Anda di halaman 1dari 19

a

t
KEPENTINGAN KONSEP 1 MALAYSIA keadaan politik stabil di Malaysia. Pihak pembangkang mahupun
pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan
T Saban hari masyarakat dihidangkan dengan berita tentang gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan
u konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan
r Malaysia iaitu YAB  Datuk Seri Najib Tun Razak. Konsep kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara. Peristiwa hitam
u ini bukanlah suatu perkara baru, sebaliknya merupakan satu 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap  kamus
usaha yang telah lama diamalkan untuk memelihara dan kehidupan pemimpin mahupun rakyat.
n menjaga kepentingan rakyat serta negara yang sudah  
dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Rentetan itu, konsep 1 Malaysia ini pun boleh melahirkan
P   pemimpin yang berwibawa serta menitikberatkan perpaduan di
e Konsep ini diilhamkan berdasarkan keadaan berbilang kaum Malaysia pada masa kelak. Hal ini disebabkan kanak-kanak hari
l hidup dengan aman di Malaysia serta prinsip ‘Rakyat ini yang disemaikan dengan konsep 1 Malaysia berkemungkinan
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Konsep ini  bertujuan menjadi seorang pemimpin pada suatu hari nanti. Disebabkan
a menjana perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia dan konsep 1 Malaysia yang telah disemaikan sejak kecil, mereka
n melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu. Konsep 1 akan menghormati adat resam kaum lagi. Secara langsung, rakyat
Malaysia dikatakan signifi kan kerana konsep ini dapat akan dipengaruhi oleh sikap pemimpin tersebut serta
P menghapuskan perselisihan faham antara kaum serta dapat mengambilnya
e merapatkan  hubungan antara kaum. sebagai teladan dalam kehidupan. Dengan ini, perpaduan antara
  rakyat dapat dikekalkan selama-lamanya.  
m
Misalnya orang Cina dapat lebih memahami tentang budaya dan  
b adat resam orang Melayu jika hubungan  rapat diwujudkan di Akhirnya, reputasi negara Malaysia dapat dipertingkatkan
a antara mereka. Secara langsung, perselisihan faham di antara melalui konsep 1 Malaysia. Warren Edward Buffett, seorang
n kaum juga dapat dihapuskan. Selain itu, konsep 1 Malaysia turut pelabur yang terkenal di dunia pernah berkata “anda memerlukan
g memajukan ekonomi di negara Malaysia. Hal ini disebabkan lebih daripada 20 tahun untuk membina reputasi tetapi  untuk
keadaan perpaduan yang dilahirkan daripada konsep 1 Malaysia memusnahkannya, anda hanya memerlukan masa lima minit”.
u
akan menarik pelabur atau syarikat luar negara untuk melabur di Oleh itu, adalah mustahak bagi kita untuk menjaga reputasi
n Malaysia. negara. Konsep 1 Malaysia yang menjana perpaduan memang
a   dapat mengharumkan nama Malaysia.
n Di samping itu, konsep 1 Malaysia juga dapat menjana  
transformasi di Malaysia. Kebanyakan penduduk di desa Deduksinya, konsep 1 Malaysia adalah mustahak bagi
P mempunyai fi kiran yang kolot serta lama. Jika konsep 1 masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Oleh itu, konsep 1
Malaysia dapat  ditanam di kalangan mereka, mereka akan dapat Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu  negara ke
e menerima transformasi  yang diperkenalkan oleh kerajaan.Selain peringkat yang lebih tinggi. Diharapkan semua rakyat Malaysia
n itu, dalam konsep 1 Malaysia, semua rakyat tidak mengira kaum berganding bahu  untuk berusaha agar konsep 1 Malaysia menjadi
d boleh mendapat bidaan projek pembangunan kerajaan dengan realiti, bukannya fantasi semata-mata sahaja. 
i adil dan saksama.
d  
Seterusnya, indoktrinasi konsep 1 Malaysia turut akan menjamin
i
k 1. BUDAYA KECEMERLANGAN 
a
n  Pengamalan budaya cemerlang akan membawa
Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih
M tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara
a bergantung setakat mana budaya kecemerlangan
diamalkan oleh rakyatnya.
l  Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan
a dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran
y tahap pencapaian atau kemajuan.
s  Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan
i kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat
a penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan
orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-
pihak luar negara.
2  Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti
0 amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan
1 dan kejayaan.
3 Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang
mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala
- bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang
2 berteraskan eksport2. KETABAHAN
0
2  Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan
5 ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk
mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat
memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah
menghadapi segala rintangan dan dugaan.
 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan
cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta
tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah
ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
 Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar
dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau
kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
 Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji 
kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu
memperbaikinya secara positif.
 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan
kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya
 Dalam   menangani kegagalan,  pendekatan yang
berbeza dan kreatif perlu  diambil bagi menghasilkan
perubahan  yang lebih besar dan menakjubkan.
Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu
ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan
negara.6. MERITOKRASI

