Anda di halaman 1dari 1

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

AIR LANGAT SDN BHD bertanggungjawab penuh kepada keselamatan dan kesihatan para pekerjanya. Bagi memenuhi kehendak ini serta bertujuan meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat, kami akan terus berusha dan berjanji akan mematuhi peraturan berkaitan dengan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994. Bagi memenuhi kehendak ini kami akan :1. memastikan setiap pekerja kami mendapat latihan yang secukupnya terlebih dahulu sebelum diberi peranan mengendalikan mesin yang terdapat dalam syarikat. 2. memastikan semua peralatan mesin, kelengkapan mesin serta sekitar tempat kerja selamat sebelum memulakan kerja. 3. setiap pekerja mestilah mematuhi pelan susun atur syarikat bagi mengelakkan berlaku kemalangan seperti kebakaran dan sebagainya. 4. pekerja pekerja mestilah menitikberatkan langkah penyelenggaraan peralatan kecemasan dan mengambil tindakan kecemasan apabila berlaku kemalangan sebelum mangsa dihantar ke hospital. 5. setiap pekerja mestilah memastikan penggunaan, penyimpanan dan pembuangan sisa sisa dibuat dengan betul mengikut prosidur yang telah ditetapkan. Dengan adanya dasar dasar ini AIR LANGAT SDN BHD akan memastikan pekerjanya mengikut dasar tersebut. Matlamat ini juga di pertanggungjawabkan kepada semua pekerja. Keselamatan syarikat adalah kejayaan bersama.

...................................... PENGARAH URUSAN

Anda mungkin juga menyukai