1. Pengenalan Pengukuran GPS merupakan penggunaan teknologi Global Navigation Satellite System (GNSS) bagi kerja-kerja ukur dan pemetaan di Malaysia telah bermula sejak tahun 1989. Sehingga kini, pelbagai kaedah dan teknik pengukuran GNSS telah digunakan sesuai dengan kehendak dan tujuan sesuatu pengukuran itu dijalankan. Perkembangan dan kemajuan teknologi GNSS telah menggerakkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk membekalkan dan mempertingkatkan perkhidmatan Malaysian RTK GNSS Network (MyRTKnet) ke seluruh negara.(PKPUP Bil 1/ 2008) Pada mulanya sistem pengukuran menngunakan satelit ini dikenali sebagai Global Positioning System namun sekarang ia telah dikenali sebagai Global Navigation Satellite System (GNSS). Istilah GPS adalah merujuk kepada Sistem GNSS Amerika Syarikat kerana sejak 2008, hanya NAVSTAR Global Positioning System yang beroperasi sepenuhnya. GLONASS pula adalah Sistem GNSS Milik Russia yang sedang dalam proses restorasi manakala Galileo merupakan Sistem GNSS dari European Union (EU). Sistem ini digabungkan di bawah UNAVCO Development and testing projects yang merupakan satu badan yang membantu penyelidikan geoscience dan pendidikan melalui geodesi dan International GNSS Service (IGS). Sistem GPS pada asasnya terbahagi kepada 3 segmen iaitu: I. Segmen Angkasa Mengandungi satellit-satellit, memancarkan isyarat diperlukan untuk mengoperasikan sistem.
II. Segmen Kawalan Kemudahan yang terdapat di bumi, yang berperanan menjejaki satellit, membuat pengiraan orbit dan mengawasi segmen angkasa setiap hari.
2
III. Segmen Pengguna Kesemua peralatan yang digunakan dan teknik pengiraan yang membolehkan hasil kedudukan diperolehi oleh pengguna.
2. Objektif Kerja ukur GPS dilapangan dijalankan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk mengenali, mengendali dan melakukan kerja-kerja ukur GPS sebenar. Terdapat 2 objektif utama kerja ukur GPS dilapangan ini iaitu :
I. Melakukan kerja ukur GPS bagi titik kawalan jaringan vertical dan horizontal di sekitar UTM International Campus dengan menggunakan 2 kaedah iaitu Static dan RTK. II. Memberikan pendedahan dan membiasakan pelajar-pelajar dengan peralatan GPS dan prosedur pemprosesan data GPS.
3. Peralatan I. GPS Receiver (R8) (Gambarajah 1) - 1 set II. Bipod - 1 set III. Bateri - 2 IV. GPS Controller (Gambarajah 2) - 1 set
3
Gambarajah 1 : GNSS Receiver (R8)
Gambarajah 2 : GPS Controller Alat ini digunakan untuk mengawal dan konfigurasi receiver secara sambungan Bluetooth.
Gambarajah 3 : Peralatan GNSS yang telah didirisiapkan 4
4. Teori Penentuan kedudukan sesuatu titik atau lokasi, alat penerima GNSS akan mengira kedudukannya secara tepat melalui isyarat satelit yang dihantar oleh satelit-satelit yang terletak di angkasa. Setiap satelit akan menghantar secara berterusan maklumat-maklumat berikut : Masa maklumat itu dihantar Maklumat efemeris (precise orbital) Maklumat Almanak Satelit (GPS Health system & rough orbit info) Alat penerima GNSS ini akan menggunakan maklumat tersebut untuk menentukan masa transit setiap mesej dan mengira kedudukan jarak kepada setiap satelit. Jarak ini bersama dengan kedudukan satelit akan digunakan dengan sistem trilaterion (kaedah menentukan lokasi relatif atau mutlak sesuatu titik dengan mengukur jarak menggunakan geometri sfera atau segitiga) bagi menentukan kedudukan sebenar satelit tersebut. Sekurang-kurangnya 4 buah satelit diperlukan untuk menghitung sesuatu kedudukan dengan lebih tepat. 5. Cara Kerja 5.1 Mendirisiapkan alatan GNSS Peralatan didirisiapkan di titik yang dikenalpasti Oleh kerana peralatan yang digunakan ialah Bipod maka ketinggian alat receiver alat ditetapkan pada ketinggian standard 2 meter. Pastikan gelembung (spirit buble) yang terdapat pada bipod berada pada kedudukan centre bagi memastikan kejituan koordinat titik yang dikehendaki. Pastikan alat penerima/receiver telah dimuatkan dengan bateri yang telah dicas sepenuhnya
5.2 Aktifkan alat penerima GNSS GNSS receiver diaktifkan dan tunggu sehingga isyarat satelit diterima (lampu LED berwarna hijau akan berkelip). 5
Bagi cerapan RTK sila pastikan antena dipasang pada receiver supaya isyarat pembetulan dapat diterima daripada server RTK Network. Pastikan cara kerja yang hendak dilakukan samaada kaedah statik atau RTK. Pastikan setting yang digunakan semasa cerapan dibuat menepati syarat dan prosedur yang dibenarkan supaya kerja-kerja tersebut mudah dijalankan dan mendapat tikaian yang baik (Elevation Mask, PDOP, Survey Type, Broadcast Format, Antenna Height, Antenna Type dan sebagainya).
