Anda di halaman 1dari 4

Laporan

Pengenalan

B) Menjelaskan

Angkor wat

Angkor Wat ialah sebuah kuil yang dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke-12.
Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor
di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil
yang paling terkenal di dataran Angkor. Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia
dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Raja Suryavarman
II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai
pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor
Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Di bawah
pemerintahan Jayavarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan
temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara, dan lain-lain kuil yang tidak
terkira banyaknya

Batu bersurat telaga batu

Seterusnya, Batu Bersurat Telaga Batu ialah batu bersurat Srivijaya dari abad ke-7 yang ditemui di
Sabokingking, 3 Ilir, Ilir Timur II, Palembang, Sumatera Selatan sekitar tahun 1950. Batu bersurat ini
kini dipamerkan di Muzium Nasional Indonesia, Jakarta, dengan nombor inventori D.155. Beberapa
tahun sebelumnya, sekitar 30 batu bersurat berkenaan Siddhayatra telah ditemui di sekitar
Sumatera Selatan, kebanyakannya menceritakan tentang perjalanan Siddhayatra Dapunta Hyang Sri
Jayanasa, yang menurut Batu Bersurat Kedukan Bukit berlaku sekitar tahun 605 saka (683 M). Kini,
kesemua batu bersurat Siddhayatra ini disimpan di Muzium Nasional Indonesia. Batu bersurat ini
dihasilkan dari batu andesit yang berukuran 118 cm tinggi dan 148 cm lebar. Bahagian atasnya
dihiasi dengan tujuh kepala naga, dan pada bahagian bawahnya terdapat bentuk seperti cerat yang
mengalirkan air, yang berkemungkinan dicurah ketika upacara ritual kesetian. Batu bersurat ini
ditulis dengan tulisan Pallava dalam Bahasa Melayu Kuno
Gapura Bajang Ratu

Akhir sekali, Candi Bajang Ratu merupakan salah satu candi peninggalan kerajaan Majapahit, yang
tepatnya berada di desa Temon, Kecamatan Trowulan, Mojokerto, Jawa Timur. Berdasarkan
namanya, Bajang Ratu diambil dari bahasa jawa yaitu asal kata bajang dan ratu, bajang sendiri
artinya kerdil, jadi bajang ratu maksudnya adalah bahwa Raja Jayanegara dinobatkan sebagai raja
kerajaan Majapahit ketika masih kecil. Candi Bajang Ratu atau sering disebut gapura bajang ratu
merupakan sebuah candi peninggalan kerajaan Majapahit yang dibangun pada abad ke-14. Disebut
dengan gapura bajang ratu, dikarenakan candi ini memiliki bentuk berupa gapura besar. Gapura ini
difungsikan sebagai pintu belakang kerajaan sekaligus sebagai bangunan suci untuk memperingati
wafatnya Raja Jayanegara. Hingga saat ini menjadi sebuah budaya bagi para peziarah untuk
melewati candi atau gapura ini ketika melayat orang meninggal.

D) Menjelaskan

Menara kembar Petronas


Menara Berkembar Petronas merupakan mercu tanda yang paling popular di Kuala Lumpur kerana ia
boleh dilihat sejauh puluhan kilometer dari luar Kuala Lumpur. Merupakan bangunan tertinggi di
dunia dari tahun 1998 sehingga 2004, namun ia masih mengekalkan gelaran menara berkembar
tertinggi di dunia sehingga ke hari ini.Menara ini adalah hasil reka bentuk yang dihasilkan oleh
arkitek Argentina, Cesar Pelli. Reka bentuk yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan reka bentuk
yang melambangkan ciri-ciri Bandaraya Kuala Lumpur dan kebudayaannya. Selain daripada menara
berkembar ini Cesar Pelli turut mereka beberapa bangunan lain di dunia termasuk Key Tower,
Cleveland; Cira Centre, Philadelphia; 30 Hudson Street, Jersey City; 1 Canada Square, London;
Riverview Plaza, Wuhan; Wells Fargo Center (Minneapolis), Minneapolis. Kerja-kerja pembinaan
bangunan dimulakan pada 1 April 1994 dan siap pada 1 Mach 1996. Ia bagaimanapun dibuka secara
rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Ogos 1999.
Bangunan yang turut menempatkan ruangan pusat membeli belah Suria KLCC ini turut
menempatkan ruangan pejabat bagi Petronas dan syarikat-syarikat utama lain seperti Huawei
Technologies, Boeing, Bloomberg, Al Jazeera English, HCL Technologies, IBM, Microsoft, Reuters,
Carigali Hess, Khazanah Nasional Berhad dan lain-lain lagi.Bersebelahan dengan bangunan ini
terdapat taman seluas 17 ekar iaitu KLCC Park yang membolehkan para pengunjung menikmati
suasana menyegarkan. Ia dilengkapi dengan kolam air, laluan pejalan kaki dan taman permainan
kanak-kanak. Anda juga mungkin berpeluang menyaksikan pertunjukkan pancutan air bercahaya
yang menarik pada waktu-waktu tertentu setiap malam. Walaupun Menara Berkembar Petronas
bukanlah lagi merupakan bangunan tertinggi di dunia, namun ia masih lagi merupakan menara
berkembar tertinggi di dunia. Selain itu keunikan ciri-cirinya yang tersediri memberikan menara ini
nilai yang berbeza dalam menampilkan kebudayaan Malaysia. Ia merupakan mercu tanda Bandaraya
Kuala Lumpur yang perlu anda lawati.
Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan
ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari
aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia
iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini lebih tinggi
berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak
94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk
mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM
iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen
RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia. Menara Kuala Lumpur digunakan untuk
aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan
dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.Menara Kuala Lumpur memperlihatkan
aktiviti kesenian dan kebudayaan di Kampung Budayanya yang dipanggil Kampung Budaya
1Malaysia. Antara aktiviti di sini ialah permainan tradisional, persembahan tarian tradisional,
gamelan, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu asli setiap hari.

Putajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya memang terkenal dengan keindahan seni binanya yang cukup unik.
Seni bina yang banyak dipengaruhi ciri Seni Bina Islam melambangkan Malaysia sebagai negara Islam
moden yang membina tamadunnya seiring dengan kepesatan era kemajuan dunia. Putrajaya kini
telah berjaya membuka mata dunia dan meletakkan dirinya dalam peta dunia sebagai tempat yang
wajib dilawati oleh pelancong ke Malaysia. Kunjungan ke Malaysia bagaikan tidak lengkap tanpa
melawat Pusat Pentadbiran Negara ini.Siapa sangka kawasan yang dahulunya merupakan sebuah
ladang kelapa sawit dan hutan yang dihuni oleh bermacam-macam haiwan, kini telah berubah wajah
menjadi sebuah Bandar moden yang sungguh artistik dan menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi
Malaysia. Kelebihan alam semula jadi ini juga menjadi tarikan utama pelancong ke sini, selain seni
bina bangunannya yang unik.Pembinaan taman seperti Taman Putra Perdana, Taman Wetland dan
Taman Botani menjadi aset untuk menarik pelancong ke Putrajaya. Putrajaya atau nama
penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara
pentadbiran Malaysia. Putrajaya adalah sebuah bandar raya pintar dalam taman terletak 25
kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan
pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di
Malaysia. Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini
melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan
Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa
sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Angkor wat batu bersuarat telaga batu Gapura Bajang Ratu

Anda mungkin juga menyukai