Anda di halaman 1dari 3

1.Pembentukan Malayan Union ditentang oleh orang Melayu.

Jelaskan bentukbentuk tindakan yang diambil orang Melayu untuk menentang Malayan Union.

Antara tindakan orang Melayu membantah perlaksanaan Malayan Union ada


secara individu.Sebagai contoh,Dato Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan
menubuhkan United Malays Organisation (U.M.O)sebagai benteng menentang Malayan
Union.
Selain itu,Sultan Johor menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah
Jajahan.Surat tersebut dihantar untuk menarik balik sokongan terhadap Malayan
Union.Seterusnya ada penentangan melalui akhbar.Orang Melayu menyuarakan bantahan
secara berterusan melalui akhbar Melayu.Antara akhbar-akhbar Melayu adalah Utusan
Melayu,Majlis dan Warta Negara.
Di samping itu,penentangan secara kolektif turut dijalankan.Antara
penentangan secara kolektif adalah mengadakan demonstrasi.Demonstrasi diadakan
secara beramai-ramai di Kota Bharu,Kelantan dan Alor Setar,Kedah.
Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar.Hal ini demikian
kerana,untuk menunjukkan bantahan kepada ahli-ahli Parlimen British.Seterusnya,RajaRaja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar.Raja-Raja Melayu berkumpul untuk menyatakan
bantahan secara terbuka kepada ahli-ahli Parlimen British.
Kongres Melayu Kedua juga turut diadakan untuk meminta Raja-Raja
Melayu memulaukan pelantikan Gabenor Malayan Union.Mereka juga berkabung selama
tujuh hari dengan melilitkan kain putih di lengan baju atau di songkok.

2.Perpaduan bangsa Malaysia menjamin kemakmuran negara kita


Malaysia.Bagaimanakah perpaduan Malaysia dapat dikekalkan?
Perpaduan Malaysia dapat dikekalkan dengan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
adalah untuk mempertahankan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu agar tidak
ditelan zaman.Selain itu,penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua
sekolah patut dilaksanakan.Masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza
kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan
peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut.
Perpaduan Malaysia dapat dikekalkan dengan pengamalan prinsip rukun
negara.Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang merangkumi beberapa prinsipprinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang
meliputi aspek dari segi keagamaan, kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan.
Kaedah seterusnya adalah pengamalan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan
identiti negara Malaysia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui
kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.

Disamping itu,pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan juga merupakan


salah satu cara mengekalkan perpaduan.Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah
untuk membentuk satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik negara.
Tambahan pula,penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan juga
membantu mengekalkan perpaduan Malaysia.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan
mereka saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain serta mengeratkan
perpaduan.

Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah juga merupakan


kaedah mengekalkan perpaduan. kegiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan pelajar untuk menyokong aspirasi "Satu Malaysia" yang dikemukakan oleh
Yang berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak.
Selain itu,aktiviti gotong royong juga merupakan suatu aktiviti yang baik
untuk mengeratkan perpaduan.Aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka.

3.Kejayaan Malaysia hasil daripada perpaduan bangsa Malaysia.Berdasarkan


pemerhatian anda,jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara melalui perpaduan
bangsa Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai