Anda di halaman 1dari 21

TRANSFORMASI

NEGARA
4 Tunggak Transformasi Negara
Wawasan 2020
1Malaysia
Konsep yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan & Rukun
Negara
Sebagai aspirasi untuk membaiki hubungan kaum > perpaduan
yang lebih erat > One People
One People = berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum
Perlu wujud perasaan hormat-menghormati, keikhlasan & sikap
saling mempercayai antara kaum
Mewujudkan kerajaan yang mengutamakan pencapaian
berpaksikan keutamaan rakyat = Rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan
2 Aspek Utama 1 Malaysia
Aspek Pertama Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat


Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponenkomponen asas yang menguatkan
semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini
didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat
Malaysia.
Aspek Kedua Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang
perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke
arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam
mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam
persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan
ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.
Teras-teras Perpaduan
Penerimaan
1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang
kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan
ketara dari sikap toleransi semata-mata.

Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:


a. Perlembagaan Persekutuan
b. Rukun Negara

Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan
dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan
kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-
dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang
memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan
tetap dilaksanakan.

8 nilai 1Malaysia: budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,


penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan & integriti.
1Malaysia telah lama wujud = penerimaan adat & kepelbagaian
kaum = kesepaduan sosial
1Malaysia tidak memaksa sesuatu kaum melupakan budaya &
adat masing2 tapi meraikan perbezaan yg ada sambil
menghormati satu sama lain serta mendalami budaya masing2
demi mengatasi konflik hasil daripada perasaan curiga
Mohd Ayop (2009), rakyat perlu mengubah kerangka minda
dengan melihat warga Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit,
agama keturunan & budaya demi kewujudan negara-bangsa
Pendekatan 1 Malaysia
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
8 NILAI ASPIRASI
Budaya Berprestasi Tinggi :
Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang
terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat
yang berdaya maju.
Budaya Ketepatan :
Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat
Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan
mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
Budaya Ilmu:
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki
ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa
memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang
hayat.
Integriti :
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang
tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh
semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam
melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab
Ketabahan:
Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia
seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan
diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi
Kesetiaan:
Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan
berkorban demi Negara yang tercinta
Kebijaksanaan:
Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan
teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan
manamana pihak yang lain
Budaya Inovasi :
Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru
dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu
dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam
bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani
mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia
untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai
Pelan Transformasi Kerajaan
(PTK)
Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh
Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak pada bulan April
2009
Dua objektif PTK :
1. mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam
penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas
keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan
2. memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju,
bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi
untuk semua
sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020
untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya
PTK akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:
Fasa 1 (dari 2010 hingga 2012)
Menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan menyampaikan
keberhasilan dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan
penyampaian sasaran NKRA dan MKRA.
Fasa 2 (dari 2012 hingga 2015)
Transformasi kerajaan lebih mendalam dan kehidupan harian rakyat
diharap menjadi lebih baik, manakala struktur ekonomi negara akan
berkembang sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE)
dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah lebih
tinggi.
Fasa 3 (dari 2015 hingga 2020)
Matlamat Wawasan 2020 akan tercapai di mana rakyat menikmati taraf
kehidupan dan kemakmuran lebih tinggi, manakala kualiti
perkhidmatan awam juga meningkat. Kemuncaknya, setiap rakyat
Malaysia memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan melihat
diri masing-masing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia.
7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) setelah meniliti
permintaan rakyat kepada kerajaan
NKRA ialah tanggungjawab kementerian yang berkaitan dan
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
diwujudkan bagi memantau pencapaian setiap kementerian.
Setiap NKRA dan sasarannya dipaparkan untuk tatapan umum
dengan penerbitan Pelan Hala Tuju GTP menjadikan segala
usaha telus.
Selepas setahun pelaksanaanya, kebanyakan NKRA berjaya
mencapai lebih dari 90% sasaran yang ditetapkan dan laporan
prestasinya boleh dilihat melalui Laporan Tahunan GTP 2010.
7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Bagi memastikan semua rancangan pembangunan negara
berjalan lancar, kesemua pelan tindakan PTK akan berpaksikan
kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Enam bidang yang memerlukan perhatian serta-merta seperti


pendidikan, pengangkutan awam di bandar, infrastruktur asas
luar bandar, isi rumah berpendapatan rendah, jenayah dan rasuah
telah diletakkan dibawah GTP sejak diperkenalkan pada tahun
2010.
Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan
mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012.
Menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat
akses kepada pendidikan prasekolah.

Mengurangkan kadar jenayah


Pengurangan sebanyak 20% jenayah jalanan pada akhir tahun
2010.
Seramai 6,000 kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian
telah mengambil alih tugas pentadbiran yang sebelum ini
dilakukan oleh pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan
(ASP) dan ke bawah di semua peringkat kontinjen.
Memerangi Rasuah
Pengagihan perolehan dibuat melalui tender terbuka atau terhad.
Memulihkan Indeks Persepsi Rasuah yang diletakkan
Transparency International.

Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah


Mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan akan dibayar tepat 1
hari bulan
Bilangan usahawan wanita akan ditambah dari 717 kepada 4,000
melalui AIM menjelang 2012.
Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman
Kemudahan jalan, bekalan air bersih dan elektrik khususnya di
Sabah dan Sarawak akan ditambah.
Sebanyak 50,000 lagi rumah golongan miskin dan miskin tegar
akan dibina atau dibaik pulih menjelang 2012.

Menambahbaik pengangkutan awam


Mensasarkan 25% daripada penduduk Lembah Klang
menggunakan pengangkutan awam menjelang 2012 berbanding
hanya 16% sekarang.
Menjelang 2012 35 set 4-car train akan beroperasi untuk laluan
Kelana Jaya.

Pada Julai 2011, NKRA ke-7 Menangani Kos Sara Hidup


telah diumumkan sebagai langkah menangani inflasi dan
peningkatan kos sara hidup yang melanda rakyat.
SEKIAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai