata Kunci Kira-Kira 2.55
7 Saya boleh menggunakan perisian Microsoft Office (contoh: Word, Excel dll) 2.55
8 Saya boleh menentukan harga jualan seunit produk saya 3.72
Skor Purata Min (Kemahiran) 2.71

4.1.2.3 Analisis Skor Min Responden (Sikap)


Sikap peniaga-peniaga ini terhadap amalan pengurusan kewangan yang baik masih berada pada
tahap yang rendah. Ini kerana, skor min keseluruhan bagi sikap peniaga peniaga ini terhadap
amalan pengurusan kewangan adalah 2.27.

No Item Skor Min DFI


Perolehi
1 Saya mengeluarkan resit setiap kali urus niaga tunai berlaku 2.20
2 Saya merekodkan urus niaga di dalam Buku Tunai setiap hari selepas jualan 2.35
3 Saya merekodkan urus niaga di dalam dan Jurnal setiap hari selepas jualan 2.23
4 2.28
Saya merekodkan urus niaga di dalam Lejar setiap hari selepas jualan
5 Saya menyediakan Penyata Pendapatan setiap kali tamat tempoh kewangan 2.35
6 Saya menyediakan Penyata Kunci Kira-Kira setiap kali tamat tempoh kewangan 2.25
7 Saya merekodkan transaksi atau urusniaga 2.25
8 Saya mempunyai masa untuk menyiapkan dokumen perniagaan saya 2.25
Skor Purata min (Sikap) 2.27

4.1.2.4 Analisis perbezaan signifikan skor min pengetahuan, kemahiran dan sikap peniaga-
peniaga pasar malam yang di kaji berdasarkan umur perniagaan.
Bagi menjawab persoalan ini, kami menggunakan analisis One Way Anova. Daripada analisis
yang jalankan, ianya tidak menunjukkan sebarang perbezaaan yang signifikan di antara Sikap,
Kemahiran dan pengetahuan antara peniaga yang baru memulakan perniagaan atau sudah lama
menjalankan perniagaa, ini dapat dibuktikan melalui analisis di bawah :

ANOVA

Sum of Squares df Mean Square F Sig.


MIN Between Groups .127 2 .063 .219 .804
PENGETAHUAN Within Groups 10.692 37 .289
Total 10.819 39
MIN KEMAHIRAN Between Groups .029 2 .014 .066 .936
Within Groups 8.040 37 .217
Total 8.069 39
MIN SIKAP Between Groups .551 2 .276 1.484 .240
Within Groups 6.872 37 .186
Total 7.423 39
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

Daripada analisis di atas, di dapati nilai “signifikan level” adalah lebih tinggi daripada aras
signifikan yang telah di tetapkan iaitu 0.05. Secara lebih mendalam, kami telah menjalankan
analisis ini dengan menggunakan analisis kaedah “turkey”. Ianya tidak menunjukkan sebarang
perbezaan yang signifikan antara tempoh perniagaan yang dilaksanakan dan juga skor min
pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap amalan pengurusan kewangan.

4.1.3 Pengetahuan Peniaga-Peniaga Pasar Malam Terhadap Pengurusan Kewangan


Perniagaan Mereka.
Berdasarkan analisis skor purata min berada pada tahap persetujuan sederhana yang membawa
maksud bahawa peniaga-peniaga pasar malam perlu didedahkan lagi ilmu pengetahuan
berkaitan pengurusan kewangan.

4.1.4 Kemahiran Peniaga-Peniaga Pasar Malam Terhadap Pengurusan Kewangan


Perniagaan Mereka.
Berdasarkan analisis skor purata min kemahiran adalah tahap sederhana yang membawa
maksud bahawa kemahiran peniaga-peniaga pasar malam perlu diberi latihan dan pendedahan
untuk merekod dokumen sumber yang sistematik serta menyediakan penyata kewangan yang
lengkap.

4.1.5 Sikap Peniaga-Peniaga Pasar Malam Terhadap Pengurusan Kewangan Perniagaan


Mereka.
Berdasarkan hasil analisis sko purata min sikap adalah berada pada tahap rendah. Ini
menunjukkan peniaga mempunyai sikap negatif dan tiada komitmen dalam memastikan rekod
kewangan diuruskan dengan baik dan bersistematik. Di antara disebabkan oleh peniaga yang
tiada kesedaran tentang kepentingan perekodan kewangan perniagaan mereka.