 Meritokrasi merupakan satu hala tuju  yang perlu diamalkan


dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak
dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu
pembangunan negara.
 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib
baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan
pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru  adalah
menjadi  tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan
tersebut.
 Meritokrasi menekankan  persaingan secara terbuka
berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang
berjaya memenuhi  kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan
berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan
memaksimumkan potensi Malaysia  dalam semua bidang.
 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk
ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat
yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang
ditetapkan.
 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat,
perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui
persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang
bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-
masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga,
produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam
menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi. INTEGRITI

 Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan


dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan  diperoleh  melalui
nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak 
daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira
kedudukan.
 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan
sukar diterima.
 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang
gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang
sempurna.
 Menepati janji  dan masa  adalah sifat mulai yang dituntut dalam
agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan
kesetiaan.
 Menerima kritikan dan teguran  dengan hati yang terbuka walaupun
perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan  dan
teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan
kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang
kepentingan atau melalui saluran tidak sah. 
Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. 
Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan
lain.  Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu
perlu dijauhi.

Soalan:Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam


memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak.
Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya memberikan
bukti yang jelas akan peranan utama ibu bapa dalam aspek
pembacaan anak-anak. Ibu bapalah yang harus menjadi tunggak
atau pendorong utama dalam memupuk sikap membaca
generasi muda kita kelak. Sebagai persoalannya, apakah
peranan-peranan yang dimainkan oleh ibu bapa agar amalan
membaca ini mampu dipupuk dalam jiwa anak-anak mereka ini?
Salah satunya ialah, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang
baik kepada anak-anak dalam aspek ini. Dalam konteks ini,
mereka perlulah sendiri mengamalkan sikap membaca dengan
jelas seperti membaca semua bahan-bahan penting seperti
akhbar atau bersama-sama membaca bersama anak mereka.
Buktinya, luang masa membaca bersama-sama anak-anak
mereka pada musim cuti atau hujung minggu dengan berkunjung
ke perpustakaan. Fokusnya, contoh yang diberikan oleh ibu bapa
ini sudah pasti akan tertanam dalam dalam sanubari anak-anak
kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasinya?
Selain itu, ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan bacaan
yang bersesuaian dengan peringkat umur anak mereka. Secara
umumnya, bahan bacaan ini tidak semestinya merupakan bahan
bacaan sekolah sahaja tetapi mungkin bacaan umum. Misalnya,
jangan bersikap kedekut untuk mendapatkan bahan-bahan
bacaan secara berkala, bukannya hanya melepaskan batuk di
tangga. Kepelbagaian bahan bacaan ini mampu memberikan
satu dimensi pengetahuan yang unik kepada anak selain
memupuk sikap membaca mereka.
Seterusnya, didikan dari kecil harus diutamakan dalam memupuk
amalan membaca. Sesungguhnya, minat dan bakat boleh diasah
sejak kecil kerana ketika ini, mereka mudah dibentuk dan lebih
mendengar kata. Sebagai contoh, bacalah buku-buku cerita
sebelum anak-anak ini tidur kerana dengan cara ini, mereka akan
terdedah dengan amalan membaca. Fokusnya, tabiat sedemikian
akan menjadi amalan harian anak-anak dan mereka sendiri juga
akan mewariskan perbuatan sama pada pewaris mereka pula
suatu hari nanti.
Konklusinya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu
diperoleh oleh generasi muda kita. Peranan dan sikap ibu bapa
amat penting dalam memupuk sikap membaca ini kerana
merekalah yang menjadi teladan kepada anak-anak kerana
anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Sikap membaca yang tinggi juga mampu menjadikan warga
masyarakat kita satu kelompok masyarakat yang berilmu tinggi
kerana membaca jambatan ilmu.Biarkan orang politik menyelesaikan
pertelingkahan tentang idea asal 1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan. Bagi kakitangan perkhidmatan awam, peranan 
mereka  dalam jentera kerajaan tidak lain tidak bukan ialah untuk
memaksimumkan kebajikan rakyat. Maka, kebijaksanaan walau dari
mana-mana pun datangnya, akan diterima dengan tangan terbuka.

Keniche Ohmae dalam bukunya, Mind of the Strategies, mengatakan


bahawa sesebuah organisasi yang hendak bertahan lama mesti
mengenal 3 C's: company, client, competitor (diri sendiri, pelanggan,
pesaing). Selepas itu, ada yang menambah kepada 5 C's dan
seterusnya. Dalam sebuah hadith disebutkan al-hikmah dholatul-mukmin
(au kama qala), iaitu kebijaksanaan ialah barang yang hilang daripada
orang-orang yang beriman.

Bubuhlah apa-apa gagasan, slogan atau kata-kata yang muluk.


Perspektif ekonomi tetap mengatakan bahawa fungsi tunggal kerajaan
ialah memaksimumkan kebajikan rakyat. Maknanya, kerajaan kena
mencari jalan supaya kek kemakmuran negara dapat dikongsi menerusi
pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi, tanpa pengangguran, di samping
memastikan pengagihan semula yang adil. Rakyat yang berpendapatan
tinggi bukan sahaja memiliki kuasa beli untuk menjana aktiviti ekonomi
domestik, bahkan berdaya saing dalam persekitaran ekonomi global yang
dicengkam oleh segelintir negara kaya yang angkuh, serta haloba lagi
rakus.

Sekolah juga hanya mempunyai fungsi tunggal, iaitu memupuk


pembelajaran. Letaklah apa-apa nama: sekolah cemerlang, sekolah
kluster, sekolah berprestasi, sekolah harapan, sekolah lima bintang,
sekolah luar bandar, sekolah bantuan modal... Semua sekolah, tanpa
mengira kategori dan status, berkewajipan menunaikan fungsinya untuk
menyediakan pendidikan bermutu untuk semua murid, iaitu memupuk
pembelajaran.

Maka, slogan lebih kurang sama dengan tag line, jenama dan
bungkusan. Tujuannya bagi  memikat perhatian, menjana sokongan, dan
seterusnya mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Pakar
perhubungan awam, pemasaran, pengiklanan, pereka fesyen dan
perunding imej berjaya menjual penciptaan slogan yang ringkas sebagai
punca pendapatan yang lumayan dan moncah. Manusia mudah
terpesona dengan lafaz atau penampilan zahir terlebih dahulu.

Secara mudah, sekolah juga ialah wadah untuk pencapaian kebajikan


rakyat. Dengan akses ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
dipupuk menerusi aktiviti pembelajaran, murid dapat dibimbing ke arah
kehidupan yang bermakna, produktif, dan sejahtera.  Nilai murni
merentas kurikulum dan kokurikulum memantapkan pembinaan jati diri
murid.

Sekolah wujud kerana ada murid. Pembelajaran murid ditolong oleh para
guru dengan sokongan kepimpinan sekolah, ibu bapa, masyarakat dan
pelaksanaan segala dasar pendidikan negara yang diturunkan hingga ke
peringkat sekolah. Tiap-tiap komponen kumpulan berkepentingan (stake-
holders) dan komponen aktiviti pembelajaran menyumbang terhadap
fungsi memaksimumkan kebajikan rakyat.
PENGENALAN

• Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini,


memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing
agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi
mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan
ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan
anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni
Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai
matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih
maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan
masyarakat lain di dunia.

• Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan


dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus
globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik,
maka Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang    berpaksikan   
prinsip    “Rakyat Didahulukan,   Pencapaian   Diutamakan”.
Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan
sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

• Gagasan 1Malaysia ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan


kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai
senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran,
yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan
ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu
menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju
dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

2.     DEFINISI

•      Gagasan  1Malaysia  menurut  penjelasan YAB Dato’ Sri


Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan
bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil
tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk


menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan
dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada
golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu
pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara
bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian
lama”.

2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan


kesimpulan berikut :

• Gagasan 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan


pemimpin memainkan peranan masing-masing.

“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia”


memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan
agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing.
Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok
kepentingan etnik dan kaum.

• Justeru, bangsa Melay

u sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop


bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya
membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang
menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan
kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang
sama.

• Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan


berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”
lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara.
Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan
melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum
dan etnik di Malaysia.

•      Nilai  tambah  dan  pembaharuan  dalam Gagasan


1Malaysia. “Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah
dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi.
Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak
kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap
etnik melalui wakil kaum masing-masing.

• Melalui Gagasan 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan


setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-
masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum
lain. Pen-dekatan mendekati rakyat, memahami masalah mereka
dan bersikap mesra rakyat adalah perkara utama ditekankan oleh
YAB Perdana Menteri kepada kepimpinan parti dan
perkhidmatan awam.

3. PERBEZAAN ANTARA GAGASAN 1MALAYSIA


DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan    definisi    yang    dinyatakan,Gagasan 1Malaysia


memiliki kelainan seperti berikut:

1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai


kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut.
Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu
menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu.
Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia
diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep
kesamarataan versi total.

Di samping menjaga kepentingan semua kaum, Gagasan


1Malaysia juga me-nekankan soal integrasi dan pewujudan
bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang
hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa me-ngambil kira
realiti dan sejarah negara Malaysia.

Perpaduan      yang      digambarkan      oleh Gagasan 1Malaysia


amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-
negara etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti
nasional yang sama.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-


prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik
setiap kaum di Malaysia, dan meng-anggapnya sebagai satu aset
atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat


berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan
kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam
keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

4.     GAGASAN 1MALAYSIA

• Gagasan 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan


pemikiran baru. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia “Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu


konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-
pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap,
amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

• Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk


semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum
akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-
kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-
dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang
memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya,
akan tetap dilaksanakan.

• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk


mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan
membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa
kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka
urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

•      Maksud    Rakyat    Didahulukan    dalam Gagasan


1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam
konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat
sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah :

• Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

• Mengurangkan kadar jenayah.

• Memerangi rasuah.

• Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah.

• Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman.

• Menambah baik pengangkutan awam.

• Sementara   bagi   maksud   Pencapaian

Diutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam


meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.

5. HUBUNGAN GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN


DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU

• Perkaitan antara Gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar negara


terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau
menegaskan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,  
Pencapaian   Diutamakan, adalah kesinambungan daripada
dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

• Gagasan ini bukanlah suatu perkara baru.  Sebaliknya  


1Malaysia  merupakan satu   usaha   yang   telah   lama  
diamalkan.  Usaha-usaha   memelihara   dan   menjaga
kepentingan   rakyat   serta   negara   sudah dilaksanakan   sejak  
zaman   Tunku   Abdul Rahman Putra Al-Haj.

• Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah


disambung oleh Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana
Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya
tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6.     MATLAMAT

• 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan


perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi
kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan
dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi
sebarang cabaran.

• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam


hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak
kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan
semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan
rakyat Malaysia.

• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan


terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap
penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan
yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan
pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

7.      HURAIAN

• 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan


kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu
diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-
menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara
kaum.

• 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang


berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, kebolehan, bercakap
benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk
melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

• 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan


memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan
komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam
merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati

masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

• Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan


sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta
mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin
yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan
mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan
masyarakat.

• Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan


tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam
mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang
berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi
kepentingan dan kemajuan negara.

• Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan


kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan 
kelompok sendiri.  Malaysia  merupakan
sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama,
budaya serta
fahaman     politik.    Semua     kaum     perlu
menganggap bahawa mereka adalah  bangsa 
Malaysia di mana segalanya  perlu dinikmati    secara   
bersama.    Setiap    ahli dalam masyarakat atau kaum tidak
akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan  dan 
mendapat  pembelaan kerajaan yang sewajarnya.

• 1Malaysia  adalah pemangkin kepada pewujudan   negara  


bangsa   yang   dapat  melahirkan  rakyat  yang  mempunyai 
sikap kesamaan    dan    kekitaan    antara    satu sama   lain.  
Keupayaan   membina   negara
bangsa bergantung kepada  perkongsian nilai  integriti, 
kebolehan,  dedikasi  dan kesetiaan.

• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan


menghayati lapan nilai  1Malaysia, iaitu budaya berprestasi
tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan,
kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.

8. ASPEK-ASPEK UTAMA 1MALAYSIA

• 1Malaysia yang digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek


utama seperti berikut:

8.1 Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan

• Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan


semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-
komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam
kalangan rakyat berbilang kaum.

• Teras Perpaduan ini disandarkan kepada tiga prinsip dalam


memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

PRINSIP PENERIMAAN

PRINSIP KENEGARAAN

PRINSIP KEADILAN SOSIAL

8.1.1  Prinsip Penerimaan

• 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan


rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima
keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup
bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat
dalam satu negara.

• Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang


berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan di
mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif
menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa ada
unsur paksaan.

• Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau


secara terpaksa di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak tiada
pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

8.1.2  Prinsip Kenegaraan

• Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara


telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya
dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T.
Sambathan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan
kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.

• Tun   Abdul   Razak   pula   mengilhamkan Rukun Negara dan


Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini

• Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-


usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan
rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.

• Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad


Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di
negara ini.

• Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara


iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Perlembagaan Persekutuan

• Seperti   yang   dijelaskan   sebelum   ini, Gagasan 1Malaysia


sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep Malaysian
Malaysia. Ini kerana konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan
menyimpang daripada kamus Perlembagaan Persekutuan sebagai
undang-undang negara sama ada secara tersurat mahupun secara
tersirat.

• Malahan Gagasan 1Malaysia akan terus kekal menjunjung


kesemua peruntukan teras, seperti yang telah disebutkan di
dalam Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian
2 dan Bahagian 3.

• Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan


Persekutuan ialah Perkara 3, (1) yang menyebutkan bahawa
Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan.

• Bagi Perkara 4, Perlembagaan memberi penegasan mengenai


perkara Undang-undang Persekutuan di mana perkara (1)
menjelaskan bahawa Perlembagaan ini merupakan undang-
undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan
Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya.

• Perkara 152 (1) merujuk kepada Bahasa

Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah


ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan
dengan undang-undang oleh Parlimen.

• Seperti   yang   telah   disebutkan   dalam Perlembagaan


Persekutuan melalui Perkara 153 Fasal 1 “Adalah menjadi
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri
Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut
peruntukan Perkara ini”.

• Malah, jika kaum-kaum lain menghayati dengan mendalam


mengenai keistimewaan hak orang Melayu seperti yang telah
didokumenkan sejak dahulu lagi, maka tidak akan wujud
perasaan negatif di dalam diri.

• Oleh yang demikian, usahlah mana-mana  pihak  berasa 


khuatir  atau  bimbang kerana Gagasan 1Malaysia ini tidak
akan  sekali-kali  terpesong  dari  apa  yang telah  dipersetujui 
dan  dimuafakatkan  oleh kepimpinan    negara    pada    suatu   
ketika dahulu.

• Sebagai makluman, Perlembagaan Persekutuan  
yang berkuatkuasa   sejurus selepas kemerdekaan   pada 31 Ogos
1957 merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia  dan 
mengandungi  sebanyak  15 Bahagian  dan  183  Perkara.  Ia 
merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah  
dibentuk   berasaskan   kepada   dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan    Tanah   
Melayu    1948    dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957. 

Rukun Negara

• Ia merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk


pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

• Ia juga satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat


yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma
sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk
mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran
negara Malaysia.

• Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir


daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk
mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan
sebagai pedoman yang merupakan kunci kepada pembentukan
masyarakat pelbagai kaum di Negara yang berintegriti.

8.1.3  Prinsip Keadilan Sosial

• Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana


pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira
taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang
berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-
peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada
golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

• Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak


melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan
khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

• Namun begitu, Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip


keadilan sosial bukanlah landasan bagi mana-mana pihak untuk
membuat tuntutan yang keterlaluan.