5.3 Melakukan cerapan Terdapat beberapa prosedur yang perlu dikuti dan dipatuhi sebelum memulakan kerja iaitu:-
5.3.1 Cerapan Statik Setkan kerja yang hendak dilakukan didalam TCSE Survey Controller Klik Ikon File >pilih New Job >Namakan (cth: test)
Mulakan R8 Base Receiver
6
5.3.2 Cerapan MyRTKnet (Virtual Reference Station) Tekan Ikon Survey >Pilih JUPEM VRS >Start Survey Pilih sistem koordinat (Malaysian RSO Geosentric) dan Zone (RSO Geosentric-Peninsular) Tunggu sehingga controller membuat connection kepada alat penerima
Mulakan pengukuran Untuk cerapan menggunakan sistem RTK, proses initialization perlu dilakukan untuk mendapatkan nilai awalan ambiguity. Satu initialization bersamaan dengan 1 epoch iaitu sebanyak 10 bacaan bagi setiap epoch. Untuk kerja-kerja RTK, setiap sesi cerapan akan dijalankan sebanyak 2 epoch (20 bacaan) di mana antara kedua-dua epoch perlu dibuat proses initialization. Ini perlu untuk membezakan antara bacaan pertama dan kedua.
Mulakan pengutipan data
7
Data-data cerapan yang akan dibuat akan disimpan di dalam memori Survey Controller. Data mentah /raw data adalah berformat (.dat file) Setelah selesai cerapan, data-data tadi akan dimuat turun (download) ke dalam computer menggunakan perisian Trimble Data Transfer atau terus sahaja dihubungkan dengan software melalui cable transfer.
Seterusnya peringkat memproses data menggunakan perisian Trimble Business Centre (TBC). 5.4 Cara pemprosesan data hasil dari cerapan Statik Menggunakan Perisian TBC 5.4.1 Projek Baru
