Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN : BAB 4 – PENENTANGAN RAKYAT TERHADAP MALAYAN UNION

1. Apakah reaksi masyarakat tempatan apabila gagasan MU disiarkan?


Masyarakat tempatan tidak menyokong gagasan MU.
2. Namakan akhbar yang lantang membantah Malayan Union?
Utusan Melayu dan Warta Melayu
3. Jelaskan peranan akhbar-akhbar dalam membangkitkan semangat nasionalisme?
Menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar-besaran dan sentiasa melaporkan
perkembangan berita penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
4. Jelaskan usaha pentadbir Melayu mengaggalkan MU?
Menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union.
5. Nyatakan idea bantahan bekas pegawai British terhadap penubuhan MU?
Mereka mengkritik keseluruhan rancangan Malayan Union.
6. Apakah peranan Persatuan Melayu dalam menyuarakan bantahan MU?
Menghimpun orang Melayu dari seluruh negara dan setiap lapisan masyarakat untuk
membantah MU.
7. Apakah seruan dan gesaan SABERKAS dalam usaha menentang MU di Kedah?
Mengkritik kandungan Kertas Putih Malayan Union yang dianggap mencabul kedaulatan
bangsa Melayu.
8. Apakah seruan Dato Onn Jaafar semasa berhimpun di Batu Pahat Johor?
Menggesa orang Melayu bangkit bersatu untuk menentang penjajah British.
9. Apakah hasil keputusan dalam kongres Melayu pada 1 – 4 Mac 1946?
Bersetuju menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO) untuk menentang
Malayan Union.
10. Bagaimanakah orang Melayu menzahirkan penentangan akibat kelahiran MU?
Mereka menzahirkan penubuhan sebuah badan induk untuk menjadi pemangkin menentang
Malayan Union.
11. Bila UMNO ditubuhkan? dan apakah peranan UMNO?
11 Mei 1946. Melaksanakan beberapa perkara penting untuk memajukan orang Melayu dan
menjadi penggerak memupuk perpaduan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
12. Bilakah UMNO menganjurkan bantahan secara besar-besaran terhadap MU?
Semasa Ahli Parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Rees Williams membuat
tinjauan berkaitan dengan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
13. Galurkan kronologi tindakan bantahan UMNO terhadap MU?
Seramai 50 ribu orang menyertai rapat umum di bandar Alor Setar.
Rapat umum diadakan di Padang Francis Light School, Pulau Pinang.
Orang ramai berhimpun di Pekan Ahad, Jalan Datuk, Ipoh, Perak.
Ucapan pemimpin Melayu membantah MU menyambut kedatangan Gammans dan Rees
Williams dalam rapat umum di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Orang Melayu berhimpun di padang dan perkarangan Istana Alam Shah membantah MU>
Orang ramai berbaris panjang di jalan masuk istana dengan membawa sepanduk bertulis
“Kekalkan Takhta Kerajaan Raja-raja Melayu” dan “MacMichael ialah Imperialis”.
14. Jelaskan 2 intipati laporan L.D. Gammans dan Reese Williams tentang penubuhan MU?
Sultan yang menandatangani Perjanjian MU tidak menyedari akibat daripada perjanjian
tersebut.
Menyokong sepenuhnya cadangan Raja-raja Melayu terhadap penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu.

1. Mengapakah orang Melayu menggunakan media massa mengemukakan bantahan?


Mudah disebarkan, pantas disebarkan, menjimatkan kos dan boleh dibaca oleh orang ramai.
2. Apakah pengajaran yang dipelajari dari sikap perjuangan Raja-raja Melayu, pembesar
Melayu dan rakyat tempatan?
Cinta akan negara. Perpaduan antara kaum sangat penting. Taat setia terhadap raja dan
negara.

Anda mungkin juga menyukai