8.2     PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

• Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai


murni termasuk nilai-nilai berikut:

KESEDERHANAAN RENDAH HATI (TAWADHUK’)


BERBUDI BAHASA HORMAT-MENGHORMATI

8.2.1 KESEDERHANAAN

• Rakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah mereka


yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian,
makan minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan
berehat.

• Bagi pertuturan, sabda Rasulullah telah menjelaskan bahawa


“Bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar”
• Sementara sederhana dalam bekerja dan berehat bermaksud
sentiasa menganggap kerja itu adalah suatu ibadah dan
melakukannya demi untuk membantu rakyat.

8.2.2 RENDAH HATI (TAWADHUK’)

• Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu diamalkan dalam diri
setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak sombong, tidak
ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana
sesungguhnya Masyarakat Malaysia menghargai orang yang
merendah diri atau Tawadhuk.

8.2.3 BERBUDI BAHASA

• Sentiasalah amalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua


sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama.

• Setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan
sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi.

8.2.4  HORMAT-MENGHORMATI

• Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira perbezaan


kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati
dan dihargai   kerana itulah   antara   faktor yang menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia.

• Selain itu, hormatilah juga dengan sejarah dan perjanjian yang


berlaku pada satu ketika dahulu kerana tanpa sejarah, tidak
mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita
sedang alami sekarang.

8.3 Aspek Kedua - Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

• Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia


ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan
dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status
negara maju.

• Nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam mewujudkan


tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam
persekitaran global dan ini seterusnya akan membantu
melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih
kukuh dan mantap.

• Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak dalam Gagasan 1Malaysia. Nilai-nilai
murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia
dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu
matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah :

BUDAYA BERPRESTASI TINGGI


BUDAYA KETEPATAN

BUDAYA ILMU

INTEGRITI

KETABAHAN

KESETIAAN

KEBIJAKSANAAN

BUDAYA INOVASI

8.3.1  BUDAYA BERPRESTASI TINGGI

• Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang


dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa atau
“acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang
berdaya maju.

• Tidak boleh wujud budaya ‘lebih-kurang’ iaitu sesuatu perkara


dilakukan hanya setakat yang termampu tetapi bukan yang
terbaik.

• Setiap perkara yang dijalankan haruslah mencapai tahap terbaik


dan bertaraf dunia serta kepimpinan yang dijalankan adalah
berasaskan prestasi.

• Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan


membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang
lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara
bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh
rakyatnya.

• Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan


mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian
atau kemajuan.

8.3.2  BUDAYA KETEPATAN

• Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status


negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya
ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan
kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

• Perkhidmatan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada


kualiti yang bagus dan perlu dijalankan secara berterusan.

• Ketepatan juga bermaksud setiap perkara termasuk tindakan,


komunikasi, janji, masa dan ukuran haruslah dilaksanakan
dengan tepat.

8.3.3 BUDAYA ILMU

• Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya


apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.

Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu


pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan
kepada masyarakat yang berpendidikan
dan  berpengetahuan mengatasi  kekuatan ketenteraan.

• Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan


pendidikan dan penge-tahuan dari segala-galanya.

• Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang


berilmu dan mem-punyai minda yang sentiasa terbuka.

8.3.4  INTEGRITI

• Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam


melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa
dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak.

• Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap


dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan
tanggungjawab.

• Berusaha memperbaiki kesilapan dan setiap perkara serta


tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi men-
dapatkan hasil yang sempurna.

• Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka


walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak.
Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan
untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.

• Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan


perlakuan. Kepen-tingan negara perlu diletakkan mengatasi
segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga
dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

8.3.5 KETABAHAN

• Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang


mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah
mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang
tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang
yang diceburi.

• Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah


menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang
terbaik mencapai sesuatu matlamat.

• Ketabahan dalam menghadapi per-ubahan peribadi wajar


dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan
perkara-perkara yang terdahulu.

• Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada


takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.
• Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada
bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

8.3.6  KESETIAAN

• Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa    jua    keadaan.   