8
5.4.2 Penentuan Sistem Koordinat disetkan sebagai RSO Geocentric Semenanjung Malaysia.
9
5.4.3 Import semua data CORS dan data cerapan Stesen UTM2, UTM4 dan UTM9. Edit data satelit (masking).
10
5.4.4 Proses Baseline
Laporan Baseline Processing Project Information
Name: C:\Users\fahmi\Documents\Trimble Business Center\3stn.vce Size: 211 KB Modified: 10/12/2012 11:00:44 AM Reference number:
GNSS Error in Height of Antenna: 0.000 m Centering Error: 0.000 m
Covariance Display Horizontal: Propagated Linear Error [E]: U.S. Constant Term [C]: 0.000 m Scale on Linear Error [S]: 1.960 Three-Dimensional
Propagated Linear Error [E]: U.S. Constant Term [C]: 0.000 m Scale on Linear Error [S]: 1.960
Adjustment Statistics Number of Iterations for Successful Adjustment: 2 Network Reference Factor: 1.00 Chi Square Test (95%): Passed Precision Confidence Level: 95% Degrees of Freedom: 41
Post Processed Vector Statistics Reference Factor: 1.00 Redundancy Number: 41.00 A Priori Scalar: 2.97
Adjusted Grid Coordinates 14
Point ID Easting (Meter) Eastin g Error (Meter ) Northing (Meter) Northin g Error (Meter) Elevatio n (Meter) Elevatio n Error (Meter) Fixe d BAN T 393363.16 7 ? 312813.37 0 ? 11.633 ? LLh BENT 434652.15 0 ? 390225.74 8 ? 116.659 ? LLh MER U 379011.06 1 ? 347384.13 3 ? 10.061 ? LLh UPM S 414104.71 8 ? 331279.69 8 ? 102.577 ? LLh utm2 413865.14 8 0.035 350940.86 3 0.023 38.712 0.072
Date: 25/12/2012 1:41:34 AM Project: C:\Users\fahmi\Documents\Trimble Business Center\3stn.vce Trimble Business Center
6. Keputusan Ujikaji Dari cerapan yang telah dialakukan pada11 November 2012 dari pukul 9.30am hingga 3.00pm di dapati pemprosesan Garis Dasar (baseline) adalah seperti jadual di bawah: Observation From To Solution Type H. Prec. (Meter) V. Prec. (Meter) Geodetic Az. Ellipsoid Dist. (Meter) Height (Meter) BENT --- BANT (B16) BENT BANT Fixed 0.009 0.030 20757'01" 87737.396 -105.997 BANT --- utm2 (B19) BANT utm2 Float 0.309 0.162 2807'30" 43289.031 27.489 BANT --- utm4 (B18) BANT utm4 Float 0.270 0.145 2805'52" 43357.059 28.517 BANT --- utm9 (B17) BANT utm9 Fixed 0.015 0.026 2750'18" 43678.399 29.244 24
Manakala setelah dilakukan editing masking bagi data cerapan satelit. Dan adjustment kepada Weighting scalar di samakan dengan ref. factor iaitu nilai 2.97, network adjustment pula dibuat. Keputusan network adjustment adalah seperti jadual di bawah: 25
7. Analisis Dan Perbincangan Hasil proses baseline di jadualkan seperti berikut: STATION RMS (m) Horizontal Precision (m) Vertical Precision (m) UTM2 MERU 0.016 0.022 0.035 BANT 0.013 0.309 0.162 UPMS 0.012 0.021 0.033 BENT 0.013 0.319 0.165 UTM4 MERU 0.016 0.24 0.14 BANT 0.016 0.27 0.145 UPMS 0.016 0.02 0.035 BENT 0.019 0.266 0.145 UTM9 MERU 0.021 0.014 0.026 BANT 0.018 0.015 0.026 UPMS 0.016 0.013 0.024 BENT 0.019 0.014 0.026
Graf perbandingan antara stesen CORS (Meru, Bant, UPMS dan Bent) terhadap stesen cerapan iaitu UTM2 , UTM4 dan UTM9. Graf ini dihasilkan menggunakan perisian 26
Microsoft Excel untuk menunjukkan perkaitan/hubungan antara RMS, Horizontal Precision dan Vertical Precision.
Graf 1
Graf 2 MERU BANT UPMS BENT RMS (m) 0.016 0.013 0.012 0.013 Horizontal Precision (m) 0.022 0.309 0.021 0.319 Vertical Precision (m) 0.035 0.162 0.033 0.165 0 0.05 0.1 0.15 0.2 0.25 0.3 m e t e r BASELINE PROCESS from UTM2 MERU BANT UPMS BENT RMS (m) 0.016 0.016 0.016 0.019 Horizontal Precision (m) 0.24 0.27 0.02 0.266 Vertical Precision (m) 0.14 0.145 0.035 0.145 0 0.05 0.1 0.15 0.2 0.25 0.3 m e t e r BASELINE PROCESS from UTM4 27