4.1.6 Mengetahui Sama Ada Terdapat Perbezaan Yang Signifikan secara Statistik Skor
Min Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Peniaga-Peniaga Pasar Malam Yang Di Kaji
Berdasarkan Umur Perniagaan.
Berdasarkan hasil analisis One Way Anova yang diperolehi, didapati ianya tidak menunjukkan
sebarang perbezaaan yang signifikan di antara sikap, kemahiran dan pengetahuan antara peniaga
yang baru memulakan perniagaan atau sudah lama menjalankan perniagaan. Ini menunjukkan
bahawa tiada kaitan tempoh lama pernigaan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap peniaga-
peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang, Johor berdasarkan perbezaan umur perniagaan.

5.0 KESIMPULAN
Daripada perbincangan yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahawa amalan pengurusan
kewangan peniaga-peniaga kawasan Pasir Gudang tahap rendah. Ini kerana skor min yang di
tunjukkan dalam dapatan kajian adalah berada pada tahap rendah yang menunjukkan sikap
peniaga-peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang. Manakala skor min pengetahuan dan
kemahiran peniaga-peniaga pasar malam kawasan Pasir Gudang tahap sederhana. Analisis
didapati ianya tidak menunjukkan sebarang perbezaaan yang signifikan di antara sikap,
kemahiran dan pengetahuan antara peniaga yang baru memulakan perniagaan atau sudah lama
menjalankan perniagaan. Pada keseluruhannya menunjukkan bahawa peniaga-peniaga pasar
malam kawasan Pasir Gudang tiada kesedaran tentang kepentingan perekodan dalam pengurusan
kewangan. Ini menyebabkan peniaga-peniaga ini gagal merekod semua dokumen sumber secara
baik dan sistematik serta menyediakan buku catatan pertama termasuk buku tunai hingga
menyediakan penyata kewangan.
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018

RUJUKAN
Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu (2011), Keperluan Latihan dan Pendidikan
Berterusan ke arah Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam Di
Malaysia, Jurnal teknologi, 55 (Sains Sosial), Mei 2011:121-144

Chang Mui Ling Dyana, Tam Yin Ling Adeline, Bonaventure Boniface, Chiew Tung Moi,
Melvin Mojikon, Mansur Tola (2017). Asas Keusahawan. Selangor Darul Ehsan. Sasbadi
sdn. Bhd.

Krejcie, R.V dan Morgan, D (1970). Determining Sample Size for Research educational
and Psychological Measurement. 30. 607-601.

Mohd Rashid Bin Rajuddin, Suhaida Binti Abdul Rhapar (2013).Amalan Pengurusan
Perniagaan Peniaga-Peniaga Kedai Runcit Bumiputera Di Luar Bandar Hilir
Perak.Skudai : Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Najib Bin Abdul Ghafar (2010). Penyelidikan pendidikan. Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia

Noor Rafidah Kasdimin (2007), Amalan Pengurusan Kewangan Dikalangan Peniaga Pasar
Tani Mega Larkin Johor Bahru Merentas Etnik, Skudai : Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia

Nurul Huda Che Abdullah, Ramlee Mustapha (2009), Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil
dan Sederhana(IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu, Jurnal pendidikan Malaysia 34
(2) (2009):143-165

Sarimah Hanim Aman Shah, Sharida Zaina Shafie, Cecilia Soon Teik Lan (2016).
Entrepreneurship. 4th Edition.Selangor Darul Ehsan.Ofxford Fajar Sdn. Bhd.

BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS
BIL NAMA ASAL PENDIDIKAN KEPAKARAN PENGALAMAN
1 Wan Ajrul Pahang Sarjana Pendidikan Teknik Dan Perakaunan 14 tahun dalam
Asward Bin Vokasional, Kolej Universiti Teknologi bidang
Wan Hashim. Tun Hussien Onn pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, UUM
2 Mohd.Faizal Pahang Sarjana Pendidikan Teknik Dan Perakaunan 14 tahun dalam
Bin Vokasional, Kolej Universiti Teknologi bidang
Abd.Rahman Tun Hussien Onn pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, UUM
3 Siti Mahani Selangor Sarjana Pendidikan Teknik Dan Pengurusan 14 tahun dalam
Binti Shaik Vokasional, Kolej Universiti Teknologi Perniagaan bidang
Ismail Tun Hussien Onn (Pengurusan pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Antarabangsa)
Perniagaan, UUM