Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH TIGA

18300 GUA MUSANG KELANTAN

DBA 8012

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI DIRI

INSPIRASI IBUBAPA , MEREALISASIKAN KEMENJADIAN


MURID

gpmskp3@gmail.com

sekpaloh3.blogspot.com
KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI DIRI
INSPIRASI IBUBAPA , MEREALISASIKAN KEMENJADIAN
MURID
SK PALOH TIGA
18300 GUA MUSANG
KELANTAN

DISEDIAKAN OLEH:

KHAIRUL NAZRIN BIN MUHAMED


GURU BIMBINGAN KAUNSELING
SK PALOH TIGA
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
MUKADDIMAH

Sekolah Kebangsaan Paloh Tiga, merupakan sebuah sekolah Kategori Luar Bandar. Jumlah
keseluruhan bilik darjah ialah sebanyak 17 kelas dan tidak termasuk makmal sains, makmal
computer, pusat sumber dan bengkel kemahiran hidup. Jumlah muridnya adalah seramai 301
orang. Bersukan merupakan aktiviti riadah utama bagi Sk Paloh Tiga. Oleh yang demikian,
timbul keperluan kepada baik pulih dan naiktaraf astaka yang sedia ada. Hal ini selaras dengan
kehendak kerajaan yang menitiberatkan soal keselesaan dan keselamatan kearah melahirkan
murid aktif dan sihat. Adalah dimaklumkan bahawa setiap kali wakti Pendidikan Jasmani atau
riadah pada waktu petang murid akan berehat dalam astaka tersebut. Keadaan astaka yang
banyak kerosakan amat membimbangkan kerana melibatkan keselamatan murid.Selain itu
sekolah juga bercadang untuk membina sebuah store di ruang bawah bangunan astaka bagi
menyimpan pelbagai peralatan untuk kegunaan riadah seperti tiang bola jaring, kon untuk latihan
bola dan lain-lain. Adalah diharapkan baik pulih dan naiktaraf astaka tersebut menjadi
kenyataan.

PROFIL SEKOLAH

Nama : SK Paloh Tiga


Alama : 18300 Gua Musang, Kelantan
Tarikh ditubuhkan : 1 Februari 1982
Kod : DBA 8012
Kategori :A
JPN : Luar Bnadar
Kawasan Parlimen : Gua Musang
Majlis Bandaran : Gua Musang
No. Telefon : 0164040372
N.o Fax :
Laman Web : http://sekpaloh3.blogspot.com
E-mail : skpaloh3@gmail.com / dba8012@moe.edu.my
Luas kawasan : 13 ekar
Peringkat : Tahap 1 dan Tahap 2
Bahasa Penghantar : Bahasa Melayu

1.0 OBJEKTIF PROJEK

i) Astaka yang lengkap dengan kemudahan asas dapat digunakan untuk pelbagai tujuan
aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan.

iii) Pembinaan stor pada ruang bawah Astaka yang selesa memudahkan penyimpanan
peralatan dengan baik dan membawa keluar masuk peralatan dengan cepat serta menjimatkan
masa. Ini kerana stor sukan yang ada sekarang berada jauh dari lokasi padang.

iv) Kemudahan astaka ini juga dapat memberikan kemudahan dan keselesaan pada
pada semua warga sekolah serta komuniti setempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti
dengan selamat mengikut garis panduan dan ketetapan peraturan Kementerian Pendidikan
Malaysia, khususnya untuk mewujudkan suatu jalinan dan jaringan yang sihat demi
kelangsungan kecemerlangan pendidikan anak-anak Paloh Tiga.

v) Menyediakan ruangan tempat yang sesuai untuk pelajar berkumpul, beristerihat, bermain
sambil belajar (fun learning) dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
memandangkan sekolah ketiadaan tempat yang luas untuk berkumpul

2.0 KOMPONEN PROJEK BAIK PULIH

Komponen Astaka yang perlu di baik pulih

3.1 Bumbung
3.2 Pentas Utama
3.3 Kipas
3.5 Lampu
3.6 Dinding bertingkap cermin
3.7 Lantai mozek
3.8 Stor
3.9 Lain- lain kemudahan
3.0 ANGGARAN BAIK PULIH

Item Baik pulih

Bil Keperluan Anggaran kos


1. Bumbung
Pentas Utama
Dinding bertingkap cermin
Stor RM 35,000.00

Lantai bermozek

2. Kipas
Lampu
Lain-lain Kemudahan RM 5,000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 40,000.00

5.0 PENUTUP

Baik pulih dan naik taraf Astaka ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh
semua warga sekolah, murid-murid dan ibubapa. Ini kerana, dengan adanya Astala ini maka
murid akan mendapat keselesaan dan keselamatan dari hujan dan panas, murid juga akan
mempunyai tempat yang sangat selesa untuk mengadakan sesi perbincangan sewaktu petang dan
aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Sumbangan dari semua pihak juga amatlah
dialu-alukan demi kelangsungan kecemerlangan warga Paloh Tiga khususnya pada warga
sekolah Paloh Tiga. Pihak sekolah amat berharap agar baik pulih ini dapat disiapkan dengan
seberapa segera demi kemudahan semua murid khususnya dan warga sekolah amnya. Pihak
sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Adalah diharapkan segala sumbangan yang
disalurkan mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah.

Sekian.

Disediakan oleh:

……………………………
Haslina Binti Harun
Guru Besar
SK Paloh Tiga
18300 Gua Musang
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai