Anda di halaman 1dari 2

SMK RAHMAT 78200 KUALA SUNGAI BARU, MELAKA

TAJUK PROJEK: CADANGAN PEMBINAAN DEWAN BESAR SERBAGUNA

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

SMK RAHMAT, Kuala Sungai Baru, Melaka merupakan satu- satunya Sekolah Menengah
Luar Bandar di DUN Kuala Linggi. SMK Rahmat menerima murid- murid daripada 7 buah
sekolah penyalur(rendah) sekitar Kuala Linggi. Sejak dibuka pada tahun 1967 hinggalah
jumlah pelajar yang mendaftar masuk ke SMK Rahmat sentiasa meningkat dengan pesat dan
bertambah dari setahun ke setahun dengan enrolmen pelajar pada tahun 2012 iaitu lebih 1400
orang. Pembangunan dan kemajuan pesat di Kuala Linggi menyaksikan pertambahan jumlah
penduduk dan aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti menyeluruh para pelajar.

PROFIL SEKOLAH

Nama : SMK Rahmat


Alamat : 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
Tarikh ditubuhkan : 1 Januari 1967
Kod : MEA 0073
Kategori :A
JPN : Luar Bandar
Kawasan Parlimen : Masjid Tanah
Majlis Bandaran : Alor Gajah
No. Telefon : 06- 3876214
No. Fax 06- 3879550
Laman Web http://smkrahmat.blogspot.com
E-mail Mea0073@ppdalorgajah.edu.my
Luas kawasan : 17 ekar
Peringkat : Menengah Rendah dan Atas
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu

Pada tahun 2009, SMK Rahmat mendapat kepercayaan Jabatan Pelajaran Melaka untuk
melaksanakan Program Rancangan Khas. Dengan justifikasi di atas, maka pihak sekolah ingin
mengemukakan cadangan untuk pembinaan Dewan Besar Serbaguna bagi melaksanakan
pelbagai aktiviti dalam sekolah dan aktiviti kemasyarakatan sekitar Kuala Linggi. Kawasan
perhimpunan yang sedia ada tidak berbumbung. Tumpuan pelajar tidak selesa dalam cuaca
yang panas dan pelaksanaan aktiviti terganggu atau tidak dapat berjalan lansung apabila
berlaku hujan.

2.0 OBJEKTIF PROJEK


i). Dewan besar serbaguna yang lengkap dengan kemudahan prasarana terkini dapat
digunakan untuk pelbagai tujuan aktiviti pendidikan dan kemasyakaratan.

ii) Kemudahan dewan besar serbaguna dapat menampung kapasiti enrolmen pelajar atau
masyarakat yang ramai dengan keadaan yang selesa dan kondusif.

iii) Dewan Besar Serbaguna ini mampu menyumbang impak besar dalam tranformasi
pendidikan dan melahirkan modal insan yang gemilang di SMK Rahmat, negeri
Melaka dan negara secara menyeluruh.

3.0 KOMPONEN PROJEK

Komponen dewan besar serbaguna yang dicadangkan terdiri daripada:

3.1) Pentas utama


3.2) Bilik Persalinan
3.3) Kemudahan Tirai dan hiasan pentas
3.4) Kipas
3.5) Penghawa dingin
3.6) Kemudahan P A Sistem moden
3.7) Kerusi dan Meja (khusus tujuan peperiksaan)
3.8) Gelanggang Serbaguna
3.9) Tandas
3.10) Stor
3.11) Lain- lain kemudahan

3.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Anda mungkin juga menyukai