Graf 3 Daripada graf-graf di atas di dapati nilai kecil lebih tertumpu ke Stesen UPMS berbanding stesen lain. Stesen-stesen lain memberikan nilai yang besar dari Vertical dan Horizontal Precision bagi stesen cerapan UTM2 dan UTM4 (sila lihat Graf 1 dan Graf 2). J ika analisis dilakukan mengikut stesen cerapan, graf 1 menunjukkan Stesen UTM2 mempunyai range horizontal dan vertical precision yang amat besar iaitu sehingga 0.309 hingga 0.319 dari stesen BANT dan BENT masing-masing. Manakala stesen UTM4, kesemua stesen rujukan CORS kecuali stesen UPMS mempunyai nilai yang besar dari vertical dan horizontal precision iaitu dari 0.24 hingga 0.266. Stesen UTM9 mempunyai nilai yang amat baik dari kesemua stesen rujukan CORS iaitu sehingga milimeter. Menurut Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Pemetaan (PKPUP Bil 9/2005), ketepan bagi cerapan single base adalah sehingga 4cm bagi horizontal dan 6cm bagi Vertical. MERU BANT UPMS BENT RMS (m) 0.021 0.018 0.016 0.019 Horizontal Precision (m) 0.014 0.015 0.013 0.014 Vertical Precision (m) 0.026 0.026 0.024 0.026 0 0.005 0.01 0.015 0.02 0.025 0.03 m e t e r BASELINE PROCESS from UTM9 28
Jadual 1 (Sumber PKPUP Bil 9/2005) Dari hitungan Root Mean Square (RMS), menunjukkan nilai milimeter iaitu dari 12mm sehingga 21mm sahaja.. Walau bagaimanapun dari Graf 3 stesen cerapan UTM9 sahaja yang melepasi kriteria sebagaimana dinyatakan di dalam pekeliling berkenaan. Nilai rms stesen UTM9 betul-betul terletak di antara nilai vertical dan horizontal precision (lihat graf 3). Punca perkara ini berlaku mungkin kerana kedudukan geometri satelit terhadap stesen semasa pengukuran adalah kurang baik. Walau demikian kedudukan geometri satelit dan stesen cerapan kemungkinan baik kerana hasilnya sebagaimana yang di tunjukkan pada ketiga-tiga graf di mana stesen UPMS dapat memberikan nilai yang baik. Untuk semakan hasil dari pengukuran kami masukkan ke perisian Google Earth dan di dapati stesen berada di tempat yang betul. Walau bagaimana pun perisian ini hanya untuk menyemak kedudukan sahaja bukan untuk kejituan. 29
Gambar 1 : Kedudukan Stesen Cerapan 8. Kesimpulan Kaedah RTK untuk cerapan GNSS dengan aplikasi sistem MyRTKnet telah merevolusikan dan memudahkan proses pengutipan data selain kaedah lain yang digunakan seperti Static, Rapid Static dan lain-lain. Para pelajar telah didedahkan dengan konsep dan cara menggunakan peralatan terkini GNSS untuk cerapan data dan telah diberi peluang untuk mencuba sendiri menggunakan peralatan tersebut. Walaupun cerapan My RTKnet tidak dapat dilakukan. Kami terpaksa menngunakan kaedah statik secara single base. Kajian lebih terperinci perlu dibuat di kawasan yang terdapat bangunan tinggi di mana cerapan adalah amat sukar untuk dilakukan. Hasil mungkin akan lebih baik jika masa cerapan ditambah. Begitu juga jika cerapan dilakukan lebih awal iaitu selepas jam 8.00am Malaysia bersamaan 0.00 Waktu GMT yang kebiasaannya keadaan atmosfera amat sesuai untuk cerapan. Demikian juga pada sebelah petang. Untuk MyRTKnet yang menggunakan signal 3G, waktu pagi biasanya talian masih belum sibuk. Oleh itu amat sesuai untuk cerapan.
30
9. Cadangan dan Komen I. J ika boleh, pihak universiti dapat menyediakan peralatan pengukuran kerana bukan semua pelajar berpengalaman membuat kerjaluar. Namun begitu kami masih boleh meminjam peralatan dari pihak lain tetapi dengan kadar yang terhad. II. Membuat perancangan awal sebelum cerapan dibuat bagi memastikan kerja dapat dilakukan dengan sempurna. III. Memastikan semua sistem dan komponen yang berkaitan dengan sistem MyRTKnet berfungsi dengan baik sebelum kerja padang dilakukan. IV. Pendedahan secara asas mengenai mendirisiapkan alat, proses pengutipan data, proses muat turun data dan post processing data cerapan perlu ditunjukkan lebih awal.
31
Rujukan:
1) Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan KPUP Bil 9 / 2005 2) Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan KPUP Bil1 /2008 3) Monograf Ukur Satelit 4) (http://facility.unavco.org/kb/questions/167/What+is+the+difference+between+GPS+ and+GNSS%3F)