Kesetiaan    kepada Raja   dan   Negara,   prinsip   kedua   Rukun
Negara   wajib   dipegang   erat   oleh   setiap rakyat  negara  ini 
tanpa  berbelah  bahagi.
Semua  kaum  perlu  mengutamakan kesetiaan  dan  kepentingan 
kepada  negara mengatasi   kesetiaan   kepada   kaum   dan
kelompok sendiri.

• Kesetiaan sepenuhnya  kepada  negara Malaysia dan kesediaan


untuk berbakti dan  berkorban demi negara yang tercinta.

• Kesetiaan kepada pemimpin  atau ketua di  dalam  sesuatu 


organisasi  adalah  teras kepada  kewibawaan,  keteguhan, 
kejayaan dan kecemerlangan.  Pengikut perlu
menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada    ketua    kerana   
organisasi    yang berpecah  dan  tidak  setia  kepada  arahan
ketua akan mengalami kehancuran.

• Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu


dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama
ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

• Kesetiaan perlu disertai dengan ke-upayaan melaksanakan


tugas dengan cemerlang kerana kesetiaan atau perhubungan yang
membuta-tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.

8.3.7 KEBIJAKSANAAN

• Cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh


berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang
menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

• Nilai ini juga perlu diikuti dengan kebijaksanaan membuat


sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan yang baik
dan buruk, memiliki pemikiran dan pandangan yang tepat, bijak
meletak sesuatu kena pada tempatnya serta tidak mudah
terpengaruh dengan nafsu dan kepentingan sendiri.

• Untuk memiliki nilai ini, beberapa ciri perlu dimiliki antaranya


mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap dengan
pendirian, memiliki kemahiran mendengar, berdisiplin dalam
berfikir serta sentiasa siap sedia tanpa perlu terburu-buru.

8.3.8 BUDAYA INOVASI

• Nilai ini adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk


mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan
yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai
individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang
masing-masing.
• Kita mesti berani berubah demi kebaikan, berani mencari
penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa
bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang
diterokai.

9.     KESIMPULAN

• Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk


memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana
kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah pe-rasaan hormat-
menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat
perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan
perlulah mengutamakan kepentingan negara.

• Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa


Malaysia di mana

segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah


negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan
dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan
daripada kerajaan.

• Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat


Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada
satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini
tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana
kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat
Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk
bersama memajukan negara.

• Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum


seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era
globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan
pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga
sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

• Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-


prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan
kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep
ini.Analisis tentang hubung kait gagasan 1Malaysia dengan
pembelajaran di sekolah harus dilihat sebagai penyediaan penanda aras,
petunjuk atau piawaian pencapaian dasar-dasar kerajaan menerusi
organisasi pendidikan. Pihak Kementerian Pelajaran turut menetapkan
bidang keutamaan (NKRA) selaras dengan persetujuan jemaah menteri.
Pelbagai langkah telah diumumkan supaya kemudahan dan persekitaran
pembelajaran di semua sekolah dapat menggambarkan bahawa rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan.

Huraian terperinci pelaksanaan gagasan 1Malaysia di sekolah boleh


merangkumi:
1    Peluang akses dan ekuiti pembelajaran;
2    Kepimpinan dan organisasi sekolah;
3    Pembaharuan dan transformasi pembelajaran (dalam dan luar bilik darjah);
4    Permuafakatan pihak berkepentingan;
5    Penambahbaikan dan perubahan.

Pihak sekolah harus dapat memindahkan gagasan 1Malaysia dalam


bentuk program yang memenuhi ciri SMART (spesifik, boleh ukur,
boleh capai, munasabah, berjangka masa).
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara "

WAWASAN 2020 – SEMBILAN CABARAN mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
1.              Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi
mempunyai matlamat dikongsi bersama. tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik
2.              Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, dan teknologi masa depan.
tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri 7.             Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan
serta gagah menghadapi pelbagai masalah. kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan 
3.              Mewujudkan dan membangunkan masyarakat berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi
demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk sekeliling sitem keluarga yang kukuh.
persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan 8.             Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak ekonomi.
negara membangun. 9.            Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai
4.              Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
dan beretika.
5.              Mewujudkan masyarakt liberal dan bertolak ansur,
rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing
dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan
mereka kepada satu negara.
6.             Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

Anda mungkin juga menyukai